SEBELUM PERTANDINGAN;
Pada 22 Mac 2014 Pengerusi pertandingan badminton telah mengadakan suatu mesyuarat
di bilik kuliah 1 untuk membentuk jawatankuasa pertandingan di kalangan guru-guru (PPG)
untuk menyelaraskan tugas-tugas jawatankuasa yang perlu dilaksanakan sebagai
persediaan sebelum pertandingan dijalankan. Sebagai jawatankuasa Setiausaha,langkah
pertama yang perlu saya lakukan ialah mencatatkan segala maklumat yang diperlukan
untuk merangka dan menyediakan satu kertas kerja pertandingan badminton tertutup
dibawah program pendidikan guru(PPG).Selain itu menyediakan surat menyurat berkaitan
program dan memastikan semua jawatankuasa memahami tugas masing-masing.
Walaupun tarikh pertandingan masih belum dapat ditetapkan dalam mesyuarat,namun
rangka kertas kerja perlu disiapkan terlebih dahulu untuk disemak oleh Pengerusi.
SEMASA PERTANDINGAN;
Memastikan setiap jawatankuasa kecil pertandingan telah dan sedang melaksanakan tugastugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.Selain itu memastikan
perjalanan program pertandingan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Selain itu
mengumpulkan maklumat-maklumat semasa pertandingan dijalankan seperti keputusan
pertandingan pelawanan,buku program,jadual pertandingan serta bukti-bukti yang difikirkan
penting.
SELEPAS PERTANDINGAN;
Mengumpul data-data maklumat pertandingan dan membuat laporan pertandingan
berdasarkan peristiwa yang telah berlaku pada hari kejadian seperti laporan keputusan
pertandingan,gambar-gambar sepanjang pertandingan dijalankan dan penulisan refleksi dari
semua Jawatankuasa yang terlibat.
Penutup
Tentunya, pengelolaan pertandingan ini telah memberikan impak positif terhadap
kami sebagai guru serta memberikan pengalaman yang cukup manis untuk dijadikan
panduan ketika di sekolah kelak. Selain itu, pertandingan ini secara tidak langsung telah
mewujudkan suasana yang harmonis serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan
perpaduan di kalangan guru-guru(PPG) dan pensyarah.
Disediakan oleh
(MOHD FAZLEY BIN ZAINON)
Setiausaha Pertandingan Badminton
Refleksi;
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
saya menyiapkan tugasan yang amat mencabar ini. Tugasan yang diberi ini membolehkan
saya mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan permainan hoki yang menjadi kegilaan
setiap orang dewasa ini selama ini , saya hanya mengetahui permainan hoki melalui
pengetahuan dari bacaan dan berita sahaja . Namun setelah tugasan ini selesai, saya dapat
melihat dengan lebih jauh dan jelas bagaimanakah permainan hoki ini semakin begitu
popular di kalangan manusia di dunia ini .
Kalau dilihat daripada kaca mata kasar , permainan hoki adalah satu permainan
yang amat kasar dan merbahaya ini disebabkan oleh penggunaan kayu dan bola yang amat
keras. Namun sekiranya kemahiran-kemahiran asas dapat dikuasai sudah pasti seseorang
itu akan berminat terhadap pemainan ini. Di sini saya merakam jutaan terima kasih kepada
En Razak Bin Sulong,pensyarah yang telah membimbing saya dalam mengenal kemahirankemahiran yang ada dalam permainan hoki di padang atau pun di bilik kuliah, sepanjang
tempoh menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya dan
rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat dari buku-buku berkaitan dengan
permainan hoki . Saya juga melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan
dengan tugasan yang diberikan.Walaupun saya mengalami kekangan masa di sekolah
,namun dengan usaha yang gigih saya dapat juga menyelesaikan tugasan yang diberi.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, . Saya juga mendapat ilmu pengetahuan
dalam subjek PJM3113 permainan badminton dan hoki ini. Ia memberikan saya manfaat
serta melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
permainan hoki ini berkaitan dengan alatan yang digunakan, serta teknik yang betul untuk
melakukan kemahiran-kemahiran seperti memukul bola,mengelecek bola dan menguis bola.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana berjaya juga menyiapkan tugasan ini serta
berasa sangat beruntung kerana banyak ilmu baru yang telah saya perolehi semasa
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.