Anda di halaman 1dari 55

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,


70400 SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


AMBILAN JANUARI 2012

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR


(PSV3104)

NAMA PELAJAR

:SAMARINA BINTI SAMON (740218-04-5062)

UNIT

:PPG(PSV)

SEMESTER

:5

PENSYARAH

:PN. FAIZIAH BINTI HJ SHAMSUDIN


TAJUK TUGASAN

KAEDAH BERKESAN UNTUK MENGAJAR KEMAHIRAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH


RENDAH

KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN
1.1

KONSEP DAN KEMAHIRAN BAHASA


1.1.1

KEMAHIRAN LISAN

1.1.2

KEMAHIRAN MEMBACA

1.1.3

KEMAHIRAN MENULIS

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

3.0

ANALISIS KEBERKESANAN TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN


3.1

TEKNIK DAN KAEDAH

3.2

ANALISIS DAN PENILAIAN


3.2.1

LAMPIRAN
- SLAID POWER POINT
- LEMBARAN KERJA
- GAMBAR SESI PENGAJARAN

4.0

3.3

CADANGAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

3.4

PENGETAHUAN BAHARU SELEPAS MENGIKUTI KURSUS BMM3104

KESIMPULAN

Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan matapelajaran wajib bagi setiap pelajar di setiap sekolah aliran
perdana. Sehubungan itu, pelbagai pendekatan digunakan bagi memastikan tahap
penguasaan bahasa dikalangan pelajar. Pada dasarnya pendekatan yang digunakan adalah
mengikut tahap kesesuaian pelajar. Pemilihan pendekatan yang bertepatan dengan
kumpulan sasar menjamin keberkesanan penyampaian pengajaran guru.
Dalam konteks ini guru perlu bijaksana memilih jenis pendekatan yang berdasarkan
kemahiran yang ingin disampaikan kepada murid.
Menurut Currie (1973) :
Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of
expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the
psilosophy of our teaching task in a given subject in that it oreintates us to the teaching.
What we have described as teaching techniques are ways in which, this philosophy is
realised in actual class lessons.

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu yang diajar di sekolah,kolej juga universiti memiliki kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh para pelajar. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan atau
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Justeru kemahiran ini merupakan
kunci utama bagi mengukur tahap penguasaan murid terhadap Bahasa Melayu.
Pada tahap sekolah rendah khususnya pada peringkat awal pembelajaran
penekanan khusus terhadap penguasaan kemahiran tertumpu pada kemahiran mengenal
dan menyebut bentuk huruf. Kemahiran ini kemudiannya berkembang kepada kemahiran
yang lebih tinggi hingga kepada kemahiran menaakul.

KEMAHIRAN BERTUTUR ATAU KEMAHIRAN LISAN


Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental
yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di
samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi
dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi
ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa

isyarat dan pergerakan badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang
dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. Bertutur
merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat
produksi. Oleh sebab itu, model-model yang diperdengar haruslah model-model yang baik
yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan.

KONSEP PERTUTURAN
Bertutur atau kemahiran lisan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang
dilafazkan.Pertuturan berlaku pada peringkat produksi iaitu setelah si penutur itu dapat
mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran
bertutur.Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya.Pertuturan yang baik juga boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktutr, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
Kemahiran lisan ialah kemahiran berkaitan dengan aktiviti yang berikut:
(a) Berkaitan dengan kemahiran mendengar dan menyebut atau mengajuk bunyi dan suara.
(b) Kemahiran yang berhubung dengan arahan dan permintaan terutama yang berkaitan
dengan diri dan masyarakat setempat.
(c) Pengucapan yang berunsur sosial dan bermoral.
(d) Soal jawab dengan tujuan untuk berinteraksi, sosialisasi dan berkomunikasi.
(e) Bercerita sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman dan perasaan individu.
(f) Berita dan laporan iaitu kemahiran melahirkan semula pengalaman dan pengamatan
secara lisan dalam struktur ayat dan frasa yang baik.
(g) Kemahiran bersyarah dengan menggunakan bahasa, intonasi, gaya di samping suara
yang baik dan jelas maksudnya.
(h) Lakonan dan puisi iaitu kemahiran menyampaikan pendapat dalam gaya yang menarik
dan serentak.
(i) Perbincangan dan perbahasan iaitu kemahiran mengeluarkan pendapat di samping
mempertikaikan pendapat orang lainsecara serentak.

Aspek yang di tekankan dalam kemahiran lisan ialah sebutan,tekanan, Mora (panjangpendek),jeda (persendian),intonasi,nada,tatabahasa,kelancaran,kefasihan dan laras bahasa

Tujuan bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbbagai keadaan perhubungan
seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan
syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh
bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan
perkataan dan ayat dengan tepat.

Pengajaran dan pembelajaran bertutur membolehkan murid;


(a) Menyebut dengan jelas.
(b) Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi.
(c) Menunjukkan arah.
(d) Bertemu ramah.
(e) Memberi penerangan dan memberi alasan.
(f) Membina soalan untuk mencari maklumat.
(g) Bertukar-tukar pendapat dan maklumat.
(h) Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat.
(i) Bertutur secara bertatasusila.
(j) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur

Aktiviti Peringkat Awal


(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
(b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(g) Memberi arahan.
(h) Membuat ayatr-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
(i) Membuat ayat-auyat daripada gambar.

Aktiviti Peringkat Pertengahan


(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
(e) Membaca iklan dan peraturan.
(f) Memberi ucapan pendek dan mudah.
(g) Memberi komen secara mudah.
(h) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa
bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
(i) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Aktiviti Peringkat Maju

(a) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.


(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
(g) Memberikan ceramah atau syarahan.
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lainlain.
(i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
(j) Mendeklamasi puisi.
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

KEMAHIRAN MEMBACA
Pendahuluan
Di dalam topik ini kita akan berbincang beberapa subjek penting yang akan diperjelaskan
melalui beberapa konsep dan huraian yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Perkara
yang akan dibincangkan termasuk definisi kemahiran membaca, tujuan dan proses
membaca, jenis-jenis bacaan, ciri ciri pendekatan bacaan ektensif dan peringkat peringkat
bacaan.
Definisi Membaca
Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu tulisan kepada
konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.Membaca juga
diterjemahkan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan
pembaca menimbulkan makna daripada bentuk tulisan berkenaan.
Membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah
lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan
yang disampaikan oleh tulisan itu. Oleh itu, untuk membaca seseorang mestilah mengenal
dan menyebut lambang-lambang bertulis dan juga mesti mempunyai satu tanggapan bagi
memudahkan fahamannya..
Membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya
yang bertulis.Membaca melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang
dicetak dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca dan
melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.
Oleh itu, membaca boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses, iaitu;
1. Menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa.
2. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan
itu.
Membaca juga boleh dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran
yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid
memindahkan tulisaan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung
dalam bacaan itu.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA


Kesediaan Membaca
Pada dasarnya murid biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka
berada di sekolah. Untuk mengatasi masalah kemahiran membaca, guru perlu memberi
perhatian kepada dua perkara yang berikut
(a) perasaan murid
(b) bahasa murid

Terdapat beberapa factor yang mempengaru tahap kesediaan murid dalam kemahiran
membaca. Aspek berkenaan boleh dilihat melalui agihan berikut :
1. Keadaan fizikal

penglihatan

pendengaran

pertuturan

umur

jantina

2. Pengalaman dan persekitaran

pendedahan bahan bacaan di rumah

3. Emosi dan motivasi

adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?

adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?

adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial?

adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif

daya kecerdasan

kebolehan mental secara keseluruhan

adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar?

adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai
dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini
merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan.
Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka
dilahirkan. Antaranya, dengan menjadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian . Bagi
menarik minat murid kaedah bercerita perlu menggunakan rima dan intonasi yang sesuai.

Aktiviti prabacaan

Aktiviti prabacaan merangkumi perlakuan seperti mengenal gambar yang berlainan dan
mengenal bentuk yang berlainan.Aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan
seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu
tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi
mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf . Pada tahap
ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman
yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke
kanan dan dari atas ke bawah.

Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan
sebutan yang jelas dan terang.

Tujuan bacaan mekanis ialah;


a. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas.
b. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti
pada tempat berhenti yang betul.
c. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.
d.Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.
e. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara
kuat.

Sementara pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah
yang berikut;
a. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
kebolehan dan umur murid.
b. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah
sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
c. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
d. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
e. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.
f. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji
kefahaman mereka.

Membaca dan Memahami

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk;
(a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca.
(b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca.

Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang
hendak disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan
bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa
kata. Pengajaran kosa kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut;
1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid
akan dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan
serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama.
2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian
antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks.
3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi.
4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep
secara bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing
atau dibantu oleh guru.
5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui
perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat.
Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan
kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah
untuk kefahaman. Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid
dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru
hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berikut;
1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh
mengecam perkataan, suku kata dan huruf.
2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas
membaca.

3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti
Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya.
4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.
5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran
membaca.

Kategori kefahaman bacaan

Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal,
kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal.

1. Kefahaman literal

makna perkataan

makna ayat

huraian isi

idea utama

urutan idea

perbandingan

hubungan sebab dan akibat

2. Kefahaman inferensi

membuat kesimpulan

mengeluarkan idea utama

membuat perbandingan

menunjukkan hubungan sebab dan akibat

membuat jangkaan

memahami dan menghuraikan bahasa kiasan

3. Kefahaman kritikal

membezakan kenyataan daripada fantasi

membezakan fakta daripada pendapat

menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis

menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang

menentukan tujuan penulis

Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca
yang aktif. Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang
pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan
maksud. Hal ini berbeza dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya
membaca untuk mengingati dan mengulang.
Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang dituliKita berkata sesorang membaca
dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung kepada input pembaca.
Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui pengetahuan kita
mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata yang lebih
untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita
baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata
yang terhad.
Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa
kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi,
kita tidak akan dapat
memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan
menggambarkan pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa
lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman
masa lampau kita maka kita fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat

JENIS-JENIS BACAAN
Secara luaran kita mungkin mengatakan bahawa bacaan itu adalah membaca, menukar
grafik kepada makna dan seterusnya memahami keseluruhan apa yang dibaca.
Sebenarnyabacaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:

1. Bacaan Mekanis
2. Bacaan Mentalis
3. Bacaan Intensif
4. Bacaan Ekstensif

Bacaan Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan
betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang
digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak
membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis
Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara
senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan,
nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.

Bacaan Intensif
Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan
dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping
itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam
konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Konsep-konsep bacaan intensif:


1. Bacaan intensif merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha
melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa murid di bawah pimpinan
guru.
2. Bacaan intensif memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan
mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembang
perbendaharaan kata.

3. Bacaan intensif dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan
kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh murid dalam
bacaannya
4. Bacaan intensif mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam
pertuturan dan tulisan.
5. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa
aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah
kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca,
membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut
kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di
samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep bacaan ekstensif;

1. Bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid di
luar kelas secara bersendirian tanpa bimbingan guru.
2. Bahan bacaan harus luas, bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan katanya
tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita
murid itu.
3. Bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.
4. Bacaan ekstensif mengandaikan murid membaca sesuatu bahan tanpa menghadapi
kesukaran dan melalui bacaan ekstensif ini murid mendapat kepuasaan, seronok
dan terhibur.

Ciri-ciri pendekatan bacaan ekstensif


1. Murid membaca seberapa banyak buku yang termampu. Bacaan boleh dilakukan di
dalam atau di luar kelas.
2. Menyediakan bahan bacaan yang pelbagai topik. Perkara ini penting bagi
menggalakkan murid membaca dengan pelbagai tujuan dan pelbagai cara.

3. Murid memilih sendiri bahan untuk dibaca dan seterusnya murid juga dibenarkan
menghentikan bacaan sekiranya bahan bacaan berkenaan didapati tidak menarik.
4. Matlamat membaca untuk keseronokan, mendapat maklumat dan pemahaman
secara umum. Matlamat ini dikenal pasti melalui keaslian bahan dan minat murid.
5. Membaca dilakukan mengikut kehendak murid itu sendiri. Dalam hal ini, latihan yang
sedikit ataupun tidak ada latihan diberikan selepas bacaan.
6. Bahan bacaan bersesuaian dengan ketrampilan berbahasa murid khususnya dari
pada aspek kosa kata dan tatabahasa. Penggunaan kamus sebaik-baiknya
dielakkan bagi memastikan bacaan berjalan lancer tanpa gangguan.
7. Bacaan dilakukan bersendirian secara senyap dan mengikut kemampuan sendiri.
Murid akan menentukan di mana dan bila mereka akan membaca.
8. Kelajuan bacaan ditingkatkan terutamanya apabila menmbaca bahan bacaan yang
mudah difahami.
9. Guru memandu murid ke arah mencapai matlamat program, menjelaskan kaedah,
memastikan bahan yang dibaca oleh murid dan membimbing murid agar mendapat
manfaat daripada bacaan berkenaan.
10. Guru menjadi model kepada murid dengan menunjukkan manfaat yang diperoleh
daripada bahan bacaan.

PROSES MEMBACA
Proses membaca yang bermatlamatkan kefahaman melibatkan proses mental yang
kompleks iaitu merangkumi proses-proses seperti yang di bawah;
1. mengecam perkataan
2. memilih makna yang sesuai.
3. menghubungkaitkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
4. menyusun idea.
5. membuat generalisasi.
6. membuat penilaian.
Pada peringkat awal, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan
mekanis, iiatu guru akan memberikan contoh sebutan bunyi-bunyi dan bacaan yang betul
dengan kuat dan jelas. Proses ini diikuti oleh murid yang akan membunyikan secara kuat
sama ada secara beramai-ramai, berkumpulan ataupun secara individu.
Murid-murid diajar dengan bacaan mentalis atau akaliah setelah mereka menguasai atau

berkemahiran dalam bacaan mekanis. Murid-murid diberi masa untuk membaca sesuatu
bahan bacaan yang diberikan sebelum bahan berkenaan dibincangkan atau menjawab
soalan-soalan untuk menguji kefahaman murid. Bacaan mentalis ini boleh juga diikuti
dengan bacaan kuat. Perkara penting yang perlu diketahui oleh guru ialah bacaan mentalis
diutamakan bagi murid-murid di sekolah rendah, sementara bacaan mentalis lebih
diutamakan pada peringkat sekolah menengah.

TUJUAN MEMBACA
Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua iaitu tujuan serta-merta dan tujuan
lanjut.Membaca dapat menambah ilmu pengetahuan dan juga meningkatkan tahap
penguasaan bahasa murid.

Tujuan Serta-Merta
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu
bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca, maka
kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak
teragakagak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang
untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murid
boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan
dan rentak irama atau intonasi yang betul.Selaian itu membaca senyap tanpa berasa
sebarang gangguan.membaca juga dapat mewujudkan sikap suka dan mahu membaca
terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca antara lain membaca
menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan
menambah pengetahuan.

Tujuan Lanjut
Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah,
membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya
sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur.
Membaca akan menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka
merapatkan diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya.
Membaca merupakan alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung murid
dan.Selain itu membaca dapat merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan
mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia. Dengan membaca kita dapat
meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahanbahan
perbandingan dengan orang lain.Antara laian, dengan membaca kita dapat bahan

ransangan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara
yang baik yang dilakukan oleh orang lain.
Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan
pembelajaran membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan
atau matlamat yang berikut;
1. Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.
2. Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.
3. Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam
bahan bacaan yang dibacanya.
4. Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami isi
yang dibaca dengan pantas juga.
5. Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan
semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan
mudah.
6. Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan
cepat, jelas dan tepat.
7. Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.
8. Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang
berbeza.
9. Menambahkan ilmu pengetahuan.
10. Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan yang dibaca dengan
jujur.
11. Membetulkan pengetahuan sedia ada yang salah.
12. Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan diri sendiri
dan masyarakat.
13. Membina sikap, cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positif.
14. Memberi peluang kepada murid uantuk mengetahui hal-hal luar negara.
15. Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi
masyarakat sekelilingnya.
16. Memperkenalkan keindahan dan keseniaan bahasa di samping menggalakkan
mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan
bakat.
17. Membina sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk
menambahkan ilmu pengetahuan.

Definisi Menulis

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang
alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu,
definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.

Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah
mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lainlain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain)
dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.

Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan
peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk
kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.

Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur


berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping
sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

Konsep Menulis.

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan
bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan
kehidupan secara lebih menyeluruh.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan
buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya
mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu
juga sebaliknya.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah


sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada
dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah
pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka
menulis mereka juga membaca.

Fungsi-fungsi Kemahiran Menulis.

Ann Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya
Techniques In Teaching Writing, iaitu :
1. Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa.
3. Memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh anggota
mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Tujuan Menulis.

Fungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya, apabila fungsi itu dilihat melalui
tujuan berikut :

Tujuan Serta-merta

Tujuan semerta ialah pros pemembina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan
kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.Selain itu, ia membolehkan kanakkanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul
dan boleh difahami oleh pembaca.Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara
membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan
isi bacaannya.Dengan menulis kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan
sempurna dalam bentuk tulisan.Antara lain, ia juga dapat menyuburkan minat suka menulis
atau mengarang dalam kalangan kanak-kanak.Selain itu, ia dapat menambah dan
meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa
dan tulisan.Ia juga dapat menyediakan kanak-kanak unuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjut

Menulis dapat meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi


penulisan.Ia juga dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman, dan
perasaan.Selain itu, menulis dapat menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya
dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan
sendiri dan orang ramai umumnya.

Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari
kerana beberapa tujuan iaitu :
i. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran
belajar.
ii. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar.
iii. Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa
jemu dan bosan pelajar.
iv. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik
darjah.

Menulis juga mempunyai fungsi lain antaranya memberi respons.Menulis bertujuan untuk
memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai
perantara. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing seperti
perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan

tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons
kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya.

Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam situasi dan konteks
yang spesifik contohnya penulis menggambarkan keindahan alam atau perwatakan
manusia.Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau
pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan
menggunakan bentu grafik. Bentuk grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi
bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya

Menulis juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.Proses komunikasi sememangnya


memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan pembaca. Dalam hal ini, penulis
akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk dikongsikan bersama pembaca
dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan. Mesej tersebut
dapat menimbulkan pelbagai reaksi.

Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea konstruktif dalam
kalangan penulis. Keadaan ini akan menimbulkan suasana perlunya saling memahami
antara kedua belah pihak iaitu penulis dan pembaca, selepas masing-masing mentafsirkan
tulisan yang ditulis dan dibaca dengan rasional.

Menulis juga dapat melahirkab ekspresi kendiri.Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan
naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis menyatakan idea, harapan, falsafah
hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikannya kepuasan serta
menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca.Dari segi pernyataan personaliti,
penulisan yang dihasilkan oleh pelajar sering dapat ditafsirkan oleh guru bagi
menggambarkan personalti pelajarnya.

Menulis juga dapat melahirkan sifat sejagat.Dalam penulisan, sifat umum dapat dilihat
melalui prosedur penulisan tersebut manakala kesejagatan pula daripada segi bahan yang
ditulis. Sifat umum dalam penulisan juga digambarkan dari segi kepentingan menggunakan
bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca memahami mesej yang disampaikan.

Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang dapat ditulis
dalam gaya yang berlainan. Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita
biasanya mempunyai sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak
mahupun peleraian konflik.Menulis perlu mematuhi norma tertentu ataum mengikut
peraturan.Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk
mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi
makna kepada pembaca.
Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh
mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan.
Keberkesanan peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan
kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan itu dapat
dipertanggungjawabkan.

Menulis juga merupakan proses pembelajaran.Dalam konteks pendidikan, kemahiran


menulis juga amat penting bagi pelajar untuk dikuasai menerusi pembelajaran secara
formal. Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang begitu
berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan tanpa sebarang halangan
komunikasi.

Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik
apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara
lebih sistematik.

Jenis-jenis Kemahiran Menulis.

Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran
kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk
pelahiran (mental).

Kemahiran Menulis Secara Mekanis

Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal
yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah
dibaca.

Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah
penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai
kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.

Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka


untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat
demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai
mekanik tulisan itu dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin
semangat untuk belajar menulis.

Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan
tangan, seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan.
Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak
mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka
dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian,
daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan
mereka.

Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran
menulis adalah seperti :
a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi
dan sebagainya.
b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.
c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih
menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.
d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.
f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.
g) Melatih menulis cantik dan kemas.

Kemahiran Menulis Secara Mentalis (Pelahiran).

Kemahiran menulis untuk pelahiran selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka
mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti-aktiviti yang
patut dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran adalah seperti
berikut :
a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.
b) Latihan pernyataan perasaan.
c) Latihan pernyataan kehendak.
d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli lahir dari pemikiran sendiri.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis.

Peringkat Pramenulis (Persediaan)


Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti
menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh
ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diber pendedahan
kepada murid-murid sejak dari awal lagi.

Menurut Wilma dan Davidebbitt (1978), konsep peringkat pramenulis adalah


berdasarkan aspek berikut :
i. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk.
ii. Perbincangan.
iii. Membuat pembacaan dan rujukan.
iv. Membuat rangka dasar.
v. Mencari pendekatan yang sesuai.

Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang


kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik, bertitik-tolak
daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :


a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.

b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.

Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis :


a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan
menulis dari kiri ke kanan.
b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
c.Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas pasir dan rumput tanpa
menggunakan alat tulis. (bulatan besar bulatan kecil).
d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara
bebas
g. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.

Peringkat Asas Menulis (Mekanis).


Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel
serta boleh duduk dengan cara yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk
lambang-lambang tulisan.

Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid.


Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar
dan seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf
dan membaca perkataan tersebut.

Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas
kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah
mereka dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula
membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus
bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.

Berikut adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu :
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.
ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.
Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan di atas, guru haruslah
memberi perhatian terhadap beberapa perkara iaitu :
i. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf dengan
menggunakan gambar.
ii. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat
daging kanak-kanak.
iii. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.
iv. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian barulah menggunakan buku
yang bergaris.
v. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, seterusnya mereka
boleh dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas
menulis adalah seperti :
a. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
b. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
c. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.
d. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
e. Menyalin ayat-ayat mudah dan sebagainya.

Peringkat Menulis untuk Pelahiran.


Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-murid, mereka seharusnya
digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Kaedah-kaedah yang dicadangkan
adalah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan,
megisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu
boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dijalankan adalah seperti berikut :


i. Mengisi silang kata.
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.
iii. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
iv. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
v. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
vi. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
vii. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.
viii. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.
ix. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.
x. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya. (rujuk sukatan
pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di bahagian lampiran).

Kesalahan Biasa Dalam Penulisan.

Pada peringkat awal murid-murid mempelajari kemahiran menulis, biasanya tidak sempurna
dan sering berlaku kesilapan. Namun begitu, kesilapan-kesilapan tersebut boleh diperbaiki
dari semasa ke semasa dengan memperbanyakkan latihan menulis serta memberi galakan.

Kesalahan-kesalahan biasa dalam penulisan yang sering kali terjadi adalah dari segi
bentuk huruf yang buruk, tidak sama besar atau kecil. Selain itu, jarak huruf atau perkataan
yang tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukan yang tegak dan condong. Di samping
itu, rupa tulisan juga kadang kala kotor disebabkan oleh kerap membetulkan kesilapan
menggunakan getah pemadam.

Namun begitu, seperti yang telah dinyatakan di atas, masalah ini mampu diatasi dengan
beberapa cara yang memerlukan bimbingan daripada guru iaitu :
i. Beri latihan secukupnya pada peringkat permulaan dan peringkat mendirikan asas.
ii. Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh
kanak-kanak dengan mudah.
iii. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau
sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul.
iv. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna.

v. Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh
mengotorkan tulisan.
vi. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.
vii. Dari segi kedudukan menulis dan cara menulis :
a) Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul.
b) Kedudukan bangku, meja, kerusi dan sebagainya biarlah memberi keselesaan.
c) Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja dan tangan kiri
menyokong badan.
d) Jarak mata dengan buku adalah lebih kurang antara 8 hingga 10 inci.
e) Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat.
f) Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu.
g) Jangan duduk membongkok ketika menulis.

Jenis-jenis Penulisan.

Penulisan Terkawal dan Separa Terkawal.

Penulisan terkawal merupakan penulisan asas atau pertama yang harus dilalui oleh muridmurid dalam gerak kerja penulisan. Penulisan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia
terkawal oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).

Susunan penulisan ini dkawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas.
Tujuan penulisan terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam
kalangan murid-murid. Kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan muridmurid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.

Pada peringkat ini latihan penulisan yang diberi, dikawal sepenuhnya agar murid-murid
tidak melakukan kesilapan. Pengawalan dilakukan terhadap murid-murid yang seratusperatus baru sahaja mula belajar mengarang atau didapati lemah dalam mengarang.
Selalunya, mereka menyalin apa sahaja yang ditulis oleh guru di papan hitam. Latihanlatihan haruslah terdiri daripada perenggan yang pendek-pendek yang bertujuan sebagai
lathan mekanikal semata-mata.

Walau bagaimanapun, guru masih boleh memasukkan variasi dan perhidangan dalam
latihan yang diberi pada peringkat tersebut iaitu peringkat menyalin dan menghasilkan
semula. Meraka misalnya, boleh diberi latihan menyalin ayat-ayat daripada rajah tukar ganti
yang mudah. Walaupun latihan tersebut adalah menyalin, mereka diarahkan memilih satu
item yang mereka suka daripada rajah tukar ganti tersebut. Pada peringkat ini, item yang
mereka pilih itu adalah yang berhubung dengan leksikal, sedangkan struktur ayat adalah
tepat dan sama.

Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan untuk :


i. Cara ini dapat mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.
ii. Menjadi asas kepada penulisan bebas. Murid-murid dipimpin dan dilatih sedikit demi
sedikit kea rah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa.
iii. Supaya murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan isi
pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa.
Pelbagai bentuk latihan yang boleh dilaksanakan kepada murid-murid berhubung
dengan penulisan terkawal iaitu :
i. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu yang berkaitan dengan
sesuatu tajuk.
ii. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.
iii. Menulis surat. Isi surat tersebut ditetapkan oleh guru supaya menyenangkan murid-murid
menulisnya.
iv. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah
disediakan.
v. Menulis isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk, kejadian,
peristiwa atau sebagainya.
vi. Menulis ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.
vii. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan yang diberi.

Seterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid masih diberikan kawalan
walaupun tidak sepenuhnya. Mereka diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya
pemikiran untuk memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru. Contohnya,
guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan
kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam

dengan perkataan-perkataaan lain yang disediakan. Latihan tersebut mungkin menimbulkan


sedikit kesukaran dan murid-murid boleh melakukan kesalahan.

Penulisan Berpandu.

Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau panduan
ketika hendak membuat karangan. Pada peringkat ini, kemungkinan murid-murid akan
melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian bagi mereka yang
telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara
tersebut pada peringkat karangan terkawal dan separa terkawal.

Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan. Kemudian
murid-murid diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis
panduan atau arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini guru masih memberi
bimbingan kepada murid-murid.

Penulisan Separa Berpandu.

Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya.
Walau pun diberi garis panduan tertentu, namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk
membuat karangan. Oleh yang demikian, kemungkinan peratusan kecil sahaja yang akan
berlaku. Melalui cara ini mereka dapat meluahkan isi fikiran biarpun terdapat sedikit
kawalan, namun sekurang-kurangnya kawalan tersebut dapat memberi cetusan idea.

Penulisan Bebas.

Penulisan bebas adalah penulisan yang hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah
mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, mereka

diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang
hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.

Oleh sebab murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran
mekanikal yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapankesilapan yang dilakukan. Perkara penting yang diingatkan di sini adalah mengajar
penulisan yang berbentuk bebas seharusnya dilewatkan oleh guru supaya murid-murid
terlebih dahulu dapat menguasai perkara-perkara asas seperti penguasaan perbendaharaan
kata (pemilihan perkataan) dan sruktur ayat bahasa tersebut.

Pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sekolah menengah, jenis penulisan
sebegini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk yang dibahagikan kepada lima
bahagian iaitu penulisan berbentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan argumentatif.

Penulisan bentuk naratif meliputi jenis-jenis cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan.
Penulisan jenis deskriptif pula merangkumi gambar suasana, peristiwa, benda dan
perwatakan. Penulisan jenis imaginatif berkait rapat dengan pengalaman sementara yang
berbentuk argumentatif pula terlibat dengan perbincangan, kritik dan perbahasan. Penulisan
berbentuk kreatif meliputi puisi, cerpen, drama dan sebagainya yang merupakan ekspresi
dan perasaan serta pengalaman seseorang melalui tulisan atau perkataan.

Prinsip-prinsip Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis perlu diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar pengajaran untuk
menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. Prinsip-prinsip kemahiran menulis yang boleh
dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis adalah seperi berikut :
i. Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan bertulis yang
berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin dengan tepat sesuatu yang
telah dibaca oleh guru.
ii. Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar membuat ayat-ayat
yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan tertentu.
iii. Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang terdiri daripada
urutan ayat yang teratur dan logik.

iv. Penulisan karangan pada peringkat awal (menengah rendah) mestilah bersifat terpimpin
atau terkawal dalam erti kata guru memberi bantuan dari segi perbendaharaan kata
dan/atau kandungan.
v. Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar termasuk
kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.
vi. Untuk membolehkan pelajar mengenal hasil penulisan yang bermutu tinggi, guru patutlah
mendedahkan mereka kepada karya penulisan yang baik daripada pelbagai sumber
termasuk bahan yang ditulis oleh rakan sebaya.

Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis


Guru berperana penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran
menulis. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran menulis dalam kalangan pelajar :
b. Latihan imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat atau
perenggan yang dipilih.
c. Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang paling
sesuai dan tepat.
d. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul
tatabahasanya.
e. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang tersusun
dan logik.
f. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar
bersiri.
g. Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat.
h. Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk pelbagai tujuan.
i. Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya.
j. Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk perbendaharaan kata,
ejaan, tanda bacaan, imbuhan) dalam sebuah karangan.
k. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.
l. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan sebagainya)
berdasarkan tugas yang diberi.
m. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.

n. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik termasuk teknik
membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.
o. Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa.
p. Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa
menjejaskan makna asalnya.

KESIMPULAN
Kemahiran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah mencakupi kemahiran asas
seperti kemahiran lisan,bacaan dan tulisan. Pengajaran konsep asas terhadap kemahiran ini
membolehkan murid menguasai kemahiran pada tahap yang membolehkan mereka
menaakul dan seterusnya meluahkan pendapat dalam bentuk lisan dan tulisan.
Kemahiran lisan yang diajar adalah bertujuan untuk membantu murid menyesuaikan
diri dengan persekitaran mereka. Penyesuaian ini penting bagi membina keyakinan diri
murid untuk mengikuti kelas. Kemahiran membaca diajar kepada murid bermula pada asas
mengenal huruf, suku kata, dan frasa hinggalah membaca ayat dan perenggan.
Kemampuan murid membaca akan membuka ruang kepada tahap penguasan kemahiran
seterusnya iaitu kemahiran menulis.
Kemahiran menulis dapat digarap dengan gabungan penguasan kemahiran lisan dan
membaca. Penguasaan yang baik pada kemahiran berkenaan akan membantu murid
menjana idea dan seterusnya menurunkannya dalam bentuk tulisan dibantu dengan
kemampuan bahasa yang mantap hasil pembacaan mereka.
Justeru kemahiran asas ini perlu dikuasai oleh murid dalam menjamin
kesinambungan perkembangan kerjaya mereka. Murid yang mampu menguasai kemahiran
ini berpeluang untuk menmanfaatkan kebolehan mereka semasa menimba pelajaran pada
tahap yang lebih tinggi lagi seperti di sekolah menengah, koleh juga universiti.

Peta minda I-think

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN

: Bahasa Melayu

KELAS

: 2 Bijak

TARIKH

: 1 April 2013

MASA

: 10.35 pagi -11.35 pagi

TEMA

: Kebudayaan

TAJUK

: Kuih tradisional

BILANGAN MURID

: 25 Orang

FOKUS UTAMA
Standard kandungan

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar,


sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

Standard pembelajaran

2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan


yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.

FOKUS SAMPINGAN
Standard Kandungan

3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi


dengan betul dan kemas

Standard Pembelajaran

3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat :


I.
Membaca kuat lapan daripada dua belas ayat penyata
dengan lancar dengan menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
II.
Menulis sekurang-kurangnya lima ayat majmuk yang
lengkap dengan betul dan kemas.

KEMAHIRAN BERBAHASA -

PENGISIAN KURIKULUM

Kemahiran membaca

Kemahiran menulis

Kemahiran mendengar dan bertutur

Pengisian Kurikulum :
-

KB : Menghubung kait, menjana idea, menganalisis.

KP : Verbal linguistik, visual ruang, intrapersonal.

BCB : Mencatat maklumat, kemahiran membaca

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

Murid mengetahui jenis-jenis kuih tradisional dan

telah mempelajari ayat tunggal.


PENERAPAN NILA:
PENEKANANAN KONSEP

Bekerjasama, keyakinan diri, keberanian


i.

Penggabungjalinan

: Mendengar, bertutur,

membaca dan menulis. Penggabungjalinan topik.


ii.

Penyerapan : Kajian tempatan

iii.

Penilaian

: Menerangkan maksud ayat


penyata dan ayat majmuk

iv.

Pemulihan

: Menulis dan membaca ayat penyata


dengan bimbingan guru.

v.

Pengayaan : Menghasilkan buku skrap.

SISTEM BAHASA:

Tatabahasa : Ayat penyata, ayat majmuk

MEDIA

Tayangan slaid Microsoft power point, lembaran kerja, LCD,


pembesar suara, komputer riba

LANGKAH

SET INDUKSI
( 5 minit )

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI

CATATAN

Video kuih tradisional

Guru menayangkan video


kuih tradisional.

BBM :

1. Apakah yang kamu


lihat ?

Murid meneliti kuih yang


terdapat dalam video
2. Pernahkah kamu makan ditunjukkan oleh guru.
kuih ini?
Sesi soal jawab tentang kuih3. Di manakah biasanya
muih yang telah ditunjukkan
kamu boleh mendapatkan dalam slaid.
kuih ini?
Guru menjelaskan tajuk
pelajaran iaitu Kuih
Tradisional

Video kuih
tradisional.
KP :
-

Visual-ruang

Interpersonal

KB :
Menghubung
kait
Nilai :
-

Kerjasama

Ilmu :
-

Kajian Tempatan

LANGKAH 1
( 5 minit )

Power Point: Kuih-muih


tradisional

Guru menayangkan gambar- BBM :


gambar kuih-muih tradisional.
Gambar
Murid diminta menamakan
( Power Point )
gambar kuih yang ditunjukkan
- Apakah yang kamu faham oleh guru.
LCD
tentang gambar ini ?
Skrin
Murid diminta membaca
- Pernah kah kamu melihat nama-nama kuih yang
KB :
kuih ini?
ditunjukkan.
Menganalisis
- Baca nama-nama kuih
Guru membetulkan sebutan
yang ditunjukkan.
murid.
KP :
-

Verbal-linguistik

BCB :
Melaporkan
maklumat

LANGKAH 2

Ayat penyata.

( 10 minit )

Murid dibahagikan kepada


enam kumpulan.

Murid dipilih secara rawak


Kuih baulu enak rasanya. untuk membaca kuat ayat
yang ditunjukkan dalam
Kuih baulu berwarna
keperang-perangan apabila persembahan power point.
telah masak.
Murid membaca ayat dalam
Kuih lapis lembut dimakan. kumpulan yang di bentuk.
Kuih lapis manis rasanya. Guru memperbetulkan
sebutan dan intonasi murid
Kuih keria berbentuk bulat. yang salah
Kuih keria berwarna
keperang-perangan.
Kuih apam sangat lembut.
Kuih apam harum baunya.

BBM :
Gambar
( Power Point )
-

LCD

Skrin

KB :
-

Menganalisis

BCB :
Kemahiran
membaca
KP :
-

Verbal-linguistik

Intrapersonal

Kuih koci selalunya


berintikan kelapa.

Nilai Murni :

Kuih koci enak rasanya.

Kuih lempeng harum

Keberanian

baunya.
Kuih lempeng enak
dimakan bersama kuah kari.

LANGKAH 3

Ayat majmuk

(5 minit)

Bapa sibuk mengacau


dodol di halaman
sementara emak sibuk
menggoreng kuih karas di
dapur.

Guru menayangkan contoh


ayat majmuk melalui slaid
power point.

Pendekatan
pengajaran :
Pendekatan deduktif

Guru menerangkan maksud


ayat majmuk kepada muridmurid.

BBM :

Murid membaca contoh ayat - Gambar ( Power


Point )
majmuk yang dinyatakan
dalam slaid power point.
- LCD
-

Skrin

KB :
-

Menganalisis

Menyelesaikan
masalah.
BCB :
Kemahiran
membaca
KP :
-

Verbal-linguistik

Intrapersonal

Nilai Murni :
Kerjasama

LANGKAH 4
(15 minit)

Power point : Latihan ayat


majmuk

-Pilih ayat majmuk yang


betul.

Guru membahagikan murid


kepada enam kumpulan.

BBM :

- Gambar ( Power
Guru mengedarkan lembaran Point )
kerja.
LCD
Guru menayangkan slide
Skrin
power point.

-Baca jawapan anda dengan


kuat.
Setiap kumpulan diminta
untuk memilih padanan ayat
-Tuliskan ayat majmuk yang majmuk yang betul
anda bina dalam lembaran berpandukan tayangan slide
kerja yang telah diedarkan. power point yang disediakan.
Murid membaca jawapan
yang ditulis di hadapan kelas
mewakili kumpulan.

KB :
-

Menganalisis

Menyelesaikan
masalah
KP :
-

Visual-ruang

Verbal-linguistik
Murid menulis ayat
majmuk dalam lembaran kerja
BCB :
berdasarkan ayat penyata yang
ditunjukkan oleh guru dalam
- Mencatat maklumat
slaid power point.
- Kemahiran
membaca
Nilai murni
-

Keberanian

Kerjasama

LANGKAH 5
PANTAKSIRAN
(20 minit)

Murid diminta membina ayat BBM


penyata menggunakan
perkataan yang diberikan oleh Lembaran Kerja
guru.
Murid diminta membaca ayat
penyata yang dibina dengan
menggunakan intonasi dan
sebutan yang betul.
Murid diminta membina ayat
majmuk berdasar ayat penyata
yang telah dibina

Murid diminta menghasilkan

PENGAYAAN

PEMULIHAN

PENUTUP

- Rumusan tajuk

5 MINIT

buku skrap mengenai kuih


tradisional yang terdapat di
Malaysia dengan
menggunakan ayat penyata
yang sesuai.
Murid diminta mengisi tempat
kosong untuk melengkapkan
ayat penyata.
-Murid menyanyi lagu kuih
tradisional.
-Murid melukis dan mewarna
gambar kuih tradisional dalm
bentuk poster jualan.

LAMPIRAN 1
SLAID POWER POINT KIUH TRADISIONAL

BBM
Slaid Power Point,
kertas lukisan

LAMPIRAN 2
KAD PERKATAAN

KUIH KOCI

KUIH KARIPAP

KUIH LAPIS

KUIH APAM

KUIH KERIA

KUIH BAHULU

Kuih baulu enak rasanya.


Kuih baulu berwarna keperang-perangan apabila telah masak.
Kuih lapis lembut dimakan.
Kuih lapis manis rasanya.
Kuih keria berbentuk bulat.
Kuih keria berwarna keperang-perangan.
Kuih apam sangat lembut.
Kuih apam harum baunya.
Kuih koci selalunya berintikan kelapa.
Kuih koci enak rasanya.
Lempeng harum baunya.
Kuih lempeng enak dimakan bersama kuah kari

LAMPIRAN 3
Soalan ransangan lisan.
Set induksi
1. Apakah yang kamu lihat ?

2. Pernahkah kamu makan kuih ini?


3. Di manakah biasanya kamu boleh mendapatkan kuih ini?

Langkah 1
1. Apakah yang kamu faham tentang gambar ini ?
2. Pernah kah kamu melihat kuih ini?
3. Baca nama-nama kuih yang ditunjukkan.

Kuih baulu enak rasanya.


Kuih baulu berwarna keperang-perangan apabila telah masak.
Kuih lapis lembut dimakan.
Kuih lapis manis rasanya.
Kuih keria berbentuk bulat.
LAMPIRAN 4
Kuih keria berwarna keperang-perangan.
Ayat Penyata
Kuih apam sangat lembut.
Kuih apam harum baunya.
Kuih koci selalunya berintikan kelapa.
Kuih koci enak rasanya.
Lempeng harum baunya.
Kuih lempeng enak dimakan bersama kuah kari

LAMPIRAN 5
Lembaran Kerja

Nama : _________________________

Tahun : ________

Bina lima ayat majmuk berpandukan ayat penyata dalam slaid power point berikut :
Kuih baulu enak rasanya.
Kuih baulu berwarna keperang-perangan apabila telah masak.
Kuih lapis lembut dimakan.
Kuih lapis manis rasanya.
Kuih keria berbentuk bulat.
Kuih keria berwarna keperang-perangan.
Kuih apam sangat lembut.
Kuih apam harum baunya.

1. _______________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2. _______________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
3. _______________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
4. _______________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
1. Kuih bahulu enak ____________ dan berwarna _______________ apabila telah
5. di__________.
_______________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2. Kuih ______________dimakan dan _______________ rasanya.
3. Kuih keria ________________keperang-perangan dan berbentuk ______________
LAMPIRAN 6
4. Kuih ________________harum
____________________ dan ______________
Lembaran
Kerja Pemulihan
rasanya.
5. Kuih karipap ___________________dimakan menjadi __________________ minum
___________________.

LAMPIRAN 7
Gambar Sesi Pembelajaran di Kelas

REFLEKSI

KEKUATAN

Sesi pengajaran yang dilaksanakan dalam Rancangan Pengajaran Harian Tahun Dua Bijak
ini menggunakan aplikasi moden Assure. Model ini memiliki kekuaran dari aspek
pemusatan murid dalam melaksanakan aktiviti semasa pembelajaran.
Pendahuluan pengajaran dimulakan dengan tayangan slaid dapat meransang minat
murid untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas. Penggunaan bahan ransangan
dengan bantuan audio dan visual dapat meransang minat murid terhadap tajuk
pembelajaran.
Objektif pembelajaran jelas diutarakan dengan menyatakan sasaran yang perlu
dicapai oleh murid dalam menghasilkan ayat majmuk. Murid menggunakan panduan yang
diberi melalui penyataan ayat penyata dalam menghasilkan ayat majmuk secara berpandu.
Pembelajaran merangkumi aspek lisan, bacaan dan tulisan. Perancangan aktiviti
melibatkan ketiga-tiga elimen utama pembelajaran bahasa. Murid pada peringkat awal
diransang dengan tayangan slaid kemudian disusuli dengan aktiviti bacaan dan diperkukuh
dengan aktiviti tulisan.
Tahap keberkesanan pembelajaran murid dapat dilihat aktiviti penilaian iaitu hasil
kerja murid. Penilaian ini diukur dengan kemampuan murid menghasilkan ayat majmuk
berpandu menggunakan sumber ayat penyata yang disediakan. Kemampuan murid
melakasanakan aktiviti dinilai dan langkah susulan diatur bagi memantapkan dan membaiki
kelemahan murid
Kaedah pengayaan dan pemulihan yang dirancang dalam RPH ini menjelaskan
penekanan kepada tahap kemampuan murid dengan menyediakan ruang tertentu dalam
mengembangkan kemampuan murid juga membimbing murid yang lemah. Dalam usaha
mengembangkan potensi murid yang berkebolehan dan telah menguasai kemahiran yang
diajar maka pelaksanaan kerja projek telah dilaksanakan dengan penghasilan buku skrap.
Disamping mengasa bakat dan kemahiran murid cemerlang RPH ini juga turut
menekankan bimbingan terhadap murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajar.
Pelaksanaan sesi pemulihan dengan bimbingan terancang kepada murid lemah dapat
membantu murid memahami dan menguasai kemahiran yang diajar.
Kesimpulannya pelaksanaan RPH ini telah menekankan aspek pembelajaran
seimbang dengan perancangan khusus terhadap penyampaian kemahiran berdasarkan
pencapaian objektif yang jelas. Aktiviti susulan turut dirancang bagi memantapkan lagi
proses pembelajaran yang berlangsung dengan kepelbagaian tahap kemampuan murid.

KELEMAHAN
Pembelajaran yang dilaksanakan menggunakan pelbagai bahan sokongan yang
menggunakan kemudahan teknologi dan kurang melibatkan bahan maujud seperti kad
gambar dan keratan akhbar juga bahan lain seumpamanya. Penggunaan bahan berunsur

elektronik ini pada dasarnya baik namun terdapat beberapa kekangan yang mungkin
menyumbang kepada kegagalan pelaksanaannya.
Masalah kerosakan alatan pada masa sesi pembelajaran berlangsung akan
menyebabkan pembelajaran yang dilaksanankan gagal disempurnakan. Selain itu, masalah
teknikal lain seperti ketiadaan punca kuasa elektrik juga akan mengakibatkan sesi
pembelajaran terganggu.
Kebergantungan terhadap teknologi tanpa melibatkan bahan sokongan lain seperti
kad gambar dan bahan sokongan lain boleh mengakibat keberkesaan pembelajaran sukar
dicapai sekiranya berlaku masalah luar jangka seperti yang saya nyatakan.

PENAMBAHBAIAKAN
Penggunaan teknologi dalam pembelajaran sememangnya baik dan berkesan dalam
pengajaran guru di kelas. Tahap minat murid juga bertambah dengan bahan sokongan yang
mampu menjelaskan rupa bentuk juga disokong dengan audio dan visual menarik.
Namun demikian bahan maujud dalam bentuk kad gambar,keratan akhbar dan
sebagainya juga mampu membantu kelancaran sesi pembelajaran. Kedua-dua instrumen ini
perlu diadun dan dimanfaatkan oleh guru dalam penyampaian kemahiran semasa
pengajaran di kelas.
Penggunaan keratan akhbar misalnya boleh dijadikan bahan sokongan kepada
pengukuhan kefahaman murid terhadap tajuk yang diajar. Selaian itu, aktiviti pembelajaran
juga turut boleh dipelbagaikan seperti mengenalpasti maklumat dalam teks atau mengesan
ayat majmuk daripada teks.

RUMUSAN
Sumbangan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dimanfaatkan secara
optimum oleh guru sebagai penyampai maklumat juga kemahiran kepada murid. Dalam
usahan dan keghairahan menggunakan teknologi ini guru juga perlu bijak merancang dan
menggunakan segala sumber sampinagan yang berada dipersekitannya dalam
melaksanakan pengajaran.
Kepelbagaian teknik , bahan dan kaedah penyampaian oleh guru pastinya akan
memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid. Sehubungan itu, guru perlu
bijaksana merancang dan mengaplikasikan apa juga kemahiran,bahan dan ternologi
semasa dalam melaksanakan pengajaran di kelas.
BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan

menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas
kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan
Idris. 2 4 Jun 2008.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
3. Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan
pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
5. Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai