Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Program Bina Insan Guru (BIG) bagi Fasa 1 PISMP Ambilan Januari 2014
berjaya dijalankan. Pelatih-pelatih unit N melibatkan diri secara aktif dalam semua
aktiviti yang diadakan oleh Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh. Semua pelatih
memberikan kerjasama yang sejagat untuk menjayakan program BIG ini.
Matlamat program BIG untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak,
nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta
aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dalam program BIG. Misalnya, aktiviti kembara dan aktiviti air yang memupuk
daya ketahanan diri yang tinggi serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan sesi-sesi
moral memupuk nilai-nilai kerohanian dalam sanubari para pelatih.
Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program
pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia.
Oleh itu, program BIG haruslah dijalankan secara berterusan untuk membina insan guru
yang dedikasi dan mulia.

Anda mungkin juga menyukai