Anda di halaman 1dari 3

SSM DAKWA 9,806 SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

KUALA LUMPUR 28 Mac SSM telah mengambil tindakan pendakwaan di


mahkamah terhadap 9,806 syarikat, pegawai syarikat dan perniagaan
kerana melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 dan
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sepanjang tahun 2011.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, tindakan pendakwaan ini
meliputi tiga jenis kesalahan lazim yang dilakukan oleh syarikat dan juga
pengarah syarikat iaitu:
i) Kegagalan syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di
bawah peruntukan seksyen 143(1) Akta Syarikat 1965 melibatkan
2,542 kes;
ii) Kegagalan syarikat menyerahsimpan penyata tahunan syarikat di SSM
di bawah kesalahan seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965; dan
iii) Kegagalan pengarah syarikat membentangkan penyata kewangan yang
diaudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di bawah seksyen
169(1) Akta Syarikat 1965.
Selain itu, terdapat 68 kes lagi turut difailkan atas pelbagai kesalahan lain
di bawah Akta Syarikat, katanya.

Pada masa sama, Mohamad Shahren memberitahu terdapat sebanyak 494


kes pendakwaan berkaitan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 turut difailkan dan daripada jumlah tersebut, 3 kesalahan lazim yang
sering dilakukan oleh golongan peniaga adalah seperti berikut:
i) Kesalahan menjalankan perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran
di bawah Seksyen 12(1);
ii) Menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran di bawah Seksyen 12(1)
(c);
iii) Kesalahan di bawah Seksyen 12(2) iaitu kegagalan mempamerkan sijil
pendaftaran perniagaan.
Di samping itu, terdapat 45 kes yang melibatkan pelbagai kesalahan lain di
bawah akta yang sama telah difailkan, tambah beliau.
Tegas beliau, SSM akan meneruskan aktiviti penguatkuasaan termasuk
tindakan undang-undang terhadap syarikat, pengarah dan pegawai syarikat
yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang dikawal selia oleh
SSM.
Dalam konteks ini juga, orang awam dinasihatkan membuat aduan
sekiranya mengesyaki terdapat sebarang perlanggaran di bawah Akta-Akta
yang dikawalselia oleh SSM.
Mereka boleh melayari laman sesawang SSM di www.ssm.com.my atau
hadir sendiri ke cawangan terdekat SSM di seluruh Malaysia untuk membuat
aduan, katanya.
Beliau menambah, SSM akan terus membuat pemantauan bagi memastikan
peruntukan-peruntukan

akta

yang

dikawal

selia

oleh

SSM

ditadbir,

dikuatkuasa, diurus dan dipatuhi oleh komuniti perniagaan.


Serentak dengan itu lagi, Mohamad Shahren menasihatkan pengarahpengarah syarikat memastikan mesyuarat agung tahunan diadakan dan
2

menyerahsimpan penyata tahunan dan penyata kewangan dalam tempoh


yang telah ditetapkan.
Para pemilik dan rakan kongsi perniagaan pula hendaklah memastikan
perniagaan didaftarkan dan pembaharuan perniagaan dibuat apabila tamat
tempoh perniagaan setiap tahun, tegasnya.

DIKELUARKAN OLEH :

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH

12 APRIL 2012

Anda mungkin juga menyukai