Anda di halaman 1dari 5

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal


sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap
hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai
berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim
hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi
biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka
basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah
begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan
buat sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat


sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai.
Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi.
Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggelenggeleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi.
Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah
baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang.
Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang
pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok
sahajalah, kata arnab.

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya


merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang
berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Keduaduanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan
mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan
dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki
kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka
apa yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau
liar yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama


Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor
keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan
terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan
makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada
suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba
mereka terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea
untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan
kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa
itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan
makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh
menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah
lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!
jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak
mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan
menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua,
singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua
sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.
Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony
akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung!
Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai
Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari,
Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka
seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun
Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi
cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah
batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka
mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di
sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan
aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan
seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum
menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam
hutan. Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki
tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak
pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah
dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam
hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang
Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.
Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan,
dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang
perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup
sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh.
Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk
cincin sakti.Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang
melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari
manakah gerangannya?
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan
permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat
mereka, kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja
istana.
Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka
ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia
member mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi
menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik.
Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di
kaki mereka.
Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan
ayah, kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira.
Mereka menangis kegembiraan. Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan
puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja