Anda di halaman 1dari 6

3.

0 Analisiskan contoh strategi kesantunan verbal dan non verbal yang


terdapat dalam cerita atau drama Melayu yang dipilih.
CERITA YANG DIKAJI
Cerita yang telah dipilih ialah filem Ibu Mertuaku arahan P.Ramlee. Filem ini
diterbitkan pada tahun 1962 oleh Shaws Malay Film Productions.
SINOPSIS
Nyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta,
pangkat dan kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang
pemuzik bernama Kassim Selamat. Mereka berhubungan melalui telefon dan
perjumpaan dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya Mansoor mendapat tahu
perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan
Doktor Ismadi sejak sekian lama. Tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang
pemuzik yang tidak sama taraf kedudukan dengan keluarga Nyonya Mansoor.
Oleh kerana Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan menentang
keputusan ibunya, dia dinikahkan dengan Kassim Selamat lalu dihalau keluar dari
rumah Nyonya Mansoor. Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke
Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Apabila Sabariah mengandung, Nyonya
Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang kerana tidak
sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim
Selamat kini bekerja sebagai buruh kasar.
Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar telegram
palsu kepada Kassim Selamat menyatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.
Kerana terlalu sedih, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya
tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta. Dia diselamatkan oleh seorang
perempuan ketika sedang merayau-rayau tanpa arah tujuan. Di rumah perempuan
tersebut, seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat
kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pentujukan di merata tempat.
Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim
Selamat mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Akhirnya Sabariah bersetuju
dinikahkan

dengan

Doktor

Ismadi.

Semasa

Kassim

Selamat

mengadakan

pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat dan

meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan


Kassim Selamat.

ULASAN
Filem Ibu Mertuaku merupakan sebuah filem yang memiliki unsur komedi
romantic pada permulaan dan menjadi makin tragik seiring dengan perjalanan
cerita. Filem ini mengkritikkan sistem sosiobudaya yang membentuk kasta
mengikut darjat kekayaan,pangkat dan keturunan. Isu ini telah digunakan oleh
P.Ramlee bagi merakam sebuah filem bagi membanteras amalan ini dalam
masyarakat.
KESANTUNAN VERBAL
Kesantunan verbal merupakan komunikasi seharian dengan menggunakan
bahasa secara sopan serta beradab. Kesantunan verbal juga dikenali sebagai
kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa bermakna kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Masyarakat
Melayu mementingkan kesantunan berbahasa kerana bahasa melambangkan
kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa
tersebut. Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek
komunikasi secara lisan. Contohnya, melalui media massa seperti radio, televisyen,
Internet, pengucapan awam, ceramah, seminar dan sesi ucapan. Contoh-contoh
yang

diberikan

memerlukan

pelaku

menggunakan

menyampaikan maklumat dan berkomunikasi.

Masa : 00:07:47

bahasa

dan

lisan

bagi

" Bolehkah saya bercakap dengan Encik Kassim Selamat?" kata Sabariah.
Dialog ini telah menunjukkan contoh kesantunan berbahasa yang baik.
Sabariah menggunakan intonasi yang baik dan bersopan santun semasa menelefon
Kassim Selamat. Cara percakapan Sabariah yang bersopan santun serta lemah
lembut semasa bercakap telefon patut diteladani.Hal ini kerana Sabariah masih
bersopan sewaktu berbicara walaupun tidak berhadapan dengan pendengar
tersebut.. Ini menunjukkan satu penghormatan kepada pendengar jikalau individu
tersebut menggunakan intonasi yang lemah lembut.
Apabila budi digabungkan dengan bahasa, lahirlah satu pengertian yang
jelas, iaitu percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata yang sempurna dan
menyenangkan, penuh dengan sifai-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun
diiringi dengan akhlak yang mulia. Bertutur dengan berbudi bahasa amat penting
kerana ini dapat megelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham di samping
mewujudkan suasana yang harmoni dan beramah mesra.

Masa : 00:02:54
"Kau dah gilakah? Hari inikan Hari Ahad?" kata Nyonya Mansoor.
Dialog ini menunjukkan kesantunan berbahasa yang tidak bersopan. Dialog
ini memaparkan Nyonya Mansoor merupakan seorang janda yang tidak bersopan
santun. Dia bukan sahaja bertutur dengan menggunakan suara yang tidak lemah
lembut malah memarahi Sabariah "gila". Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi
bahasanya, Kalau bahasa seseorang santun dan halus, maka dia dikatakan berbudi
bahasa,

sebaliknya

kalau

bahasa

yang

digunakan

itu

kasar

dan

tidak

menyenangkan pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar. Pertuturan perlu dijaga
dan bahasa yang digunakan perlu sesuai bagi menjaga perasaan orang lain.
KESANTUNAN TIDAK VERBAL

Kesantunan tidak verbal merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa


tubuh dan isyarat. Konsep kesantunan berbahasa tidak verbal merujuk kepada
semua perlakuan yang tidak meggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej
yang dapat difahami. Contohnya, tidak verbal melalui media cetak seperti surat
khabar, majalah, jurnal, dan buku. Tuntasnya, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang
merangkumi hubungan mata memainkan peranan penting bagi melestarikan
konsep kesantunan berbahasa. Antara unsur yang termasuk dalam kesantunan
tidak verbal ialah unsur suprasegmental, paralinguistik, dan proksemika. Unsur
suprasegmental ialah seperti tekanan, nada, dan tempo yang sentiasa melekat
pada unsur segmental. Unsur paralinguistik ialah seperti air muka, gerakan tubuh,
dan sikap badan adalah sistem tanda yang menyertai tuturan verbal, terutama
tuturan bersemuka. Proksemika adalah unsur tidak verbal yang tidak termasuk
dalam unsur paralinguistik. Misalnya, saling menjaga jarak atau tidak saling
menjaga jarak antara penutur dan petutur.

Masa:00:15:56
Gambar ini,menunjukkan Sabariah Mansoor yang sedang bersenyum ketika
bertemu dengan Kassim Selamat. Walaupun Sabariah tidak pernah berjumpa
dengan Kassim Selamat dan Sabariah tidak mengetahui bahawa lelaki itu
merupakan Kassim Selamat, tetapi dia masih bersenyum dengannya sebagai satu
tanda bertegur sapa. Ekspresi muka akan memberi maklumat kepada orang lain
samada seseorang itu berasa gembira,sedih,marah atau sugul.. Muka yang masam
ketika berjumpa dengan seseorang merupakan ekspresi yang tidak sopan. Mata
juga merupakan elemen muka yang memberikan pengaruh yang kuat dalam
komunikasi. Pandangan seseorang mampu menunjukkan bahawa seseorang itu
berminat atau tidak untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Masa: 01:45:24
Gambar ini menunjukkan Nyonya Mansoor tidak mengamalkan kesantunan
bahasa dari segi tidak verbal. Semasa Nyonya Mansoor melihat Kassim Selamat, dia
mencekak pinggangnya menunjukkan bahawa dia sedang marah dan tindakan ini
adalah tidak sopan.. Bahasa tubuh mampu menyinggung perasaan orang lain jika
tidak dijaga dalam kehidupan.. Gerakan isyarat memainkan peranan yang penting
dalam proses berkomunikasi. Gerakan isyarat adalah gerakan badan, kepala,
tangan, dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan pesan tertentu. Tindakan
menggeleng kepala sebagai ganti TIDAK dan mengangguk bagi menggantikan YA
merupakan contoh yang terbaik bagi menggambarkan bahasa tubuh.

Masa: 01:30:00
Gambar ini menunjukkan Kassim Selamat mengamalkan kesantunan dari segi
berpakaian. Kassim Selamat memakai pakaian formal semasa dia membuat
pertunjukan. Pemakaian yang sesuai menunjukkan peribadi sesorang dan memberi
gambaran tentang gaya hidup seseorang. Di samping itu, berpakaian dengan
bersopan santun juga menunjukkan masyarakat Malaysia merupakan sebuah
masyarakat yang bertamadun.Cara pemakaian yang kurang sopan dan mencolok
mata mungkin mengundang pandangan buruk masyarakat dan menjatuhkan harga
diri.

REFLEKSI