Anda di halaman 1dari 10

RINGKASAN EKSEKUTIF

Sekolah
Nama program

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala


Lipis, Pahang
Lawatan sambil ke Medan, Indonesia

Jenis program

Aktiviti yang melibatkan:

Matlamat dan
objektif program

Lawatan sambil belajar ke sekolah


internasional
Lawatan ke tempat bersejarah
Program pertukaran budaya

Meletakkan sekolah pada kelasnya


tersendiri melalui interaksi dengan dunia
luar dalam hasratnya mencapai sekolah
bertaraf dunia

Menjana pelajar yang lebih beridealisme,


proaktif dan kreatif menerusi
pemerhatian serta dialog yang lebih
terbuka dan global

Mewujudkan usahasama antarabangsa


antara Sekolah Menengah Kebangsaan
Clifford selalu sekolah terunggul dengan
sistem di negara lain dalam bidang
pendidikan dan kebudayaan

Anjuran

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford

Tarikh

30 Mei 2014 hingga 1 Jun 2014

Tempat

Indonesia

Jumlah peserta

35 orang

Anggaran kos

RM 17,500.00

KERTAS KERJA

PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN BUDAYA KE INDONESIA 2014

1.0 NAMA SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA


2.1 Untuk mendapatkan kelulusan program dan kutipan penajaan daripada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
2.2 Untuk memberi makluman secara terperinci mengenai program
kepada pihak yang terlibat

3.0 PENGENALAN
Para pelajar seharusnya peka terhadap perkembangan semasa,
dalam dan luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring
dalam dunia tanpa sempadan (era globalisasi). Para pelajar perlulah
bergerak lebih jauh dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat
sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia adalah ilmu yang penting untuk para
pelajar mendalaminya di dalam membentuk pelajar yang lebih berfikiran
terbuka dan matang. Selain mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, pelajar juga sentiasa disarankan agar melengkapkan diri
dengan sikap-sikap positif ke arah membentuk peribadi, personaliti dan
pemikiran yang cemerlang. Di dalam dunia serba canggih ini, para pelajar
tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut cabaran untuk terus
meningkatkan diri melalui program yang melibatkan jalinan antarabangsa.
Bagi merealisasikan matlamat ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
telah memikirkan dan merancangkan satu program yang dapat
menonjolkan kualiti diri serta bakat kepimpinan pelajar dan juga
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan dunia luar. Di
samping itu, program ini diharapkan dapat mencapai matlamat sekolah ke
arah pengiktirafan Sekolah Bertaraf Antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, Program Delegasi Akademik dan Budaya ke
Indonesia ini dirangka untuk mewujudkan pelajar yang berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat direalisasikan dan
menjadi pencetus kematangan kepada generasi muda di Malaysia

4.0 NAMA PROGRAM


Program Delegasi Akademik dan Budaya 2014

5.0 MATLAMAT PROGRAM


Berusaha melahirkan pelajar global yang peka dengan perubahan
global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha
menjadikan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford sebagai
tenokrat yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan,
kerohanian, emosi, dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian
kepada Tuhan.
6.0 OBJEKTIF PROGRAM
Pihak penganjur menggariskan beberapa objektif utama yang ingin
dicapai:
6.1 Meletakkan sekolah pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi
dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status sekolah bertaraf
dunia.
6.2 Melahirkan pelajar yang lebih beridealisme, proaktif, dan kreatif
menerusi pemerhatian serta dialog yang kebih terbuka dan global.
6.3 Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Sekolah Menengah
Kebangsaan Clifford dengan sekolah-sekolah di negara lain.
6.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan
kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi,
berkaliber, dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual.
6.5 Mengenali budaya daripada negara-negara lain dan berkongsi budaya
Malaysia dengan negara lain
6.6 Mempelajari tentang sistem pendidikan di Indonesia yang berbeza
dengan sistem pendidikan di Malaysia

7.0 TEMA
ILMU TANPA SEMPADAN

8.0 ANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala
Lipis, Pahang.

9.0 TARIKH PROGRAM

30 Mei 2014 hingga 1 Jun 2014

10.0 TEMPOH PROGRAM


3 hari

11.0 TEMPAT
Medan, Indonesia

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


RM 17,500.00

13.0 PENYERTAAN

26 orang pelajar tingkatan 5


5 orang guru pengiring

14.0 BENTUK PROGRAM


Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti
berikut:
14.1 Lawatan ke Muzium Museum Militer Bukit Barisan
Museum Militer Bukit Barisan terletak di Jalan Zainul Arifin. Museum ini
mempunyai koleksi senjata, yang dipergunakan pada waktu perang
kemerdekaan. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada
pelajar tentang sejarah kemerdekaan Indonesia dan pelajar diharapkan
dapat mengadaptasikan perkara-perkara positif yang terdapat di muzium
ini.
14.2 Lawatan ke Istana Maimun
Istana Maimun disebut juga Istana Kesultanan Deli, dibangun oleh Sultan
Makmun Al-Rasyid tahun 1888. Istana ini sudah telah pernah direnovasi
(mengalami perbaikan). Istana ini masih tetap dimiliki oleh Sultan dan
keluarganya. Pada masa lalu menurut Sejarah Kesultanan Deli, Istana
Maimun adalah jendela untuk masuk kemasa kejayaan kerajaan.

14.3 Lawatan ke Sekolah

14.4 Lawatan ke Berastagi


Berastagi adalah kawasan pelancongan tanah tinggi seperti Cameron
Highlands di Pahang. Cuaca agak sejuk 22 darjah celcius, amat sesuai
untuk berehat dan mengendurkan saraf otak yang stress. Populasi
penduduk Kristian melebihi Muslim, namun mereka toleransi dan saling
menerima perbezaan. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada
pelajar tentang keadaan geografi di Indonesia.

14.5 Lawatan ke Air Terjun Sipiso-piso


Air terjun Sipisopiso adalah air terjun di kawasan tanah tinggi Batak
Sumatera. Ia terbentuk daripada sungai kecil bawah tanah dataran tinggi
Karo yang terdirinya daripada sebuah gua di tepi tasik Toba Caldera kira
120 meter (360 kaki) sehingga ke peringkat tasik. Air terjun ini adalah
yang tertinggi di Indonesia. Sipiso-piso adalah satu tarikan pelancong yang
terkenal dan sudut pandangan yang terletak berhampiran menawarkan
pemandangan hebat . Lawatan ke air terjun ini ada bertujuan untuk
mendedahkan pelajar tentang struktur geografi di Indonesia.

14.6 Lawatan ke Masjid Raya Medan


Masjid Raya Medan merupakan salah satu masjid terbesar dan terindah
di Indonesia. Dibangun tahun 1906 oleh Sultan Makmun Al-Rasyid dan
berdiri hanya 200 m dari Istana Maimun. Masjid ini, dengan gaya arsitektur
yang diinspirasi dari gaya Moorish adalah yang terbesar.Dimana dengan
seni arsitektur yang berasal dari arab. Lawatan ke Masjid Raya Medan
adalah bertujuan untuk melihat tinggalan sejarah kerana Masjid Raya
Medan merupakan salah satu tinggalan sejarah yang terdapat di Indonesia.

14.7 Lawatan ke Pagoda Taman Alam Lumbini

Pagoda Taman Alam Lumbini ini terletak di Desa Tongkoh, Berastagi,


Sumatera Utara. Pagoda ini dibuka pada 2010 yang merupakan replika
pagoda di Myanmar. Pagoda ini merupakan replika tertinggi kedua di luar
Myanmar, dan merupakan pagoda tertinggi di Indonesia. Pagoda dengan
warna keemasan ini memang terlihat megah dan mewah. Di bawahnya ada
gelang ornamen sulur emas sepanjang 1.5 meter. Tepat di tengah ruangan,
ada empat patung Buddha yang terbuat dari marmer. Lawatan ke Pagoda
Taman Alam Lumbini adalah bertujuan untuk melihat tinggalan dan
mengetahui budaya dan agama yang berbeza di Indonesia.

15.0 AHLI JAWATANKUASA


Rujuk lampiran 1

16.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk lampiran 2

17.0 BELANJAWAN PROGRAM


Rujuk lampiran 3

18.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas
mengenai matlamat Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan
kepimpinan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di mata
masyarakat antarabangsa, dan kami juga berharap program ini mendapat
kerjasama yang erat dari semua pihak yang berkenaan bagi melancarkan
segala urusan berkaitan dengan program ini dan bagi merealisasikan
objektif-objektif yang telas digariskan. Semoga nama Sekolah Menengah
Kebangsaan Clifford dan negara Malaysia harum di persada antarabangsa
dengan berjayanya program ini.

LAMPIRAN 1- AHLI JAWATANKUASA

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM

Guru Penasihat

Setiausaha

Timbalan Setiausaha

Bendahari

Biro Penajaan

Biro Pengangkutan & Aktiviti

Biro Kebajikan & Keselamatan

Senarai Nama Ahli Yang Terlibat

BI
L
1
2
3
4
5
6
7
8
9
1
0
1
1
1
2
1
3
1
4
1
5
1
6
1
7
1
8
1
9
2
0
2
1
2
2

NAMA

NO.TEL

NO. KAD
PENGENALA
N

ALAMAT

2
3
2
4
2
5
2
6
LAMPIRAN 2- TENTATIF PROGRAM
(Waktu Malaysia)
HARI PERTAMA: 30 Mei 2014
08:30 : Check-in di KLIA
10:30 : Berlepas dari KLIA
15:30 : Tiba di Airport, Indonesia
16:00 : Bertolak ke hotel
21:00: Rehat
HARI KEDUA: 31 Mei 2014
07:00 : Sarapan pagi
08:00 : Lawatan ke Muzium Museum Militer Bukit Barisan
11:00 : Lawatan ke Istana Maimun
14:00 : Lawatan ke Masjid Raya Medan
17:00 : Lawatan ke Air Terjun Sipiso-piso
21:00 : Rehat
HARI KETIGA: 1 Jun 2014
08:00 : Sarapan pagi
09:00 : Melawat ke sekolah internasional
13:00: Melawat ke Berastagi

Melawat ke Pagoda Taman Alam Lumbini

15:00 : Balik ke hotel


16:00 : Check-out hotel

18:00 : Bertolak balik ke Malaysia


00:30 : Tiba di KLIA

LAMPIRAN3-BELANJAWAN PROGRAM
BI
L
1

SUBJEK
Pakej
Pengangkutan
Penginapan
Makanan
Sektetariat
Parsport
JUMLAH ANGGARAN
PERBELANJAAN

HARGA SETIAP
UNIT

RM

JUMLAH
(RM)

(RM500.00 x 35
orang)

RM
17,500.00

RM 17,500.00

RM
3,500.00

RM 3,500.00

(RM100 x 35
orang)

RM 21,000.00

Anda mungkin juga menyukai