Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PENYIASATAN

PENGENALAN:
Melalui

tugasan

ketiga

ini,

kumpulan

kami

telah

diundi

untuk

melaksanakan tugasan berkaitan topik ketelarutan (topik ke tiga). Sebagai


informasi, topik ini diajar pada sukatan pelajaran Sains Tahun 2 dalam tema
Alam Bahan (3.0 Mixing Things). Salinan dan rujukan Sukatan Huraian
Pelajaran boleh dirujuk pada lampiran 2. Secara analisisnya, kajian dan
eksperimen ini telah dilaksanakan di bilik makmal sekolah serta dengan bantuan
murid agar ianya dapat memenuhi kreteria perlaksanaan, keperluan alatan dan
radas. Selain itu, saya juga telah menyediakan gambar dan gambarajah yang
sesuai agar perlaksanaan tugasan ini dapat dilihat dengan lebih jelas. Tugasan
ini juga saya sertakan dengan gambar dan pelan penyiasatan sebagai bukti
perlaksanaan.
Sebelum

memulakan

laporan

Eksperimen

ini

juga

saya

akan

menghuraikan serba sedikit tentang maksud melarut dan faktor-faktor yang


mempengaruhi ketelarutan. Penerangan ini dibuat agar kita dapat menentukan
pembolehubah yang betul dan tepat dan menjadikan penyiasatan ini mencapai
objektifnya .
PENERANGAN:
Maksud Melarut:
Di dalam Kamus Dewan Edisi ke 4 muka surat 896 melarut bermaksud
menjadi hancur atau cair dalam air dan lain-lain seperti garam dalam air.
(Lampiran)
Faktor-faktor mempengaruhi kadar bahan melarut:
Menurut Robert Sneden dalam bukunya Material World : Separating
Material larutan ialah campuran dua bahan yang berbeza atau lebih larutan
cecair adalah paling lazim. Ia terhasil apabila satu bahan atau lebih pepejal,
cecair, gas dilarutkan di dalam sesuatu cecair.

Bahan yang dilarutkan itu disebut sebagai bahan larut dan cecair yang
melarutkan bahan itu disebut pelarut. Contoh larutan cecair adalah gula (bahan
larut) yang melarut di dalam air (pelarut).
Kebolehan bahan untuk melarut di dalam bahan lain dinamakan
ketelarutan. Ketelarutan kebanyakkan pepejal bergantung pada ciri kimia bahan
larut, pelarut dan suhu larutan cecair itu. Sesuatu pelarut yang mempunyai
isipadu tertentu, pada suhu tertentu, boleh melarut bahan tertentu sahaja.
Dalam kajian ini, kami akan menjalankan eksperimen berkaitan kadar
melarut bagi bahan pil ubatan yang terdiri dari jenis pil yang berbeza (tablet,
caplet dan kapsul). Kadar melarut bagi bahan ini akan ditentukan dengan
menguji masa bahan itu melarut dalam suhu yang sama dan kauantiti air yang
sama. Laporan kajian adalah seperti yang disediakan.

Antara bahan dan radas yang diperlukan dalam tugasan ini.

HIPOTESIS:
Jika pil mudah menyerap air, maka kurang masa yang diambil untuk melarut
Semakin pil kurang menyerap air, maka bertambah masa yang diambil untuk
melarut.
LAPORAN KAJIAN
SOALAN:
Di antara jenis ubatan (pil) tablet, caplet atau kapsul yang manakah melarut
dengan lebih cepat?

Tablet

Caplet

Kapsul

TAJUK:
Yang Manakah Cepat Melarut

SOALAN UJIKAJI:
Kamu dikehendaki menjalankan kajian tentang kadar melarut bagi tiga jenis pil
iaitu tablet, caplet dan kapsul. Tujuan eksperimen ini adalah untuk mengkaji
hubungan antara jenis ubatan (pil), kadar penyerapan dan masa ianya melarut.
Suhu dan kauntiti air adalah sama.

BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN:


Bikar 3
Tablet 1
Caplet 1
Kapsul 1
Jam randek
Air 300 ml
Kertas label 3 (A,B,C)
Rod kaca/ sudu
Jadual eksperimen

Bikar

Jam Randik

Kertas label

Air

Pil-pil

Rod (pengacau)

CARA-CARA PERLAKSANAAN:
1. Bikar dilabelkan dengan A, B dan C.
2. 100ml air dimasukkan ke dalam setiap bikar.
3. Membuat pemerhatian tentang keadaan dan sifat pil dan membuat
catatan pada jadual.
4. Pil (ubatan) tablet dimasukkan ke dalam bikar A dan dikacau dengan
perlahan dalam masa yang sama tempoh masa melarut dicatatkan.
5. Ulangi (langkah 4) pada Bikar B Caplet dan C - Kapsul.
6. Melengkapkan jadual dan laporan eksperimen.
(Lihat lampiran bergambar samasa perlaksanaan)

Pil tablet

Pil Caplet

100 ml

Bikar A

Pil Kapsul

100 ml

Bikar B

100ml

Bikar C

Perhatian: Dilaksanakan satu persatu (bermula bikar A dan seterusnya).

Jadual eksperimen: Yang Mana Cepat Melarut

BIKAR

JENIS PIL

KEADAAN/
SIFAT

TAHAP
PENYERAPAN
AIR

MASA
MELARUT
(MINIT)

Tablet

Rapuh

Menyerap

2 minit 35 saat

Caplet

Keras

Kurang
menyerap

3 minit 43 saat

Kapsul

Kenyal

Sangat kurang
menyerap

6 minit 7 saat

PEMBOLEHUBAH MANIPULASI:
Jenis pil (ubatan)
PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS:
Kadar masa melarut (minit)
PEMBOLEH UBAH DIMALARKAN:
1. Kuantiti air
2. Suhu air.
PEMERHATIAN: jadual/ graf
Pil tablet lebih cepat melarut berbanding caplet dan kapsul.
Pil tablet lebih menyerap air berbanding yang lain-lain.

INFERENS:
Pil tablet cepat melarut berbanding yang lain-lain kerana ianya lebih mudah
diserap oleh air dan kadar resapannya adalah tinggi. Ini kerana ianya dibuat
daripada serbuk ubatan yang dimampatkan, dibentuk dan sifatnya lebih rapuh.
Manakala caplet mempunyai lapisan berlilin dan lebih keras. Jadi ianya sukar
untuk diserap air dan melambatkan kadar ketelarutannya. Pil kapsul pula
mempunyai sarung yang diperbuat daripada gel atau geletin yang lebih kenyal
dan mencair apabila terkena air namun begitu agak sukar untuk larut dengan
cepat.
KESIMPULAN:
Kadar masa ketelarutan adalah dipengaruhi oleh kadar penyerapan air, keadaan
dan jenis bahan itu diperbuat.

CADANGAN DAN PERBINCANGAN:


Semasa melaksanakan tugasan ini ada beberapa kesukaran dalam dalam
menentukan pembolehubah. Menentukan pembolehubah manipulasi adalah
yang paling sukar ditentukan. Ini kerana pelbagai hipotesis dan jangkaan awal
bermain difikiran semasa menerima tugasan ini. Antara yang difikirkan ialah
adakah bentuk pil mempengeruhi kadar melarut? Adakah saiz pil mempengaruhi
kadar melarut? . Namun setelah membuat perbincangan bersama ahli PPG yang
lain melalui telefon dan email masalah ini telah dapat saya atasi. Saya telah
membuat pemerhatian dengan dua cara iaitu secara kualitatif (menggunakan
deria) contohnya bentuk , saiz , warna dan keadaan pil. Kedua perubahan
(perubahan fizikal-melarut).
Jika dilihat pada hipotesis yang telah diberikan saya telah membuat dua
hipotesis. Penyenaraian hipotesis ini dibuat agar penyiasatan ini dapat
menentukan mana-mana yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Untuk
pengetahuan, di sekolah rendah tajuk ketelarutan bahan ini hanya diajar pada
Mata Pelajaran Sains Tahun 2 Tema Alam Bahan (0.3 Mixing Things), iaitu
Bahan Yang Boleh Melarut dan Bahan Yang Tidak Boleh Melarut. Tetapi dalam
tugasan ini, ketiga-tiga bahan (pil) yang diberikan adalah bahan yang boleh

melarut tetapi berbeza dari segi tahap kadar ketelarutan. Oleh yang demikian
saya telah menetapkan bahawa sifat bahan dan keadaan (pil) adalah
pembolehubah manipulasi yang paling sesuai dalam menguji kadar melarut
bahan itu.
Bagi penentuan pemboleh ubah malar dan pembolehubah bergerak balas
adalah tidak menjadi masalah bagi saya. Ini kerana saya memahami kadar
kelarutan bahan itu bergantung juga kapada bahan pelarut dan suhu tertentu
(air). Kadar melarut dikenalpasti melalui permerhatian kadar masa dengan
menggunakan jam randik.
Bagi membina jadual penentu ujian pula, saya telah senaraikan bersama
dengan sifat/ keadaan bahan dan tahap penyerapan kerana ianya dilihat
mempengaruhi tahap melarut bahan tersebut (pil). Jadi ini dianggap sebagai
dapatan tambahan atau pemerhatian.
Cadangan untuk menambah baikkan pedagogi dalam topik ini ialah kajian
ini boleh dijalankan secara serentak tetapi berlainan bahan (pil). Murid boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan dan menjalankan pemerhatian. Contohnya
kumpulan A untuk pil tablet, kumpulan B untuk pil caplet dan kumpulan C untuk
pil kapsul. Masa mula meletakkan bahan dalam air ditentukan oleh guru dan
diselaraskan. Rekod melarut dicatatkan mengikut tempoh melarut bagi bahan
masing-masing.
Cadangan kedua adalah menggunakan bahan pelarut (air) yang
mempunyai suhu yang sederhana contohnya 50 C kerana bahan akan lebih
cepat melarut . Namun begitu tahap suhu yang sama (malar) perlu dijaga bagi
setiap bahan yang diuji bagi menjamin eksperimen ini mencatat pemerhatian
yang saintifik, selaras dan tidak mengganggu keputusan eksperimen.
Akhirnya, semoga tugasan dan perbincangan ini memberikan ilmu yang
berguna buat saya seterusnya memantapkan pengetahuan
pendidikan Sains.

dalam pedagogi

LAMPIRAN BERGAMBAR:

Melakar jadual penentu ujian

Bikar yang siap dilabel

Memasukkan pil tablet

Melabel bikar

100 ml air dimasukkan

Mengacau, mencatat, pemerhatian

Keadaan tablet selepas 3 minit

Keadaan Caplet selepas 6 minit

Memasukkan kapsul

Keadaan kapsul 5 minit

Jadual penentu ujian

Tekun

Anda mungkin juga menyukai