Anda di halaman 1dari 46

ISLAM SEBAGAI PERADABAN

DAN TAMADUN

Konsep Peradaban dan Tamadun


Pengenalan
Tamadun dr segi bahasa mempunyai erti yang
sama dengan istilah civilization dalam bahasa
Inggeris.
Jacqueta Hawkes, tamadun merujuk kepada
kualiti tinggi yang dimiliki oleh sesuatu
masyarakat. Justeru, orang-orang Greek seperti
Strabo menganggap masyarakat yang tidak
mempunyai bandar adalah masyarakat yang
tidak bertamadun.
Pinjaman perkataan Arab, tamaddun.
Istilah lain yang semakna dengannya ialah
Hadharah, Umran dan Madaniyyah.

Samb
Kesimpulannya, semua istilah tersebut walaupun
daripada pelbagai latar belakang secara
umumnya bererti maju atau mencapai
kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai
sebagai satu makna tamadun yang sama supaya
mudah difahami.

Pengertian Tamadun
PERTAMA
Tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau
kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad
kepada kehidupan kota atau Bandar.
Ibn Khaldun merujuk terminologi Umran:
- kawasan tanah atau rumah yang didiami atau
dihuni manusia secara menetap,
- keadaan yang berkembang subur lagi makmur
- bekalan ekonomi yang cukup
- selamat nyawa dan harta.
- bangunan atau kerja-kerja mendirikan bangunan
dengan segala binaan dan strukturnya.

Samb
Keadaan maju yang merujuk kepada kewujudan
wilayah yang diduduki penduduk ini biasanya
dikenali sebagai kampung atau Bandar, juga
diistilahkan oleh beliau sebagai hadharah.
Berlawanan dengan keadaan terbiar, gersang
dan tandus di mana manusia sering hidup secara
nomad atau berpindah randah. Keadaan ini
boleh digambarkan dalan istilah yang lebih tepat
iaitu badawah atau kedaratan.

Samb

KEDUA
Proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di
dalam kehidupan.
Prof Ismail al-Faruqi mengatakan tamadun (yang
menggunakan istilah umran tetapi menyamakan
dengan imran, iaitu kutipan dari surah al-Imran ayat
33-35 yang berakar kata dari amara) membawa maksud
membina atau membawa kebaikan atau
menjadikan kehidupan ini aman.
CTH: mengimrankan muka bumi, ia bermaksud
membina dan menukarkan kehidupan ini kepada
acuan yang dikehendaki oleh pencipta, seperti
berbuat baik di antara satu sama lain atau misalnya
khusus bagi orang-orang Islam membina masjid
untuk berbakti kepada pencipta tersebut.

Samb

KETIGA
kombinasi kemajuan aspek pemikiran, rohani dan jasmani
atau material manusia.
Osman Khalid merumuskan makna tamadun melalui 2
istilah :
madaniah : pencapaian kebendaan yang tinggi seperti
dalam kegiatan pembangunan, perancangan dan
penyusunan bandar dengan adanya kemudahan
infrastrukturnya dan keperluan asasi dan sebaliknya seperti
makan minum, tempat tinggal, rekreasi kerana ada
kemudahan kewangan dan kemampuan berbelanja yang
semestinya mempunyai kekuatan ekonomi.
hadharah pula merujuk kepada kemajuan aspek-aspek
pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu
masyarakat yang ketara dalam bidang ilmu, kesusasteraan,
kesenian, pemerintahan, adat resam, budi pekerti dan
kepercayaan.

Samb

KEEMPAT
Kemajuan manusia yang diasaskan kepada ketinggian
akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat
hidup di kota atau Bandar atau mencapai kemajuan
material.
Menurut Prof. S.M. al-Attas, apabila beliau
menjelaskan tamadun sebagai suatu keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai
taraf kehalusan susila dan keluhuran
kebudayaan bagi seluruh masyarakat itu.
Manakala Idris al-Marbawi pula menerangkan
makna tamadun di dalam kamusnya sebagai hidup
dengan berkehalusan budi pekerti dan
berakhlak mulia seperti orang kota.

Kesimpulan
Dari pelbagai pengertian di atas kita boleh
ringkaskan tamadun sebagai
suatu keadaan atau pencapaian tinggi
manusia bermasyarakat di dalam semua
bidang kehidupan merangkumi aspek
kerohanian dan kebendaan yang luhur
berpusat di kota.

CIRI-CIRI TAMADUN

Darcy Riberio
mengenengahkan tamadun sebagai proses menyenaraikan
beberapa tahap perkembangan tamadun yang dicirikan oleh:
1. Teknik pertanian yang menamatkan cara nomad dengan
terciptanya alatan baru dalam pertanian.
2.Penternakan dan sistem pembahagian kerja yang berasaskan
kemahiran.
3.Pertumbuhan perbandaran dengan wujud stratifikasi sosial,
sistem saliran, tulisan, angka dan seumpamanya.
4.Penggunaan sistem pengairan secara meluas.
5. Revolusi teknik logam yang membawa kepada ciptaan alatan
baru, mata wang, perkapalan dan kemudahan perdagangan.
6.Revolusi perternakan
7. Revolusi perdagangan
8.Revolusi teknologi
9.Revolusi perindustrian.

Ibn Khaldun
Dalam bukunya yang terkenal Muqaddimah Ibn
Khaldun telah menghuraikan konsep
ketamadunan dari beberapa aspek :
1.Pengenalan terhadap tamadun dunia secara
umum.
2.Kajian terhadap kehidupan Badwi
3.Negara dan sistem pemerintahannya.
4.Aspek ekonomi : tumpuan kepada bidang
kemahiran, profesion dan perdagangan.
5.Aspek keilmuan: Sains dan pengajian ilmuilmu seperti matematik, kimia, perubatan dan
pengajian Islam.

Ciri-ciri Masyarakat Yang


Bertamadun Secara Ringkas

Pertama : wujud negara dan sistem


pemerintahan yang teratur.
Kewujudan tamadun agung dunia seringkali
dihubungkaitkan dengan kehebatan sistem
pemerintahannya.
Sebagai contoh tamadun orang-orang Sumeria
atau Mesopotamia muncul kerana kekemasan dan
aturan sistem pemerintahannya. Begitu dengan
kegemilangan tamadun China Hwang Ho,
tamadun Islam dan seumpamanya.

Kedua : wujud stratifikasi dan


organisasi sosial.
Negara = pemerintah + rakyat. Pemerintah
mempunyai kuasa dan rakyat merealisasikan
ketaatan.
Di pihak lain pula wujud pelbagai fungsi,
kemahiran, profesion dan pelbagai bidang di dalam
sistem hidup. Desakan hidup, kemahiran, minat
dan kepimpinan menyebabkan masyarakat menjadi
bersusun lapis, teratur dan berkembang maju.
Ada masyarakat menceburi bidang pendidikan,
keusahawanan, perkhidmatan dan seumpamanya.
Semua ini sebagai contoh susun lapis dan organisasi
dalam masyarakat bertamadun.

Ketiga : wujud kota dan bangunan


serta seni bina.
Kewujudan sesebuah tamadun tidak akan sah jika tidak
ada kota atau bandar dengan bangunan serta seni binanya
yang merupakan lambang keagungan dan identiti
sesebuah tamadun.
Ciri kota ini juga merupakan ciri yang diasaskan sendiri
oleh nabi Muhammad s.a.w yang membina Islam di kota
Mekah, kemudian menamakan Yathrib dengan nama kota
atau bandar Madinah selepas berhijrah ke sana.
Sementara seni bina pula mengingatkan kita kepada
tamadun-tamadun yang pernah muncul seperti Piramid
julukan Tamadun Mesir, Taman Tergantung Babylon,
Tembok Besar China.
Aspek lain kepada seni bina ini seperti bentuk kubah dan
awan kepada seni bina Islam.

Keempat : wujud aktiviti ekonomi.


Aktiviti ekonomi dengan segala syarat dan
keperluannya merupakan pemangkin
kewujudan kota atau bandar. Aktiviti ini tercerna
dalam aspek-aspek seperti pertanian,
perternakan, perniagaan, perindustrian dan
seumpanya. Infrastruktur dan kemahiran
atau ketinggian ilmu menjadi penjana aktiviti
ini di samping kestabilan politik dan
keadilan pemerintah untuk mengembang dan
mempertahankan sesuatu tamadun.

Kelima : wujud sains dan teknologi.


Kewujudan aspek ini menolong memartabatkan
sesebuah tamadun dari satu tahap ke satu tahap
yang lebih tinggi. Kemajuan material
selalunya berpunca dari kemajuan pemikiran
atau minda dan keilmuan sesuatu bangsa. Taraf
pemikiran yang tinggi ini pula diterjemahkan
dalam bentuk realiti yang bersifat benda, alatan
atau teknologi. Kemajuan dalam bidang
perdagangan sekadar contoh, diiringi dengan
teknologi perkapalan, penciptaan mata wang,
alatan tembaga, tembikar dan seumpamanya.

Keenam : wujud sistem bahasa dan


tulisan.
Masyarakat memerlukan kepada komunikasi
untuk berinteraksi sambil memberi atau
menerima maklumat. Lantaran itu sistem
tulisan dan bahasa menjadi syarat utama untuk
menghasilkan tamadun. Ia juga sebagai cara
untuk menjadikan tamadun terus berkembang
dan dapat bertahan.

Ketujuh : wujud sistem agama dan


kepercayaan.

Manusia pertama yang lahir ke dunia telah dibekali


oleh Tuhan dengan sistem hidup beragama dan
kepercayaan yang kudus kepada tuhan.
Ia membuktikan bahawa zuriat manusia seluruhnya
amat memerlukan kepada peraturan dan
ajaran agama untuk membangunkan
tamadun. Peristiwa besar dunia hari ini pun
seringkali dikaitkan dengan agama.
Tahun Masihi sebagai contoh, dinasabkan kepada
seorang nabi yang menyebarkan ajaran agama.
Lantaran itu, seorang sarjana pernah menyuarakan
bahawa, pernah ditemui bahawa kewujudan
sesuatu negara bangsa tanpa ada istana, tetapi tidak
pernah ditemui kewujudan sesuatu negara bangsa
tanpa adanya rumah agama.

Tamadun Sumeria

CIRI-CIRI TAMADUN

PEMERINTAHAN

SAINS
&
TEKNOLOGI

STRATA
SOSIAL

BAHASA
&
TULISAN

SENI BINA

EKONOMI

AGAMA/
KEPERCAYAAN

Uji minda
Apakah konsep tamadun secara umum?
Nyatakan secara ringkas pengertian tamadun
menurut para sarjana ilmu ketamadunan.
Sebutkan tiga daripada ciri-ciri tamadun
berserta contohnya sekali.

Perbandingan Konsep dan


Perspektif Tamadun Islam dan
Barat

a) Tamadun Islam
Dalam tamadun Islam sebagai contoh,
epistemologinya bersumber daripada ajaran Allah
SWT menerusi wahyu Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW sebagai sumber utama, akal dan
keupayaan manusia seperti pengalaman hidup dan
intuisi adalah merupakan sumber sokongan yang
boleh digunakan pakai sekiranya tidak bertentangan
dengan sumber utamanya.
Dua sumber inilah yang menjadi kunci kepada
seluruh world view tamadun Islam. Epistemologi
inilah menterjemahkan pandangan hidup dan sistem
nilai sama ada baik atau buruk, hukum halal haram
dan berguna atau tidak yang menjadi kepercayaan,
pegangan dan amalan dalam masyarakat dan
pembinaan tamadun.

Kepentingan pandangan semestanya yang tersendiri.


Pandangan semesta ini mempunyai fungsi yang besar
dalam mempengaruhi keseluruhan konsep, inti
dalaman dan ciri fizikal sesuatu tamadun. Konsep
sesuatu tamadun amat bergantung kepada world view
atau pandangan semesta sesuatu tamadun itu sendiri.
Tamadun yang berasaskan agama seperti tamadun
Islam, menterjemahkan tamadun semestanya dari
ajaran agama. Manakala tamadun yang berhubungan
dengan bangsa, seperti Tamadun China dan India atau
Yunani, maka sudah tentu pengaruh bangsa mereka
menghalakan pandangan semesta tamadun mereka.
Manakala tamadun Barat pula, kekuatan akal rasional
amat terserlah dalam mencorak pandangan
semestanya. Justeru itu, kedudukan pandangan
semesta sesuatu tamadun amat berkait rapat dengan
sistem nilai dan ilmu sesuatu masyarakat.

epistemologi dalam Islam adalah bersumberkan


daripada wahyu Allah SWT. Dengan wahyu ini, tidak
bermakna manusia hanya berserah tanpa berusaha
dalam konteks fatalistic*.
Ini adalah kerana penyerahan begitu adalah sesuatu
yang amat bertentangan dalam sistem akidah Islam.
Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah
memberikan manusia sifat energetik agar
menggunakan segenap kudrat minda dan upaya
untuk membangunkan tamadun di atas muka bumi
ini.
* cenderung, percaya atau berpegang kpd nasib: sbg khalifah
Allah, masyarakat Islam tidak boleh bersikap ~, sebaliknya
harus aktif, dinamik, kreatif dan produktif.

Ini kerana dalam banyak perkara wahyu membuka


ruang yang seluasnya manusia menggunakan
kecerdasan minda dan pengalaman hidup. Amat
sedikit perkara yang telah menjadi ketetapan wahyu
secara mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh
keterbatasan akal manusia misalnya dalam hal
pengharaman judi dan seumpamanya.
Ini bererti apa juga bentuk kecekapan minda
manusia untuk mendapatkan harta dan kekayaan
yang terdapat unsur judi dalam membangunkan
tamadun di bumi, adalah tidak diiktiraf oleh
tamadun Islam.

ii) Tamadun Barat


Tamadun Barat boleh dirumuskan bahawa
seluruh epistemologinya adalah bersumberkan
kepada keupayaan manusia.
Kunci mutlak penentuan epistemologi mereka
adalah manusia bukannya Tuhan atau wahyu.
Sumber-sumber ilmu yang datang dari
keupayaan manusia antara lain seperti ratio atau
akal, pengalaman hidup, intuisi atau bisikan hati,
serta melalui hawas atau pancaindera.

Dari sumber inilah yang membentuk ilmu dan


seterusnya mencorak pandangan hidup dan
menterjemahkan nilai di dalam masyarakat.
Lantaran itu, pandangan hidup atau nilai
mungkin berubah bersesuaian dengan
perubahan epistemologi mereka mengikut
zaman.
Oleh yang demikian, menerusi pegangan
epistemologi ini, manusialah yang menentukan
epistemologinya yang menjadi sistem
kepercayaan, pegangan dan seterusnya
diterjemahkan dalam amalan pembinaan
tamadun.

iii) Interaksi Tamadun Islam & Barat


Interaksi antara tamadun Islam dan barat telah
berlaku dengan pesat apabila terbentuknya
pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan
Sicily. Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi
pintu masuk kepada elemen-elemen daripada
tamadun Islam ke Barat.
Negara-negara tersebut dianggap sebagai jambatan
yang menghubungkan tamadun Islam dengan
Tamadun Barat. Proses pembentukan interaksi
antara Islam dan Barat berlaku secara aman dan
juga perang.proses interaksi secara aman berlaku
melalui perdagangan, manakala Perang Salib yang
panjang antara orang Eropah dengan Arab (Islam)
merupakan proses interaksi secara konflik.

Tamadun Islam sebenarnya merupakan jambatan


yang menghubungkan orang Barat dan Greek
(Yunani). Ini kerana perterjemahan buku-buku
Greek yang dilakukan oleh ahli-ahli cendekiawan
Islam semasa zaman pemerintahan Bani Abbasiah.
Usaha-usaha penterjemahan ini telah memberi
peluang kepada orang Barat dan masyarakat dunia
kemudiannya membaca tulisan ahli-ahli falsafah
Greek seperti Aristotle, Plato, Thucydides,
Herodotus dan lain-lain lagi.
Kemudian hasil-hasil tulisan Greek yang meliputi
bidang-bidang ilmu sains, sejarah, matematik,
falsafah telah diperkembangkan oleh ahli
cendekiawan Arab Islam. Proses interaksi antara
Islam dan Barat yang berlaku secara aman telah
berakhir dengan Peperangan Salib.

Keunikan dan Keistimewaan


Tamadun Islam

i)

Ciri-ciri tamadun Islam

a. Tamadun Rabbani :
- Ciri rabbani bermaksud tamadun Islam adalah
tamadun yang bersifat ketuhan. Ia merujuk
kepada tamadun yang dihasilkan oleh
manusia adalah mengikut panduan atau
aturan allah SWT.
- Umpamanya, manusia membina kemajuan
politik, ekonomi dan sosial sepertimana yang
dikehendaki oleh ajaran islam seperti mereka
fesyen yang menutup aurat dan berjual beli
tanpa riba.

b. Persamaan : Dalam ukuran tamadun Islam,


manusia adalah makhluk yang bertaraf hamba
dan khalifah iaitu pemegang amanah atau wakil
allah di muka bumi ini. Lantaran itu manusia
mempunyai taraf yang sama di antara mereka,
lelaki atau wanita. Mereka hanya dimuliakan
jika dibandingkan dengan makhluk lain. Begitu
pun tahap kemuliaan ini dikelafikasi menurut
tahap ketaqwaan.

c. Kebebasan Memilih : Menurut perspektif


Islam, manusia diberikan kebebasan yang
luas untuk memilih tingkahlaku mereka
sendiri dalam membina tamadun. Inilah
merupakan sumbangan paling penting Islam
dalam falsafah tingkahlaku manusia. Ia
membawa maksud meskipun manusia
berada di tahap hamba kepadanya, tetapi
manusia masih mempunyai peranan untuk
melakukan pemilihan dalam setiap tindaktanduknya.

d. Ciri Tanggungjawab : Rentetan daripada


kebebasan memilih, maka manusia tidak boleh
dilucutkan daripada bertanggungjawab
terhadap apa yang dilakukan. Mana-mana
pilihan yang dilakukan oleh manusia tidak
dapat tidak perlu kepada kewajipan dan
tanggungjawab. Jika baik, sewajarnya
mendapat ganjaran, jika pilihan keburukan
wajar baginya menanggung dosa.

e. Ciri Kesejagatan : Pengamatan kepada


penggunaan kalimah Islam terhadap tamadun
sebenarnya tidak dikhususkan kepada mana-mana
kaum atau golongan. Ia bermakna Islam itu sendiri
adalah bersifat universal atau sejagat. Ianya untuk
semua manusia, tempat, zaman dan keadaan.
f. Ciri Menyeluruh : Maksud menyeluruh adalah
menunjukkan tamadun Islam merangkumi semua
aspek kehidupan di dunia ini dan juga aspek
kehidupan selepas mati.

ii) Sumber Tamadun Islam


a) Sumber naqli : ialah sumber yang diambil dan
dikembangkan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW. Sumber naqli ini adalah sumber
tertinggi yang berkaitan soal-soal ketuhanan,
keinsanan dan kealaman yang dalam banyak hal tidak
dapat digarap secara tepat oleh akal manusia.
Contoh yang dapat dilihat ialah mengenai ketuhanan,
sifat-sifat tuhan dan sebagainya tidak dapat diketahui
secara tepat kecuali melalui panduan Al-Quran dan
al-Hadith, sedangkan persoalan ketuhanan adalah
soal yang cukup besar pengaruhnya terhadap
tamadun insane secara keseluruhannya.

Sumber naqli begitu penting dalam proses untuk


menentukan matlamat kehidupan yang hakiki, serta
peranan manusia yang sebenarnya di dunia ini. Ia
memerlukan penjelasan dari kuasa yang
menciptakan, yakni yang Maha Mengetahui, sebab
dantujuan mengapa manusia dan makhluk yang
lainnya dijadikanNya.
Soal keribatan dan akhlak manusia yang harus juga
durujuk kepada sumber asasi iaitu al-Quran dan alHadith. Kedua-duanya menggariskan prinsipprinsip asasi dan perlu dihayati oleh insane dalam
hubungan insane tersebut dengan tuhan, dirinya,
manusia dan makhluk yang lain.

b) Sumber aqli : iaitu sumber yang berteraskan


akal manusia, atau sesuatu yang diusahakan
oleh manusia. Sumber aqli ini begitu penting
kerana akal manusia adalah khazanah potensi
manusia yang cukup besar yang hanya
dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dan tidak
kepada makhluk yang lain.
Penggunaan akal manusia perlu diusahakan dengan
melakukan penerokaan dan pengkajian terhadap
fenomena alam serta mencari hikmahnya untuk
kebaikan manusia. Makhluk-makhluk lain termasuk
alam ini harus dimanfaatkan dengan cara yang betul
untuk kesenangan manusia.

Pengunaan akal juga harus tunduk kepada nilai


dan prinsisp asasi yang dikemukakan oleh
unsure dan sumber naqli. Ia tidak harus
bertentangan dengan peraturan dan tujuan
umum yang dinyatakan dalam al-Quran dan alHadith.
Islam mengiktiratf dan menghargai hasil
tamadun dari mana-mana budaya, selagi ia tidak
bercanggah dengan prinsisp Islam.

Faktor kejayaan Tamadun Islam


Sesungguhnya terdapat pelbagai faktor yang boleh
dihubungkan sebagai penyebab kecemerlangan
tamadun Islam. Antaranya :
i.Sikap Islam yang menggalakkan
Intelektualisma merupakan antara faktor utama
dan terpenting yang mencetuskan perkembangan
yang cepat dan hebat dalam bidang keilmuan
khususnya sains dan teknologi.
ii.Sikap umat Islam yan gigih mempelajari
pelbagai bidang ilmu pengetahuan, khususnya
dalam sains dan teknologi yang amat berkait pula
dengan konsep dan sikap keterbukaan Islam terhadap
pelbagai ilmu pengetahuan.

iii. Sikap Islam yang bukan sahaja mewajibkan


ilmu fardhu ain, tetapi juga mewajibkan
umatnya mempelajari ilmu fardhu kifayah
dan ini adalah antara bentuk kolektif
berdasarkan kepada keperluan dan
kepentingannya dalam sesebuah masyarakat.
iv. Kualiti dan sikap pemerintahan yan
begitu positif terhadap perkembangan
tamadun dan keilmuan amat membantu
perkembangan dan kejayaan umat Islam.
Sebagai contohnya Khalifah Harun al-Rasyid
(786M-809M) yang mengambil berat tentang
bidang kedoktoran dan memajukan bidang
tersebut.

v. Kestabilan politik dan ekonomi umat Islam.


Walaupun corak dan bentuk pemerintah dalam
beberapa hal ada kelainan anatara satu zaman
dengan zaman yang lain, namun secara umumnya
sistem pemerintahan umat Islam masih lagi di
bawah prinsip semangat keIslaman.
vi.Sikap umat Islam yang mengamalkan sikap
terbuka dan kritis terhadap masyarakat serta
khazanah pencapaian tamadun yang terdahulu.
Dalam keadaan yang sedemikian umat Islam telah
melakukan penelitian dan pengkajian terhadap
tamadun yang terdahulu seperti Yunani, Romawi,
Parsi, India, China dan lain-lain.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai