Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN OPERASI MENOLAK NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 10

MENGGUNAKAN MINUS 10 TOOLS


Nurul Husna Binti Roslan
nurulhusnaituaku@gmail.com

Kamarrul Ariffin Bin Abdul Rahman


Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
kammarularifin@yahoo.com

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid prasekolah menulis ayat Matematik
tolak dan menyelesaikan permasalahan matematik tolak dalam lingkungan 10 dengan betul.
Kajian ini melibatkan lima orang murid prasekolah daripada sekolah praktikum fasa ketiga
sebagai kumpulan sasaran. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Minus
10 Tools dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan Model Kemmis
dan Taggart (1992). Tinjauan awal telah dilakukan dengan melaksanakan ujian pra terhadap
murid prasekolah. Setelah itu, aplikasi penggunaan kaedah Minus 10 Tools dilaksanakan
terhadap kumpulan sasaran. Hasilnya, data yang dikumpul telah dianalisis bagi mengesan
keberkesanan kaedah ini. Dapatan kajian menunjukkan kaedah Minus 10 Tools membantu
murid menulis ayat Matematik tolak dan menyelesaikan permasalahan Matematik tolak
dalam lingkungan 10 dengan betul.
Kata kunci: Minus 10 Tools, bahan manipulatif, operasi tolak, dalam lingkungan 10, manik
PENGENALAN
Program pendidikan prasekolah melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai murni yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Peringkat ini merupakan asas
bagi pemupukan, pembinaan dan penyuburan perkembangan kanak-kanak selanjutnya. Oleh
yang demikian, kanak-kanak pada peringkat ini sangat memerlukan pendedahan kepada
pendidikan awal yang sesuai. Matlamat kajian ini adalah untuk memberi gambaran secara
ringkas tentang beberapa cara praktikal mengenai bagaimana kanak-kanak mempelajari
matematik pada peringkat awal persekolahan melalui pengalaman konkrit dan bagaimana
guru-guru dapat mengajarnya secara lebih berkesan kepada mereka.
Matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan
pembelajaran Matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah
pembinaan pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi tentang
Matematik dan penggunaan Matematik dalam penyelesaian masalah (NCTM, 1989).
Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal Matematik atau dalam mengenali angka
numbor dan membilang bukan berdasarkan konsep "semua" atau "tiada langsung" "all-ornothing" tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang

melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka
dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987).
FOKUS KAJIAN
Semasa praktikum fasa ketiga, saya mendapati terdapat lima orang murid prasekolah tidak
dapat menulis ayat Matematik tolak dan menyelesaikan permasalahan Matematik tolak
dengan betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.
Berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan, penyelidik mendapati terdapat tiga kesilapan
murid yang berlaku semasa proses tinjauan dijalankan. Kesilapan pertama ialah kecuaian
murid dalam mengira iaitu murid membilang dua kali pada objek yang sama. Kesilapan
murid yang kedua ialah tidak boleh mengira mengikut turutan apabila murid menyebut
nombor dengan turutan yang tidak teratur seperti satu, tujuh, lima, tiga. Kesilapan ketiga
ialah murid silap faham konsep tambah dan konsep tolak iaitu murid tidak mengeluarkan
objek daripada himpunan tetapi menambahkan lagi objek ke dalam himpunan.
Silibus berkenaan menulis ayat Matematik tolak dan menyelesaikan permasalahan
Matematik tolak dalam lingkungan 10 ada dinyatakan dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) dalam Tunjang Sains dan Teknologi Awal Matematik. Berdasarkan
kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran KSPK dinyatakan seperti berikut:
(ST 8.2) Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10.
(ST 8.2.3)Menulis ayat matematik dengan menggunakan simbol tolak (-) dan
sama dengan (=).
(ST 8.2.5) Menyelesaikan masalah operasi tolak menggunakan objek konkrit.
Justeru, fokus kajian yang saya jalankan ialah memastikan murid dapat menulis ayat
matematik tolak dan menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan betul
menggunakan kaedah Minus 10 Tools.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif
Objektif umum dalam kajian tindakan ini adalah seperti berikut:
Objektif kajian ini adalah untuk membantu murid menulis ayat Matematik dan
menyelesaikan permasalahan menolak nombor dalam lingkungan 10 menggunakan Minus
10 Tools.
Objektif khusus dalam kajian tindakan ini adalah seperti ketetapan berikut:
1. Murid dapat menulis ayat Matematik dengan betul menggunakan kaedah Minus 10
Tools.
2. Murid dapat menyelesaikan masalah penolakan nombor dalam lingkungan 10 melalui
aktiviti matematik dengan pengaplikasian Minus 10 Tools.
Soalan Kajian
Soalan kajian tindakan ini ialah:
1. Adakah murid dapat menulis ayat Matematik dengan betul menggunakan kaedah Minus
10 Tools?

2. Adakah murid dapat menyelesaikan masalah penolakan nombor dalam lingkungan 10


melalui aktiviti matematik dengan pengaplikasian Minus 10 Tools?

KUMPULAN SASARAN
Setelah ujian pra dilaksanakan, didapati 5 orang murid telah dikenal pasti sebagai kumpulan
sasaran daripada 12 orang murid Prasekolah Integriti kerana mereka mendapat skor yang
lemah di dalam ujian kemahiran operasi menolak dalam lingkungan 10 iaitu dengan dapatan
skor kurang daripada 2 markah.
Jadual 1
Kumpulan Sasaran
Bil
1

Nama
R1

Jantina
Perempuan

Umur
6 Tahun

R2

Perempuan

6 Tahun

R3

Perempuan

6 Tahun

R4

Lelaki

6 Tahun

R5

Lelaki

6 Tahun

Prestasi Akademik
Boleh mengira dalam lingkungan 10
dengan baik.
Boleh mengira tetapi sering cuai dalam
pengiraan.
Terlalu yakin dan cuai dalam membuat
pengiraan.
Masih lemah dalam penguasaan operasi
menolak dan sering tidak hadir.
Kurang yakin dalam membuat keputusan
tetapi boleh membuat pengiraan dengan
baik jika dibimbing.

PERANCANGAN TINDAKAN
Saya telah membina jadual bagi pelaksanaan kaedah Minus 10 Tools bagi memastikan
setiap perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak objektif dan soalan
kajian. Di bawah merupakan jadual pelaksanaan yang telah dilaksanakan:
Langkah

Aktiviti

Langkah 1

Saya telah memberi penerangan ringkas berkenaan kemahiran


menolak nombor dalam lingkungan 10 kepada responden. Saya
juga memberi penerangan kepada semua responden mengenai
tujuan dan cara menggunakan Minus 10 Tools bagi memastikan
objektif kajian dapat dicapai.

Langkah 2

Setiap responden menggunakan Minus 10 Tools mengikut


giliran masing-masing. Apabila responden menggunakan Minus
10 Tools, responden diberikan dua set lembaran kerja berkenaan
dengan dua kemahiran matematik tolak yang difokuskan. Setiap
responden diberi beberapa ulangan dalam bentuk latih tubi supaya
responden lebih mudah untuk memahami konsep.

Langkah 3

Responden diberikan ujian berbentuk penulisan bagi menilai tahap


kemahiran yang dicapai oleh setiap responden. Penyelidik

membuat refleksi dan menganalisis data yang diperoleh.


Jadual 1: Langkah pelaksanaan tindakan
Jadual 1 menunjukkan jadual langkah pelaksanaan penggunaan Minus 10 Tools.
Penyelidik telah melaksanakan intervensi mengikut jadual di atas. Pelaksanaan dengan
menggunakan jadual yang telah disiapkan menjadikan gerak kerja dengan lebih efektif.
METODOLOGI TINDAKAN
REFLEKSI

Murid prasekolah yang lemah tidak dapat menguasai konsep mengeluark

MEMERHATI

Kefahaman murid terhadap kemahiran operasi menolak dalam lingkungan 10 lebih aktif d
Pendekatan manipulatif untuk m

Kitaran 1

BERTINDAK
Intervensi menggunakan Kaedah Min

Rajah 1: Model Kemmis & Taggart (1992)

INSTRUMEN KAJIAN

1.
2.
3.
4.

Ujian
Temubual
Pemerhatian
Analisis Dokumen
CARA MENGUMPUL DATA

1. Ujian
Penyelidik telah mentadbir dua jenis ujian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara ujian yang digunakan adalah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian pra merupakan satu
ujian yang dijalankan ke atas murid untuk mengenalpasti masalah yang wujud dalam
kalangan murid. Rasional pemilihan ujian ini adalah untuk mengenalpasti apakah jenis
masalah yang wujud serta siapa yang menghadapi masalah yang sedang dikaji. Ujian Pasca
adalah ujian yang diberikan kepada murid yang terlibat di dalam intervensi yang dijalankan
untuk melihat sejauh manakah keberkesanan kaedah intervensi yang telah dijalankan kepada
murid tersebut. Ujian ini juga bertujuan untuk melihat perkembangan murid terhadap masalah
yang dihadapi oleh murid. Melalui ujian ini penyelidik dapat membuat penilaian terhadap
pemahaman murid berkaitan dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan
kaedah intervensi yang diperkenalkan.
2. Temubual
Rasional pemilihan temubual dipilih adalah untuk mengetahui secara terperinci masalah yang
wujud dalam kalangan murid prasekolah di sekolah tersebut. Penyelidik telah menjalankan
temubual bersama dengan murid prasekolah yang menghadapi masalah penolakan dalam
lingkungan 10. Temubual ini dijalankan pada waktu senggang iaitu selepas sahaja tamat
waktu pengajaran dan pembelajaran. Temubual ini telah dijalankan sebelum intervensi dan
selepas intervensi diperkenalkan. Penyeldik telah menjalankan temubual secara semi struktur
dan telah menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan pembelajaran tersebut.
3. Pemerhatian
Pemerhatian ini dipilih untuk melihat pada peringkat awal tahap perkembangan murid dalam
mempelajari matematik khususnya dalam tajuk yang diambil dan sejauh mana tahap masalah
ini. Pemerhatian dijalankan ke atas responden secara langsung dan secara tidak langsung
semasa proses pembelajaran. Melalui pemerhatian ini penyelidik memerhatikan tahap
pencapaian
murid dalam setiap pembelajaran
mereka. Penyelidik telah merekod
pemerhatian yang dibuat ini secara senarai semak untuk membuat pengumpulan data.
Berdasarkan pemerhatian ini penyelidik membuat pemerhatian terhadap tahap pencapaian
murid sama ada boleh atau tidak boleh membuat proses penolakan dan menyelesaikan
permasalahan matematik tolak yang diberikan.
4. Analisis Dokumen
Analisis dokumen telah dilaksanakan menggunakan dua item pengumpulan data dokumen
iaitu lembaran kerja serta foto dan video Lembaran kerja adalah salah satu aset penting di
mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan responden menguasai dan

memahami kemahiran satu satu mata pelajaran yang di ajar oleh guru. Lembaran kerja yang
digunakan di dalam kajian ini adalah lembaran kerja yang pernah diberikan oleh guru semasa
ketiadaan penyelidik di sekolah tersebut. Lembaran kerja yang di analisis bertujuan untuk
melihat perkembangan kemahiran menolak dalam lingkungan 10 dalam kalangan murid yang
terlibat dengan intervensi. Lembaran kerja juga berfungsi sebagai latihan pengukuhan supaya
pemahaman responden terhadap pembelajaran yang diajari dapat dikukuhkan lagi dan
diingati sampai bila-bila.
Rakaman foto dan video dibuat semasa penyelidik menjalankan aktiviti bersama-sama
murid. Ianya sebagai bukti kukuh bahawa aktiviti bersama murid telah dijalankan sepanjang
proses perlaksanaan kajian dijalankan. Melalui rakaman foto dan video ini, penyelidik dapat
mengenalpasti sejauh manakah murid tidak dapat menguasai kemahiran menolak dalam
lingkungan 10 serta melihat bagaimana intervensi Minus 10 Tools berupaya menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi oleh murid. Berdasarkan rakaman ini, penyelidik dapat
mengenalpasti kelemahan yang berlaku ketika menjalankan intervensi dan membuat
penambahbaikan terhadap kaedah intervensi tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian, pemerhatian dan analisis lemabaran kerja bagi
membuat dapatan kajian yang pertama. Semasa intervensi, responden dilihat kurang membuat
kesilapan dalam membina ayat Matematik berpandukan kad nombor yang telah diberikan.
Responden mengira jumlah gambar yang terdapat pada petak yang pertama dan mencari kad
nombor yang bersesuaian dengan jumlah asal pengiraan Matematik tersebut. Setelah
beberapa latih tubi diberikan dilihat responden sudah boleh menjawab soalan tanpa melihat
kepada kad nombor dan berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan Minus 10 Tools berupaya membantu murid menulis ayat
Matematik dengan betul.

Perbezaan Peratus Ujian Pra I dan Pasca I


100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Pra
Pasca

Rajah 2: Perbezaan Peratus Ujian Pra I dan Pasca I


Rajah 2 di atas merupakan carta perbezaan peratus Ujian Pra I dan Pasca I yang
diduduki oleh kelima-lima orang responden. Berdasarkan kepada rajah tersebut menunjukkan
perbezaan yang ketara pencapaian murid terhadap ujian pra dan pasca. Berdasarkan kepada
peratusan jumlah responden yang tidak gagal ini telah menunjukkan sejauh mana tahap

penguasaan responden terhadap kemahiran menolak dalam lingkungan 10 yang telah


meningkatkan dengan sangat drastik sekali. Hal ini telah memuktikan bahawa intervensi
Minus 10 Tools telah berjaya membantu murid membina ayat Matematik dengan betul.
Setelah itu, semasa menjalankan proses pemerhatian penyelidik mendapati bahawa
kesemua responden sudah dapat membaca ayat Matematik yang ditunjukkan oleh penyelidik.
Hal ini adalah kerana responden sudah faham makna kepada ayat Matematik yang
ditunjukkan oleh penyelidik melalui intervensi yang dijalankan oleh penyelidik. Responden
juga bukan sahaja sudah boleh semula ayat Matematik tolak yang diberi malahan sudah boleh
menerangkan semula ayat Matematik yang ditulis oleh responden. Begitu juga apabila
diberikan gambar-gambar proses Matematik tolak, responden telah dapat membuat ayat
menggunakan gambar yang diberikan oleh penyelidik.

Perbezaan Skor Senarai Semak


5
4
3

Pra

Pasca

1
0

Rajah 3: Perbezaan Skor Senarai Semak


Lembaran kerja individu juga telah diedarkan kepada setiap murid bagi memberi pengukuhan
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

Skor Lembaran Kerja


5
4
3
2
1
0

Set 1
Set 2
Set 3
Set 4
Set 5

Rajah 4: Skor Lembaran Kerja

Berdasarkan kepada skor lembaran kerja yang terdapat dalam Rajah 4 telah
menunjukkan prestasi yang meningkat bagi kesemua responden yang menjalani intervensi
yang dijalakan. Melalui latih tubi dan bimbingan penyelidik, responden mula faham proses
Matematik tolak yang berlaku dan sudah boleh membuat ayat Matematik tolak dengan betul.
Bagi menjawab persoalan kedua pula instrumen ujian, temu bual dan analisis
dokumen telah digunapakai. Setelah penyelidik menjalankan intervensi dengan memberikan
lembaran kerja sebagai latih tubi, penyelidik mendapati bahawa bahan manipulatif yang
diberikan dapat membantu murid menyelesaikan permasalahan Matematik tolak dengan lebih
mudah, cepat dan betul. Kaedah ini juga dilihat dapat mengurangkan kecuaian murid dalam
mengira jumlah bilangan nombor. Semasa intervensi, responden dilihat kurang membuat
kesilapan dalam menjawab persoalan Matematik tolak berpandukan manik-manik kecil yang
telah diberikan.
Jadual 1
Analisis Ujian Pra II dan Pasca II
Nama Responden

Markah Ujian

Skala

Peratus

Pra

Pasca

Pra

Pasca

Pra

Pasca

Responden 1
Responden 2

4/10
1/10

10/10
10/10

Lemah
Lemah

Cemerlang
Cemerlang

40%
10%

100%
100%

Responden 3
Responden 4

0/10
4/10

8/10
10/10

Lemah
Lemah

Cemerlang
Cemerlang

0%
40%

80%
100%

Responden 5

2/10

9/10

Lemah

Cemerlang

20%

90%

Jadual 1 di atas jelas menunjukkan perbezaan pencapaian yang ketara bagi setiap
responden daripada skala Lemah kepada skala Cemerlang. Responden mengira jumlah manik
yang diperlukan untuk membuat penolakan dengan memasukkan manik-manik tersebut ke
dalam tali kemudian mengeluarkan semula jumlah manik yang perlu ditolak berdasarkan
soalan yang diberikan Setelah beberapa latih tubi diberikan dilihat responden sudah boleh
menjawab soalan yang diberikan dengan betul tanpa sebarang kecuaian. Hal ini menunjukkan
bahawa penggunaan Minus 10 Tools berupaya membantu murid menyelesaikan
permasalahan Matematik tolak dengan betul.
Setelah itu, analisis dokumen video dan foto telah dijalankan oleh penyelidik bagi
dapatan kajian kedua ini. Terdapat dua jenis video dan foto yang telah dianalisis iaitu video
dan foto sebelum dan selepas. Semasa rakaman video sebelum di mana responden
dikehendaki mengira jumlah batang penyedut minuman dan menolak baki yang dikehendaki
oleh penyelidik. Namun, berdasarkan kepada video ini responden jelas tidak dapat
memberikan jawapan penolakan dengan tepat menggunakan bahan konkrit. Video selepas
pula menunjukkan prestasi responden dalam menjawab latih tubi yang diberikan berdasarkan
kepada lembaran kerja yang diberikan oleh penyelidik.
Berdasarkan kepada analisis dokumen foto dan video tersebut menunjukkan bahawa
responden telah mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menyelesaikan permasalahan
Matematik tolak yang diberikan. Responden telah berjaya menjawab kesemua soalan yang
diberikan dengan betul tanpa ada kecuaian. Responden juga dilihat sangat bersemangat
semasa menggunakan bahan Minus 10 Tools dalam menjawab soalan Matematik tersebut.
Responden lain juga memberikan respon yang sama apabila responden dengan cekap
menjawab soalan Matematik tersebut dengan asyik tanpa menghiraukan orang lain yang

berada di sekeliling responden seolah-olah mereka sedang berada di dunia matematiknya


yang sendiri.
Setelah itu, temu bual telah dijalankan kepada responden terhadap dapatan kajian
kedua ini. Temu bual dijalankan kepada responden pada dua versi iaitu versi sebelum dan
selepas. Soalan yang berbeza telah diberikan pada kedua-dua sesi temu bual. Temu bual
responden yang pertama adalah bagi melihat sejauh manakah murid tidak dapat menguasai
kemahiran menolak dalam lingkungan 10 manakala di dalam temu bual kedua temu bual
penyelidik lebih berfokus kepada adakah fungsi bahan Minus 10 Tools dapat membantu
menyelesaikan permasalahan operasi tolak yang diberikan oleh penyelidik.
Berdasarkan kepada temu bual yang telah dilaksanakan oleh penyelidik, penyelidik
mendapati bahawa responden sangat yakin terhadap bahan Minus 10 Tools yang telah
dijalankan intervensi kepada responden selama lima hari berturut-turut. Selain itu, responden
juga menunjukkan minat yang sangat tinggi dengan subjek Matematik tolak ini. Jika sebelum
ini R1 menunjukkan sikap tidak memberikan tumpuan semasa pengajaran mikro, setelah
intervensi dijalankan di lihat R1 semakin bersemangat untuk mempelajari tentang Matematik
tolak dengan lebih mendalam.
Responden juga dilihat semakin berpuas hati dengan prestasinya dalam pembelajaran
Matematik tolak berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini responden sering mendapat skor
yang lemah, kini tidak lagi. Kesemua responden sudah berupaya mendapat skor yang
cemerlang dan sangat membanggakan sekaligus meningkatkan tahap keyakinan diri
responden untuk berjaya. Responden juga membuat pengakuan bahawa Minus 10 Tools ini
benar-benar telah membantunya dalam menyelesaikan permasalahan Matematik tolak yang
sebelum ini tidak dapat dikuasai dengan baik olehnya.
RUMUSAN
Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa di dalam kajian ini menerangkan tentang Bahan
Bantu Mengajar (BBM) dalam menyelesaikan permasalahan murid membina ayat Matematik
tolak dan menyelesaikan permasalahan matematik tolak dalam lingkungan 10. Selain
daripada itu, pengkajian ini juga menghuraikan bagaimana pembelajaran berbantukan bahan
manipulatif dijalankan di dalam kelas. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini
menggunakan reka bentuk tindakan Kemmis & Taggart (1992) maka terdapat kumpulan
sasaran seramai lima orang yang telah dijalankan intervensi kepada mereka.
Instrumen kajian yang telah diguna pakai di dalam kajian ini dalam menjawab
persoalan kajian adalah berbentuk ujian, analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian.
Dapatan kajian telah dijalankan selama dua minggu dan satu kitaran kajian telah berjaya
dijalankan oleh penyelidik. Data yang diperoleh di sepanjang tempoh pengkajian pula telah
dianalisis dengan menggunakan peratus, julat perbezaan dan graf.
Dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa responden-responden
yang telah melalui fasa intervensi yang dijalankan oleh penyelidik sudah berupaya menguasai
kemahiran menolak dalam lingkungan 10 dengan baik. Hal ini dapat dilihat melalui
pencapaian yang sangat memberangsangkan semasa ujian pasca serta julat perbezaan yang
sangat besar di antara ujian pra dan ujian pasca. Daripada analisis dapatan kajian yang
dijalankan telah membuktikan intervensi Minus 10 Tools ini berupaya membantu murid
membuat ayat matematik dengan betul dan membantu menyelesaikan permasalahan
matematik tolak yang diberikan kepada responden.

KESIMPULAN & REFLEKSI (KAJIAN SUSULAN)


Bagi menambah baik lagi kaedah Minus 10 Tools ini pada masa akan datang, bahan
pembinaan Minus 10 Tools perlu diubah suai dengan menggunakan bahan yang lebih besar,
selamat dan menarik. kaedah Minus 10 Tools ini juga boleh digunakan untuk kegunaan
aktiviti Matematik yang lain. kemahiran-kemahiran lain yang boleh dibuat menggunakan
Minus 10 Tools adalah seperti aktiviti menolak dan membilang. Oleh itu, amat sesuai jika
kajian seterusnya memfokuskan tentang aktiviti Matematik yang mudah ini dengan
menggunakan kaedah Minus 10 Tools.
Teknik penyampaian penggunaan Minus 10 Tools juga boleh diubah suai dengan bentuk
yang lebih menarik seperti teknik penyampaian melalui nyanyian, bercerita, sukan dan lainlain. Teknik yang lebih gah dan kreatif akan menambah minat murid untuk terus dengan
aktiviti yang dijalankan dan sekaligus membantu murid dalam meningkatkan penguasaannya
terhadap sesuatu subjek.

RUJUKAN
C. C. Ming, Edna Wellington, Faridah Anum (2015) penyelidikan Tindakan Panduan
Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Dr. Siti Fazlili Abdullah. (2007). HBMT1203 Teaching Mathematics in Pre-school and Year
One. Kuala Lumpur: Open University Malaysia
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari.
Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGraw-Hill Sdn Bhd.
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus et.al. (2006). HBEF2103 Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia
Punithavathy Palanisamy, Sheith Faikis Abu Bakar, Azeezah Jameelah Mohamed Mohiden.
(2008). OUMH1103 Learning Skills For Open and Distance Learners. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.
Sharipah Ab. Rahman, Nor Hawan Misran, Rubaidah Ismail, Murugiah Velayutham (2009).
HBMT 1103 Introduction to Mathematics Education. Open University Malaysia,
Selangor.

Anda mungkin juga menyukai