Anda di halaman 1dari 11

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

1.0

PENGENALAN

Program Khidmat Masyarakat merupakan sebahagian dari kursus wajib yang


perlu diambil oleh pelajar semseter 1 UUM PJJ cawangan Kelantan. Melalui mata
pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat
laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang
bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar
menjalankan satu khidmat masyarakat.
Program ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah
anak yatin di daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Idea ini telah dicetuskan atas
keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada
sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang
yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka
merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa
atau kedua-duanya yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di
samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga yang susah dan
memerlukan perhatian . Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami
menjalankan projek ini di tempat yang dicadangkan ini.

Siswa/ siswi adalah pembina generasi cemerlang,


pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru,
siswa/siswi harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi
serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat


kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat
masyarakat.Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang
positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

2.0

MATLAMAT PROJEK

Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan,


kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. Selain

memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ia juga bertujuan


melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara.

3.0

OBJEKTIF PROJEK

Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat;


3.1
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
3.2
Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan
nilai keguruan yang positif.
3.3
Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.4 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantumembantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan
kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

4.0

MAKLUMAT PROJEK
Nama Projek

: Projek Khidmat Masyarakat UUM Pace PJJ

Ambilan Sesi Oktober 2014/2015, Semester 1

Tarikh Projek

: 06 April 2015 (Isnin)

Tempat Projek
: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKA
YATIM) , Lot 523, Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian , 16150 Kota
Bahru, Kelantan

Jumlah Peserta

: 24 Orang pelajar
1 orang pensyarah pengiring

5.0

JADUAL PROJEK

06 April 2015 (Isnin)

7.30 pagi
8.00 pagi

Berkumpul, sarapan pagi dan taklimat.


:

Bertolak dari UUM Pace Pjj Cawangan Kelantan

9.30 pagi

Tiba di Rumah Anak Yatim

10.00 pagi
:
Majlis Perasmian , suaikenal dan ramah mesra
Lawatan sekitar rumah anak yatim
11.00 pagi

Membina Perpustakaan Mini


Penyusunan Buku
Penyerahan dan Perasmian Perpustakaan Mini

01.00 tgh

2.00 petang

Makan Tengah hari dan solat Zohor.


Ceramah 1 : Motivasi Diri
Ceramah 2: Pendekatan Kemahiran Mengarang
Penyampaian Hamper

4.30 petang

5.30 petang

Aktiviti Riadah bersama anak yatim

6.30petang

Makan Malam, bersurai dan pulang ke IPG

6.0

Solat Asar dan minum petang

JAWATANKUASA INDUK
Sila rujuk Lampiran A

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA & SENARAI TUGAS


Sila rujuk Lampiran B

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk Lampiran C

9.0

SENARAI NAMA PESERTA


Sila rujuk lampiran D

10.0

PENUTUP

Diharapkan projek ini dapat diterima dan dililuskan oleh ahli mesyuarat. Semoga
projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya.
Kerjasama dan sokongan tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh,

...................
Zainal Fikri bin Abd Manaf (235747)
Semester 1 Okt 2014/2015
Bachelor of Business Administration

Diluluskan oleh,

............................................
( Encik Shahrol)
Penyelaras Khidmat Masyarakat,
UUM PACE PJJ CAW. KELANTAN

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK

Penaung
SINTOK

: Pengarah UUM PACE PJJ, UUM


KEDAH

Pengerusi

: Timbalan Pengarah UUM Pace PJJ

Penyelaras Khidmat Masyarakat

: En Shahrol

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pensyarah Pengiring
Pengarah Program
Timbalan Pengarah Program

: En Shahrol
: Zainal fikri bin Abd Manaf
: Hasanah bt. Ali

Setiausaha

: Masrah bt. Yahya

Bendahari

: Umi Kalsom bt. Daud

AHLI JAWATANKUASA :

DOKUMENTASI & FOTOGRAFI : Nawabiyaton B. Zainon


PENGUMPULAN BUKU
MAKANAN
PENGANGKUTAN
PENGINAPAN

: Hirawati Bt. Hashim


: Liza Bt. Mat Yatim
: Mohd Shaifuddin Bin Akasah
: Md. Yusof Bin Hashim

KESELAMATAN & KEBAJIKAN : Azman Bin Din

CENDERAMATA

: Hasanah Bt. Ali

PENGACARAAN

: Kasniza Jumari Bin Samsir

AKTIVITI/CERAMAH

: Ahmad Zaki b Basar

LAMPIRAN B
JAWATAN KUASA PELAKSANA
Bil

Jawatankuasa

AJK
Bidang Tugas
1.
Dokumentasi & Fotografi
Nawabiyaton b. Zainon

Paizah bt. Mohd Yusof (Fotografi)

Membuat dokumentasi bergambar perjalanan projek sebelum, semasa


dan selepas.

Menyediakan 1 laptop dan 1 printer.

2.
Pengumpulan Buku
Hirawati bt Hashim
Zabidah bt Yunus
Nor Aziah bt Yusof

Memastikan agihan jenis dan kategori buku yang dikumpul (10 buah buku
seorang)

Mengumpul buku sumbangan yang diterima dan dibawa ke tapak projek.

Menyediakan beberapa buah buku untuk dijadikan sebagai gimik untuk


majlis penyerahan buku perpustakaan.
3.
Makanan
Liza bt Mat Yatim
Zainab bt Mohd Noor
Haslina bt Ngadimin
Zainab bt Ali

Menguruskan jamuan /makanan peserta dan anak yatim mencukupi

Menghidang makanan untuk majlis perasmian dan penutup

Memastikan agihan makanan kepada semua mengikut jadual

4.
Pengangkutan
Sallehuddin b Meor Hassan
Abdul Hamid b Abdul Manap

Menguruskan pengangkutan untuk membawa peserta pergi dan balik


(sewaan Van Hiace)

5.
Penginapan
Md. Yusof b Hashim
Hamsiah bt Jamaludin

Menguruskan tempat penginapan peserta

Memastikan keselesaan peserta

6.
Keselamatan & Kebajikan

Azman b Din
Nor Haniah bt Abdul Rahman

Menjaga keselamatan dan kebajikan peserta sepanjang pelaksanaan


projek.
7.
Cenderamata
Hasanah bt. Ali
Rosita bt Md Jali

Menguruskan hadiah dan cenderamata kepada anak yatim dan JK Rumah


Anak Yatim

Menyediakan dulang /alas meja untuk majlis penyampaian cenderamata

8.
Pengacaraan
Kasniza Jumari Bin Samsir

Mempengerusikan setiap majlis /slot aktiviti dan ceramah yang diadakan

Memastikan kelancaran setiap aktiviti

9.
Aktiviti/Ceramah
Ahmad Zaki b Basar
Zaiton bt Abdul Rahman
Mohd Shaifuddin b Akasah
Semua pelajar 6B terlibat sebagai fasilitator sepanjang aktiviti

Melantik Penceramah dan fasilitator bagi setiap slot aktiviti /Ceramah

Mengendalikan Solat dan tazkirah

Menyediakan kemudahan alat dan tempat yang sesuai untuk riadah

10.
Buku Program
Masrah bt. Yahya


Menyediakan buku program untuk diedarkan pada hari perasmian
pembukaan dan penutupan.

LAMPIRAN C
ANGGARAN PENDAPATAN

Bil.
Pendapatan
Harga Seorang/sumber
Jumlah (24 orang)
1
Kutipan ahli
RM 30 x 24
RM 30.00 X 24 = RM 720.00

JUMLAH
RM 720.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.
Waktu Makan
Harga Seorang/sumber
Jumlah (24 orang)

1
Sarapan Pagi (1 kali)
RM 3.00
RM 3.00 X 24 = RM 72.00
2
Makan tengah hari (1 x)
RM 6.00
RM 12.00 X 24 = RM 144.00
3
Makan malam (1 kali)
RM 6.00
RM 6.00 X 24 = RM 144.00
4
Cenderamata
RM 100.00
1 x hamper = RM 100.00
5
Pengangkutan
Sewa Van Hiace Rm 100/hari
2 van = RM 200.00
6
Dokumentasi
Rm 10.00/rim
Kertas A4 2 rim = 20.00
7
Rak kayu 3 tingkat
Sumbangan Bank Rakyat Kota Bharu
10 rak (perpustakaan mini)

JUMLAH
RM 680.00