Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN PROJEK
PROGRAM : PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

TAJUK KURSUS : GURU DAN CABARAN SEMASA


KOD KURSUS : EDU3093

TARIKH MULA

08 OGOS 2015

NAMA GURU PELATIH :

SEMESTER : 8 (AMBILAN JUN 2011)

TARIKH HANTAR

5 SEPTEMBER 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru.
2. Menerangkan peraturan-peraturan awam dan perkaitannya dengan kerjaya guru.
3. Membincangkan tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya.
4. Menganalisis punca gangguan emosi guru.
5. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3 dan 5
Objektif Kerja Kursus:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:1. Menghasilkan refleksi berkaitan tekanan emosi yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah berdasarkan kepada
pengalaman di sekolah.
2. Menyatakan tindakan yang diambil oleh guru dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi
tekanan emosi di sekolah.
3. Menghasilkan sebuah blog yang berkaitan mata pelajaran Guru dan Cabaran Semasa selaras dengan
perkembangan teknologi dan maklumat.
4. Menghasilkan lapan "Peta Pemikiran" dalam mata pelajaran Guru dan Cabaran Semasa atau mata pelajaran
pengkhususan masing-masing di sekolah sebagai satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENERANGAN TUGASAN:
Tugasan :
Transformasi pendidikan seharusnya berterusan supaya sistem pendidikan negara sentiasa relevan dengan
keperluan semasa. Justeru itu, dengan perlaksanaan pelbagai reformasi khususnya inovasi dan perubahan dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar. Guru perlu
melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di samping berdepan dengan masalah tekanan
emosi murid. Ini bermakna guru perlu terus belajar untuk melaksanakan tugas yang kompleks secara professional.
Berdasarkan pernyataan di atas, tugasan anda terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
Bahagian A (Individu) :
Tuliskan satu refleksi yang kritis berkaitan tekanan emosi dalam kalangan murid berdasarkan pengalaman anda
di sekolah.
i. Kenal pasti jenis-jenis gangguan emosi yang dialami oleh murid anda.
ii. Apakah punca-punca gangguan emosi dalam kalangan murid tersebut.
i.
Bagaimanakah anda sebagai guru membantu menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan murid

tersebut.
(30 MARKAH)
Bahagian B (Individu ) :
Penggunaan 'blog' adalah salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Anda dikehendaki menghasilkan sebuah blog
berdasarkan tajuk dalam kursus GURU DAN CABARAN SEMASA. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang
anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran ini.
(40 MARKAH)
Bahagian C (Dalam kumpulan - 2 orang)
Dalam usaha kerajaan menghasilkan modal insan yang berkualiti program i-Think telah diperkenalkan di semua
sekolah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Sebagai guru, anda dikehendaki
menghasilkan nota dengan menggunakan lapan " Peta Pemikiran" berdasarkan tajuk pilihan anda (tajuk yang telah
ditetapkan dalam penghasilan blog) atau tajuk mata pelajaran pengkhususan anda.
(30 MARKAH)

Arahan Tugasan :

1. Tugasan Bahagian A
2.
3.

4.
5.
6.
7.
8.
9.

dan Bahagian B hendaklah dilaksanakan secara individu manakala Bahagian C


dilaksanakan secara berkumpulan (2 orang bagi setiap kumpulan).
Kerja kursus ini terdiri daripada satu penulisan refleksi, pembinaaan blog dan penghasilan nota dalam
bentuk peta pemikiran.
Bahagian A berbentuk penulisan refleksi yang kritis dan tidak melebihi sepuluh (10) muka surat dan bertaip
dengan menggunakan font Arial saiz 11, langkau satu setengah baris, rujukan mengikut format APA dan
lampiran berkaitan.
Pembentangan tugasan Bahagian B, pembinaan blog anda tidak melebihi 15 minit.
Tugasan yang perlu diserahkan adalah - penulisan refleksi, alamat URL dan hardcopy muka depan blog
serta hardcopy semua peta pemikiran yang dihasilkan.
Semua sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan dalam bahan yang dihasilkan.
Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang menyerahkan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima.
Tarikh serahan : 5 September 2015
Bahagian Kulit Luar Kerja Kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i.
Nama Pelajar
ii.
Angka Giliran
iii.
No. Kad Pengenalan
iv.
Kumpulan/Unit
v.
Kod dan Mata Pelajaran
vi.
Nama Pensyarah Kursus
vii.
Tarikh Serah

10. Markah Penuh Tugasan :

Markah Wajaran

100 %
70%

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

( FUZI BIN MOHAMED ZIN )


Penyelaras Kursus EDU 3093
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Raja Melewar.

.
( DR. ROSMIDAH BT. HASHIM )
Pakar Bidang Pengajian Profesional
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus RajaMelewar.

Disahkan oleh :

( RAMLAH BT. ALIAS )


Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai