Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN SEKOLH

Promosi Program Kesihatan Sekolah adalah merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh
peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG) opsyen Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan
tugasan ini adalah bagi memenuhi sukatan kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE3043E).
PKE3043E ini adalah merupakan kursus wajib diikuti oleh peserta atau pelajar opsyen
Pendidikan Jasmani. Justeru dengan itu, program yang telah kami pilih dan laksanakan adalah
kempen Saya Warga Sihat (I WANT). Kempen ini adalah bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada para peserta betapa pentingnya menjaga kesihatan diri serta mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Konsep sihat bukan setakat sihat tubuh badan tetapi ia juga melibatkan
hubungan sosial yang sihat, persekitaran sihat, pemakanan yang sihat dan seimbang serta
menekankan perlunya mengamalkan senaman secara konsisten. Dengan adanya kesedaran
tentang kesihatan ini, adalah diharapkan akan wujud dan menjamin insan dan masyarakat
hidup lebih sejahtera. Pelaksanaan program ini juga adalah bagi menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Hidup Sihat.Golongan sasaran program ini selain melibatkan warga
SK Astana Raja yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru,kakitangan sokongan serta muridmurid, program ini juga menyasarkan penglibatan

murid sekolah yang berdekatan serta

komuniti setempat.. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program ini. Antara aktiviti
yang telah dijalankan adalah seperti senamrobik, kempen derma darah, pameran kesihatan,
ceramah dan sidang video anti rokok,pertandingan mewarna, pertandingan mencari harta karun
minda, melukis poster, demonstrasi masakan, kuiz kesihatan, pertandingan snek sihat, dan
tunjuk cara pemeriksaan kesihatan kendiri. Pameran kesihatan dan kuiz kesihatan dijayakan
oleh Pejabat Kesihatan Daerah Rembau. Manakala ceramah berkaitan anti rokok kami telah
berjaya mendapatkan khidmat daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah
Rembau. Kami amat bersyukur kehadrat Illahi, kerana dengan izin Nya program yang kami
rancang telah berjalan dengan lancar dengan jayanya. Melalui pelaksanaan tugasan ini, ianya
memberikan kami pengetahuan serta pengalaman bagaimana hendak melaksanakan sesuatu
program. Kerana tanpa kerjasama pelbagai pihak yang terlibat, program ini tidak akan dapat
dijalankan dengan lancar dan jayanya seperti yang direncana dan diharapkan. Setinggi-tinggi
ucapan terima kasih juga saya ucapakan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Razak bin

Sulong dan Encik Ahmad Latfi bin Latif yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat serta
bimbingan bagi melaksanakan program ini.
Bagi menjadikan program yang kami rancang ini berjalan lancar dan dengan jayanya, kami
telah membuat perancangan yang teliti, memandangkan program yang kami pilih ini adalah
merupakan satu program yang agak besar kerana ianya bukan sahaja melibatkan warga
sekolah tetapi juga melibatkan masyarakat setempat, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan
kerajaan.

SEBELUM

1. Perkara pertama yang kami lakukan adalah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah SK
Astana Raja, Rembau tentang program yang ingin kami laksanakan dan kami telah memberikan
kertas cadangan mengenai program tersebut. Kami telah memberikan gambaran awal tentang
program tersebut.
2.

Apabila mendapat persetujuan awal hasil dari perbincangan bersama dengan pihak

pentadbir sekolah, kami mula menyiapkan dan memurnikan kertas kerja. Seterusnya kami
menghantar kertas kerja tersebut kepada Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan.
3.

Setelah mendapat kelulusan daripada Guru Besar, kami menetapkan tarikh mesyuarat kali

pertama untuk membentuk ahli jawatankuasa pelaksana dan jawatankuasa kerja serta bagi
membentangkan kertas kerja yang telah kami sediakan kepada guru-guru dan staff SK Astana
Raja.
4.

Kami telah megeluarkan surat jemputan kepada agensi-agensi kerajaan dan badan-

badan berkanun serta ketua masyarakat untuk turut serta dan mengambil bahagian dalam
program kelak.
5.

Seterusnya kami membuat mesyuarat kali kedua. Kali ini disertai oleh wakil Pejabat

Kesihatan Daerah, Pegawai Pelajaran Daerah, wakil AADK, Hospital Tuanku Jaafar, ketua
masyarakat, guru-guru dari sekolah yang berdekatan yang bersetuju untuk turut serta dalam
program ini. Sekali lagi kami telah membentangkan kertas kerja. Pada kali ini, kami
membentangkan tentang aktiviti yang dirancang dan akan dilaksanakan, memberikan taklimat

dan penerangan perjalanan program tersebut. Pihak Pejabat Kesiahatan Daerah telah bersetuju
untuk membuat pameran, program menderma darah dan kuiz kesihatan. Pihak AADK juga turut
bersetuju untuk membuat pameran dan tayangan video. Sekolah yang berdekatan bersetuju
menghantar pelajar untuk menyertai kuiz kesiahatan yang bakal diadakan. Kempen derma
darah akan dilaksanakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
5. Kami telah membawa agensi yang terlibat ke tapak berlangsungnya program itu kelak. Kami
menerangkan susun atur atau pelan dan lokasi tapak program bagi memudahkan mereka
membuat perisapan.
6. Kami telah membuat mesyuarat terakhir bagi tujuan mendapatkan maklumat daripada setiap
ahli

jawatankuasa

kerja

tentang

aktiviti

yang

telah

dirancangkan

dan

mengetahui

perkembangan persiapan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program itu kelak. Di
sini kami juga telah memaklumkan bahawa Dato Dr. Haji Awaluddin bin Said iaitu Speaker
Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan setuju untuk hadir dan akan merasmikan upacara
penutupan rasmi.
7. Membuat persiapan akhir iaitu dengan memastikan tapak program telah disusun dan siap
seperti yang dikehendaki dan kelengkapan mencukupi serta berada dalam dalam keadaan
seperti yang diharapkan. Kami juga telah membuat senarai semak bagi melicin dan
melancarakan perjalanan program.

SEMASA

1. Program Promosi Kesihatan Sekolah ini berlangsung seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 21 Ogos 2014
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi -4.30 petang
Tempat : SK Astana Raja, Rembau
Tema : Saya Warga Sihat (I WANT)
2. Kempen derma darah telah diadakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Aktiviti ini
mendapat kerjasama dan dikelolakan oleh pihak hospital. Sambutan yang diterima amat

menggalakan. Kempen derma darah ini telah diadakan awal daripada tarikh program
memandangkan jarak hospital daripada sekolah adalah jauh.
3. Semua ahli jawatankuasa mengambil tempat masing-masing dan menjalankan tugas
mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan.
4. Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti senamrobik iaitu pada pukul 7.30 pagi.
Aktiviti ini telah diadakan di padang sekolah. Sambutan daripada para peserta amat
menggalakan. Acara ini turut disertai oleh masyarakat setempat.
5. Aktiviti seperti kuiz kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan tayangan video dan
demonstrasi masakan berjalan dengan lancar dan jayanya seperti yang dirancang dan
diharapkan. Kerjasama daripada pihak atau agensi yang terlibat amat baik sekali dan
sambutan

yang

diterima

daripada

pengunjung,

peserta

dan

masyarakat

amat

memberangsangkan.
6. Cuaca yang elok membolehkan segala aktiviti dapat berjalan dengan baik.
7. Program berakhir pada pukul 4.00 petang. Majilis penutupan rasmi telah telah
disempurnakan oleh Dato Dr. Haji Awaluddin bin Said, Speaker Dewan Undangan Negeri,
Negeri Sembilan.

SELEPAS

1. Membuat mesyuarat dan post mortem tentang program yang telah dilaksanakan.
Mendapatkan laporan daripada ahli jawatan kuasa berkaitan program untuk mendapatkan
respon daripada setiap ahli jawatankuasa sekiranya berlaku aduan, kelemahan,kekurangan
sepanjang program berlangsung. Sekiranya terdapat aduan, masalah, kelemahan dan
kekurangan sepanjang pelaksanaan program maka tindakan dan langkah-langkah
penambahbaikan perlu diambil pada masa akan datang agar program dapat dijalankan
tanpa ada sebarang masalah.
2. Sijil dan surat penghargaan diberikan kepada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun,
sekolah yang turut sama menjayakan program.
Sesungguhnya kelancaran dan berjayanya program yang telah kami laksanakan ini adalah
hasil daripada kerjasama yang jitu dan kerja keras kalangan ahli kumpulan yang terdiri daripada
Saudara Hamiza bin Zaini, Saudari Salina binti Hamdan dan Saudara Ag Musliman

Abdullah.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak SK
Astana Raja,Rembau, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun,sekolah yang berdekatan,
masyarakat setempat serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga semangat berkerjasama ini dapat dikekalkan dan diteruskan sampai bila-bila. Bulat air
kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat.

Anda mungkin juga menyukai