Anda di halaman 1dari 16

ANAK PENGGUNTING RAMBUT

( Nor Hidayah Asari )


Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:
Cerpen "Anak Penggunting Rambut" mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak
perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek
seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan. Manis. Wajahnya comel dan suka
tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu
pening dan pitam.
Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah
berusia enam puluh lima tahun kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah
sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung
Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau menggambil upah
menggunting rambut setelah pulang dari ladang.
Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai
penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di
kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun
pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah
sebati dengan hidup sejak kali pertama belajar menggunting rambut.
Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang
bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek
dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah
membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu
ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas
kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga
terlupa menggunting rambut Manis.
Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan
seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut diletakkan di dalam bekas kelengkapan gunting
rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau
tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut
digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis
tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang
upah gunting tanpa kebenarannya.
Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang.
Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti
kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut
serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.
Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburi oleh ramai pelajar
senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya
mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakanrakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya.
Apabila meningkat dewasa Manis menyambung pelajarannya ke Kuala Lumpur. Sepanjang
pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya
dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung.
Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang
menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan mengidap leukemia sama seperti
penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis
yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak.

Doktor memberi harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun
begitu, Allah lebih sayang akan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah.
Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada ayahnya masih terngiang-ngiang di telinga
ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.
Tema:
Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting menyayangi
anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat
anaknya.
Persoalan:
1.
Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Ayah meneruskan kehidupan
menjaga Manisah setelah kematian isterinya.
2.
Persoalan prihatin dengan masalah anak. Contohnya, Ayah menambah wang saku anaknya
setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.
3.
Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contohnya, Ayah dan anakanaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.
4.
Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contohnya, Manisah
sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.
Plot:
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang
dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan
kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan
ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun ditertawakan oleh
kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh
ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah
bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di
peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya
sahaja.
Klimaks
Manis disahkan mengidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa
bulan sahaja. Ayah tersentuh hati apabila menerima perkhabaran itu.
Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan
takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit
leukemia.
Teknik Penceritaan:

1.
Dialog. Contoh: "Mengapa abah teruskan juga menjadi penggunting rambut bila dah sampai
ke sini?"
2.

Imbas kembali. Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.

3.
Monolog dalaman. Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher
jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.
Watak dan Perwatakan:
(i) Ayah

sudah berusia lewat 60-an

seorang bapa tunggal

rajin bekerja untuk menyara keluarganya

tabah menjalani tugasnya sebagai tukang gunting

memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut

hidup menduda setelah kematian isteri


(ii) Manisah

memiliki raut wajah yang comel

berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko

berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran

rajin membantu orang lain

gemar berambut pendek


Latar:
Masa
1.

Petang - Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis.

2.

Subuh - Waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

3.
Waktu Siang - Waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke
sekolah.
Tempat
1.
Kampung Batu 25, Bagan Datoh - kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah
rancangan FELDA
2.
baik.

Tanah rancangan FELDA - tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih

3.
Tadika - Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang
di atas kepala dan memenangi acara tersebut.
4.

Asrama - Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.

5.

Hospital - tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

Masyarakat

1.
Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup. Contohnya: Ayah
yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.
2.
Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contohnya: Ayah
di samping menjadi peneroka sanggup menjadi tukang gunting rambut sebagai kerja sambilan.
3.
Masyarakat yang berani mempertahankan risiko. Contohnya: Ayah mempertahankan
tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik oleh orang kampung.
4.
Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah. Contohnya: Ayah dan abang
menerima takdir kematian Manisah dengan redha.
Gaya Bahasa:

Sinkope. Contohnya, Kau degil tetapi cepat menangis.

Kata ganda. Contohnya, Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal.

Simile. Contohnya, Seperti Busut Hitam.

Personifikasi. Contohnya, Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri.


Nilai:
1.
Nilai Keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan
ditegur oleh guru.
2.

Nilai Berdikari. Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya.

3.
Nilai Semangat Bermasyarakat. Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting
rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
4.

Nilai Kasih sayang. Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak kecil hingga dewasa.

5.
Nilai Kerajinan. Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut
pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting
rambut.
Pengajaran:
1.
Kita hendaklah menerima ketentuan Allah. Contoh: Ayah menerima ketentuan Allah yang
mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.
2.
Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Contoh: Ayah mendidik anak-anaknya
dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.
3.
Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Contoh: Orang kampung memahami mengapa
ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.
4.
Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Contoh: Manisah rajin
belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarga.

CAPA RENGAT
( Baharuddin Kahar )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:

Cerpen 'Capa Rengat' mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung
ibunya. Pada waktu petang, "Aku" akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di
keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikanikan di sungai. Hubungan Pak Cik Kinto dan "Aku" seperti belangkas.
Pada sebelah petangnya. "Aku" tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Konto pergi untuk
berurusan dengan peguam. Ibu "Aku" pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. "Aku"
mengambil keputusan merayu-rayau di sekeliling di kampung. Ketika lalu di sebidang paya, "Aku"
melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.
Seorang budak perempuan, Su mengajak "Aku" bermain bersama-sama mereka. Permainan yang
dimainkan begitu janggal dan "Aku" berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak
kampung menghilangkan rasa kekok "Aku". Akhir sekali, "Aku" diajak bermain rumah katak. Setiap kali
rumah katak "Aku" siap dibina, Su akan memecahkannya.
"Aku" cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan "Aku". Rupa-rupanya, Su begitu
lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri "Aku"
dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami
seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.
Tiba-tiba, ketika "Aku" dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak
lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. "Aku"
mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan.
Budak yang memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.
Pada sebelah malamnya, "Aku" tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol
berisi air. "Aku" ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur.
Setelah sehari berada di kampung, ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik
Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak
untuk pulang. "Aku" berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin
mendayu-dayu.
Dalam keadaan separuh sedar, "Aku" bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke
kampung semula. Malangnya ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana
urusan tanah dan rumah pusaka selesai. Keputusan ibu membuatkan "Aku" sedih apabila "Aku"
terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.
Tema:
Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. "Aku" telah mengalami pengalaman yang
menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa "Aku" mengikut Pak Cik Kinto menembak burung dan
menyedut udara pergunungan yang segar.
Persoalan:
1.
Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya. Contohnya, "Aku" yang
berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.

2.
Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan. Contonya, Kemesraan yang
ditunjukkan oleh Su kepada "Aku" menyebabkan "Aku" amat suka tinggal di kampung hingga sukar
untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya "Aku" amat tidak selesa berada di kampung.
3.
Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contohnya, Dapat dilihat
pada watak "Aku" yang menghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.
4.
Persoalan mengenang kembali tempat asal usul. Contohnya, Su seronok mandi sungai dan
bermain 'kota Buatan' tempat asal ibunya.
Plot:
1. Permulaan
"Aku" pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan
rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara "Aku". Pada waktu pagi,
Pak Cik Kinto melayani "Aku" dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.
2. Perkembangan
Pada sebelah petang, "Aku" merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk
berurusan dengan peguam. "Aku" betemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain
di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak "Aku" bermain
bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan "Aku" sekuntum bunga Capa
Rengat ( melur hutan ). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tirinya pulang ke
rumah. "Aku" pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.
3. Klimaks
Keesokan paginya, "Aku" dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. "Aku" berasa sedih
dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung.
4. Peleraian
"Aku" pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su,
seorang gadis kampung.
Teknik Penceritaan:
Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.
1. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan.
Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patah, kalau-kalau bertemu
denak.
2. DialogContoh:
Contoh: "Cantik. ya!" kata budak perempuan itu.

"Cantik," jaeabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
3. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa "Aku" sedang bermain dengan Su dan
kawan-kawannya.

Watak dan Perwatakan


1. "Aku"

seorang anak remaja

menghargai alam sekitar

proaktif dan cergas

mempunyai pandangan bernas

berfikiran positif

2. Ibu

pertengahan usia

tegas dengan pendirian

sikap terburu-buru membuat keputusan

prihatin terhadap orang lain

berperilaku mesra

3. Su

budak perempuan awal remaja

bersikap periang

aktif dan cergas

bijak mengolah keadaan

taat kepada ibu


4. Pak Cik Kinto

bapa saudara "Aku"

mahir selok-belok di kampung

mempunyai kemahiran menembak

ikhlas melayani tetamu

melaksanakan urusan dengan cekap


Latar:
Masa
1.

Pagi: - "Aku" dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.

2.
Petang: - "Aku" dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk
menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
3.
Malam: - "Aku" tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan
budak-budak kampung.
Tempat
Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan
tanah paya
1.
Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto - tempat Pak Cik Kinto membawa "Aku" bersiar-siar
untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
2.

Paya - tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.

3.

Rumah Pak Cik Kinto - tempat "Aku" dan ibi bermalam ketika pulang ke kampung.

Masyarakat
1.
Masyarakat bandar. Contoh: Diwakili oleh watak "Aku" yang berasal dan dibesarkan di bandar
begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.
2.

Masyarakat kampung. Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.

3.
Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Contoh: Ibu membetulkan tudungnya
yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.
4.
Masyarakat yang menghargai alam sekitar. Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya
dan menyukainya serta menghadiahi "Aku" bunga Capa Rengat.
5.

Masyarakat yang suka berburu. Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.

Gaya Bahasa:
1.

Kata ganda. Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik

2.

Anafora. Contoh: Mengapa menjadi sayu? Mengapa menjadi kesepian?

3.
Inversi ( Keterbalikan ayat ). Contoh: Demi memandang gunung-gunung dan padang
belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu
hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
4.

Personifakasi. Contoh: Melahirkan sinar cemburu.

5.

Simile. Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.

6.

Simpulan bahasa. Contoh: Seperti belangkas.

Nilai:
1.
Nilai keberanian. Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai
yang dalam .
2.
Nilai hemah tinggi. Su dan rakan-rakan menegur aku dan mengajak aku bermain bersama
mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.
3.

Nilai kerajinan. Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.

4.

Nilai kerjasama. Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.

Pengajaran:
1.
Kita hendaklah menghargai alam sekitar. Contoh: Pak Cik Kinto dan aku menghargai
keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.
2.
Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contohnya "Aku" menghargai persahabatan
dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.
3.
Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga. Contoh: "Aku" menyayangi Pak
Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.
4.
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar. Contoh: Su,
"Aku" dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumah katak dan jalan ke rumah katak.

DENDAM
( Shariza A Rahman )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )
Sinopsis:
Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak
dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang
baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga
didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga

sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah
ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.
Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik.
Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah.
Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along
walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya
mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan
adiknya.
Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka
keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya.
Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas
kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan
Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.
Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu.
Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki
kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis
merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan
sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang
yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang
antara adik beradik.
Tema:
Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan
abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering
menyebelahi Angah.
Persoalan:

1. Persoalan hubungan kekeluargaan.


Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika
makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.

Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku
latihan sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang.

Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang
antara kedua beradik tersebut.
Plot:
Permulaan

Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam
terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi
mangsa. Along terpaksa mengorek tabung Arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah
dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar
pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.
Perkembangan
Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah
masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah
begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan
bukan dia yang melakukannya. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung
olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi
Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan
Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan
daripada Along. Kemuncak kemarahan, Along menghalau adiknya dari ruang tamu.
Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai
pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus
tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah
yang memutuskannya. Angah disebatkan dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan
kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon
kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya Along sedar adiknya memerlukan kasih
sayang dan perhatian.
Teknik Penceritaan:
1. Dialog.
Contoh:

"Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along."

"Angah cuma tengok saja ..."


2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang
lalu.
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?

Watak dan Perwatakan:


Along

cepat meradang terutama kepada adiknya

sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan

membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan

pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang
mengoyakkan wang ayahnya
Angah

gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along

berwajah comel

suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah

wajahnya pucat apabila dimarahi

buah hati ibu


Abah

seorang yang tegas

memukul adik dengan tali pinggang


Emak

suka menyebelahi adik

mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah

bersikap garang dengan Along


Latar:
Masa
1. Malam.

Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah


akan sesuatu.
2. Tengah hari.

Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal
Angah.
Tempat
1. Ruang tamu

Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.
2. Di rumah.

Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.


3. Di meja makan

Contoh: Ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.
4. Di katil

Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.


Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar.

Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama. Juga buku latihan
sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.
2. Masyarakat Guru.

Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku
latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang.

Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam
menjatuhkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa:
1. Sinkope

Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. ( Singkatan kata ku ) Dan tanpakusedari,
tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.

2. Kata Ganda

Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah


akan sesuatu.
3. Peribahasa

Contoh: Berat sebelah, tebal muka, managih kasih.


4. Metafora

Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.


Personifikasi

Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.


Antomomisia ( memperlihatkan sifat seseorang )

Contoh: Hantu Kecil


Totologi ( Perulangan untuk penegasan )

Contoh: Benci. Aku benci


Nilai:
1. Nilai kasih sayang

Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan
perhatianku.
2. Nilai berdikari

Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh
Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi

Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik
untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat-menghormati

Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran

Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya
sehingga sanggup menampar pipi adiknya.

Pengajaran:
1.
Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita. Contoh: Apabila malam semakin larut, aku
memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang
sedang lena di katil comelnya.
2.
Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan
yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam
golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada
keluarga.
3.
Kita janganlah memperbesar perkara-perkara yang kecil. Contoh: Perkara macam itu pun
engkau besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
4.
Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku
mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat kali pertama ini aku memeluk dan
mengucupinya.
5.
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling
bermaafan antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai