Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH MENYANYI LAGU PEMBUNDARAN UNTUK MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MURID TAHUN 3 DALAM


PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT

CHEW CHEAN HOOI


huihui.cch@hotmail.com
LOW LEE KIM

Abstrak
Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk menentukan sejauh mana penggunaan
kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 membundarkan
nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Kajian ini juga
bertujuan untuk meninjau pandangan murid tentang penggunaan menyanyi lagu
Pembundaran dalam pembundaran nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu
yang terdekat. Kumpulan sasaran terdiri daripada lima orang murid lelaki dan
tujuh orang murid perempuan dalam tahun 3 yang dipilih berdasarkan markah
yang diperolehi dalam ujian. Data kajian telah dikumpul secara triangulasi melalui
ujian pra, ujian pasca, lembaran kerja, soal selidik dan temu bual. Hasil analisis
data menunjukkan peningkatan dalam markah ujian pasca berbanding dengan
dalam ujian pra. Maklum balas kumpulan sasaran dalam soal selidik dan temu
bual menunjukkan semua murid berminat menggunakan lagu Pembundaran
kerana lagu ini senang untuk dinyanyi dan pembelajaran adalah seronok. Hasil
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran yang menggunakan kaedah
menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3 membundarkan nombor
bulat. Tambahan pula, dapatan kajian menunjukkan murid mempunyai pandangan
yang positif tentang penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam
pembundaran nombor bulat.

LATAR BELAKANG
Semasa saya menjalani Praktikum Fasa 3, saya dipertanggungjawabkan sebagai guru
matematik kelas tahun 3 dan mengajar murid topik pembundaran sebarang nombor
hingga 10 000 ke puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, saya mendapati ramai murid tidak dapat mengahafal syarat
pembundaran dan mereka menghadapi masalah untuk membundarkan nombor bulat
kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat dengan betul. Saya berasa risau dan
kecewa kerana pengajaran saya kurang membantu murid menguasai kemahiran
membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Menurut Ho
dan Azizah (t.t.), pembundaran adalah sangat penting dan berguna dalam membuat
penganggaran dalam pengiraan. Penganggaran adalah kemahiran matematik yang
penting dan amat berguna dalam kehidupan harian kita seperti menganggar wang,
panjang, masa, jarak dan lain-lain. Pembundaran sentiasa digunakan untuk mendapat
jawapan sebelum pengiraan tepat dilaksanakan. Justeru, saya ingin membantu murid
saya supaya mereka dapat membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu
yang terdekat.
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini memberi fokus kepada bagaimana saya boleh membantu muridmurid meningkatkan kemahiran mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh,
ratus, dan ribu yang terdekat dengan menggunakan kaedah menyanyi lagu
Pembundaran. Kajian Burack (2005) dalam Geist, K., Geist, E. A., dan Kuznik (2012)
menunjukkan bahawa matematik dan muzik adalah saling berhubungkait dalam otak
manusia sejak umur awal. Oleh itu, saya telah menggubah lagu Pembundaran dengan
melodi lagu Twinkle Twinkle Little Star. Lirik lagu ini mengandungi semua syarat
pembundaran. Menurut Edelson dan Johnson (2003) dalam Geist, et al. (2012), muzik
dapat menceria dan mengayakan persekitaran pembelajaran matematik kerana aktiviti
yang melibatkan muzik mengandungi intensiti keseronokan, memupuk pembelajaran
yang menarik serta mendorong murid melibatkan diri secara aktif. Lagu Pembundaran
yang saya gubah itu berperanan penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang
seronok untuk melibatkan murid dalam aktiviti matematik. Apabila murid menumpukan
perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran, mereka dapat belajar dengan
lebih cepat dan mendapat kefahaman yang lebih baik.
Soalan kajian
1. Sejauh manakah kaedah menyanyi lagu Pembundaran membantu murid tahun 3
meningkatkan kemahiran mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada
puluh, ratus, dan ribu yang terdekat?
2. Apakah pandangan murid tentang kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam
membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu
yang terdekat?

TINDAKAN YANG DIAMBIL


Lagu yang digunakan dalam kajian tindakan ini telah saya gubah khas untuk
merangkumi semua syarat bagi membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan
ribu yang terdekat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rounding Song (Lagu Pembundaran)


Underline the key digit
Circle the digit on the right
Check if its less or more than five
Less than five, dont change it
Five or more, add one on the line
Zero all the digits behind the line
Rajah 1. Lagu Pembundaran.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

Langkah-langkah menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran ditunjukkan


dalam Rajah 2.

Contoh soalan: Bundarkan 8365 kepada puluh yang terdekat.

Key digit ialah 6.

8365
Bulatkan digit 5 di
sebelah kanan digit 6.

Langkah 1: Underline the key digit


Gariskan key digit iaitu digit pada nilai tempat yang perlu
dibundarkan.

Langkah 2: Circle the digit on the right


Bulatkan digit di sebelah kanan digit yang telah digariskan.

8365
Digit yang dibulat ialah
5. Jadi, kena tambah
nilai satu kepada digit
yang digariskan 6.
6+1=7

8375
Ganti semua digit di
sebelah kanan digit 7
yang digariskan
dengan sifar.

Langkah 3: Check if its less or more than five


Less than five, dont change it
Five or more, add one on the line
Semak digit yang dibulatkan. Jika digit kurang daripada
lima, kekalkan digit dan jangan buat sebarang perubahan;
jika digit adalah lima atau lebih daripada lima, tambah nilai
satu (+1) kepada digit yang digariskan.

Langkah 4: Zero all the digits behind the line


Gantikan semua digit di sebelah kanan digit yang
digariskan dengan sifar.

8370
.
Rajah 2. Langkah-langkah membundarkan nombor mengguna lagu Pembundaran.
Dalam kajian ini, saya telah menjalankan tiga sesi intervensi.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

Sesi intervensi pertama


Saya memperkenalkan lagu Pembundaran kepada murid. Saya membimbing murid
menyanyi lagu Pembundaran dengan melodi lagu Twinkle Twinkle Little Star. Saya
menerangkan maksud setiap baris lirik lagu Pembundaran kepada murid dan mengajar
murid membundarkan nombor bulat berdasarkan syarat yang dinyatakan dalam lagu
Pembundaran.
Sesi intervensi kedua
Saya meminta murid menghafal lagu Pembundaran. Murid menjawab soalan dalam
lembaran kerja sambil menyanyi lagu Pembundaran tanpa melihat lirik lagu. Murid
yang masih tidak dapat menghafal lirik lagu diberi peluang untuk melihat lirik lagu
semasa menjawab soalan dalam lembaran kerja.
Sesi intervensi ketiga
Saya meminta murid menyanyi lagu Pembundaran tanpa melihat lirik lagu. Murid
diminta menjawab soalan sambil menyanyi lagu Pembundaran.

METODOLOGI
Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 12 orang murid dari Tahun 3 iaitu lima orang
murid lelaki dan tujuh orang murid perempuan. Murid-murid ini dipilih sebagai
responden kajian kerana mereka gagal mencapai markah melebihi 50% dalam ujian
topik pembundaran nombor bulat.
Cara mengumpul data
Saya telah menggunakan empat cara pengumpulan data, iaitu pemerhatian,
pentaksiran bertulis (lembaran kerja, ujian pra dan pasca), soal selidik dan temu bual.
Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa sesi
intervensi dijalankan untuk mengenal pasti respons dan reaksi murid semasa
menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam membundarkan nombor
bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Selain itu, markah ujian pra dan
ujian pasca direkod dan dibanding untuk menentukan perbezaan keputusan murid
sebelum dan selepas intervensi. Skor murid dalam lembaran kerja untuk setiap sesi
intervensi juga direkod untuk melihat perubahan pencapaian murid dari satu sesi ke
sesi lain. Kemudian, soal selidik yang mengandungi lima item untuk menentukan
persepsi murid tentang penggunaan lagu Pembundaran dalam topik pembundaran
nombor bulat ditadbirkan. Akhirnya, temu bual digunakan untuk mendapatkan
pandangan murid tentang kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam membundarkan
nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

DAPATAN KAJIAN
Soalan kajian 1: Sejauh manakah kaedah menyanyi lagu Pembundaran
membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran mereka dalam
membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat?
Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian penglibatan murid sepanjang sesi intervensi, murid-murid
berasa seronok dan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengguna
kaedah menyanyi lagu Pembundaran. Hasil pemerhatian menunjukkan murid berasa
gembira semasa menggunakan kaedah menyanyi lagu Pembundaran. Mereka juga
menjadi lebih aktif untuk melibatkan diri semasa menjawab soalan. Menurut Brewer
(1995), muzik boleh digunakan untuk membantu murid-murid mengingati pengalaman
belajar dan maklumat. Muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada
murid-murid memandangkan elemen ini mengandungi keseronokan dan kegembiraan.
Penggunaan muzik dalam kelas Matematik telah menyeronokan murid berbanding
dengan pengajaran tradisional yang membosankan.
Hasil analisis pemerhatian murid dalam ketiga-tiga sesi intervensi menunjukkan
prestasi murid dalam pembelajaran pembundaran nombor bulat bertambah baik.
Didapati lagu Pembundaran yang digunakan dalam intervensi sangat membantu murid
mengingati syarat pembundaran. Oleh itu, murid dapat menjawab soalan
pembundaran nombor bulat dengan cepat dan tepat.
Pentaksiran Bertulis
Jadual 1
Pencapaian Setiap Orang Murid Sepanjang Sesi intervensi
Sesi Intervensi 1
Sesi Intervensi 2
Bilangan
soalan
yang
Bilangan soalan
Murid
dijawab dengan betul yang dijawab dengan
betul
M1
2
12
M2
8
12
M3
9
12
M4
5
12
M5
3
12
M6
12
12
M7
8
12
M8
9
12
M9
6
12
M10
8
12
M11
3
12
M12
8
12

Sesi Intervensi 3
Bilangan soalan
yang dijawab
dengan betul
12
12
12
12
12
12
12
12
12
12
12
12

Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid dalam lembaran kerja yang diberikan pada
akhir setiap sesi intervensi, Keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan terdapat
peningkatan dalam pencapaian mereka dari sesi intervensi pertama hingga sesi
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

intervensi ketiga. Pada sesi intervensi pertama, semakan lembaran kerja murid
menunjukkan beberapa orang murid masih belum menguasai kemahiran
membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat dengan
sepenuhnya. Namun, pada sesi intervensi kedua dan ketiga murid telah memahami
dan mengingati syarat pembundaran yang terkandung dalam lagu Pembundaran
dengan amat baik dan mereka berjaya menjawab kesemua 12 soalan dalam lembaran
kerja dengan betul.

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


100.00
90.00
80.00
70.00
60.00
Markah murid

50.00
40.00
30.00
20.00
10.00
0.00

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12

Rajah 3. Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca.


Berdasarkan Rajah 3, hasil analisis skor murid dalam ujian pra dan ujian pasca juga
menunjukkan peningkatan yang ketara. Dalam ujian pra, hanya seorang daripada 12
orang murid sahaja yang lulus dengan memperolehi markah 55.6% dan tiga orang
murid tidak mendapat sebarang markah (0%). Dalam ujian pasca semua murid lulus
dan mendapat markah penuh iaitu 100%. Tiga orang murid menunjukkan peningkatan
100% dalam ujian pasca dan empat orang murid menunjukkan peningkatan di antara
80% hingga 94% dalam ujian pasca. Keputusan ini jelas menunjukkan kaedah
menyanyi lagu Pembundaran sangat membantu murid lemah meningkatkan kemahiran
mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang
terdekat. Kesan penggunaan lagu juga dikaji oleh Ng (2013). Dalam kajiannya, beliau
mendapati lagu Mu Ja Mu Ja berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam
membuat pengiraan fakta asas tolak. Empat orang responden kajian beliau juga
menunjukkan peningkatan 100% dalam ujian pasca.
Kesimpulannya, analisis dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah
menyanyi lagu Pembundaran dapat membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran
mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang
terdekat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

Soalan kajian 2: Apakah pandangan murid tentang kaedah menyanyi lagu


Pembundaran dalam membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada
puluh, ratus, dan ribu yang terdekat?
Soal Selidik
Jadual 2
Taburan Respons Murid dalam Soal Selidik
No
Item
Item
1
Adakah penggunaan lagu Pembundaran sangat
menarik?
2
Adakah penggunaan lagu Pembundaran membantu
anda untuk memahami pembundaran nombor bulat?
3
Adakah lagu Pembundaran membantu anda untuk
menyelesaikan masalah pembundaran nombor bulat?
4
Adakah anda berasa lebih yakin untuk membundarkan
nombor bulat dengan lagu Pembundaran?
5
Adakah anda suka mempelajari topik pembundaran
nombor
bulat
dengan
menggunakan
lagu
Pembundaran?

Respons Murid (n)


Ya
Tidak
12
0
12

12

12

12

Jadual 2 menunjukkan analisis soal selidik, semua murid dalam kumpulan sasaran
berasa penggunaan lagu Pembundaran sangat menarik dan mereka suka belajar topik
pembundaran nombor bulat dengan menggunakan lagu Pembundaran. Lagu
Pembundaran digubah berdasarkan ritma lagu Twinkle Twinkle Little Star yang sudah
dikenali oleh murid. Penggunaan ritma dengan lirik lagu yang mudah dapat membantu
murid mengingat syarat pembundaran dengan lebih senang di samping menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.
Selain itu, murid juga bersetuju bahawa penggunaan lagu Pembundaran membantu
mereka memahami dan menjawab soalan pembundaran nombor bulat. Ini adalah
kerana setiap baris dalam lirik lagu Pembundaran mengandungi syarat pembundaran.
Murid dapat menjawab soalan dengan mudah dan tepat apabila mereka menyanyi lagu
Pembundaran. Ini telah meningkatkan keyakinan mereka untuk melakukan
pembundaran nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang terdekat. Murid-murid
menyatakan mereka dapat menjawab soalan pembundaran nombor bulat tanpa
bantuan guru kerana mereka sudah hafal lagu Pembundaran. Murid berasa yakin
untuk menjawab semua soalan pembundaran nombor bulat dengan betul dengan
menggunakan lagu Pembundaran.
Temu Bual
Hasil analisis transkrip temu bual juga menunjukkan bahawa murid mempunyai
pandangan positif tentang penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran dalam
membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang
terdekat. Murid menyatakan bahawa mereka suka kaedah menyanyi lagu
Pembundaran kerana aktiviti ini sangat seronok dan lagu itu senang dinyanyi.
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

Pada keseluruhannya, persepsi murid tentang penggunaan kaedah menyanyi lagu


pembundaran dalam membantu mereka membundarkan nombor bulat kepada puluh,
ratus, dan ribu yang terdekat adalah sangat positif.

KESIMPULAN
Secara kesimpulan, penggunaan kaedah menyanyi lagu Pembundaran telah memberi
impak yang berkesan dalam membantu murid tahun 3 meningkatkan kemahiran
mereka dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh, ratus, dan ribu yang
terdekat. Justeru, saya ingin mencadangkan beberapa kajian seterusnya. Pertama,
saya mencadangkan untuk menjalankan intervensi yang sama dalam kajian
seterusnya dengan kumpulan murid yang pencapaian matematik pada tahap
sederhana dan pada tahap tinggi. Kedua, kaedah menyanyi lagu Pembundaran
digunakan dengan murid tahun 1 yang baru belajar topik Pembundaran. Ketiga,
mengguna lagu kanak-kanak seperti Bangun Pagi, London Bridge dan Old
MacDonald dan mengubah lirik supaya sesuai dengan topik dalam kurikulum
Matematik.
RUJUKAN
Brewer, C. B. (1995). Music and Learning: Integrating Music in the Classroom.
Diperoleh April 20, 2014, dari
http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/strategies/topics/Arts%20in
%20Education/brewer.htm
Geist, K., Geist, E. A., & Kuznik, K. (2012). The Patterns of Music : Young Children
Learning Mathematics through Beat, Rhythm, and Melody. Diperoleh Mac 7,
2014, dari
http://www.naeyc.org/yc/files/yc/file/201201/Geist_Patterns_of_Music_Jan012.
pdf
Ho, O. J., & Azizah Tengah. (t.t.). Modul PPG matematik pendidikan rendah mengenal
nombor. Diperoleh Mac 10, 2014, dari
http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_1/MTE
3101_Mengenal_Nombor.pdf
Ng, S. J. (2013). Lagu "Mu Ja Mu Ja" dalam Penguasaan Fakta Asas Tolak. Tesis tidak
diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Ipoh, Malaysia.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014

Anda mungkin juga menyukai