Anda di halaman 1dari 55

MEMBUNDAR DENGAN KAWAN KECIL & KAWAN BESAR

Oleh Muhamad Syazwan Bin Asung


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan

1.0 PENDAHULUAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang menarik dan melatih minda seseorang murid
supaya dapat berfikir secara mantik, bersistem dan logik. Matematik juga merupakan
satu bidang yang menyeronokkan dan berkait rapat dengan situasi kehidupan seharian
manusia. Kenyataan ini menyuntik diri saya untuk membuka minda generasi kini dengan
tanggapan bahawa Matematik itu mudah dan bukan sekadar nombor.Kajian ini
dilaksanakan adalah kerana kesedaran tentang pentingnya pemahaman konsep
pembundaran di kalangan murid Tahun 2.

Pengaplikasian kurikulum yang terbaru iaitu KSSR atau Kurikulum Standard


Sekolah Rendah menuntut agar murid bukan sahaja dapat menguasai 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira malah mengaplikasikan elemen kreativiti dan inovasi, teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK), dan keusahawanan. Sesuai dengan itu, maka ciri ciri tersebut digarapkan dalam penghasilan intervensi kali ini.
Dalam kajian ini, fokus utamanya adalah untuk membantu murid mengatasi
kelemahan asas kemahiran membundar yang sepatutnya telah dikuasai berdasarkan
pentaksiran yang dibuat di sekolah iaitu PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Saya
telah memikirkan satu jalan penyelesaian agar konsep pembundaran yang mudah ini
dapat difahami secara jelas oleh murid-murid. Persediaan alat-alat mengajar adalah satu
aspek bantuan yang boleh menolong melahirkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan
berkesan (Nik Ahmad Nik Yaacob,1984).
Oleh yang demikian, saya telah mereka satu intervensi yang menggunakan cara
pendekatan dalam memudahkan pembelejaran membundar murid iaitu Kawan Kecil,
Kawan Besar. Harapan saya, semoga kajian ini membawa manfaat yang besar dalam
bidang Matematik dan dapat dikembangkan lagi selaras dengan arus pendidikan pada
masa akan datang.

1.1 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU


Masalah membundarkan nombor bulat dalam kalangan murid telah saya temui
sepanjang dua kali saya menjalankan praktikum iaitu praktikum fasa pertama dan
paktikum fasa kedua. Apa yang dapat saya perhatikan, murid-murid sukar untuk
2

membundarkan nombor yang diberikan. Malahan pelbagai jenis kesalahan yang


dilakukan oleh murid-murid dalam membundar nombor. Saya merasakan satu tindakan
perlu diambil memandangkan kemahiran membundarkan nombor bulat bukanlah satu
kemahiran yang susah untuk dikuasai.
Dalam praktikum fasa ketiga ini, iaitu merupakan praktikum saya yang terakhir,
saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar matematik Tahun 2 yang mempunyai
jumlah murid seramai 27 orang. Apa yang dapat saya perhatikan, kelas ini merupakan
kelas pertama daripada tiga kelas Tahun dua. Semuanya tampak baik dalam membuat
kerja-kerja matematik. Sewaktu saya mula-mula mengambil kelas mereka, saya
menyambung pengejaran guru sebelum ini iaitu pada sub-topik pembundaran nombor.
Saya mengajar seperti biasa dengan menggunakan garis nombor. Apabila saya
bertanya dengan murid-murid sama ada mereka faham ataupun tidak, semua
mengangguk faham. Namun apabila saya mengedarkan lembaran kerja, hampir semua
murid bermasalah dalam membundarkan nombor. Pelbagai jenis kesalahan yang telah
mereka lakukan dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor. Ada di antara
murid-murid ini yang langsung tidak tahu menyelesaikan soalan pembundaran nombor.
Ini menunjukkan bertapa lemahnya asas pembundaran nombor mereka.
Saya cuba mencari punca mengapa berlaku masalah dalam membundar nombor
dengan menanyakan pendapat mereka terhadap sub-topik ini. Seperti diduga jawapan
yang paling banyak diterima ialah belajar pembundaran sangat susah, tidak faham
penerangan guru, terlalu banyak langkah yang perlu dibuat dan susah untuk diingat.

Dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun 2, tajuk 1 adalah Nombor Bulat dan
pembundaran merupakan salah satu sub-topik yang harus dipelajari dan dikuasai oleh
murid-murid.. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
kaedah chalk and talk dan menggunakan bantuan garis nombor yang saya buat sendiri,
saya dapati murid memang kurang menumpukan perhatian. Walaupun ada yang mampu
menjawab soalan-soalan yang saya berikan, tetapi terdapat banyak murid yang salah
dalam mengemukakan jawapan mereka. Malahan ada murid yang langsung tidak tahu
jawapan.
Oleh itu, kajian ini meninjau masalah dan kesalahan yang dilakukan oleh murid
yang mana tidak dapat membundarkan nombor bulat dengan betul dan tidak mempunyai
asas pembundaran nombor yang baik. Melalui lembaran kerja yang diberikan
membuktikan murid-murid kelas Tahun dua ini mempunyai masalah dalam
pembundaran nombor. Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid ini ialah
murid tidak tahu apabila melakukan pembundaran berapa yang perlu ditambah pada
nombor yang dibundarkan. Selain itu, murid juga banyak yang melakukan kesilapan
kerana tidak faham dengan kata kunci yang merupakan kehendak soalan yang utama.
Perkara yang sangat memerlukan bimbingan ialah masalah murid yang tidak mempunyai
asas yang baik dalam pembundaran nombor

1.2 SOROTAN LITERATUR


Menurut Reys, R.E, Suydam, M.N. Lambdin, D.V., & Lindquist, M.M. (2001, m.s
155),
4

the biggest difficulty related to rounding is knowing whether to round to


nearest ten, hundred, thousand or whatever.
Melalui pandangan Reys, sememangnya pembundaran nombor ini adalah di antara
kemahiran intuisi nombor yang sukar dan mencabar. Ramai murid-murid yang tidak
memahami dan tidak dapat menjawab dengan betul apabila diberikan soalan berkaitan
dengan pembundaran nombor.
Menurut Suraya Othman (2004), berdasarkan kajian yang telah dijalankan, beliau
mendapati bahawa murid tidak dapat membundarkan nombor bulat pada nilai tempat
yang dikehendaki, murid tidak dapat menukarkan digit selepas pembundaran kepada
sifar dan murid sering terlupa untuk menambah satu pada nilai tempat yang dibundarkan
apabila digit disebelah kanan bernilai lima atau lebih. Sama seperti yang dinyatakan oleh
Cecillia Wong Yick Yim (2012) dalam catatannya yang menjelaskan bahawa murid
keliru tentang pembundaran sama ada nombor yang dibundarkan perlu ditambah satu
atau dikekalkan dan murid tidak tahu akan cara yang betul untuk menulis nombor
selepas dibundarkan. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, ternyata
bahawa permasalahannya adalah murid tidak memahami dan tidak menguasai kemahiran
pembundaran dengan baik.
Jika diperhatikan, kebanyakan murid yang berada di sekolah rendah menghadapi
masalah dalam pembundaran nombor. Ini disokong oleh pendapat tokoh kognitif
terkenal iaitu Jean Piaget dan Bjorklund (1989) dalam Bjorklund (1989) dalam teori
perkembangan kognitif mereka yang menyatakan bahawa murid-murid sekolah rendah
yang berada di peringkat operasi konkrit; iaitu mereka yang berumur dalam lingkungan

7 hingga 11 tahun mempunyai pemikiran yang terhad kepada fenomena yang konkrit,
seperti yang dijelaskan bahawa thinking is not abstract (m.s 23). Ini dapat dijelaskan
oleh teori Jean Piaget dalam Jas Laile Suzana (1996) yang mana menerangkan bahawa
kanak-kanak pada peringkat ini hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan
objek-objek yang nyata sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak. Dengan adanya
pendapat-pendapat tokoh di atas, jelaslah bahawa tahap perkembangan kognitif muridmurid pada peringkat ini menambahkan lagi kesukaran dalam pembelajaran konsep
pembundaran nombor bulat.
Menurut Access Centre (n.d), pendekatan Concrete-representational-abstract
instructional approach (CRA) merupakan salah satu intervensi yang berupaya
meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam mata pelajaran matematik dikalangan
murid-murid

yang

menghadapi

masalah

dalam

pembelajaran.

Urutan

CRA

membolehkan murid-murid membina satu hubungan yang bermakna di antara


pemahaman konsep dalam peringkat konkrit, perwakilan dan abstrak. Ini jelas terbukti
dalam hasil kajian yang mana menunjukkan penggunaan bahan-bahan konkrit dapat
meningkatkan motivasi dan pemahaman konsep Matematik dalam situasi kehidupan
sebenar. (Harrison dan Harrison, 1986. Suydan & Hissins, 1977, seperti dinyatakan
dalam Access Centre n.d).
Mengambil kira pandangan Cundy dan Rollet (1961), seseorang mudah untuk
mengingati ciri-ciri objek yang dilihat secara visual dan lebih-lebih lagi melalui
pengalaman praktis. Berasaskan pandangan ini, saya berpendapat bahawa dalam
mengajar konsep pembundaran ini, penggunaan bahan bantu mengajar yang mampu
dilihat, disentuh dan digunapakai oleh murid mampu meningkatkan pemahaman murid
6

berkenaan dengan tajuk ini. Pendapat saya juga disokong dengan kenyataan Jean Piaget
dalam Souviney (1989) bahawa kewujudan objek yang nyata dan ketara merupakan
komponen yang penting dalam perkembangan konsep matematik. Tambahan pula,
Bruner (1989) juga menyarankan penggunaan bahan manipulasi dalam peringkat enaktif
untuk menyediakan visualisasi yang maksimum (Souviney, 1989). Beberapa orang lagi
tokoh

menyokong perlaksanaan kaedah ini antaranya ialah Norma (2004) dan

Thompson (1992) dalam Lisah (2011) yang mana mendapati bahawa penggunaan bahan
konkrit dalam pembelajaran dapat mencetuskan pemikiran dan minat murid-murid
seterusnya dapat mengurangkan kebosanan.
Deb Russell (2013) pula menyatakan bahawa hukum penting pembundaran ialah
menentukan digit yang ingin dibundarkan dan digit di sebelah kanan. Oleh itu, dengan
mengambil kira masalah yang dikemukakan dan hukum pembundaran yang dinyatakan,
saya telah mengubahsuai satu intervensi yang mana menekankan digit yang ingin
dibundarkan dan digit disebelah kanan.
Justeru itu, melalui sorotan literatur ini saya akan melaksanakan satu kajian ke
atas tajuk pembundaran nombor bulat bagi mengenalpasti cara dan kaedah yang terbaik
untuk membantu murid-murid yang lemah dalam pembundaran nombor bulat. Saya
melaksanakan kajian ini dengan menggunakan bahan yang mampu untuk dirasa,
disentuh dan diguna pakai oleh murid-murid sesuai dengan pendapat saya yang disokong
oleh beberapa pendapat tokoh-tokoh seperti yang telah disebutkan di atas.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan berkenaan dengan masalah yang
dihadapi oleh murid dalam pembundaran nombor dan juga kesilapan-kesilapan murid
dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor.

2.1 TINJAUAN MASALAH


Saya menjalankan pemerhatian dan meninjau sejauh mana pemahaman murid
dalam bahagian pembundaran. Ini penting bagi saya dalam mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid. Melalui masalah yang dapat saya kesan, saya boleh melaksanakan
pelan rancangan saya dalam membantu murid mengatasi masalah pembundaran yang
mereka hadapi.
Dalam buku teks Matematik KSSR Tahun Dua (KSSR, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2011), murid tahun dua perlu belajar dan menguasai asas pembundaran
nombor iaitu membundar nombor kepada puluh yang terdekat dan juga ratus yang
terdekat. Sewaktu mula-mula mengajar kelas tahun 2 ini, saya terus diberikan tajuk ini
untuk diajar kepada murid.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya perhatikan banyak murid yang
kurang memahami konsep membundar. Murid kurang faham dan ada yang tidak tahu
bagaimana untuk membundar nombor. Ada sesetengah murid apabila tidak faham dan
tidak tahu, mereka terus meletakkan jawapan yang salah dan tidak berdasarkan
pemahaman mereka. Ini menunjukkan pemahaman dan asas mereka dalam membundar
rendah dan memerlukan bimbingan.
Melalui tinjauan masalah yang saya dapat, saya berminat untuk menjalankan
kajian ini kerana saya ingin membantu murid-murid saya yang memerlukan bimbingan
dan bantuan saya. Di samping itu kajian ini sangat penting bagi mengkaji kaedah yang
terbaik dalam membantu mereka. Ini kerana, kaedah terbaik yang ada dalam mengajar
pembundaran nombor ialah dengan menggunakan garis nombor. Namun begitu, saya
telah mencuba kaedah ini, namun murid saya semakin keliru dengan penggunaan garis
nombor dalam membundarkan nombor.
Memandangkan kelas tahun 2 ini merupakan kelas utama saya semasa praktikum
ini, saya tidak menghadapi masalah dalam mengendalikan kajian ini. Mudah bagi saya
untuk berinteraksi dengan murid-murid ini dengan kebenaran pihak sekolah, ibubapa
murid dan juga dengan diri murid itu sendiri.
Dalam usaha menolong murid menguasai dan memperbaiki masalah dalam
pembundaran nombor, dengan menjalankan kajian ini juga saya dapat memperbaiki dan
meningkatkan mutu pengajaran saya dalam menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai
untuk membantu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu,
kaedah Kawan Kecil dan Kawan Besar yang saya gunakan dalam membantu murid ini

tidak akan membosankan mereka. Ini disebabkan

murid akan merasa seronok

menggunakan anggota badan sendiri dalam belajar. Menurut Landreth, Baggelly &
Tyndall (1999), bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak. Dalam bermain,
keseronokan akan timbul dan dari keseronokan inilah secara tidak langsung akan
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran serta motivasinya juga akan
meningkat.

Apabila ini berlaku, maka murid akan mudah memahami cara untuk

membundar dengan betul dan dapat mengukuhkan aktiviti pembelajaran mereka.


Selain daripada itu, kajian yang saya jalankan ini juga sangat penting bagi pihak
guru-guru sekolah kerana melalui kajian ini, ianya dapat memberi idea kepada guru-guru
yang lain dalam mengajar pembundaran nombor. Di samping itu, ianya akan menjadikan
lagi pengajaran guru-guru lebih menarik dan seronok.

2.2 ANALISIS MASALAH


Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan dalam kelas dan
latihan yang saya sediakan di hadapan kelas yang telah diselesaikan oleh murid serta
lembaran kerja yang saya berikan, saya dapati murid banyak melakukan kesilapan dalam
setiap soalan. Saya dapat mengesan bahawa murid menghadapi masalah dalam asas
pembundaran nombor. Di bawah saya sediakan jadual analisis saya terhadap kesilapan
yang dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor.

10

Jadual 1 Analisis Kesilapan Murid


Jenis Kesalahan
A.

Analisis Kesalahan
Murid tidak tahu apabila
melakukan pembundaran
berapa yang perlu ditambah
pada nombor yang
dibundarkan.

B.

Murid tidak faham dengan


kata kunci soalan

C.

Murid tidak mempunyai


asas yang baik dalam
membundar nombor dan
mungkin tidak tahu
langsung.

11

Jika dilihat dalam Jadual 1, terdapat tiga masalah dan kesalahan yang dilakukan
oleh murid. Bagi murid A, kesalahan yang dilakukan ialah murid tidak tahu apabila
melakukan pembundaran berapa yang perlu ditambah pada nombor yang dibundarkan.
Melalui kesalahan ini, saya dapat simpulkan murid masih tidak memahami pembundaran
dengan lebih baik. Kesalahan ini juga mungkin disebabkan oleh pengajaran saya yang
kurang efektif.
Seterusnya bagi murid B, dapat diperhatikan bahawa dia melakukan kesalahan
yang menunjukkan ketidakfahamanya terhadap kata kunci bagi soalan pembundaran.
Soalan meminta murid membundarkan nombor kepada puluh terdekat tetapi murid tidak
faham dengan soalan. Saya berasa kesalahan ini berpunca dari saya. Mungkin
disebabkan oleh penerangan saya yang kurang jelas.
Bagi murid C pula, murid ini mempunyai masalah yang serius. Murid ini tidak
dapat menjawab satupun soalan yang telah diberikan oleh saya. Masalah murid ini
menunjukkan yang terdapat murid yang tidak mempunyai asas yang baik dalam
membundar nombor. Melalui hasil jawapan murid ini juga, dapat dilihat yang murid ini
sangat memerlukan bimbingan khas dan kaedah yang lebih baik dalam menangani
masalah ini.
Melalui semua kesalahan dan masalah yang dihadapi oleh murid di atas, secara
kesimpulannya saya berpandangan bahawa murid-murid ini memerlukan bimbingan dan
kaedah yang sesuai bagi membolehkan mereka mengatasi masalah dalam membundar
nombor.

12

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 OBJEKTIF UMUM
1. Membantu dan mengatasi masalah pembundaran dalam kalangan murid-murid
Tahun 2 yang mana didapati sering melakukan kesilapan dalam menjawab
soalan pembundaran nombor bulat.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
1. Membantu murid Tahun 2 meningkatkan pencapaian dan penguasaan dalam
pembundaran nombor bulat.
2. Membantu murid Tahun 2 dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor
bulat dengan mudah.
3.3 SOALAN KAJIAN
Kajian tindakan ini akan menjawab soalan berikut :
a) Sejauh manakah penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar
dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat
dalam kalangan murid-murid Tahun 2?
b) Apakah pandangan murid-murid Tahun 2 terhadap penggunaan kaedah
Kawan Kecil & Kawan Besar dalam membantu murid-murid Tahun
2 ;menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat?

13

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan terhadap murid tahun 2 Zamrud di salah sebuah sekolah
Kinta Selatan. Dalam kelas ini, terdapat 27 orang murid semuanya. Murid yang menjadi
sasaran dalam kajian ini ialah seramai 4 orang murid iaitu murid yang telah dikenalpasti
sangat lemah dalam bahagian pembundaran nombor.
Empat orang murid ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan tiga orang murid
perempuan. Murid-murid ini berasal dari sekitar kawasan daerah ini. Murid-murid ini
semuanya berbangsa Melayu dan didapati mereka ini lemah dalam subjek Matematik.
Melalui lembaran kerja pembundaran nombor, mereka adalah murid-murid yang lemah
dan memerlukan bimbingan yang lebih dengan kaedah yang lebih sesuai untuk
membantu mereka memahami konsep pembundaran.

14

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk


memudahkan pemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau permasalahan di
tempat kerja. Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah untuk
memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat
tindakan terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Kajian tindakan
dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif
penyelidikan kepada pendidik.
Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik
dalam situasi sosial itu sendiri. Terdapat pelbagai definisi berkaitan dengan kajian
tindakan. Jika dilihat pada pandangan Kemmis & McTaggart (1998) dalam Rosinah
Edinin (2011), kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang
dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi
sosial

bertujuan

meningkatkan

kerasionalan

dan

keadilan

amalan-amalan

kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman


mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

15

Manakala menurut pandangan McNiff (1988) pula, kajian tindakan adalah satu
pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia
melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru
lain secara bersama.
Untuk melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan dan mengaplikasikan
model kajian yang diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988) dalam Rosinah
Edinin

(2011). Berdasarkan model kajian ini, terdapat empat langkah utama yang

digunakan. Langkah pertama ialah mereflek (reflect), langkah kedua adalah


merancang (plan), langkah ketiga adalah bertindak (action) dan langkah yang
terakhir adalah memerhati (observe). Gelung Model Kemmis & McTaggart dapat
dilihat pada rajah di bawah.

Rajah 1. Gelung Model Kemmis & McTaggart (1998).

16

Peringkat 1: Mereflek
Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan, saya telah
mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 Zamrud
dalam tajuk Pembundaran Nombor Bulat. Dengan mengenalpasti masalah ini, saya telah
merangka suatu tindakan yang bakal diambil dan menggunakan kaedah pengajaran
Kawan Kecil & Kawan Besar untuk membantu murid mengatasi masalah yang
dihadapi.

Peringkat 2: Merancang
Setelah mengenalpasti masalah utama yang dialami oleh murid-murid tahun 2
Zamrud, saya seterusnya membuat perancangan tindakan untuk mengatasi masalah
tersebut. Saya

telah melakukan tinjauan literatur dan menentukan objektif serta

persoalan kajian yang hendak diselesaikan dalam kajian tindakan ini. Saya juga telah
menentukan kumpulan sasaran iaitu seramai empat orang yang dipilih berdasarkan
pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik. Setelah itu, saya juga menetapkan instrumen
yang hendak digunakan dalam kajian ini iaitu melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pasca,
pemerhatian tingkah laku (rakaman video), temu bual dan soal selidik. Oleh itu, saya
telah merancang untuk menggunakan kaedah Kawan Kecil dan Kawan Besar untuk
membantu murid meningkatkan kemahiran membundar nombor bulat . Sebanyak dua
peringkat program intervensi yang dirancang yang setiap satunya mempunyai tiga sesi
dan juga dua sesi untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membundar nombor
bulat..
17

Peringkat 3: Bertindak
Selepas perancangan dibuat, saya telah mengadakan Ujian diagnostik dan Ujian
Pra bagi mengukur tahap pencapaian peserta kajian sebelum menjalankan sesi
Intervensi. Selepas itu, saya menjalankan program intervensi saya. Kemudian, saya
mengedarkan soalan latihan sebagai mengukur tahap peningkatan kumpulan sasaran dan
seterusnya membuat Ujian Pasca. Setiap perkembangan murid direkodkan dan dijadikan
bukti bahawa proses peningkatan kemahiran telah berlaku. Instumen temu bual,
pemerhatian tingkah laku,penulisan refleksi dan analisis dokumen juga dilakukan dalam
peringkat ini.

Peringkat 4: Memerhati
Pada peringkat ini, saya membuat suatu pemerhatian berdasarkan hasil dapatan.
Ini termasuklah membuat perbandingan secara langsung tentang pencapaian markah
setiap peserta kajian berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Perbandingan ini bertujuan
untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman murid dan menentukan keberkesanan
kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar dalam membantu murid. Analisis bagi setiap
orang peserta kajian juga dibuat berdasarkan kepada hasil lembaran kerja pada setiap
sesi Intervensi yang telah dijalankan dan hasil jawapan mereka dalam soalan latihan dan
Ujian Pasca yang menentukan keberkesanan kaedah ini. Analisis ini juga mengambil
kira pelbagai aspek dan dinilai sudut instrumen kajian yang berbeza iaitu melalui kaedah
temu bual dan pemerhatian.

18

Peringkat 5 : Mereflek
Bagi melengkapkan satu pusingan gelung, saya membuat refleksi sekali lagi
secara keseluruhan bagi membuat penilaian saya sendiri tentang kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada kaedah mahupun pada sesi program intervensi saya.

5.1 PERANCANGAN PELAN TINDAKAN

Perancangan merupakan langkah awal yang sangat penting dalam setiap perkara
yang ingin kita lakukan. Sebelum menjalankan kajian ini, saya telah merancang
beberapa langkah dalam menjadikan kajian ini berjalan lebih baik dan teratur.
Perancangan yang telah saya rangka adalah seperti yang tertera dalam Rajah 1 :

19

Langkah 1
Ujian Pra

Langkah 2
Program intervensi 1 menggunakan bahan bantu mengajar
kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar

Langkah 3
Program intervensi 2 menggunakan kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar

Langkah 4

Rajah 2 . Carta Aliran Kajian Tindakan.

5.1.1

Ujian Pra

Ujian Pasca

Langkah 5
Temu Bual

Ujian Pra merupakan ujian yang saya jalankan selepas murid menjalani ujian
diagnostik. Ujian Pra ini merupakan ujian yang diberikan kepada kumpulan sasaran
yang telah dikenalpasti selepas ujian diagnostik. Perlaksanaan Ujian Pra ini adalah
sebagai langkah awal dalam merekod pencapaian murid dalam kumpulan sasaran
sebelum intervensi dijalankan.

5.1.2

Program Intervensi Pertama Menggunakan Bahan Bahan Bantu Mengajar


Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar

5.1.2.1 Sesi Pertama

20

Dalam bahagian pertama ini, saya telah memperkenalkan pembundaran nombor


kepada kumpulan sasaran. Langkah-langkah dalam sesi pertama ini adalah seperti di
bawah :
I.

Guru menunjukkan satu kad nombor bulat kepada murid.

II.

Guru bertanya kepada murid beberapa soalan :


a) Bacakan nombor ini murid-murid. ( Seratus dua puluh lima ).
b) Apakah nilai tempat bagi setiap nombor di atas? ( 1 = ratus, 2 = puluh, 5

1 2 5

III.

= sa )
Guru menerangkan setiap kedudukan nilai tempat nombor-nombor pada kad

IV.

nombor tersebut.
Kemudian, guru memperkenalkan perkataan puluh terdekat dan ratus terdekat
kepada murid. Guru menunjukkan kad nombor yang telah siap ditanda dengan
kedudukan puluh terdekat dan ratus terdekat.

Puluh Terdekat

1 2 5
Ratus Terdekat

5.1.2.2 Sesi Kedua

21

Dalam sesi kedua ini, saya mula memperkenalkan kaedah saya kepada kumpulan
sasaran. Kaedah yang saya gunakan ialah kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar.
I.
II.

Guru memperkenalkan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar kepada kumpulan
sasaran
Guru menunjukkan bahan bantu mengajar kaedah ini, yang merupakan dua tangan
iaitu tangan kiri dan tangan kanan.

III.

Guru menerangkan kepada murid, tangan kiri merupakan kawan kecil manakala

IV.

tangan kanan pula ialah kawan besar.


Kemudian, guru menerangkan kawan kecil terdiri dari pada nombor 0, 1, 2, 3, dan
4. Nombor-nombor ini berada pada setiap jari bermula dari ibu jari. Manakala
kawan besar pula terdiri daripada nombor 5, 6, 7, 8, dan 9.

22

V.

Guru memberitahu murid, nombor dalam kawan kecil hanya boleh menambah 0

VI.

ketika membundar manakala kawan besar pula boleh menambah 1.


Guru menunjukkan satu kad nombor :

1 2 5
VII.

Kemudian guru memberi satu contoh soalan, bundarkan nombor berikut kepada
puluh yang terdekat. Murid sudah tahu nilai tempat setiap nombor, puluh yang
terdekat dikotakkan. Guru menunjukkan dan menjelaskan bahawa kawan kecil
atau kawan besar ialah nombor di sebelah kanan nombor yang ingin dibundarkan
(nombor yang berwarna merah).

1 2 5
VIII. Setelah itu, guru bertanya kepada murid ;
a) Nombor 5 tergolong dalam kawan apa ? (Kawan Besar)
b) Berapakah yang boleh ditambah oleh nombor 5 kepada puluh yang terdekat iaitu
2 ? (+1)
23

IX.

Setelah itu, guru menjelaskan pula kepada murid, apabila kawan kecil atau kawan
besar menambah 1 atau 0 kepada nombor yang dibundarkan, nombor kawan
kecil dan kawan besar ini akan menjadi kosong. Begitu juga nombor yang berada
di sebelah kanan kawan kecil atau kawan besar dan seterusnya.

1 3 0
5.1.2.3 Sesi Ketiga
Dalam sesi ketiga, saya mengajak murid untuk mengimbas kembali apa yang
telah mereka pelajari dalam sesi pertama dan sesi kedua. Kemudian saya meneruskan
intervensi dengan memberi contoh soalan. Langkah-langkah dalam sesi ini adalah
seperti di bawah :
I.

Guru mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari dalam sesi pertama dan

II.

sesi kedua.
Setelah itu, guru memberikan contoh soalan kepada murid. Soalan ini adalah

III.

soalan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat.


Sebelum itu, guru menampal bahan bantu mengajar kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar sebagai bahan membantu murid dalam menyelesaikan contoh

a)

soalan.
IV.
Soalan yang diberikan ialah ;
Bundarkan 143 kepada puluh yang terdekat

1 4 3

Kotakkan puluh yang terdekat iaitu 4, maka lihat nombor sebelah kanan untuk
memastikan nombor tersebut ialah kawan kecil atau kawan besar. 3 ialah kawan
kecil, maka hanya tambah 0 (+0)
24

Tambah 0 (+0) kepada puluh yang terdekat, iaitu 4. Selepas itu, 3 akan menjadi
kosong. Jawapannya ialah :

1 4 0
b)

Bundarkan 264 kepada ratus yang terdekat

2 6 4

Ratus yang terdekat ialah 2, maka lihat nombor sebelah kanan untuk memastikan
nombor tersebut ialah kawan kecil atau kawan besar. 6 merupakan kawan besar,

maka boleh tambah 1 (+1).


Tambah 1 (+1) kepada ratus yang terdekat iaitu 2. Selepas itu, 6 dan 4 akan
menjadi kosong.

3 0 0
5.1.3

Program Intervensi Kedua Menggunakan Kaedah Kawan Kecil & Kawan


Besar

Dalam program intervensi kedua ini, saya membuat dua sesi iaitu sesi pertama dan juga
sesi kedua. Penerangan setiap sesi adalah seperti berikut ;

25

5.1.3.1 Sesi Pertama


Dalam sesi pertama, saya memperkenalkan kaedah Kawan Kecil & Kawan
Besar tanpa penggunaan bahan bantu mengajar. Setiap langkah adalah seperti di bawah
I.

Guru memperkenalkan cara menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan


Besar dalam pembundaran nombor tanpa menggunakan bahan bantu belajar

II.

yang disediakan oleh guru.


Guru meminta semua murid mengangkat kedua-dua belah tangan mereka.
Kemudian guru meminta semua murid menjatuhkan tangan. Seterusnya, guru
memberi arahan kepada murid, angkat tangan kanan. Selepas itu, guru

III.

memberi arahan lagi, angkat tangan kiri.


Setelah itu, guru menjelaskan kepada murid bahawa tangan kiri mereka adalah
kawan kecil manakala tangan kanan adalah kawan besar. Guru menerangkan
bahawa penggunaan tangan mereka dalam menentukan kawan kecil dan kawan
besar sama dengan cara semasa menggunakan bahan bantu mengajar sebelum ini.

IV. Guru memberikan satu contoh soalan kepada murid dalam bentuk kad nombor ;
a) Bundarkan 358 kepada puluh yang terdekat.
26

b) Murid menentukan dahulu nilai tempat yang dibundarkan, puluh yang terdekat
ialah 5. Maka kawan kecil atau kawan besar ditentukan melalui nombor disebelah
kanan 5 iaitu 8.
c) Nombor 8 termasuk dalam kawan besar, maka ia menambah 1 (+1) kepada nilai
tempat puluh iaitu 5.
d) Maka jawapannya ialah 360, dimana 8 selepas menambah 1 (+1) kepada 5
menjadi kosong.

3 6 0
V.

Seterusnya, guru memberikan satu lagi contoh soalan membundar kepada ratus
yang terdekat.
a) Bundarkan 529 kepada ratus yang terdekat.
b) Pertama sekali, tentukan nilai tempat yang ingin dibundarkan iaitu ratus yang
terdekat. Ratus yang terdekat ialah 5. Maka, kawan kecil atau kawan besar ialah
nombor 2.
c) Nombor 2 adalah kawan kecil, oleh itu ia menambah 0 (+0) kepada nombor yang
dibundarkan iaitu nombor 5.
d) Maka, jawapan bagi 529 apabila dibundarkan kepada ratus yang terdekat ialah
500.

5 0 0
5.1.3.2 Sesi Kedua

27

Dalam sesi kedua ini, saya mengedarkan soalan kepada murid untuk menguji
kefahaman mereka dalam membundar menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan
Besar. Langkah-langkah dalam sesi ini adalah seperti berikut ;
I.

Guru memgajak murid untuk mengimbas kembali pembelajaran mereka pada sesi
pertama yang lepas. Guru bertanya ;
a) Sebelum ini, kita belajar membundar menggunakan kaedah apa ? (Kaedah Kawan
Kecil & Kawan Besar)
b) Kawan kecil tangan apa dan kawan besar pula tangan mana satu ? (kawan kecil
tangan kiri manakala kawan besar pula ialah tangan kanan)
c) Kawan kecil boleh menambah berapa ? kawan besar pula boleh menambah
berapa? (kawan kecil tambah 0, manakala kawan besar tambah 1)

II.

Kemudian, guru memberikan murid soalan membundar bagi menguji kefahaman

III.

murid dalam membundar menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar.
Guru memberikan murid 6 soalan membundar nombor bulat, 3 soalan membundar
kepada puluh yang terdekat dan 3 lagi membundar kepada ratus yang terdekat.
Soalan rujuk lampiran 5.

5.1.6 Ujian Pasca


Ujian Pasca ialah ujian akhir yang dilakukan bagi menilai hasil intervensi. Ujian
ini dilakukan selepas semua intervensi dijalankan bersama murid. Ujian ini
menggunapakai kembali soalan dalam Ujian Pra tetapi urutannya telah diubah.
Pencapaian murid dalam Ujian Pasca ini direkodkan untuk membuat perbandingan ke
atas pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi.

28

5.1.7 Temu Bual


Setelah melaksanakan semua langkah dan Ujian Pasca, saya mengadakan temu
bual bersama dengan murid kumpulan sasaran. Temu bual ini dijalankan untuk
mendapatkan respon murid terhadap intervensi yang telah mereka jalani. Temu bual ini
juga saya jalankan dengan kebenaran murid sendiri tanpa ada paksaan.
Antara soalan yang akan saya ajukan kepada murid ialah :
a. Adakah anda suka dan selesa menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan
Besar dalam membundar nombor ?
b. Apakah selepas menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar anda lebih
mudah faham dengan pembundaran nombor ?
c. Adakah anda boleh menjawab soalan pembundaran nombor dengan mudah dan
berkesan selepas menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar ?
Perbualan saya dan kumpulan sasaran ini saya rakam dan rekodkan dalam data yang
telah saya kumpulkan. Saya telah terjemahkan jawapan murid-murid ini dalam bentuk
transkrip.

5.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Setelah merancang tindakan, saya telah mengumpul semua data yang saya dapat
melalui langkah-langkah yang telah saya laksanakan. Antara data yang saya kumpul dan
rekodkan ialah pencapaian murid, tingkah laku murid dan minat murid dalam
29

pembelajaran pembundaran nombor menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan


Besar.
Untuk mendapatkan data-data tersebut, saya telah menggunakan Ujian Pra dan
Ujian Pasca dalam mengumpul dan merekodkan pencapaian murid. Bagi data tingkah
laku murid pula, saya menggunakan kaedah pemerhatian (rakaman video) manakala data
minat murid menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar pula saya rekodkan
melalui temu bual bersama mereka serta melalui soal selidik.

5.2.1

Ujian Pra
Ujian Pra ialah ujian yang dijalankan selepas ujian diagnostik. Ujian ini
dijalankan kepada kumpulan sasaran. Soalan-soalan dalam Ujian Pasca ini adalah soalan
yang berkaitan dengan pembundaran nombor. Tahap penguasaan murid direkodkan
sebagai tahap penguasaan murid sebelum intervensi.

5.2.2

Ujian Pasca
Ujian Pasca ditadbir setelah selesai proses intervensi terhadap kumpulan sasaran.
Ujian ini penting bagi mengenalpasti hasil inervensi yang dijalankan, sama ada berjaya
ataupun sebaliknya. Ini juga menentukan sama ada kaedah Kawan Kecil & Kawan

30

Besar sesuai diaplikasikan kepada kumpulan sasaran ini ataupun tidak. Hasil data dalam
Ujian Pasca direkodkan bagi membuat perbandingan sebelum dan selepas intervensi
dijalankan.

5.2.3

Pemerhatian (Rakaman Video)


Sepanjang proses kajian ini, saya telah melakukan pemerhatian terhadap
tingkahlaku kumpulan sasaran. Bermula dari Ujian Pra sehinggalah sampai ke langkah
temu bual, pemerhatian dibuat bagi melihat tingkahlaku murid sama ada terdapat
penambahbaikan dari segi minat dan sikap mereka.

5.2.4

Temu Bual
Temu bual dijalankan bagi mendapatkan respon kumpulan sasaran selepas
menjalankan sesi intervensi. Temu bual ini dijalankan selepas semua langkah telah
dilaksanakan. Temu bual ini dijalankan lebih kepada pendapat murid terhadap
penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar dan juga kesannya dalam
pembelajaran dan pemahaman mereka dalam pembundaran nombor. Semua yang
dijalankan dalam temu bual ini direkodkan untuk simpanan dan menjadi data penilaian.
5.2.5

Soal Selidik
Soal selidik juga dijalankan bagi mendapatkan respon kumpulan sasaran selepas

menjalankan intervensi. Item-item soalan dalam soal selidik ini adalah lebih kepada
pendapat murid dan kesan penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar terhadap
31

diri mereka dalam pembundaran nombor. Data yang diperolehi dalam soal selidik ini
direkodkan untuk disimpan dan menjadi data penilaian.

5.3

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA


Setelah data dikumpul, saya telah menganalisis setiap data tersebut. Data yang

dianalisiskan ialah data yang diperolehi dari Ujian Pra, Ujian Pasca, pemerhatian
(rakaman video), temu bual dan juga melalui soal selidik.
Jadual 2 Cara menganalisis data mengikut data
Data
Pencapaian Murid

Tingkah laku dan sikap

5.3.1

Instrumen

Cara Analisis

Ujian Pra

Statistik deskriptif dengan

Ujian Pasca

menggunakan peratus (%)

Pemerhatian (rakaman video)

Membuat transkrip melalui

murid

video dan menganalisis

Minat Murid

Temu Bual

persoalan yang dikemukakan


Membuat transkrip melalui

Soal Selidik

audio dan borang soal selidik

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Ujian ini telah dijalankan sebelum dan selepas intervensi yang saya lakukan.
Ujian Pra dijalankan sebelum intervensi manakala Ujian Pasca pula dijalankan selepas
intervensi. Hasil keputusan bagi kedua-dua ujian ini telah direkodkan dan saya analisis
untuk melihat hasil intervensi. Saya telah merekodkan semua hasil murid dalam jadual
seperti berikut.
32

Jadual 3 Bilangan Skor Murid Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Soalan

Bilangan Murid
Ujian Pra

Ujian Pasca

1
2
3
4

Bagi menganalisis dengan lebih mendalam lagi, saya membuat jadual palang.
Jadual palang ini memaparkan analisis bagi peningkatan atau penurunan yang
ditunjukkan oleh murid kumpulan sasaran.
Di samping itu, saya membuat perbandingan di antara markah murid kumpulan
sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ini bagi menampakkan lagi perbezaan yang
berlaku sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Ujian Pra ditandakan dengan simbol
(x1) manakala Ujian Pasca pula ditandakan dengan simbol (x2). Melalui perbezaan ini,
peratus perbezaan akan dilakukan sekaligus.
Jadual 4 Pencapaian Skor Murid Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Peratus Perbezaan
Murid

Skor Dalam

Skor Dalam

Perbezaan Skor

Ujian Pra (x1)

Ujian Pasca

(x2 x1)

(x 2 x 1)
X 100
X

(x2)
M1
M2
M3
M4

33

Melalui data yang dianalisis ini, keberhasilan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar
dapat dinilai. Perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi akan
menentukan sama ada kaedah ini boleh diguna pakai dalam membantu mereka ataupun
tidak.

5.3.2

Pemerhatian (Rakaman Video)


Rakaman video yang dibuat diubah kepada transkrip video. Ini bagi memudahkan
proses menganalisis video tersebut. Selepas mengubahnya kepada transkrip, saya
membuat rumusan dari apa yang telah berlaku. Jadual dibawah ialah bagaimana
rakaman video ditukar kepada transkrip.

Jadual 5 Transkrip Video


Masa

5.3.3

Pihak
Guru
Murid

Kandungan

Catatan

Temu Bual
Temu bual yang dijalankan telah dirakam. Rakaman ini penting bagi
mengenalpasti respon murid dengan penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar
dalam pembundaran nombor. Respon murid ini akan direkodkan dan ditranskripkan bagi
memudahkan penilaian dilakukan. Melalui transkrip ini juga, saya dapat mengenalpasti

34

kekuatan dan kelemahan intervensi yang saya lakukan dalam membantu mereka. Jadual
transkip adalah seperti dibawah.
Jadual 6 Transkrip Temu Bual
Masa

5.3.4

Pihak
Guru
Murid

Kandungan

Catatan

Soal Selidik
Soal selidik diedarkan bagi mendapatkan respon kumpulan sasaran tentang kesan
penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar dalam pembundaran nombor
mereka. Soal selidik ini mengandungi 3 item soalan dan setiap soalan mempunyai tiga
pilihan jawapan. Melalui hasil borang soal selidik ini, saya dapat mengenalpasti sama
ada kumpulan sasaran suka menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar
ataupun tidak dan juga menilai kesan penggunaan kaedah ini dalam pembundaran
nombor mereka. Jadual 7 di bawah adalah bagaimana saya menganalisis soal selidik
kumpulan sasaran.
Jadual 7 Taburan Respon Kumpulan Sasaran dalam Soal Selidik
Bil

Item
Tidak Setuju

Respon Murid
Setuju

Sangat Setuju

Item 1

35

Item 2

Item 3

36

6.0 ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA


7.0
8.0 Melalui data-data yang telah dikumpul, iaitu melalui Ujian Pra dan pasca,
pemerhatian (rakaman video), temu bual dan soal selidik, saya melakukan analisis
dan intepretasi data. Triangulasi data dibuat dengan pengumpulan data kuantitatif
dan kualitatif.
9.0
9.1 ANALISIS UJIAN PRA DAN PASCA
10.0

Sebelum saya menjalankan program intervensi saya, saya mentadbir Ujian Pra

kepada kumpulan sasaran dalam kajian ini. Manakala, Ujian Pasca pula saya
jalankan selepas program intervensi. Ujian Pra mengandungi 8 soalan di mana 4
soalan merupakan soalan membundar kepada puluh yang terdekat dan 4 soalan lagi
membundar kepada ratus yang terdekat. Soalan Ujian Pasca sama seperti Ujian Pra
tetapi susunan soalan dibeza-bezakan. Setelah mentadbir Ujian Pra dan pasca, saya
telah memeriksa kertas ujian tersebut. Jadual 8 di bawah menunjukkan bilangan skor
kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan pasca.

37

11.0 Jadual 8 Bilangan Skor Murid dalam Ujian Pra dan Pasca
12.0 No Soalan
17.0
20.0
23.0
26.0
29.0
32.0
35.0
38.0

1
2
3
4
5
6
7
8

13.0 Bilangan Murid


15.0 Ujian Pra
16.0
18.0 4
21.0 1
24.0 0
27.0 0
30.0 2
33.0 2
36.0 0
39.0 0

Ujian Pasca
19.0 4
22.0 4
25.0 4
28.0 1
31.0 4
34.0 4
37.0 4
40.0 3

41.0
42.0

Melalui Jadual 8 di atas, dapat dilihat berlaku peningkatan di antara Ujian Pra

dan Ujian Pasca. Merujuk jadual di atas, soalan 1 menunjukkan kesemua kumpulan
sasaran dapat menjawab soalan dengan betul dalam kedua-dua ujian. Bagi soalan 2
pula, berlaku peningkatan dalam skor dalam Ujian Pasca, iaitu kesemua kumpulan
sasaran berjaya menjawab dengan betul berbanding dalam Ujian Pra iaitu hanya
seorang yang betul. Soalan 3 pula menunjukkan peningkatan skor semua betul
berbanding sebelumnya iaitu semua salah dalam Ujian Pra. Bagi soalan 4, kumpulan
sasaran gagal menjawab soalan dalam Ujian Pra namun terdapat dua orang yang
berjaya menjawab dalam Ujian Pasca.
43.0

Dalam soalan 5 pula, kesemua kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan

berbanding dalam Ujian Pra iaitu hanya dua orang sahaja yang berjaya menjawab.
Soalan 6 menunjukkan dua orang kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan dalam
Ujian Pra dan dalam Ujian Pasca kesemua kumpulan sasaran berjaya menjawab
soalan. Bagi soalan 7, kesemua kumpulan sasaran berjaya menjawab soalan
berbanding dengan Ujian Pra yang semua kumpulan gagal menjawab soalan. Dan

38

yang terakhir, soalan 8 pula menunjukkan 3 orang kumpulan sasaran berjaya


menjawab soalan 8 jika dibandingkan dalam Ujian Pra yang tiada seorangpun
berjaya menjawab soalan dengan betul.
44.0

Bagi menganalisis dengan lebih mendalam lagi, saya telah membuat

perbandingan di antara markah murid kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian
Pasca. Ini bagi menampakkan lagi perbezaan yang berlaku sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Ujian Pra ditandakan dengan simbol (x 1) manakala Ujian
Pasca pula ditandakan dengan simbol (x2). Jadual 9 menunjukkan skor kumpulan
sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca serta peratusnya. Manakala, dalam Jadual
10 pula menunjukkan peningkatan skor dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca serta
peratus peningkatan skor.
45.0 Jadual 9 Peratus Pencapaian dalam Ujian Pra dan Pasca
46.0 Muri
d

47.0 Skor

48.0 Peratus

49.0 Skor

50.0 Peratus

Dalam

Pencapaian

Dalam

Pencapaian

Ujian Pra

(%)

Ujian

(%)

51.0 Adib
56.0 Izzat

(x1)
52.0 1
57.0 3

53.0 12.5
58.0 37.5

Pasca (x2)
54.0 7
59.0 6

55.0 87.5
60.0 62.5

i
61.0 Mari

62.0 1

63.0 12.5

64.0 7

65.0 87.5

am
66.0 Sofi

67.0 4

68.0 50

69.0 8

70.0 100

yyah
71.0 Melalui data yang ditunjukkan dalam Jadual 9, terdapat peningkatan dalam skor
dan peratus bagi setiap orang dalam kumpulan sasaran. Peningkatan skor Adib dapat
39

dilihat dalam Ujian Pasca di mana Adib mendapat skor 1 dalam Ujian Pra dan dalam
Ujian Pasca, Adib berjaya mendapat skor 7. Ini menunjukan peningkatan dari 12.5%
dalam Ujian Pra kepada 87.5% dalam Ujian Pasca. Peningkatan skor Izzati dalam
Ujian Pasca pula ialah 6 berbanding dengan skor yang dia perolehi dalam Ujian Pra
iaitu 3. Ini menunjukkan peningkatan pencapaian dari 37.5% dalam Ujian Pra
kepada 62.5% dalam Ujian Pasca.
72.0

Bagi peningkatan pencapaian Mariam pula, dia mendapat skor 1 dalam Ujian Pra

namun dalam Ujian Pasca dia berjaya mendapat skor 7. Peningkatan pencapaian
Mariam sama dengan Adib iaitu 12.5% dalam Ujian Pra kepada 87.5% dalam Ujian
Pasca. Manakala Sofiyyah pula berjaya mendapat skor 8 iaitu semua betul dalam
Ujian Pra berbanding dengan skor 4 dalam Ujian Pra. Peningkatan pencapaian
Sofiyyah dalam Ujian Pasca ialah 100% berbanding dengan 50% dalam Ujian Pra.
73.0

Saya juga telah membuat analisis dari segi peningkatan yang berjaya dicapai oleh

kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca seperti yang tunjukkan dalam
Jadual 10 di bawah:
74.0
75.0
76.0
77.0 Jadual 10 Peningkatan Peratus Dalam Ujian Pra dan Pasca
78.0
79.0 Mu

80.0
81.0 Skor

82.0
83.0 Skor

84.0
85.0 Perbeza

87.0
88.0 Peratus
40

rid

Dalam

Dalam

Ujian Pra

Ujian

(x1)

Pasca (x2)

an Skor
86.0 (x2 x1)

(%)
89.0

(x 2 x 1)
X 100
X
90.0 Adi

91.0 1

92.0 7

93.0 6

94.0 75

b
95.0 Izza

96.0 3

97.0 6

98.0 3

99.0 37.5

ti
100.0 Mar

101.0 1

102.0 7

103.0 6

104.0 75

iam
105.0 Sofi

106.0 4

107.0 8

108.0 5

109.0 50

yyah
110.0
111.0 Berdasarkan data Jadual 10, terdapat peningkatan peratus dalam skor bagi setiap
orang dalam kumpulan sasaran. Melalui Jadual 9, peningkatan peratus skor Adib
dapat dilihat iaitu sebanyak 75% di mana skor perbezaan yang Adib perolehi di
antara Ujian Pra dan Ujian Pasca ialah 6. Dalam jadual di atas juga menunjukkan,
Izzati berjaya memperolehi peningkatan peratus sebanyak 37.5% yang mana dia
memperolehi peningkatan skor iaitu sebanyak 3 skor dalam Ujian Pasca.
112.0 Bagi peningkatan peratus pencapaian Mariam pula, dia mendapat 75% di mana
Mariam berjaya memperolehi perbezaan 6 skor dalam Ujian Pasca jika dibandingkan
dengan 1 skor dalam Ujian Pra. Dan yang terakhir, Sofiyyah berjaya mendapat
peningkatan peratus dalam skor sebanyak 50% yang mana dia berjaya mendapat 8
skor dalam Ujian Pasca berbanding 4, beza 4 skor dalam Ujian Pra.

41

113.0 Di samping membuat analisis data menggunakan jadual dan peratus bagi datadata Ujian Pra dan pasca yang dikumpul, saya juga telah menganalisis data
menggunakan graf bar berganda. Rajah 3 di bawah menunjukkan graf perbezaan
skor kumpulan sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.
114.0

Perbezaan Skor Kumpulan Sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
120
100
80
60

Ujian Pra

Peratus Markah (%) 40

Ujian Pasca

20
0

Kumpulan Sasaran

115.0
116.0
117.0
118.0
119.0
120.0
121.0
42

122.0 Rajah 3. Graf Bar Berganda Perbezaan Skor Kumpulan Sasaran dalam Ujian Pra
dan Pasca
123.0
124.0

Berdasarkan graf bar berganda dalam Rajah 3 di atas, dapat dilihat Adib

dan Mariam merupakan kumpulan sasaran yang paling tinggi mencapai peningkatan
iaitu dari 12.5% dalam Ujian Pra kepada 87.5 % dalam Ujian Pasca. Izzati pula
berjaya mencapai peningkatan sebanyak 62.5% dalam Ujian Pasca berbanding
37.5% dalam Ujian Pra. Manakala Sofiyyah pula berjaya mecapai peningkatan
sebanyak 100% dalam Ujian Pasca berbanding 50% dalam Ujian Pra yang mana
menunjukkan dia berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul.
125.0 Selain menggunakan graf bar berganda dalam menganalisis Ujian Pra dan Ujian
Pasca, saya menggunakan kaedah min dalam menganalisis perbezaan di antara Ujian
Pra dan pasca. Analisis min bagi kedua-dua ujian seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 11 di bawah :
126.0 Jadual 11 Analisis Min Perbezaan Ujian Pra dan Pasca
127.0 Kumpulan Sasaran
1.
2.
3.
4.

Adib
Izzati
Mariam
Sofiyyah
140.0 Min

128.0 Skor
130.0 Ujian Pra (%)
131.0 Ujian Pasca (%)
132.0 12.5
133.0 87.5
134.0 37.5
135.0 62.5
136.0 12.5
137.0 87.5
138.0 50
139.0 100
141.0 28.13 %
142.0 84.38%

143.0
144.0

Pengiraan min bagi Ujian Pra,


43

145.0

(12.5+37.5+12.5+50)
4

Peratus min skor Ujian Pra =

(112.5)
4

146.0

147.0

= 28.13

148.0

149.0

Pengiraan min bagi Ujian Pasca,

Peratus min skor Ujian Pasca =

(87.5+62.5+ 87.5+ 100)


4

(337.5)
4

150.0

151.0

= 84.38

152.0 Berdasarkan Jadual 11 dan pengiraan peratus min di atas, dapat dilihat bahawa
peratus min bagi Ujian Pra ialah 28.3 manakala peratus min bagi Ujian Pasca pula
ialah 84.38. Ini bermaksud bahawa Ujian Pasca menunjukkan peratus min yang lebih
tinggi berbanding dengan peratus min yang ditunjukkan oelh Ujian Pra. Analisis
mod pula mendapati mod bagi Ujian Pra ialah 12.5% iaitu 1 skor manakala mod bagi
Ujian Pasca pula ialah 87.5% iaitu sebanyak skor 7.
153.0 Melalui analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca, jelas menunjukkan bahawa
pencapaian kumpulan sasaran saya telah menunjukkan peningkatan yang tinggi dan
ketara. Ini berlaku selepas program intervensi dijalankan ke atas mereka. Ini juga

44

menunjukkan bahawa Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar berjaya meningkatkan
penguasaan kumpulan sasaran dalam pembundaran nombor.
154.0
154.1

ANALISIS PEMERHATIAN (RAKAMAN VIDEO)

155.0 Saya menganalisis data melalui pemerhatian yang saya lakukan dalam program
intervensi saya melalui rakaman video. Analisis pemerhatian ini bertujuan untuk
melihat tingkah laku kumpulan sasaran dalam menggunakan kaedah Kawan Kecil
& Kawan Besar sama ada mereka suka dan seronok menggunakan kaedah ini
ataupun tidak. Saya menganalisis pemerhatian (rakaman video) terutamanya dalam
bahagian intervensi menggunakan kaedah Kawan Kecil dan Kawan Besar dengan
membuat transkrip video melalui video tersebut.
156.0 Melalui video dan transkrip video yang saya analisis, didapati kumpulan sasaran
memberi respon yang sangat positif. Kumpulan sasaran memberi respon dengan
menjawab soalan dengan penuh bersemangat. Malah melalui video yang dianalisis,
didapati kumpulan sasaran melibatkan diri dengan aktif. Setiap soalan yang diajukan
oleh guru dapat dijawab dengan baik oleh kumpulan sasaran.
157.0 Selain itu, melalui analisis ini juga didapati kumpulan sasaran mudah mengingati
apa yang disampaikan oleh guru. Apabila guru bertanya kembali berkenaan dengan
penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar, kumpulan sasaran dapat
menjawab dengan betul. Ini menunjukkan mereka faham dengan apa yang diajarkan
oleh guru. Di samping itu, kumpulan sasaran sering kali menjawab boleh apabila
disoal oleh guru dengan penuh yakin. Ini menunjukkan bahawa kumpulan sasaran
45

faham cara penggunaan kaedah ini serta berasa seronok dalam menggunakan kaedah
ini dalam pembundaran nombor.
158.0 Tambahan itu, kumpulan sasaran dengan penuh yakin menjawab boleh kepada
guru apabila guru bertanya mereka faham ataupun tidak bagaimana membundar
dengan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar. Mereka juga penuh yakin untuk
menjawab soalan pembundaran nombor jika diberikan menggunakan kaedah Kawan
Kecil & Kawan Besar.
159.0 Secara kesimpulannya, murid berasa seronok dan suka menggunakan kaedah
Kawan Kecil & Kawan Besar dalam membundar nombor bulat. Melalui analisis
yang dibuat juga didapati, murid memberikan respon yang sangat
memberangsangkan dalam sesi intervensi apabila diperkenalkan dengan kaedah
Kawan Kecil & Kawan Besar.
160.0
160.1

ANALISIS SOAL SELIDIK

161.0 Selain daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca, saya menggunakan borang soal
selidik bagi menentukan keberkesanan program intervensi saya. Melalui respon yang
diberikan oleh kumpulan sasaran saya kepada item-item dalam soal selidik, saya
telah menganalisis dengan menggunakan kekerapan. Jadual 12 menunjukkan taburan
respon kumpulan sasaran dalam soal selidik.
162.0
163.0
46

164.0
165.0
166.0
167.0
168.0
169.0 Jadual 12 Taburan Respon Kumpulan Sasaran dalam Soal Selidik
170.0

171.0 Item
175.0 Tidak

Bil

172.0 Respon Murid


176.0 Setuju 177.0 Sangat

178.0

180.0

Setuju
183.0

179.0

181.0 Adakah konsep Kawan

184.0 0

186.0 0

188.0 4

192.0 0

193.0 0

194.0 4

197.0 0

198.0 0

199.0 4

185.0

Setuju
187.0

Kecil & Kawan Besar mudah


difahami ?

189.0
2

182.0
190.0 Adakah kaedah Kawan
Kecil & Kawan Besar dapat
membantu anda menguasai
pembundaran nombor bulat ?

195.0

191.0
196.0 Adakah anda seronok

membundar nombor
menggunakan kaedah ini ?

200.0

47

201.0 Dalam borang soal selidik ini, saya telah memasukkan tiga item untuk dijawab
oleh kumpulan sasaran. Berdasarkan Jadual 12, didapati kesemua 4 orang kumpulan
sasaran (100%) menyatakan bahawa konsep penggunaan kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar mudah untuk difahami (Item 1). Ini menunjukkan kaedah ini mudah
untuk digunakan dan mudah untuk difahami oleh kumpulan sasaran.
202.0 Selain itu, semua kumpulan sasaran (100%) juga bersetuju bahawa kaedah
Kawan Kecil & Kawan Besar dapat membantu mereka dalam menguasai
pembundaran nombor (Item 2). Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya peningkatan
keputusan kesemua kumpulan sasaran dalam Ujian Pasca. Kesemua kumpulan
sasaran (100%) menyatakan bahawa mereka seronok membundar nombor dengan
menggunakan kaedah Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar (Item 3).
203.0 Melalui analisis soal selidik ini, kumpulan sasaran mempunyai persepsi yang
positif tentang penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar dalam
pembundaran nombor.
204.0
204.1

ANALISIS TEMU BUAL

205.0 Selain daripada menggunakan Ujian Pra dan pasca serta soal selidik, saya
menggunakan kaedah temu bual dalam memperolehi data. Di akhir perlaksanaan
program intervensi, saya telah menemu bual semua murid dalam kumpulan sasaran.
Saya telah merekodkan semua temu bual saya bersama dengan kumpulan sasaran
dan saya telah menganalisis transkrip setiap temu bual tersebut bagi mendapatkan

48

respon yang lebih mendalam tentang penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan
Besar dalam pembundaran nombor.
206.0 Dalam temu bual saya, saya telah menyoal setiap orang dalam kumpulan sasran
saya dengan soalan yang sama. Soalan saya yang pertama ialah Bagaimana
perasaan anda dengan kaedah Kawan Kecil & dan Kawan Besar ? Kesemua
kumpulan sasaran menjawab dengan jawapan yang sama iaitu seronok. Mereka
berasa seronok dan menarik menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar
dalam menjawab soalan pembundaran nombor. Kemudian, saya bertanya dengan
soalan kedua iaitu Adakah Kaedah ini dapat membantu anda menguasai
pembundaran nombor? Adib menjawab Ya. Sebab senang untuk selesaikan soalan
membundar. Izzati pula menjawab Kaedah ini senang berbanding dengan kaedah
miskin dan kaya. Manakala Mariam dan Soffiyah masing-masing menjawab Ya.
207.0 Selepas itu, saya bertanyakan soalan yang ketiga iaitu Dalam semua aktiviti
yang telah dijalankan, aktiviti manakah yang paling anda sukai?. Kesemua
kumpulan sasaran menjawab dengan jawapan yang sama iaitu Aktiviti intervensi
yang melibatkan model tangan Kawan Kecil & Kawan Besar. Soalan terakhir, iaitu
soalan keempat iaitu Adakah anda rasa kaedah ini patut diadakan lagi pada masa
akan datang? Kenapa?. Adib menjawab Ya. Sebab senang. Manakala Izzati dan
Mariam pula menjawab Ya. Sebab senang membundar nombor dengan cara ini.
Dan Soffiyah pula menjawab Ya. Sebab dapat membantu jawab soalan
pembundaran nombor.

49

208.0 DAPATAN
209.0
210.0 Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar digunakan untuk membantu
kumpulan sasaran dalam menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat. Dalam
bahagian dapatan ini, analisis data yang telah dikumpul dalam kajian digunakan untuk
menjawab dua soalan kajian ini.
211.0
7.1

Sejauh manakah penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat dalam
kalangan murid-murid Tahun 2?
212.0 Melalui analisis yang saya lakukan dalam Ujian Pra dan pasca, terdapat

peningkatan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat. Analisis skor murid
dalam Ujian Pra dan pasca menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika
dilihat hasil analisis Ujian Pra dan pasca, hanya seorang sahaja yang berjaya
memperolehi markah 50% manakala seorang hanya mendapat 37.5% dalam Ujian Pra.
Selebihnya pula masing-masing hanya mendapat 12.5%.

50

213.0 Namun begitu, selepas menjalani program intervensi, peningkatan dalam


pencapaian kesemua kumpulan sasaran dapat dilihat di mana dalam Ujian Pasca seorang
murid berjaya mencapai markah 100%, seorang berjaya memperolehi markah 87.5%
dengan peningkatan sebanyak 37.5%. Manakala dua orang murid yang hanya
memperolehi markah 12.5% berjaya memperolehi markah 87.5% dengan peningkatan
sebanyak 75%.
214.0 Selain itu, pengiraan peratus min bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca juga
menunjukkan peningkatan yang ketara. Peratus min bagi Ujian Pra ialah 28.13 manakala
peratus min bagi Ujian Pasca pula ialah 84.38. Ini jelas menunjukkan berlakunya
peningkatan yang sangat ketara. Perbezaan di antara peratus min Ujian Pra dan peratus
min Ujian Pasca ialah 56.25. Analisis graf bar berganda juga menunjukkan peningkatan
yang ketara skor murid dalam Ujian Pasca berbanding dengan Ujian Pra.
215.0 Keputusan Ujian Pasca ini jelas menunjukkan kaedah Kawan Besar &
Kawan Kecil sangat membantu kumpulan sasaran yang lemah dalam memahami cara
membundar nombor bulat dengan betul dan seterusnya mampu menyelesaikan soalan
membundar nombor bulat.
216.0 Kesimpulannya,

hasil

analisis

dapatan

kajian

ini

menunjukkan

penggunaan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar dalam membundar nombor bulat
meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat.
217.0

51

7.2

Apakah pandangan murid-murid Tahun 2 Terhadap penggunaan kaedah


Kawan Kecil & Kawan Besar dalam membantu murid-murid Tahun 2
menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat?
218.0 Berdasarkan hasil pemerhatian saya sepanjang sesi intervensi dijalankan,

kumpulan sasaran berasa seronok dan lebih aktif dalam mempelajari pembundaran
nombor dengan menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar. Kumpulan
sasaran seronok menggunakan kaedah ini dan mereka sentiasa memberi kerjasama
dengan saya dalam setiap soalan yang saya ajukan. Menurut Mok Soon Sang (1996)
penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar
memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan,
deria sentuh, dan deria pendengaran,Melalui pendapat ini, dapat dilihat penggunaan
bahan bantu mengajar dalam kaedah ini telah banyak membantu kumpulan sasaran
untuk terlibat secara keseluruhannya dalam program intervensi saya seterusnya berjaya
menjawab soalan pembundaran nombor dengan baik
219.0 Berdasarkan analisis soal selidik pula, kesemua kumpulan sasaran
memberikan respon yang positif berkenaan dengan penggunaan kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar dalam pembundaran nombor. Semua kumpulan sasaran merasa mudah
dan suka menggunakan kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar apabila menyelesaikan
soalan pembundaran nombor bulat. Kaedah Kawan Besar mudah digunakan dalam
menyelesaikan soalan pembundaran nombor kerana hanya menggunakan tangan kanan
dan tangan kiri sebagai bahan bantu mengajar utama. Apabila murid menjawab soalan
yang melibatkan pembundaran nombor, dengan mengaplikasikan kaedah Kawan Kecil
& Kawan Besar murid hanya menggunakan tangan kiri dan tangan kanan mereka untuk
52

membundar. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan bermakna.
220.0 Kumpulan sasaran juga bersetuju bahawa penggunaan kaedah Kawan
Kecil & Kawan Besar membantu mereka dalam memahami dan menyelesaikan masalah
pembundaran nombor bulat. Mereka menyatakan bahawa kaedah ini lebih senang dan
lebih menarik berbanding dengan kaedah miskin dan kaya. Kumpulan sasaran dapat
menjawab soalan pembundaran yang diberikan dengan mudah, biarpun masih ada
kesalahan yang boleh diperbaiki. Dengan menggunakan kaedah ini juga, kumpulan
sasaran mampu menjawab soalan pembundaran nombor bulat tanpa bantuan guru
biarpun masih ada sedikit kesalahan akibat keliru dengan kedudukan puluh dan ratus
terdekat. Namun secara keseluruhannya, kumpulan sasaran berjaya menjawab dengan
baik dan seronok menggunakan kaedah ini.
221.0 Melalui analisis temu bual dan juga analisis pemerhatian (rakaman
video), murid memberikan respon yang memberangsangkan tentang penggunaan kaedah
Kawan Kecil & Kawan Besar untuk membundar nombor bulat. Dalam analisis temu
bual dan rakaman video juga menunjukkan murid bersemangat dan seronok serta
melibatkan diri dalam program intervensi yang dijalankan menggunakan kaedah ini.
222.0 Secara keseluruhannya, kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar sangat
membantu kumpulan sasaran dalam memahami dan menyelesaikan soalan pembundaran
nombor. Respon kumpulan sasaran menunjukkan hasil yang sangat positif berkenaan
penggunaan kaedah ini dalam membantu masalah mereka dalam membundar nombor.

53

223.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN


224.0
225.0 Melalui dapatan kajian ini, didapati penggunaan kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar dalam membundar nombor bulat telah memberikan kesan yang positif
dalam membantu murid tahun 2 meningkatkan penguasaan dalam membundar nombor.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan beberapa kajian yang boleh dilakukan seterusnya.
226.0 Cadangan yang pertama ialah memperkenalkan kaedah Kawan Kecil &
Kawan Besar sebaik sahaja murid mula belajar pembundaran nombor. Ini penting untuk
murid mempunyai asas yang baik berkenaan dengan konsep pembundaran nombor
seperti kedudukan nilai tempat yang terdekat dan juga perlu tambah satu ataupun tidak.
Dengan pengenalan awal menggunakan kaedah ini juga, murid akan seronok untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar
yang menarik dan mudah untuk difahami.
227.0 Cadangan saya yang kedua ialah memperkenalkan kaedah Kawan Kecil
& Kawan Besar kepada murid-murid yang sederhana dan juga murid-murid yang
berkebolehan tinggi. Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar merupakan kaedah yang
memudahkan pemahaman murid dalam pembundaran nombor seterusnya membantu
murid membundar dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan masa yang lama. Oleh
itu, dengan memperkenalkan kaedah ini kepada semua murid, murid-murid akan lebih
faham dan lebih mudah dalam menjawab soalan pembundaran nombor.

54

228.0 Cadangan saya yang seterusnya ialah menggunakan kaedah Kawan


Kecil & Kawan Besar dalam membundar nombor yang mempunyai nilai tempat lebih
besar seperti ribu dan puluh ribu. Kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar sangat sesuai
untuk digunakan dalam pembundaran tidak kira nilai tempat. Konsep penggunaan
kaedah ini dalam membundar nombor mudah untuk difahami dan sangat sesuai untuk
menyelesaikan soalan membundar tidak kira berapa nilai tempat sekalipun. Ini kerana,
kaedah Kawan Kecil & Kawan Besar menekankan murid untuk melihat nilai tempat
yang ingin dibundar sebagai contoh, puluh ribu yang terdekat. Apabila nilai tempat yang
ingin dibundar sudah dikenal pasti, penentuan Kawan Kecil & Kawan Besar dapat
dibuat dengan melihat nombor di sebelah kanannya. Apabila sudah menambah 1 atau
0, bergantung dengan nombor sama ada tergolong dalam Kawan Kecil atau Kawan
Besar, nombor tersebut akan menjadi kosong. Begitu juga dengan nombor-nombor
yang seterusnya.
229.0 Akhir sekali, adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan

panduan kepada para guru untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran matematik di dalam bilik darjah.

55

Anda mungkin juga menyukai