Anda di halaman 1dari 9

Nama: ..

Kelas: .

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL AMPANG,


JALAN AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR.

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2015

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN


TAHUN 4
LIMA PULUH MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,
hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

Soalan 1 hingga soalan 20


1

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Ainul dan Intan bersahabat karib. ______________tinggal sekampung.


A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

Amnie murid tahun enam. ________ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

Kapal terbang itu akan _____________dari Lapangan Terbang Sultan Abdul


Aziz Shah pada pukul 10.45 malam.
A berlepas
B bertolak
C berangkat
D berjalan

Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran


lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan

Ibu________________kelapa untuk mendapatkan santannya.


A memicit
B melenyek
C memerah
D menindih

Encik Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk


menyambut Deepavali.
A membakar
B membersihkan
C menconteng
D menghiasi

Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.


A agar
B ketika
C hingga
D setelah

Mangsa-mangsa banjir itu telah_______ke tempat yang lebih selamat sehingga


2

air surut.
A berpindah
B berlari
C bermain
D berdiri
9

Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.


A sudah
B sedang
C pernah
D masih

10

Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
A sedang
B harus
C akan
D telah
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11

Pak Dolah sedang mengasah parangnya itu kerana sudah _________.


A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul

12

__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh


itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup

13

Sharif berasa gembira apabila menerima surat balasan ________ abangnya.


3

A
B
C
D

dari
daripada
kepada
oleh

14

Perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Perak disaksikan__________kirakira 300 orang penonton.
A daripada
B bagi
C oleh
D kepada

15

Kemalangan sering berlaku di jalan yang _________________


A berkelip-kelip
B berpinar-pinar
C berderet-deret
D berliku-liku

itu.

16

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan


makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit

17

Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.


A butir
B das
C biji
D pucuk

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18

19

Zamri memancing di dalam se____________bot.


A keping
B buah
C helai
D buku
Baju adik saya yang sudah ketat itu disimpan oleh ibu di dalam almari.
4

Pilih perkataan seerti bagi ketat.


A sendat
B padat
C rapat
D erat
20

Hamizan berasa gembira kerana ayahnya terselamat dalam kemalangan itu.


Pilih perkataan berlawan bagi gembira
A sedih
B pasrah
C sangsi
D lega
Soalan 21 dan 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21

I Kami sedang mencari jalan untuk ke pulau itu


II Di hujung kampung itu terdapat sebatang jalan yang sempit.
III Wanita itu baru sahaja jalan pembedahan jantung.
IV Jalan cerita yang dipaparkan dalam buku itu telah menyentuh hati.
A
B
C
D

22

23

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

I
II
III
IV

Persahabatan mereka selama ini bagai retak menanti belah.


Kebanyakan pinggan tembikar itu telah retak.
Hubungan antara Rizuwan dengan Jannah sudah mulai retak.
Petani itu menyemai bijih benih padi di retak sawah.

A
B
C
D

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Mengapakah perlawanan badminton di dewan sekolah itu terpaksa ditunda?
A Perlawanan badminton itu ditangguhkan akibat gangguan bekalan
elektrik.
B Perlawanan badminton yang dilangsungkan di dewan sekolah telah
ditamatkan.
C Perlawanan badminton itu dihentikan sementara sehingga diberitahu kelak.
D Perlawanan badminton itu dilambatkan kerana dijalankan di dewan sekolah.

24

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


5

Kami ke Melaka adalah untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah.


A Bilakah mereka mengadakan lawatan ke Melaka?
B Siapakah yang akan pergi ke Melaka?
C Apakah tujuan mereka pergi ke Melaka?
D Adakah mereka ke Melaka untuk melihat tempat-tempat bersejarah?
Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25

Puan Zainab mempelawa Cik Azira singgah di butiknya.


A Cik Azira, singgahlah di butik saya, ajak Puan Zainab.
B Datanglah ke butik saya, Puan Zainab, undang Cik Azira.
C Silalah ke butik saya, Puan Zainab,pelawa Cik Azira.
D Pelawalah Cik Azira singgah di butik saya, kata Puan Zainab.

26

Encik Rashid telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program


Bulan Bacaan.
A Ucapan program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Rashid.
B Encik Rashid terus merasmikan dan menyampaikan ucapan program Bulan
Bacaan.
C Setelah menyampaikan ucapan Bulan Bacaan, Encik Rashid terus
merasmikan program itu.
D
Program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Rashid setelah
menyampaikan ucapannya.

Soalan 27 dan 28
Pilih ayat yang betul.
27

A
B
C
D

Tanah di lereng bukit itu tumbang.


Hujan turun dengan lebat pada pagi tadi.
Bila banjir melanda, banyak rumah dinaiki air.
Tumbuh-tumbuhan meninggal dunia semasa musim kemarau.

28

A
B
C
D

Para guru-guru mula masuk ke dalam dewan.


Semua kanak-kanak itu ialah anak saya.
Para pelajar sedang menjalani latihan fizikal.
Ramai kawan-kawan saya sudah berpindah ke sekolah lain.

Soalan 29 dan 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29

Saya_______________menerima pelawaan Khairul untuk makan malam di


rumahnya.
A panas hati
B besar hati
C bawa hati
D baik hati
6

30

Jika tekun dan sabar dalam membuat sesuatu, kita akan mendapat hasilnya
kerana____________________.
A melentur buluh biarlah daripada rebungnya
B genggam bara api, biar sampai jadi arang
C sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
D alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aini termenung di tangga rumahnya melihat keindahan pemandangan waktu
pagi. Pagi yang kekuning-kuningan memukau pemandangan. Di situlah ayah dan ibu
memerah keringat mencari rezeki. Aini kecewa dengan keputusan SPM yang
diterimanya. Keputusannya tidak seperti yang diharapkan. Aku mesti buktikan kepada
ibu bahawa aku mampu memiliki segulung ijazah, bisik hati kecil Aini.
Kakak sudah siap? terpacul soalan dari bibir adiknya. Sudah, jawab Aini
ringkas. Hari ini Aini akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Yang pasti Aini berazam
untuk mengikuti kelas malam. Selepas bersalam dengan ayah dan ibunya, Aini menaiki
teksi yang telah lama menunggu. Aini berjanji akan menjaga maruah diri dan
keluarga, bisik Aini kepada ibunya.
Di Kuala Lumpur, Aini disambut oleh sepupunya. Kini, bermulalah rutin hidup Aini
sebagai pembantu kedai di sebuah kedai buku. Aini beruntung kerana dapat membaca
buku-buku untuk SPM. Walaupun kepenatan kerana bekerja pada waktu siang dan
belajar pada malam hari, tetapi dia tidak pernah mengeluh dan merungut.
Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji, Aini berasa cukup bersedia untuk
menjawab peperikssaan. Oleh itu, dia lebih yakin apabila memasuki dewan
peperiksaan untuk kali keduanya. Aini berharap agar keputusan peperiksaannya kali ini
lebih cemerlang.
Tiga bulan kemudian, keputusan diumumkan. Aini gembira kerana memperoleh
keputusan yang cemerlang daripada keputusannya tahun lepas. Air mata kegembiraan
sudah tidak dapat ditahan lagi. Aini menyampaikan berita gembira itu kepada
ibunya. Hadiah untuk ibu, bisik Aini.
31

Apakah tujuan Aini ke Kuala Lumpur?


A Untuk belajar
B Untuk bekerja
C Untuk mengisi masa lapang
D Untuk membuktikan mampu memiliki segulung ijazah

32

Sebelum meninggalkan rumah, Aini berjanji untuk__________.


A membaca buku untuk SPM
B memberikan segulung ijazah
C belajar bersungguh-sungguh
D menjaga maruah diri dan keluarga
7

33

Mengapakah Aini berasa yakin menghadapi SPM untuk kali kedua?


A Aini pernah mengambil peperiksaan tahun lepas.
B Keputusan SPM Aini tidak seperti yang diharapkan.
C Aini semakin yakin kerana mendapat sokongan ibunya.
D Aini berasa cukup selesa dengan persiapan yang dilakukan.

34

Perkataan rutin dalam petikan bermaksud


A kekuatan
B kesabaran
C kebiasaan
D kesungguhan

35

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A Aini bekerja di kedai buku
B Aini disambut oleh sepupunya
C Aini bekerja disebelah malam
D Aini tidak dapat menahan air mata kegembiraan

Soalan 36 hingga 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup
sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam.
Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki
tempat teratas dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketigatiganya mendapat 5A. Di dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa
Inggeris.
Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik. Guru kelas mereka
sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga muridnya yang juga menjadi anak
emas sekolah mereka itu. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka
tidak bermusuhan antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam
menghadapi apa-apa juga keadaan. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersamasama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba menyelesaikannya secara muafakat.
Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang
kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka
rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila
berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur
orang itu dengan ramah.

36

Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud


A berlawan
B bersaing
C beriringan
D berkejar-kejaran

37

Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?


A Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
B John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
C Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D Haikal, John dan Leong mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan
UPSR sekolah mereka.

38

Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama,kecuali.
A bermain
B belajar
C menolong ibu bapa
D menyelesaikan masalah

39

Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud
yang baik, kecuali
A anak emas
B ringan tulang
C ringan mulut
D masam muka

40

Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?


A Bakal Pelajar Terbaik UPSR
B Sikap Yang Harus Diteladani
C Ringan Mulut
D Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba

DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,

DISAHKAN OLEH,

..

( PUAN MALARKODEE )

( EN. A.VADIVELU)

( EN. MAGESVARAN A/L

KETUA PANITIA,

GPK KURIKULUM.

JAYAPALAN )

BAHASA MELAYU.