Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pak Lamat dan Mak Siti tinggal di sebuah rumah berhampiran dengan sebuah
danau. Air danau itu kebiru-biruan. Banyak pokok teratai, kiambang dan lembayung
tumbuh di dalam danau itu. Ikan dan katak juga banyak terdapat di situ.
Tiap-tiap petang Pak Lamat dan Mak Siti mengail ikan di danau itu. Mereka
menggunakan sebuah perahu kecil. Apabila mereka dapat banyak ikan, Pak Lamat
dan Mak Siti sangat suka hati.Kadang-kadang mereka tidak dapat menangkap
seekor ikan pun. Mereka berasa susah hati apabila ini berlaku.
Pada suatu petang seperti biasa, Pak Lamat dan Mak Siti pergi mengail di
danau itu. Mereka memilih satu tempat yang tenang airnya. Di situ banyak pokok
teratai, lembayung dan kiambang tumbuh dengan subur. Pokok-pokok itu sedang
berbunga.
Pak Lamat dan Mak Siti berfikir di situ tentu banyak ikan.Ketika mereka
mengail itu, Pak Lamat dan Mak Siti berasa hairan. Suasana sekeliling sungguh
sunyi. Biasanya mereka akan mendengar bunyi katak. Sudah lama mereka mengail
di situ tetapi seekor ikan pun belum dapat. Pak Lamat dan Mak Siti bimbang kalaukalau ada ular di situ.
Mereka menariknya lagi. Rantai itu masih juga belum habis. Perahu mereka
hampir penuh dengan rantai emas yang kuning berkilat. Tiba-tiba
terdengarlah bunyi katak dari dalam kolam itu.
Pak Lamat memberitahu Mak Siti bahawa katak-katak itu meminta mereka
mengerat rantai itu. Mak Siti menegah.Mak Siti mahu mereka menarik kesemua
rantai-rantai itu supaya mereka menjadi lebih kaya.
Katak-katak dalam danau itu semakin riuh berbunyi.
Akhirnya perahu mereka yang kecil itu tidak muat lagi dengan rantai emas.
Mereka masih menarik rantai itu ke dalam perahu.Tidak lama kemudian , perahu
mereka pun karam. Pak Lamat dan Mak Siti berenang ke tepi danau menyelamatkan
diri masing-masing.
Mereka naik ke darat dengan baju basah kuyup. Mereka tidak berkata apaapa. Mereka hanya berpandangan antara satu sama lain dengan penuh sesal.
Ya, rakan-rakan,
Tiada lagi yang perlu dikesalkan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya.
Satu pagi, Si Rusa Jantan sedang minum di sebuah danau di pinggir sebuah
hutan. Air danau itu sangat jernih.
Kawan-kawan,
Tanpa berfikir panjang , Si Rusa Jantan melompat lalu lari sekuat hatinya.
Setelah jauh berlari, ia berhenti rehat. Beberapa lama kemudian, bunyi salakan
anjing kedengaran semula. Si Rusa Jantan berlari lagi. Ia berlari dan terus berlari . Ia
ingin menyelamatkan dirinya dari anjing pemburu itu.
Ia berlari tanpa henti. Ia berlari turun bukit naik bukit, masuk padang keluar
padang, mengharungi paya dan masuk semula ke hutan rimba.Akan tetapi, salakan
anjing itu masih lagi kedengaran menuju ke arahnya.
Si Rusa Jantan cuba melepaskan tanduknya yang bercabang itu, tetapi tidak
berjaya. Ia terus mencuba namun masih juga tidak berjaya.
Anjing pemburu semakin dekat. Si Rusa Jantan tidak dapat lari lagi. Ia sudah putus
asa. Ia hanya menyerah kepada keadaan.
( Ucapan salam )
Saya, ___________________________________
Kerbau Hendak Menjadi Cantik , inilah tajuk cerita saya pada hari ini.
Di dalam sebuah hutan, terdapat sebuah padang rumput yang sangat luas. Di
situ, rumputnya sungguh segar. Di situ juga terdapat seekor harimau dan seekor
kerbau.
Sang Harimau bercita-cita untuk memakan Sang Kerbau tetapi ia takut akan
sepasang tanduk Sang Kerbau yang tajam itu. Sang Kerbau berfikir lalu berkata,
Emmm, bagaimanakah caranya aku hendak makan Sang Kerbau ini, tanpa
dicederakan oleh tanduknya.
Akhirnya, Sang Harimau telah mendapat satu idea. Keesokan harinya, Sang
Harimau berjumpa dengan Sang Kancil lalu menceritakan ideanya itu. Sang Kancil
bersetuju akan idea Sang Harimau. Sang Kancil telah pergi berjumpa dengan Sang
Kerbau. Sang Kancil memuji akan kecantikan Sang Kerbau. Tambah Sang Kancil
lagi, Sang Kerbau akan kelihatan lebih cantik jika tidak mempunyai sepasang
tanduk.
Lagu:
Sang Kerbau termenung dan berfikir. Akhirnya, Sang Kerbau telah bersetuju
dengan cadangan Sang Kancil. Tanpa berfikir panjang, Sang Kerbau pun meminta
Sang Kancil memotong tanduknya.
Setelah dipotong tanduknya, Sang Kerbau terus melihat rupanya di dalam air.
Sang Kerbau menjerit kegembiraan.
Kawan-kawan,
Selang beberapa hari, Sang Harimau telah datang ke padang rumput itu.
Sang Harimau memerhatikan pergerakan Sang Kerbau. Akhirnya, Sang Harimau
menerkam Sang Kerbau. Sang Kerbau cuba untuk melawan, tetapi tidak terdaya.
Sang Kerbau berasa sungguh menyesal kerana mengikut kata Sang Kancil.
Berakhirlah riwayat Sang Kerbau yang malang itu.
Ingatlah kawan-kawan, kita tidak boleh terlalu mempercayai kata-kata orang tanpa
berfikir terlebih dahulu. Mungkin ada udang di sebalik batu.
Cerita 1
SINGA YANG SOMBONG
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam
Sejahtera.
Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira
kita. Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk
menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku. Kata Tebuan dengan berani. Engkau nak
berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa.
Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam
yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar. Jawab Tebuan penuh semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu
berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya.
Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung
singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak
berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat
gigitan Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat
sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka
menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil
tidak semestinya lemah.
2.
Cerita 2
SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI
Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi
makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......, ketawa Sang
Harimau.
Cerita 3
Cerita 4
Cerita 6
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.
Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri
kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik
dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.
Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai
kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar
rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi
kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga
apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki
kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat
kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera
raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan
layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari
menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan
pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan
kejadian itu kepada Raja Laut.
Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang
kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan
hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampaiampai ke tepi laut.
Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang
kepada beta, titah baginda.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya
tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah
sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan
sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air.
Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri
Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Cerita 8
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.
Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja
Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu
yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah
mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut.
Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut
tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari
tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak
angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.
Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan.
Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun
berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak
digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan
itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!
Cerita 9
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan
kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan
satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam
hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh
baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,
timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya
rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan
tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari.
Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih
kuat daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi
mengadap Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah
kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa
yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau
tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.