Anda di halaman 1dari 1

Kesepaduan social di Malaysia dapat di wujudkan dan untuk merealisasikan hal

ini,saya berpendirian bahawa kita memerlukan imaginasi sosiologikal yang jelas


dan telus untuk memikir secara langsung dan tuntas (to think through)
mengenai sebarang persoalan sosial yang ingin kita fahami, mencari jalan
membina kefahaman tersebut dan akhirnya, kalau perlu, memberikan cadangan
yang boleh dipraktikkan ke arah membantu menyelesai sesuatu cabaran.Saya
merasakan Malaysia perlu membina suatu bentuk pengesan asap dan sistem
pemercik sosial atau sistem amaran awal, untuk memantau berterusan
keadaan di seluruh negara. Saya tahu ada beberapa badan kerajaan yang sudah
menjalankan kegiatan ini. Namun tidak menjadi masalah sekiranya Malaysia
boleh bina suatu system amaran awal yang lebih besar, sistematik, menyeluruh
dan mantap yang boleh memanfaatkan kita semua untuk jangka panjang.Institut
Kajian Etnik (KITA) di UKM contohnya telah mengambil inisiatif untuk membina
suatu sistem amaran awal untuk memantau hubungan etnik di Malaysia yang
dikenal sebagai MESRA (Monitoring Of Ethnic Relations System)

Anda mungkin juga menyukai