Anda di halaman 1dari 4

SOALAN-SOALAN LAZIM

BAHAGIAN 1 : BIASISWA TUNAS GELIGA


A. BIASISWA
B. PENEMPATAN SEKOLAH
BAHAGIAN 2 : SESI PENILAIAN
A. ELAUN PERJALANAN
B. SESI PENILAIAN
C. KEPUTUSAN BIASISWA TUNAS GELIGA

BAHAGIAN 1 : BIASISWA TUNAS GELIGA


A. BIASISWA
1. Berapakah kadar biasiswa yang diperolehi oleh penerima Biasiswa Tunas Geliga?
Murid yang layak akan mendapat biasiswa yang merangkumi perbelanjaan persekolahan. Maklumat
penajaan yang lebih lengkap akan dimaklumkan kepada Murid yang menerima Biasiswa Peneraju Tunas
Geliga.
2. Bila dan bagaimana biasiswa diberi kepada Murid?
Perbelanjaan persekolahan akan diberi setelah perjanjian lengkap diterima oleh Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu) dan akan disalurkan ke pihak sekolah/kementerian manakala, elaun
bulanan akan dimasukkan ke akaun bank Murid.
3. Jika murid tiada bank akaun, bolehkah elaun bulanan dimasukkan ke akaun ibubapa/penjaga?
Elaun bulanan hanya boleh dimasukkan ke akaun murid sahaja. Jika belum ada akaun bank, murid perlu buka
akaun di CIMB atau BSN.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan sokongan pembangunan insaniah (program pembangunan Murid)?
Biasiswa Peneraju Tunas Geliga bukan berbentuk kewangan sahaja. Murid di bawah tajaan Biasiswa
Peneraju Tunas Geliga akan mendapat program pembangunan murid. Program ini bertujuan untuk
mempertingkatkan sahsiah diri, kemahiran komunikasi dan lain-lain. Program ini diwajibkan kepada setiap
penerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga dan akan diadakan pada setiap cuti sekolah sepanjang tempoh
pengajian.
5. Bagaimana jika murid tidak dapat hadir ke program pembangunan Tunas Geliga?
Kehadiran ke program pembangunan Tunas Geliga adalah wajib. Ketidakhadiran mesti mendapatkan
kelulusan dari pihak PenerajuEdu dan hanya dibenarkan dengan alasan yang kukuh, disertai dengan
dokumen sokongan yang sah.
6. Di manakah program pembangunan dijalankan?
Program pembangunan dijalankan di lokasi yang akan ditetapkan kelak.
7. Bagaimana dengan kos perjalanan ke pusat kem?
Perjalanan murid ke pusat kem pembangunan (pergi dan balik) akan diuruskan dan dibiayai oleh pihak
penganjur mengikut ketetapan pihak PenerajuEdu.

8. Apakah sebab-sebab untuk murid digugurkan sebagai penerima biasiswa?


Murid boleh digugurkan sebagai penerima biasiswa jika:

Keputusan akademik tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan


Tidak menghadiri kem pembangunan tanpa kelulusan dari pihak PenerajuEdu
Melibatkan diri dalam perlakuan yang tidak baik
Tiada kerjasama dari pihak ibubapa/ penjaga

9. Jika murid keluar dari program Tunas Geliga, apakah kesannya?


Jika keluar dari program Tunas Geliga, murid perlu membayar balik jumlah biasiswa yang telah digunakan.
10. Adakah Murid di bawah tajaan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga dikehendaki berkhidmat dengan pihak
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera selepas tamat pengajian?
Tidak. Murid di bawah tajaan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga tidak diwajibkan untuk berkhidmat di
PenerajuEdu atau mana-mana organisasi lain, kecuali diberitahu terlebih dahulu.
B. PENEMPATAN SEKOLAH
1. Adakah Biasiswa Tunas Geliga hanya menaja Murid ke sekolah berasrama?
Ya.
2. Bolehkan saya memohon penukaran sekolah setelah menerima tawaran Biasiswa Tunas Geliga?
Tidak. Tawaran adalah muktamad.

BAHAGIAN 2 : SESI PENILAIAN


A. ELAUN PERJALANAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan elaun perjalanan?
Pihak PenerajuEdu menyediakan elaun perjalanan kepada murid yang disenarai pendek dan salah seorang
ibu/bapa/penjaga/guru untuk ke sesi penilaian Biasiswa Tunas Geliga. Murid boleh membuat tuntutan
elaun perjalanan semasa di sesi penilaian dan temuduga dengan mengisi borang tuntutan elaun perjalanan.
Murid mesti menunjukkan salinan tiket (bas atau keretapi sahaja) atau resit untuk tuntutan elaun
perjalanan. Bayaran perjalanan adalah bergantung kepada ketetapan PenerajuEdu.
Sekiranya murid tidak mempunyai sebarang resit, kadar elaun perjalanan akan diberikan berdasarkan
kepada ketetapan PenerajuEdu. Elaun perjalanan hanya merangkumi perjalanan darat dan air untuk murid
sahaja.
2. Berapakah kadar elaun perjalanan yang diberikan?
Kadar elaun berbeza mengikut lokasi.
3. Bilakah saya akan mendapat elaun perjalanan tersebut?
Murid perlu membuat tuntutun elaun perjalanan semasa sesi penilaian. Elaun perjalanan akan dimasukkan
ke dalam akaun bank murid/ibubapa/penjaga/pengiring dalam jangka masa 2 minggu selepas sesi penilaian
tersebut.
B. SESI PENILAIAN
1. Bolehkah saya datang lewat ke Sesi Penilaian?
Tidak.
2. Bolehkan saya membuat permohonan untuk menukar tarikh, sesi masa dan tempat penilaian?
Tidak.
3. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa Sesi Penilaian?
Senarai dokumen yang perlu dibawa boleh dimuat turun di laman web Penerajuedu, samaada di bahagian
halaman Biasiswa Peneraju Tunas Geliga atau halaman Permohonan DIbuka. Kegagalan murid untuk
mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki semasa Sesi Penilaian mungkin
mengakibatkan permohonan anda dibatalkan.
4. Adakah saya perlu membawa alat tulis?
Ya. Murid perlu membawa sekurang-kurangnya sebatang pen.
5. Adakah Ibu Bapa saya boleh hadir ke Sesi Penilaian?
Ibu bapa murid digalakkan berada bersama di tempat sesi penilaian kerana sesi taklimat akan diadakan
untuk ibu bapa dan murid.
6. Adakah makanan disediakan di sesi Sesi Penilaian?
Ya. Sarapan pagi disediakan sekitar jam 10:00-10:30 pagi untuk Murid dan seorang pengiring.
7. Ibu / Bapa / Ibu dan Bapa saya tidak mempunyai sijil kelahiran kerana telah hilang / rosak. Apakah yang
harus saya lakukan?
Sekiranya Ibu / Bapa / Ibu dan Bapa Murid tidak mempunyai sijil kelahiran kerana telah hilang / rosak, Ibu /
Bapa / Ibu dan Bapa anda boleh mendapatkan salinan baru atau membuat cabutan di Jabatan Pendaftaran
Negara yang terdekat.

8. Pakaian semasa Sesi Penilaian?


Murid dikehendaki untuk berpakaian formal dan sopan.
Lelaki - Seluar panjang dan baju berkolar.
Perempuan Baju kurung / Blouse dan seluar atau skirt panjang.
9. Saya tidak sempat untuk mendapatkan pengesahan bagi salinan dokumen yang perlu dibawa, adakah
pihak PenerajuEdu boleh mengesahkan salinan dokumen saya?
Ya. Pihak PenerajuEdu boleh mengesahkan salinan dokumen Murid dengan syarat Murid membawa dan
mengemukakan salinan asal dokumen tersebut.
10. Saya kurang faham mengenai 3 Bulan Penyata Akaun Bank yang Aktif?
Sila pergi ke cawangan bank yang terdekat untuk memohon penyata akaun bank (yang aktif - sedang
digunakan) atau sekiranya ibu bapa Murid mempunyai kad ATM, anda boleh mencetak penyata ringkas
melalui ATM. Atau Murid boleh membuat salinan buku akaun ibu bapa Murid (yang telah dikemaskini).
C. KEPUTUSAN BIASISWA TUNAS GELIGA
1. Bilakah keputusan calon yang layak mendapat Biasiswa Tunas Geliga akan diumumkan?
Murid yang layak mendapat Biasiswa Tunas Geliga akan dimaklumkan pada bulan Disember 2014.
Penempatan di MRSM akan dimaklumkan sebaik sahaja keputusan diterima dari MRSM.
2. Bagaimanakah calon yang layak mendapat Biasiswa Tunas Geliga akan dimaklumkan?
Senarai Murid yang layak akan dipaparkan di laman web PenerajuEdu. Murid yang layak akan dimaklumkan
melalui SMS. Selain itu, pihak YPPB akan menghantar surat tawaran Biasiswa Tunas Geliga kepada Murid
yang berjaya.
3. Bolehkah saya membuat rayuan?
Tidak. Keputusan pihak PenerajuEdu adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai