Anda di halaman 1dari 6

TEORI KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR BERPRESTASI TINGGI DAN PRESTASI

SEKOLAH

Umumnya, melalui pelbagai kajian mengenai kepimpinan yang telah dilakukan maka
terdapat pelbagai teori kepemimpinan yang dapat menjelaskan kepemimpinan seseorang
pemimpin terhadap organisasinya (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah
2010). Di dalam sistem pendidikan fokus kepemimpinan ini lazimnya diberi perhatian kepada
pengetua mahupun guru besar dalam menguruskan organisasi sekolah serta memantapkan
prestasi sekolah. Oleh yang demikian, penulis memfokuskan kepada dua teori yang dilihat sangat
memberikan impak dalam membawa kefahaman tentang kepimpinan pengetua atau guru besar
berprestasi tinggi dan prestasi sekolah.
Seterusnya, salah satu teori yang berkait rapat dengan topik berkenaan ialah teori tingkah
laku. Teori ini dipelopori oleh ahli-ahli behaviouris yang menyatakan bahawa tingkah laku boleh
dipelajari atau dilatih dalam mewujudkan kepemimpinan yang berjaya. Antara tokohnya ialah
Douglas Mc Gregor

pada tahun 1960 yang mempelopori Teori X dan Teori Y dalam

menjelaskan tingkah laku kepemimpinan yang berkesan. Seterusnya, Douglas McGregor (1960)
menjelaskan bahawa melalui kedua-dua teori ini pemimpin menentukan tingkah lakunya
berdasarkan anggapannya terhadap organisasinya.
Teori X menyatakan bahawa pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik iaitu
bertindak mengawal dan mengarah stafnya dalam proses kerja. Perkara ini dilihat, bahawa
seseorang guru besar dapat memastikan setiap pengurusan stafnya dapat berjalan lancar seperti
yang dirancangkan. Terutamanya dalam hala tuju mencapai matlamat dan objektif sekolah yang
sering menjadi penanda aras kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan
Malaysia terhadap kepemimpinan seseorang guru besar berprestasi tinggi. Perkara ini dapat
dilihat melalui penganugerahan Baiah kepada guru besar yang dapat mengekalkan
kecemerlangan prestasi sekolah terutamanya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Penganugerahan ini, dapat menunjukkan kepemimpinan guru besar berprestasi tinggi melalui
instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) melalui item kepimpinan dan hala tuju
guru besar. Selain itu juga, melalui kepimpinan guru besar yang autokratik ini juga guru-guru
akan bertindak dengan cekap dan tangkas dalam menguruskan bilik darjah serta para pelajarnya.

Hal yang demikian, para pelajar akan lebih fokus dan serius dalam mencapai sasaran prestasi
sekolah yang telah ditetapkan.
Teori Y pula menyatakan pemimpin akan bertingkah laku demokratik iaitu memberikan
kebebasan kepada stafnya dalam merealisasikan pelan strategik

sekolah

yang telah

dirancangkan berjalan dengan lancar. Perkara ini membolehkan guru besar melihat keupayaan
dan potensi stafnya dapat diperkembangkan ke tahap yang maksimum. Hal demikian, melalui
kepemimpinan ini secara tidak langsung akan mewujudkan persekitaran sekolah yang positif
dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah itu. Guru besar yang bertingkah
laku demokratik ini juga dapat meningkatkan motivasi guru-guru serta para pelajar kerana
mereka dapat mencapai keperluan aras yang lebih tinggi. Perkara ini dapat diperkuatkan lagi
dengan kenyataan Gibson, Ivancevich dan Donnelly (2010), motivasi berkait rapat dengan
tingkah laku dan pencapaian ke arah matlamat yang ingin dicapai.
Teori yang seterusnya ialah Teori Kepemimpinan Fleksibel yang dipelopori oleh pakar
pengurusan dan kepemimpinan iaitu Gary Yulk (2008). Gary Yulk (2008) menyatakan bahawa
teori ini dibina berdasarkan kepemimpinan strategik agar dapat memenuhi gaya kepemimpinan
yang lebih efektif. Teori ini mempunyai empat set pemboleh ubah iaitu keberkesanan organisasi,
faktor pencapaian, pemboleh ubah situasi serta proses membuat keputusan pemimpin. Dalam
memperkenalkan teori ini Gary Yulk (2008) telah membahagikan lima bahagian kecil
berdasarkan 18 pernyataan yang merangkumi keempat-empat pemboleh ubah tersebut.
Antaranya ialah kecekapan, penyesuaian inovasi, sumber manusia, pengaruh bagi pemimpinpemimpin pada penentu prestasi dan tukaran-tukaran dan sinergi.
Melalui bahagian-bahagian tersebut jelas dapat dilihat bahawa kepemimpinan guru besar
berprestasi tinggi haruslah dapat mengadaptasi dan menyesuaikan kepimpinannya terhadap
pelbagai perubahan situasi semasa. Perkara ini, jelas dapat dilihat melalui perkembangan dan
perubahan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini. Menurut Dr.
Muhammad Sham bin Shahkat Ali (2006) penyerapan ICT dalam sektor pendidikan menjadi titik
tolak perubahan sistem pendidikan Malaysia yang menuntut keperluannya dalam persekitaran
pekerjaan kini. Oleh sebab itu, guru besar perlu cekap mengendalikan ICT terutamanya dalam
melicinkan dan menstabilkan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, kecekapan ini dapat

menunjukkan kepimpinan guru besar itu sangat signifikan dengan kestabilan sekolah (Baharom
Mohamad et. al. 2009).
Selain itu juga, kepemimpinan guru besar yang berprestasi tinggi tidak akan menutup
sebelah mata terhadap masalah yang timbul dalam organisasinya. Sehubungan dengan itu, guru
besar haruslah sentiasa berinovatif dan kreatif dalam mencipta strategi penyelesaian terhadap
setiap permasalahan yang timbul. Kejayaan guru besar dalam permasalahannya apabila beliau
dapat mengendali kekangan luar dan berjaya bertindak balas dalam jangka masa yang sepatutnya
(Baharom Mohamad et. al. 2009). Hal yang demikian, setiap penyelesaian kepada permasalahan
haruslah seiring dengan perubahan persekitaran.
Apabila seseorang guru besar itu mahir dalam penggunaan ICT dan berinovatif dalam
menyelesaikan masalah, dapat menghasilkan prestasi sekolah yang menepati sasaran yang telah
dirancangkan. Dengan ini, dapat menujukkan guru besar tersebut mempunyai kepemimpinan
yang fleksibel serta sentiasa bersedia dalam menjalani pelbagai perubahan dalam sistem
pendidikan masa kini.
Konklusinya, dengan penerangan terhadap teori-teori ini jelas dapat membuktikan
bahawa kepemimpinan guru besar berprestasi tinggi memerlukan variasi penerapan teori-teori
dalam struktur organisasinya untuk mencapai prestasi sekolah yang membanggakan.

CABARAN DAN PENYELESAIAN


Apabila terdapat staf-staf yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dalam bidang
teknologi

maklumat

dan

komunikasi

(ICT)

daripada

guru

besar

mengakibatkan

kepemimpinannya tidak diendahkan. Perkara ini penting kerana ia dapat menunjukkan


peningkatan profesionalisme seseorang pemimpin itu dalam mengharungi sistem pendidikan alaf
baru kini. Menurut Rossafri dan Balakrisnan (2007) menyatakan bahawa pengetahuan dan
kemahiran pemimpin dalam bidang ICT berada dalam tahap yang rendah. Oleh sebab itu, dalam
memastikan kepemimpinan guru besar berkekalan dan mantap perlulah mempersiapkan diri
dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran ICT yang menjangkaui staf-stafnya. Perkara ini,
membolehkan kepercayaan dan kecekapannya dalam kepimpinan dipandang serius oleh stafnya.
Selain itu juga, guru besar yang dilantik kebanyakannya sudah berusia ini membataskan
mereka dalam menyumbang idea-idea baru serta kesediaan mengubahsuai corak dan gaya
kepemimpinan adalah terhad. Perkara ini akan menyebabkan struktur organisasinya menjadi
kucar kacir dan sekolah menjadi tidak stabil. Pemimpin yang efektif pemangkin kejayaan
sesebuah sekolah (Horng dan Loeb, 2010; Glaz 2006). Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini
Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya membuat analisis yang kritikal sebelum melantik
seseorang guru sebagai guru besar sekolah. Hal ini kerana, guru besar yang proaktif
membolehkannya mentadbir serta dapat memimpin warga sekolah menuju hala tuju yang telah
dirancangkan.
Bity Salwana,Ahmad Basri, Ramleem dan Mohamad Sani, (2007) menyatakan bahawa
ketidakstabilan prestasi seseorang guru apabila guru tersebut hilang keyakinan diri dan fokus
yang mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Di tambah pula, dengan
bebanan tugas pengkeranian menyebabkan guru mengalami tekanan perasaan dan burnout.
Perkara ini, secara tidak langsung memberikan cabaran kepada kepemimpinan guru besar kerana
komunikasi antara guru besar dan stafnya akan menjadi pincang dan mengakibatkan prestasi
sekolah yang disasarkan tidak dapat dicapai. Penyelesaian terhadap cabaran ini ialah guru besar
khasnya perlu mengagihkan tugas yang sama rata kepada setiap guru supaya guru dapat fokus
terhadap penghasilan inovasi dan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
ini, secara tidak langsung membolehkan guru mencungkil potensi murid yang dapat
diketengahkan dalam kalangan masyarakat zaman globalisasi ini.

ISU-ISU
Guru besar mengejar pengiktirafan anugerah sekolah berprestasi tinggi. Perkara ini
menjadikan guru terbeban dalam mencapai perkara ini. Hal ini kerana guru-guru perlu
melakukan tugas-tugas di luar normanya dalam menuju pengiktirafan tersebut. Misalnya guru
perlu terlibat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan kurikulum di sekolah. Hal ini dapat,
diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian oleh Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan
Mohamad Yazi Kerya (2006) bahawa guru banyak guru menggunakan 5.86 jam sehari untuk
menyelesaikan tugas-tugas luar normannya. Perkara ini sudah cukup memberikan bukti yang
konkrit bahawa bebanan tugas buru akan menjadi sangat serius jika pemimpin menetapkan
matlamat tanpa mengambil kira perkara tersebut.

RUJUKAN
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah. 2010. Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Penerbit Oxford Fajar
McGregor, D. 1960. The Human Side of Enterprise. New York: McGraw-Hill.
Gibson, J.L., Ivancevich, J.M., & Donnelly, J.H. 2010. Organization behavior-structure-process.
Boston: Erwin Homewood.
Yulk, G. 2006. Leardership in Organization, Ed. ke-6. Upper Saddler,
New Jersey: Prentice Hall.
Dr. Muhamad Sham bin Shahkat Ali. 2006. ICT : Peranan dan Potensi dalam Pembangunan
Pelajar. Kertas kerja Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan Pelajar
2006 (NASDEC 2006). Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, 8-9
Ogos.
Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Mohd Yusop Ab Hadi, Jamaluddin Hashim & Mimi
Mohayfiza Mohamad. 2009. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Teori
Kepimpinan Fleksible Sebagai Altenatif kepada Pencapaian Cemerlang Sekolah Pada
Dekad 2020: Satu Model Konsep. Anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 7
Mei
Rossafri Mohamad dan Balakrishnan Munindy. (2007). Menterjemahkan Kepimpinan Teknologi
Bagi Melahirkan Kepimpinan Instruksional yang cemerlang. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan, 17(2), 91- 103.
Glaz, J. 2006. Instructional Leadership. Thousand Oa, California: Corwin Press.
Hong, E., & Loeb, S. 2010. New Thinking About Instructional leadership. Phi Delta Kappan
92(3): 66-69.
Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle & Mohamad Yazi Kerya. 2006. Beban Tugas Guru
Sekolah Rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah.
Seremban. 12-1 4 Februari.
Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee dan Mohammed Sani. 2009. Kompetensi Pengetua Sekolah
Menengah Malaysia Dalam Bidang Pengurusan Kurikulum. Tesis Sarjana, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai