1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka,
1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.
Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika
yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas
dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika
dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Tanggungjawab guru
1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan
agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku
murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya
intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta
dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid
tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat
atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan
diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model'
kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat
dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:Niat yang betul
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab
haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan
mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang
baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga
di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru
merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi
oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan
maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik
supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan
guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah
sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam
hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran
dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru
hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.
Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi
mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang
lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab
sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan
ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran
yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang
diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan
pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga
hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang
sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan
semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan
berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru
yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan
seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya.
Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru
itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya
tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di citacitakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
Posted by mohd nazriat 12:42 AM
Akauntabiliti
Guru
terhadap
Komuniti
Tidak
menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopansantun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti
sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam
kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahliahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik
rakan sejawat
Pendahuluan.
Dalam perkembangan dunia yang pesat membangun pada ketika ini, pelbagai informasi terkini
sangat mudah diperolehi, salah satunya ialah berita yang pelbagai. Ianya disalurkan melalui
pelbagai medium elektronik seperti melalui internet, televisyen, radio, bahan bercetak seperti
akhbar,
risalah
dan
sebagainya.
Tidak dinafikan berita-berita yang telah tersebar melalui media adalah datang dari pelbagai
sumber dan sudut pendapat yang berbeza, namun begitu, pengaruhnya terhadap masyarakat
dilihat sangat membimbangkan, khususnya dalam pendokumentasian isu yang melibatkan guru.
Hal ini akan membawa seribu satu persoalan, persepsi dan pandangan dari pelbagai sudut, baik
positif dan juga negatif, terutamanya terhadap profesion perguruan khususnya dan kepada guru
amnya.
Guru dan Profesion Perguruan.
Guru.
Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang mengajarkan sesuatu ilmu
kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan tingkat tahap pendidikan itu sendiri. Ragbir
Kaur (2007), mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang mendidik murid dalam pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah, manakala Mok
Soon Sang (2007) menarifkan guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan
menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan.
Profesion Perguruan.
Merujuk kepada Kamus Dewan (1989), perkataan Perguruan yang diertikan dalam konteks
pendidikan ialah pengajaran, contohnya perguruan kepada guru, murid dan sebagainya,
manakala perkataan keguruan pula diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru,
seperti peranan, tugas, kelayakan, sifat dan lain-lain perkara sebagai guru, misalnya masyarakat
memandang tinggi kepada nilai keguruan yang ada pada seorang guru, yang menjelaskan tentang
ciri-ciri serta sahsiah yang dimiliki oleh guru pada perkataan keguruan yang dinyatakan.
Profesion memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam aspek pekerjaan. Ianya membawa
dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain dalam
konteks standard dan impak terhadap individu yang terlibat dalam pekerjaan tersebut.
Dalam menghuraikan sama ada sesuatu pekerjaan itu boleh diklasifikasikan sebagai profesion
atau tidak, tokoh pendidikan Amerika Syarikat, Lieberman telah menggariskan beberapa ciri-ciri
tertentu,
seperti
yang
berikut:
-Pekerjaan
itu
merupakan
perkhidmatan
yang
unik
dan
penting.
-Banyak
menggunakan
keupayaan
intelek.
-Pakar dalam bidangnya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.
-Mendapat
latihan
khusus.
-Mementingkan
mutu
perkhidmatan
serta
dedikasi
terhadap
kerja.
-Merupakan
ahli
kepada
autonomi
yang
menentukan
-Mematuhi
kod
etika
yang
ditentukan
oleh
-Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang telah diambil.
nilaitaranya.
organisasi.
Dalam menjelaskan makna sebenar konsep profesion perguruan, ada baiknya ia dinilai daripada
dua sudut pandangan yang berbeza agar ianya dapat didefinisikan dengan lebih efektif dan
mudah untuk difahami. Awang Had Salleh (1980) memperihalkan bahawa perguruan adalah lebih
mirip kepada pekerjaan berbanding profesion.
Mok Soon Sang (1996) telah meringkaskan konsep profesionalisme dalam kalangan guru sebagai
suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Kedua-dua pendapat ini telah menggambarkan secara ringkas konsep profesion perguruan dan
menjelaskan bagaimana perguruan itu sendiri dianggap sebagai suatu profesion yang
mempunyai standard yang tersendiri.
Etika Keguruan.
Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah sebagai satu cabang ilmu
pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan kewajiban dan
tanggungjawab moral.
Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan yang telah digariskan terhadap
setiap perlakuan untuk memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat diperolehi seperti yang
telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri
seorang guru, adalah menjadi satu tenggungjawab bagi seorang guru untuk mempraktikkan etika
keguruan dalam diri masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai hasrat untuk menjadi guru
yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
Isu Etika Keguruan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan pelbagai isu negatif yang
telah menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan guru pada masa kini.
Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih
membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika keguruan yang tidak
menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf pada statistik kajian ke
atas perkara ini memaparkan lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya isu etika
keguruan yang sedang berlaku.
Sepanjang tempoh bermula dari bulan Januari hingga Mei dalam tahun 2007, lebih 200 aduan
telah diterima oleh pihak Kementerian Pelajaran berkenaan kes salah laku yang melibatkan guru.
Terdapat beberapa jenis kesalahan utama yang telah dikenalpasti dalam aduan-aduan yang telah
dibuat, seperti rasuah, tidak hadir bertugas, gangguan seksual, pecah amanah, penyalahgunaan
dadah dan sebagainya. Berikut merupakan analisis jumlah peratus kesalahan yang telah
dilaporkan.
Rajah 1 : Peratus bilangan kesalahan pelbagai guru yang dilaporkan dalam bulan Januari hingga Mei 2007.
200 aduan yang diterima dalam tempoh 5 bulan bukanlah jumlah yang sedikit, kerana mungkin
masih terdapat lebih banyak lagi kes yang melibatkan isu etika keguruan yang negatif tidak
diadukan kepada pihak yang berkenaan seperti pihak Kementerian Pelajaran dan juga Polis Diraja
Malaysia. Besar kemungkinan peratus angka yang dicatatkan dalam Rajah 1 akan meningkat
sekiranya tidak ada usaha untuk cuba mengatasi dan mengurangkan kadar berlakunya kes salah
laku yang membabitkan etika keguruan yang tidak baik.
Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk akhbar bercetak dan juga akhbar yang
diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang dengan topik kebejatan
etika keguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan yang terdapat di dalam Rajah 1.
Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika keguruan yang terdapat di media
massa dari tahun 2008 sehingga ke hari ini :
Gambar 1 : Perbezaan antara dua zaman berkenaan tindakan guru dan ibu bapa murid
Contoh-contoh berita yang telah disiarkan dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri berada
di sekolah adalah merpuakan bukti yang kukuh, bahawa isu etika keguruan yang semakin
membarah dan berpotensi tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang pelbagai
kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap akauntabiliti dan integriti keguruan, ekoran daripada
tindakan guru yang menyalahi etika keguruan.
Komik yang dipaparkan dalam Gambar 1 menunjukkan dua situasi dan latar belakang masa yang
berbeza, namun mempunyai tema yang sama, iaitu tindakan guru terhadap murid serta respon
dari ibu bapa murid terhadap tindakan guru. Apa pun tindakan yang dilakukan oleh seorang guru,
ianya tidak boleh dipisahkan dengan akauntabiliti keguruan.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, akauntabiliti bermaksudsifat bertanggungjawab terhadap
seseorang atau sesuatu keputusan atau tindakan manakala Kamus Dewan Edisi Keempat
menerangkan maksud integriti, iaitu kejujuran, ketelusan dan menjaga sesuatu daripada perkara
yang melibatkan penyelewengan.
Dalam konteks akauntabiliti keguruan dan integriti guru pula, ianya merujuk kepada
tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap profesion perguruan dalam beberapa
komponen utama, iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan
negara serta profesion perguruan, serta pembudayaan nilai integriti keguruan dalam kalangan
guru.
Walaupun begitu, isu-isu yang melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku pada hari
ini telah menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang membabitkan etika keguruan telah
melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru yang tidak terlibat dengan sebarang kes salah
laku tersebut atas persepsi umum yang dibuat oleh masyarakat.
Apabila persepsi negatif ditujukan kepada akauntabiliti keguruan, maka segala tindakan yang
dilakukan oleh guru akan mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada ibu bapa dan
masyarakat amnya.
Sebagai contoh, apabila seorang guru yang sangat mematuhi kod etika profesion perguruan dan
melaksanakan akautabilitnya sebagai guru memberikan teguran dan nasihat dengan tegas kepada
muridnya supaya menyiapkan latihan secara lisan. Apabila hal itu sampai kepada pengetahuan
penjaga murid berkenaan, maka guru tersebut telah didakwa atas kesalahan melakukan
kekasaran terhadap anaknya, atas persepsinya yang tidak begitu baik terhadap akautabiliti
keguruan yang ada pada guru secara amnya.
Di samping itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu seperti hadir
lewat ke sekolah. Ianya bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan rasa
hormat terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan
melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan. Pelan Integriti Nasional telah menggariskan 5
objektif khusus, salah satu darinya ialah menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan
anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip
integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
Selain itu, kualiti pembelajaran murid juga akan turut terkesan akibat daripada etika guru yang
telah menjejaskan akauntabiliti keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi mangsa
kepada guru yang tidak mengamalkan kod etika keguruan serta menjalankan akauntabilitinya
sebagai guru akan merasa mereka seolah-olah guru berkenaan garang dan susah untuk didekati.
Maka, sekiranya murid berkenaan mengalami masalah, murid tersebut tidak berani untuk
berjumpa dengan guru itu kerana takut kepada guru tersebut.
Harus diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama kepada
jatuhnya akauntibiliti profesion perguruan dalam kaca mata masyarakat pada hari
ini, lebih-lebih lagi dengan tersiarnya berita-berita negatif berkenaan isu
keguruan di segenap sumber media massa.
Gambar 2 : Kes salah laku guru berada di tempat tertinggi dalamGoogle Search Engine.
Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis buku Media is the Message menjelaskan bahawa media
lebih berkesan dalam menentukan isi kandungan maklumat, kerana media itu sendiri yang
berperanan dalam menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat disebarkan, sejauh
itulah luasnya masyarakat akan menerimanya dan bagaimana impaknya pada masyarakat itu,
ditentukan oleh media itu sendiri.
Maka dalam konteks ini, masyarakat yang menerima maklumat secara cepat dan meluas secara
tidak langsung akan dipengaruhi oleh kandungan media itu sendiri. Melihat kepada jumlah kes
jenayah dan salah laku berkenaan isu etika keguruan yang disiarkan di media massa, sedikit
sebanyak ianya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan, daripada
persepsi yang baik, kepada yang sebaliknya.
Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan etika
keguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang serius
oleh pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian dan organisasi di
sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha untuk mengangkat dan meningkatkan semula
martabat profesion perguruan yang kian terjejas dari hari ke hari.
Penting.
Perlu difahami dengan jelas bahawa, kerjaya guru bukanlah suatu kerjaya yang sembarangan. Ia
merupakan ibadah yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan sebahagian daripada modal yang
paling kukuh untuk menjadi syarat melangkahkan kaki ke dalam syurga yang dijanjikan kepada
hamba
Allah
yang
benar-benar
layak
atas
amalan
yang
telah
dilakukan.
Pendidik, kontribusinya kepada umat tidak dapat dikira dengan angka, tidak dapat diukur dengan
nilaian manusia, sekalipun adanya anugerah-anugerah khusus yang diberikan. Dari hidup
sehingga matinya pun, pahala kepada amal kebaikannya terus dikira, apabila ilmu yang telah
dicurahkan kepada murid-murid dan segala kebaikannya kepada masyarakat dan umat terus
dimanfaatkan.
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara,
sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa
kepadanya.''
(HR Muslim).
Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas,
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika
meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi
orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat
penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah".
(HR Ibn Majah).
Oleh yang demikian, seharusnya, seorang guru itu, memiliki sifat yang sebenar-benarnya selayak
seperti seorang pendidik, mempunyai nilai dan sahsiah yang tinggi.
1.0 Pengenalan
Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar
dan belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap
sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengahdan seterusnya ke peringkat yang lebih
tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan.
Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau
Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi
peringkat usia 13hingga 19 tahun.
Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi
untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan
ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial
pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti
ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di
sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi
dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan
sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah
laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).
Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri
seseorang pelajar itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan
aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. Menurut
Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk
melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Oleh
itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi
sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka
membangunkan masyarakat
Mungkin setiap guru yang tidak hadir ke sekolah ada alasan yang tersendiri. Sakit? Ada
masalah keluarga? Berjauhan dari keluarga? Masalah kewangan? Stress? 1001
alasan.. tetapi kadangkala suara dan kebajikan guru kurang diberi perhatian oleh pihak
pengurusan. Inilah kesannya.. Apabila sudah ada laporan rasmi, maka tindakan yang
sewajarnya perlu diambil.
MARILAH SAMA-SAMA KITA MENJAGA PROFESION KEGURUAN INI...
"Guru Cemerlang, Negara Terbilang"...
2.2.1.2
2.2.1.3
Gangguan emosi.
Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau
boleh memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang
tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh
menyebabkan seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan
masyarakat (Pendidik, April2010). Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak
mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap
keputusan markah murid-murid dalam peperiksaan. Apabila telah berulang kali
keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran yang diharapkan, guru akan
merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerjaguru yang lain.
Penambahan masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk ponteng kelas,dan ponteng
kerja.
2.2.1.4
2.2.2.2
2.2.2.3
2.2.2.4
2.2.2.5
2.2.2.6
Penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah
ponteng dalam kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan
hilang kawalan diri dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah
hanyut dalam dunia mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan.
Spiritual mereka amat lemah,manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah
tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka
akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain, contohnya kewangan,
ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undang-undang dan sebagainya.
dan punca masalah ini berlaku. Di samping pihak pentadbir juga boleh mendekatkan
diri lagi kepada guru yang bermasalah ponteng kerja ini supaya hubungan lebih akrab
dan harmonis di mana persetujuan dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh keduadua pihak. Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap
berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran
bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan
bahawa pihak pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam
sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat
tersebut. Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru
Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalahtersebut kepada lembaga tatatertib
selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.
Selain itu, fenomena ponteng dalam kalangan guru juga boleh diatasi dengan cara
aplikasi teori kepimpinan transformasi. Pemimpin transformasi adalah seorang yang
suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi yang
dibentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai
tanggungjawab untuk menjelaskan visi dan misi sehingga difahami, diterima dan
dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang pemimpin transformasi juga adalah seorang
yang mempunyai kasih sayang dan dapat memahami subordinatnya. Beliau mesti
sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka yang sentiasa berubah. Oleh
itu, pentadbir bijak mengendalikan keperluan persekitarannya iaitu budaya sekolah agar
semua mereka yang terlibat di bawah organisasinya berasa puas dan selamat serta
mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Pemimpin
transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima pandangan orang lain jika
pandangan tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli dalam
organisasi. Dengan cara ini, masalah ini yang berfaktor dalaman guru seperti kurang
motivasi dan gangguan emosi boleh diatasi dengan jayanya.
Setiap individu mempunyai keperluan, kehendak, harapan dan impian masingmasing. Walaubagaimanapun, seringkali pilihan yang dibuat adalah berdasarkan
kepada pengalaman, konflik dan situasi yang dialami. Oleh sebab itu, segelintir guru
yang mempunyai masalah, mereka mengambil jalan mudah untuk melarikan diri
mereka dari masalah. Sebagai pentadbir, bersesuaian dengan teori kepimpinan
behavioristik, pentadbir perlulah wujudkan persekitaran di sekolah yang lebih mesra,
harmoni, toleransi, menyayangi antara satu sama lain (sebagai rakan sejawat). Dengan
cara ini mereka yang bermasalah akan selesa hadir ke sekolah kerana di sekolah
masih ada lagi rakan yang menghargai mereka seterusnya mereka boleh menceritakan
dan meluahkan masalah yang masih menjadi igauan dalam diri dan tidak akan
menjadikan
alasan
bahawa
ponteng
kerja
merupakan
jalan
3.0 Rumusan
Dapatlah dirumuskan bahawa, isu ponteng bukan sahaja melanggar etika profesion
perguruan, malah kesannya boleh mempengaruhi semua pihak sama ada murid,
sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Tindakan yang tegas dan pantas daripada
pihak pentadbir akan dapat menyelesaikan masalah ini. Namun sering kali pihak
pentadbir terlewat mengambil tindakan yang menyebabkan masalah ponteng ini
berlarutan. Oleh yang demikian perlu ada pemantauan yang berterusan daripada
pentadbir dan pihak jabatan untuk memastikan masalah ponteng di kalangan guru
dapat dibendung
4.0 Refleksi
Setelah selesai tugasan dilakukan, saya merasakan bahawa tugasan ini mampu
menjadi satu penyelesaian masalah kepada sebarang perkara yang timbul dalam isu
guru. Apabila berlakunya sesuatu masalah, maka sebagai guru kita haruslah
mempunyai satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini termasuklah isu yang
dipilih iaitu isu guru ponteng. Apa yang penting ialah bagaimana pentadbir mampu
untuk menyelesaikan masalah ponteng dalam kalangan guru. Selain itu, dalam hal
kehidupan seharian kita sebagai seorang guru juga, ianya mampu menjadi satu
panduan dan petunjuk supaya setiap masalah itu pastu ada cara untuk
menyelesaikannya.
Sepanjang menyelesaikan tugasan ini juga, ianya memberi cabaran kerana terlalu
banyak tekanan kerja yang dialami. Namun begitu, ianya adalah sebagai salah satu
permulaan dalam kehidupan yang mana lebih mencabar untuk masa akan datang.
Setiap kerja yang dilakukan pasti ada cabaran yang datang. Begitu juga halnya dengan
diri sebagai seorang guru iaitu cabaran dari segi fizikal dan mental pasti menjelma.
Tetapi, di sebalik rintangan dan cabaran yang direntasi pasti ada kejayaannya.
Kejaayaan tidak akan datang bergolek dan tidak akan datang mengikut perancangan.
Selain itu, pelbagai kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Ini termasuklah kemahiran dari segi pengurusan dan etika untuk menjadi
seorang guru kelak. Walaupun kemahiran ini belum diaplikasikan dalam kehidupan
sebagai guru, namun pengetahuan yang diperoleh ini akan digunakan apabila mula
bergelar guru kelak. Ini sekaligus akan menjadikan saya sebagai seorang guru yang
mempunyai akauntabiliti yang tinggi dan mampu bertindak profesionalisme. Apa yang
penting ialah, bagaimana sesuatu pengetahuan itu diselarikan dengan kemahiran
supaya dapat menjadi seorang guru yang beretika tinggi.
Tugasan ini dapat dikaitkan dengan rancangan masa hadapan saya dengan cara
bagaimana sekiranya masalah seperti isu ini atau isu-isu lain melanda dan dialami oleh
saya apabila bergelar guru kelak. Oleh itu, saya perlu mengekalkan kredibiliti saya
sebagai seorang guru supaya saya dapat menjadi seorang guru yang tidak mempunyai
sebarang masalah disiplin apatah lagi melanggar etika profesion keguruan ini. Saya
seharusnya mempersiapkan diri dengan segala cabaran yang akan datang supaya
mampu menjadi guru yang bagus.
SAHSIAH GURU
PENGENALAN
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang
penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu
dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan
Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk pelajar menjadi insan yang mempunyai
nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral.
Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar.
Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan
bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam.
Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan
kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan
oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan
integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa
tugas mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang
mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang,
membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak
berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah.
ISU SEMASA MENGENAI SAHSIAH GURU
Profesion perguruan amat mulia dipandang. Mereka bertanggungjawab memimpin dan mendidik
masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru telah menyumbang khidmat bakti dalam
pembanggunan bangsa dan Negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar.
Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik
untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan,
"Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka
seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir
masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."
Namun, dewasa ini kita kerapkali dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah guru.
Antaranya ialah isu guru ponteng sekolah, guru rogol pelajar, guru dera pelajar malah baru-baru
ini Malaysia digemparkan dengan berita kematian murid tahun satu meninggal dunia akibat
didera oleh warden asrama yang juga seorang guru atas kesalahan mencuri wang. Ia merupakan
satu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan garis
panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk
mendidik pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep
Jeri iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang ingin diterapkan
kepada pelajar.
Zaman guru bengis dan tidak mesra pelajar sudah berlalu. Guru wajar dihormati bukan ditakuti.
Pelajar akan berasa dihargai jika guru sering berdamping dan menasihati pelajar nakal.
Umpamanya, menyedarkan pelajar bahawa mereka menjadi harapan ibu bapa untuk mengubah
nasib sendiri dan keluarga. Mereka belajar pelbagai ilmu dan kemahiran serta nilai di sekolah
agar menjadi ahli masyarakat mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Memang tidak dinafikan salah laku dan disiplin pelajar merunsingkan semua pihak. Apatah lagi
kini pelajar terdedah kepada persekitaran dan media yang memerlukan guru cakna dan waras
dalam tindakan. Guru harus banyak bersabar dan tabah menghadapi kerenah pelajar dewasa ini.
Rasionalnya mereka budak yang nakal, berbuat salah dan silap tetapi manusia yang bernama guru
menerima tanggungjawab mendidik, mengajar, mengasuh dan membentuk manusia yang bakal
menjadi warganegara berprinsipkan Rukun Negara.
Guru harus menerima risiko diancam pelajar, kenderaan dicalar atau dibocorkan tayar atau
paling menyusahkan guru apabila kes mahkamah membabitkan guru. Malah, tindakan tatatertib
juga adalah prosedur dan etika dalam perkhidmatan awam menanti guru yang melepas geram
ketika bertugas.
Biar apapun bebanan tugas dan disiplin pelajar yang dihadapi, guru mesti berpegang pada nilai
murni. Usaha mendidik dan membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan.
Sekali gus guru disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan. Jangan nila setitik rosak susu
sebelanga.
Selain daripada berhadapan dengan isu-isu merogol dan mendera pelajar, dewasa ini, bidang
keguruan juga banyak berhadapan dengan symptom-simptom guru yang malas seperti guru kerap
ponteng sekolah, guru tidak membuat buku rekod mengajar dan guru lewat masuk ke kelas.
Walaupun isu-isu tersebut nampak remeh tetapi jika dibiarkan tanpa pengawasan daripada
Pembangunan sahsiah dari perspektif Islam bererti membina akhlak, peribadi dan tingkah laku
dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempuyai nilai murni dan
berdaya maju. Pembangunan sahsiah dari perspektif Barat, berdasarkan para pemikir seperti
Mark (1818-1883), Weber (1864-1920) dan Maslow (1908-1970) ialah keperluan fizikal dan
keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas
sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan
perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi.2002).
Is
u berkaitan sahsiah guru memberi kesan kepada dua aspek iaitu aspek diri dan aspek sekolah.
Dalam aspek diri guru itu sendiri, yang menyebabkan bertindak secara rasional ataupun
sebaliknya. Antara yang ciri-ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya,
tingkah laku yang biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya.
Apabila guru tersebut tidak menyiapkan Buku Rekod Mengajar, kesan pada dirinya ialah guru
tersebut akan memberi pelbagai alasan supaya terlepas daripada menyiapkan tugasan tersebut.
Selain daripada itu, dia juga akan terbiasa tidak menghantar Buku Rekod Mengajar untuk
ditandatangani oleh Pengetua , Guru Besar atau wakilnya.
Tindakan Guru Besar pada guru tersebut adalah dengan memberi amaran secara lisan.Tindakan
Pengetua atau Guru Besar seterusnya, jika didapati guru tersebut tetap tidak membuat Buku
Rekod Mengajar ialah dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada guru berkaitan. Tidak
membuat atau menyiapkan Buku Rekod Mengajar adalah satu kesalahan mengikut P.U.(A) 531
Seksyen 8(1) yang dikenakan penalti RM 500.00. Oleh yang demikian, hukuman ini adalah amat
merugikan diri guru tersebut.
Aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah
seperti kehadirannya di sekolah , mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan
serta mematuhi segala peraturan dan etika yang digariskan. Guru yang tidak membuat Buku
Rekod Mengajar bukan sahaja telah melanggar etika Profesion Perguruan, tetapi juga tidak
dapat mengajar dan mendidik muridnya mengikut masa dan jadual yang ditentukan. Ini akan
memberi kesan yang buruk kepada murid-murid yang memerlukan khidmat bakti guru terbabit.
Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat berjalan dengan baik, murid-murid pula
akan mendapat akibat daripada perbuatan guru tersebut.
Selain daripada kesan yang akan diterima oleh anak-anak didik mereka, prestasi sekolah juga
akan turut terjejas. Peratus kelulusan mengikut subjek yang diajar oleh guru berkaitan akan
menunjukkan kemerosotan berikutan masalah yang dihadapi dan prestasi sekolah akan menurun.
Ini akan merugikan murid-murid, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan guru itu sendiri.
Murid-murid dan rakan-rakan sejawat dalam Profesion Perguruan juga akan mula menjauhkan
diri , jika masalah tersebut semakin teruk guru berkaitan akan semakin tertekan dan tidak
dinafikan dia akan melakukan perkara-perkara yang lebih buruk lagi. Hal ini akan menyebabkan
keadaan tidak akan terkawal, kecuali dengan memberi perkhidmatan kaunseling kepada guru
terbabit.
Sudah jelas dinyatakan di atas, dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai integriti amat penting di
tanam dalam jiwa guru-guru. Integriti juga adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten
bagi mendorong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan
yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia
adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.
Contoh aspek guru yang berkesan hendaklah mempunyai nilai integriti dalam diri mereka. Ini
adalah kerana di dalam nilai integriti terkandung empat petunjuk di dalam nilai integriti iaitu
adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Guru perlu bersikap adil dalam pengajarannya di sekolah,
seperti masuk ke kelas tepat pada waktunya, keluar kelas mengikut masa yang ditetapkan, tidak
sepatutnya guru mengamalkan sikap curi tulang dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid
tidak berdasarkan kepada rupa paras , tahap kepandaian, latar belakang keluarga murid dan
sebagainya. Guru juga perlu adil dalam memberi hukuman atau tugasan kepada murid.
Petunjuk yang kedua ialah amanah, guru sudah semestinya perlu mempunyai sifat amanah dalam
dalam mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Guru
hendaklah menyampaikan maklumat yang benar, fakta yang jelas dan mengajar murid bercakap
benar. Ini adalah kerana guru menjadi role model kepada anak didiknya, segala ilmu yang
disampaikan haruslah benar dan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditentukan.
Guru perlu mendidik murid-muridnya supaya menjawab soalan dengan amanah dan berhati-hati
ketika menduduki kertas peperiksaan, tanpa boleh meniru jawapan orang lain atau mengambil
sumber maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan. Ini akan dapat
membiasakan mereka melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Petunjuk yang ketiga ialah
Akauntabiliti, Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri
Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat
jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan
untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka
guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses
pengajaran di sekolah.
Guru digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap
peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput
yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal.
Petunjuk yang terakhir ialah telus iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan telus,
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut apa yang telah diamanahkan.
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah
sekolah ,guru mempunyai sifat telus terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal
ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran
dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
PENUTUP
Harus diingat bahawa, pelakuan seharian kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan dan
seringkali ditiru oleh pelajar. Seorang guru harus menunjukkan contoh yang terbaik supaya kita
menjadi role model kepada setiap pelajar kita. Jadi, sebagai seorang guru, kita seharusnya
memperbetulkan dan merperindahkan dulu budi pekerti dan kemoralan diri kita sebelum
menasihat atau menegur pelajar supaya pelajar menyanjung dan memartabatkan kita sebagai
role model terbaik untuk dirinya. Zaman telah berubah, peningkatan intelek, akademik,
persekitaran dan arus kemodenan telah banyak mengubah masyarakat moden kini yang lebih
berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas. Oleh yang demikian guru-guru perlu bersedia
dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama berganding bahu dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Yang Amat Berhormat Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita
dalam membuat transformasi sepertimana tema Hari Guru pada tahun 2011.
Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun
ini walaupun Hari Guru akan disambut lebih dalm tempoh 2 bulan lagi, temanya dahpun diketahui
iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Jika dilihat pada tema ini secara halus,
maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana
transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan
pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan
yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu
sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.
kita kehilangan jatidiri.Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus
utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini
merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilainilai akhlak mulia. Melalui etika inilahmasyarakat boleh menganilisis, menilai
serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang
ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapatmembantu guru menangani
cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.
DEFINISI ETIKA
Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat,
watak,kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula
ialahtatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux
(2001),etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan
yangmengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan
fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil
kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku
individu,bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun
begitu, Ismail Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran
tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu
disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan
tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang
apa yang betul dan salah, perbuatan yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan
tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau behavioral science
yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam masyarakat, membuat tafsiran
mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku
yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral manusia serta
masyarakatnya.Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the discipline
which can act as theperformance index or reference for our control system". Oleh
demikian, etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur
pergaulan manusia didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara
khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan
dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan
prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi
sebagai alat untuk mengadili segalatindakan yang secara logika-rasional umum
(common sense) dinilai menyimpang dari kode etik Dengan demikian etika adalah
refleksi dari apa yang disebut dengan "self control", kerana segalanya dibuat dan
diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu sendiri.Selain dari itu, kerana
kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi
melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard
tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat
dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasi
profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam
hal ini jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan
disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun
penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999).Oleh kerana itu dapatlah
disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh kepercayaan dari
masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada kesadaran kuat
untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada
masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula dikenal
sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan
pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme
danujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun
kepercayaan yangdiberikan kepada para golongan profesional ini. Maka Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-Niat yang betul, Perlakuan yang baik,
Pengerak ke arah
Kebaikan,Memperkotakan
apa
yang
dikatakan,Berdisiplin
dan
beradab,Menghargai dan bertanggungjawab.
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA(KPM)
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus
EtikaKerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur, Dedikasi, Ikhlas, Penyayang
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod
tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai
pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan
kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan
Negara serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri.
Tanggungjawab terhadap pelajar
Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
dan
tingkahlaku
yang
untuk
mengamalkan
dan
Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkahlaku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
dayacipta dan rohani.
Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit
mengenaidiri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan.
Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang
bolehmembawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar,masyarakat awam atau negara.
Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya
merekadapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu
mengurangkankeyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
yang
boleh
Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar.
Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
guru.
Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan
danbersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
rajin
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan
dengan Rukunegara.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi
segalatanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberi sumbangan cergas untuk
meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan
masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yangboleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.
Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan
membantukeberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru
ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan
maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan
mencapai puncak matlamat yang digariskan.
CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN
Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly
effective)boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:
Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.
i. Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam
pekerjaannya.
ii. Bersikap positif dan real yakni yakin dalamapa pun yang dilakukan di samping
sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan.
iii.Merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar ia jugamembimbing
dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dansiapa sahaja
Ciri mengajar yang memberikan hasil.
seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek dengannya("with-it-ness")
dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mestibuat. Ia juga
mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan danpersekitaran,
nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memilikikepakaran
memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
masalah yang dihadapi. membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan
diri serta sikap yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza. mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat
berfungsisecara positif dalam bidang perguruan. melibatkan diri secara aktif dalam
pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencubapendekatan-pendekatan yang
sesuai dan inovatif.
Guru Sebagai Penyelidik
Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu
budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat.
Disamping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan
menimbulkansense of ownership di kalangan semua pihak guru yang terlibat
dalam penyelidikan tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam
memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas
menunjukkan bahawa guru memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan
teori dan amalan mereka yangdapat menyumbang terhadap peningkatan kepada
kemahiran menyelesaikan masalah.Satu tradisi penyelidikan yang berkembang
dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan. Organisasi, firma dan
kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah merupakan makmal
yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dankemasyarakatan. Perwakilan seperti
NGO, key personal, wakil dari organisasi, surirumah, ketua tempat kediaman,
adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang
boleh dijadikan bahan penyelidikan.Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika
guru hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah perlu mereka
menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.Penyelidikan perlu dijadikan
sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendedahan untuk menjalankan
penyelidikan perlu diberi kapada guru supaya aspirasi negara untuk membina insan
yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbina secara intrinsik.Donald
Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuktechnical
rationality kepada reflective rationality yang menekankan amalan refleksi
sebagai asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep reflectionin-action dan knowing-in-action sebagai proses penyelidikan yang menjadi
saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional.
Konsep reflection-in-action dan knowing-in-action membawa maksud refleksi
yang dilakukan semasa seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa
yang dilakukan itu berkesan ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi
membaiki amalan. Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya
guru sentiasa (sama ada secara sedaratau tidak) membuat refleksi ke atas
pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan
seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat
kod etika ini dan betul-betu mengamalkannya? Menurut Dr. Mohammed Sani
(2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru, di antaranya
termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai keyakinan diri, mempuyai daya
kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program
tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami
dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggapprofessional.
Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besaryang seolaholah telah terlupa tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu faktor
yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut
Dr.Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan
guru untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru
menggunakanlebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkaraperkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan
pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan
sampingannya, pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah
laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru
sekolah.Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain
Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah
Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar
Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004,
beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undangundang mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja
melakukannya,. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap
tahun, dan ini telahmenunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa
oleh pihak berkenaan.``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu
perbuatan mereka itu
menyalahi peraturan, katanya.Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu
telah memberi contoh kes-kes yangtidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah
di Malaysia seperti berikut:
(1) Contoh Kes Suapan Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor
didorong bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan.
(2) Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk
melancung ke luar negeri dari syarikat buku yang menjual buku di sekolah
berkenaan.
(3) Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin
asramasekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.
(4) Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma
keranabeliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan.
(5) Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat
kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.
Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti
bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan
progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan
mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik.
Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan
amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian
pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru
bergantung kepada konsep guru sebagai berikut:
Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.
Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.
Penggerak kepada usaha pelajar.
Pembimbing dan model.
Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.
Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsipprinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping
meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka
masa latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10
waktu seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam
program latihan pengajar:Kemahiran profesional belum mantap. Latihan mengajar
menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,sedangkan tuntutan
profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapibanyak tekanan
sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa danmasyarakat
pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan
dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap
etika dan profesion keguruan.
RUJUKAN
Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. Comparing academic
backgroundsand career aspirations of education and non-education majors.
Journal of TeacherEducation, vol.36(No.3): 27 30
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63
Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR:
University ofMichigan.
Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. Some answers about the quality of
teachereducation students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40.
Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. Whats Worth Fighting for in your School?
Together for Improvement. Buckingham : Open University.Mack. (1975) Dalam
Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran DanKualiti. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru
dalam perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor
Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti.
PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.
Integriti turut merujuk kepada etika dan nilai-nilai etika. Oleh itu, adalah menjadi
akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk meletakkan kualiti diri yang unggul
sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion perguruan. Perlakuan yang tidak
beretika sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk mengatasi masalah
tersebut, seseorang guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan kepentingan
perkhidmatan awam dan profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi.
Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti dalam
Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam
Pentadbiran (1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia
Kesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008),
Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008), Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku
Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam,
Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi. Ternyata
Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti guru namun
persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri mahu berubah dan
memikul integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.
Senario ketidakpatuhan terhadap Surat Pekeliling merupakan contoh mudah
tindakan guru yang boleh mengakibatkan integriti dan akauntabiliti profesion perguruan
dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana
sekolah merupakan kawasan larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru
yang tidak mengendahkan larangan ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini
tidak memiliki integriti seperti yang dituntut dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh
itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap profesion perguruan.
Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan perkara (J) iaitu guru
tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang boleh menjatuhkan darjat profesion
perguruan.
Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui
Surat Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa
yang panjang dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh
itu, komuniti guru harus sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik
profesion perguruan serta dalam masa yang sama, sentiasa berusaha untuk
meningkatkan integriti, akauntabiliti, produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang diberikan
untuk memacu pembangunan dunia pendidikan Negara.
Cadangan Dan Ciri Kepimpinan Guru Yang Bersesuaian
Guru merupakan public-figure yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat
dan sentiasa sahaja isu yang berkaitan dengan guru dibincangkan dengan hangat di
kedai-kedai kopi dan pejabat jabatan lain. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa menjaga
perlakuan mereka terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat kerana guru
akan sentiasa menjadi buah mulut masyarakat yang selama ini meletakkan tugas untuk
mendidik anak bangsa di bahu guru-guru. Untuk menjadi guru yang baik, guru
memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian untuk memimpin bukan sahaja murid
tetapi untuk memimpin diri sendiri.
Secara asasnya, guru boleh memimpin diri sendiri untuk melakukan perkara
yang mudah untuk dilakukan. Sebagai contoh, mematuhi kod etika profesion keguruan
yang sudah digunapakai sejak sekian lama sebagai panduan untuk menjaga tahap
profesionalisme perguruan. Dengan ini, guru akan mampu menjadi pemimpin untuk diri
sendiri di samping dapat menjadi panduan dan pimpinan untuk rakan sejawat lain di
sekolah. Guru yang mampu untuk memimpin rakan-rakan guru yang lain boleh dikenali
sebagai guru pemimpin di sekolah. Guru pemimpin juga dikehendaki di masa lain bagi
memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya membuat pembelajaran inovatif serta
melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan berkesan (Busher & Harris,
2000; Day, et al, 2007).
Jika menyentuh kepada gaya kepimpinan yang dikehendaki untuk membentuk
guru-guru di sekolah, antara gaya kepimpinan sering digunakan adalah autokratik,
demokratik, laissezfaire, birokratik dan karismatik (Owen,1970). Gaya kepimpinan ini
merupakan yang biasa digunakan oleh guru besar dan guru-guru dalam mentadbir
sesuatu organisasi seperti sekolah, kelab akademik, persatuan dan kelab permainan.
Oleh itu, gaya-gaya kepimpinan ini merupakan cara guru mentadbir dan mengurus di
sekolah untuk melancarkan perjalanan pengurusan di sekolah. Sesetengah guru selesa
untuk menggunakan cara demokratik bersama pelajar manakala ada juga guru yang
lebih selesa bersifat autokratik untuk mengelakkan banyak kerenah semasa
pengurusan. Namun, ciri-ciri kepimpinan merupakan perkara yang berlainan daripada
gaya kepimpinan namun masih tergolong dalam kategori yang sama.
Ciri-ciri kepimpinan guru seperti yang dikatakan oleh Al-Farabi dan Ibnu Khaldun
ialah berpengetahuan luas, berkeyakinan, rajin berusaha dan beberapa lagi ciri-ciri lain
yang boleh digunakan oleh guru untuk mencorak dan mengolah kepimpinan mereka.
Antara ciri-ciri lain kepimpinan yang boleh dicontohi oleh guru ialah ;
i. - Suka bekerjasama
ii. - Peramah
iii. - Penyabar
iv. - Berpendirian
v. - Rendah hati
vi. - Ikhlas dan jujur
vii. - Bertimbang rasa dan
viii. - Tidak membezakan antara pelajar
i.
Daripada perspektif Islam sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan
Prof. Dr Hamka, seorang guru haruslah mempunyai kepimpinan yang telus serta tidak
mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan. Antara ciri-ciri kepimpinan guru yang
diperkatakan oleh kedua-dua tokoh ini ialah ;
- Bertaqwa kepada Allah
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
Disini, sudah jelas bahawa guru sentiasa memiliki panduan untuk memilih ciri
kepimpinan yang berkenan di hati untuk dijadikan panduan dan semoga dengan
adanya ciri-ciri kepimpinan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh di atas, guru mampu untuk
memimpin dengan baik di sekolah.
Guru novice seharusnya memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti yang dinyatakan di
atas sebagai panduan untuk menempuh cabaran dunia pendidikan yang pastinya akan
semakin mencabar pada masa akan datang. Untuk mengelakkan diri daripada terjebak
ke dalam pelanggaran etika dan ketidakpatuhan terhadap pekeliling yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, guru novice seharusnya memahami ciri-ciri
kepimpinan yang bersesuaian daripada yang dinyatakan di atas sebagai panduan untuk
menjadi seorang guru yang benar-benar memiliki naluri seorang guru. Dengan ciri
kepimpinan yang betul, guru novice akan dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh
dengan rakan sejawat yang tidak beretika dan cuba untuk menghasut guru novice agar
tidak terlalu komited dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Guru
novice harus mengambil langkah yang betul untuk mengelakkan masalah perlanggaran
etika berlaku kepada dirinya dalam usaha untuk mengangkat martabat profesion
perguruan ke tahap yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang.