Anda di halaman 1dari 20

JEAN PIAGET

Latar Belakang
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur
Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula
bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat
tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.
Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun.
Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau
mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih
menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik
sebagai

ketua

"Swiss

Society

for

Psychologist."

Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland
dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia.
Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah
yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering
kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran
manusia

(Gardner,

1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang
ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan
pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini telah memberikan banyak sumbangan kepada
bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk
membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat
untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat
untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan
sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan
kanak-kanak.
Menurut Piaget, proses equilibrium (keseimbangan) iaitu asimilasi dan akodomasi berkaitan
antara perubahan dengan perkembangan kognitif. Piaget membahagikan perkembangan
kepada empat tahap, iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Teori

pengajaran

kognitif

Jean Piaget mengasaskan teori pengajaran kognitif.Bidang perkembangan kognitif ini mengkaji
bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan
pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung
kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam
minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. Antara tokohtokoh teori kognitif ialah Wertheimer & Kohler - Teori Kognitif-Gestalt, perkembangan makna,
celik akal; Piaget - Teori perkembangan kognitif, pembelajaran aktif; Bruner - Pemikiran induktif,
pembelajaran penemuan; Ausubel - pemikiran deduktif, advance organisers, pembelajaran
bermakna, peta konsep; dan Gagne - jenis pembelajaran, pembelajaran Mastery analisis
tugasan
Perubahan kognitif dikaitkan dengan perubahan yang berkualiti terhadap pemikiran seperti
peningkatan ilmu pengetahuan dan keupayaan.Ramai ahli psikologi kognitif bersetuju bahawa
perubahan yang berlaku dalam diri pelajar disebabkan interaksi pelajar dengan persekitaran
hidup dan situasi pembelajaran yang dialami . Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan
sesuatu yang baharu, kita akan cuba menyelaraskan dengan apa yang telah kita lalui
berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Untuk berusaha kearah ini, kita
mungkin menerima idea baru dan membuang idea lama atau membung idea baru kerana
merasakan ia tidak relevan kepada kita. Maknanya, dalam apa situasi sekali pun kita
sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan
berasaskan

pengalaman

yang

telah

kita

hadapi

atau

idea

sedia

ada

kita.

Pengaruh persekitaran dan pembelajaran bermula seawal di peringkat bayi lagi. Walaupun
kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran hidup adalah penting untuk memberi perhatian
bahawa kanak-kanak mempengaruhi persekitaran dalam konteks hubungan dan interaksi
dengan ahli- ahli keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya hubungan ini, mereka berjaya
mewujudkan

peluang-peluang

melalui

pengaruh

daripada

persekitaran.

Kanak-kanak

menggunakan peluang-peluang pembelajaran yang sedia ada di persekitaran hidup mereka


untuk meningkatkan kemahiran, pengalaman dan pembelajaran melalui hasil interaksinya.
Keadaan hidup dan cara kanak-kanak menerima asuhan dan didikan sejak di peringkar bayi
lagi dapat membantu mereka dalam menentukan jenis pengalaman yang membantu memberi

kesan

terhadap

pembelajaran.

Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis
pengajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat
umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pengajaran mereka adalah bertumpu kepada cara
pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan
pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses
pembelajaran,

otak

akan

menyusun

segala

maklumat

di

dalam

ingatan.

Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti
membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan,
mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine
1992).
Teori

Kognitif

Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang
disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam
ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian
terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan
elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna.
Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan
membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk
mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan
pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu
pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang
penting

iaitu

persepsi

dan

pembentukan

konsep

(penanggapan).

Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori
belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk
dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah
Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses
pembentukan

konsep

dan

proses

penemuan.

Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau, konsep
adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti,
memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara

pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat
umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusan keadaan
yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari
serta

mengingati.

Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan
secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta
untuk

mengembangkan

program

pengajaran

yang

lebih

efektif

adalah

dengan

mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan
itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan
kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari
konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran
di

sekolah.

Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua
atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula
merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi
yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep
mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan
dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan
murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.
Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara
efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan
manapun. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketigatiga

tahap

itu

adalah:

(1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru;
(2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis pengetahuan baru serta
ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain, dan
(3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap kedua tadi benar atau
tidak.
Bruner

mempermasalahkan

seberapa

banyak

informasi

itu

diperlukan

agar

dapat

ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada
empat

tema

pendidikan

yang

perlu

diperhatikan

iaitu:

a)

mengemukakan

b)

pentingnya

kesiapan

c)

nilai

d)

motivasi

(readiness)

intuisi
atau

dalam

keinginan

arti
siswa

proses

untuk

struktur
untuk

pendidikan

belajar.siswa,

pengetahuan,

dan

belajar,

dengan

guru

untuk

intuisi,

memotivasinya

Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu
difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu
ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalam
amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan
keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat
membolehkan

tujuan

pembelajaran

tersebut

menjadikan

kanak-kanak

merasa

puas.

Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini
diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam
proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak
untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi
dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa
mereka

sendiri.

Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan
secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta
untuk

mengembangkan

program

pengajaran

yang

lebih

efektif

adalah

dengan

mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan
itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada
muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di
dalam

bahasa

yang

dierti

oleh

mereka.

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori
mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf
melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada
stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui
sistem

saraf.

Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi
memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne
kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam
proses

pembelajaran.

Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana
didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk
menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran
tidak

akan

menjadi

bermakna

dan

berkesan.

Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan
relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang
dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ
derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap
aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada
rakan-rakan

sekelas.

Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang
relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem
saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas
rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan
dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah
dan

kekal

dalam

ingatan.

Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor
jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui
motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali
apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk
kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh
mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi
yang

serupa

atau

sama.

Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh
diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran.
Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah
bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses
pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan

yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan
prestasi

mereka

pada

masa

hadapan.

Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable
mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses
mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam
struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan
belajar
-

Materi
Anak

bermakna
yang

akan

yang

jika

memenuhi

dipelajari

melaksanakan

belajar

bertujuan

pras
belajar

syarat,

bermakna

melaksanakan

iaitu:

secara

belajar

potensial
bermakna.

Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki
kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif
siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan
4

prinsip

1.

Pengatur

pembelajaran

awal

iaitu:

(advance

organizer)

Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep
lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat dapat
meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran yang telah
mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu
pokok bahasan sebaiknya pengatur awal itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih
bermakna.
2.

Diferensiasi

progresif

Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep.
Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih
detail,
3.

berarti

proses

pembelajaran
Belajar

dari

umum

ke

khusus.
superordinat

Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah
deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur
kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat
ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas
dan

inklusif.

4.

Penyesuaian

Integratif

Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama
konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan
pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan
konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian
rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah
selama

informasi

disajikan.

Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh


David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan
oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang
penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk
melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable
menggambarkan

model

pembelajaran

ini

dengan

nama

belajar

penangkapan.

Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori Pembelajaran Celik
Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan
perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan
masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur
pemikiran

untuk

penyelesaian

masalah

dengan

menggunakan

celik

akal.

Dengan

menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir
tentang

struktur

dan

persepsi

yang

baru.

Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi


menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya.
Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut.
Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat
pisang

yang

tergantung,

disebut

sebagai

celik

akal.

Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan pelajar
agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu, boleh
juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan
unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus menggunakan
contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik
akal

mereka,

demi

mendapat

kesimpulan

atau

generalisasi.

Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu persepsi
dan

pembentukan

konsep.

Kohler

menggunakan

persepsi

perkaitan

unsur-unsur

di

persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah
memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan
akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.

Ciri-Ciri

Penting

Mazhab

Kognitif

Dan

Penggunaannya

Dalam

Kelas.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip
daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah :
1)

Pembelajaran

merupakan

satu

proses

mental

Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses
pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal
fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan
kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik bilik darjah harus dipergiat untuk
membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan
pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga.
Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan
yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip
ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi
dan

proses-proses

lain

yang

terlibat

dengan

aktiviti

mental.

2)

Perkembangan

kognitif

kanak-kanak

berlaku

secara

berperingkat-peringkat.

Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara


berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat
awal

ini

menjadi

asas

kepada

perkembangan

kognitif

yang

selanjutnya.

Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanakkanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut
keperluan psikologi mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti,
kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan
perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan
berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan
sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini,
mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan
memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu
yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan
kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai
motivasi

yang

lebih

tinggi

untuk

belajar.

Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan
sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan disampaikan
mengikut keperluan. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain
melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di
dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada yang dekat kepada yang jauh,
daripada
3)

yang

konkrit

Pembelajaran

kepada

yang

adalah

abstark
satu

dan

sebagainya.
keseluruhan.

Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Ini kerana
daripada keseluruhan, kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara
bahagian-bahagiannya.

Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti
yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. Menurut prinsip ini,
keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang melihat
bahagian-bahagiannya, dan tidak keseluruhannya maka kita tidak dapat menghasilkan satu
makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak
sempurna. Dalam hal ini, hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif
seperti Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan Hukum Tutupan
adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsep-konsep
secara

berkesan

4)

dan

menjalani

Pembelajaran

pembelajaran

adalah

yang

proses

lebih
cuba

bermakna.
jaya.

Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita
cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada
masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.
Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia
merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang
mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah.
Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalamanpengalaman
5)

itulah

Pembelajaran

yang

merupakan
adalah

pembelajaran
juga

satu

bagi

mereka.
penyiasatan.

Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi
juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan.
Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan,
mengesan

dan

sebagainya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk
membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri,
teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga
mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan

perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukar-tukar pandangan, mengetangahkan


penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.
6) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.
Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan
sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak
daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan
dan milih strategi pengajaran yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang
mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap
kemampuan intektual dan pengalaman mereka. Implikasi Teori Pembelajaran Kohler. Seperti
yang dinyatakan Mok Soon Sang (2002), Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik
akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara
baru. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal
di kalangan pelajar. Implikasi yang pertama ialah guru perlu menggalakkan murid agar
menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran. Sebagai contoh,
apabila guru mengajarkan sesuatu tajuk baru kepada murid. Guru hendaklah menyediakan
bahan dan aktiviti yang sesuai untuk merangsang celik akal murid memahami isi pengajaran
yang

hendak

disampaikan

oleh

guru.

Selain itu, membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsurunsur dalam persekitaran. Hal ini memerlukan murid menjalankan ujikaji atau pemerhatian
untuk mereka memahami dan melihat sendiri perkaitan antara unsur-unsur yang relevan dalam
sesuatu

masalah.

Implikasi yang ketiga ialah menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut
urutan yang sesuai. Hal ini adalah penting untuk memastikan murid dapat memahami secara
mendalam isi pengajaran yang hendak diajar. Selain itu, hal ini juga dapat memberikan
pengalaman yang bermakna kepada murid disamping menarik minat murid untuk belajar. Malah
sesuai digunakan bagi memastikan murid di taraf sederhana dan lemah dapat mengikuti
pengajaran

dengan

baik.

Implikasi yang keempat ialah membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik
menyoal. Hal ini dapat membantu guru menjalankan pemerhatian bahawa murid memahami
ataupun tidak isi pengajaran yang disampaikan. Selain itu, murid juga dapat memproses

maklumat

yang

diterima

dengan

lebih

cepat.

Selain itu, guru boleh menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing
pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.
Kaedah ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan dengan lebih
mudah. Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan
kesinambungan

yang

padu.

Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba
membuat

generalisasi

yang

betul.

Malah guru juga perlu mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan
pengalaman mereka. Guru juga boleh mengaitkan pengalaman sedia ada murid untuk
membantu mengajarkan sesuatu yang baru. Sebagai contoh pelajar yang pernah melihat situasi
kebakaran akan dapat menggambarkan keadaan ketika situasi itu berlaku berbanding pelajar
yang tidak pernah melaluinya. Namun begitu, pengajaran yang ingin dijalankan perlu juga
diukur dari segi kebolehan murid. Sekiranya mengajarkan murid di tahap lemah perlulah
menggunakan bahan rangsangan yang bersesuaian berbanding mengajarkan murid di tahap
sederhana.
Implikasi yang terakhir ialah membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar
boleh menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Bahan bantu mengajar yang
bersesuaian adalah penting bagi memastikan proses berfikir dan celik akal murid berlaku
dengan

teratur.

Proses

memahami

juga

akan

berlaku

dengan

lebih

mudah

EKPERIMENS DALAM TEORI PEMBELAJARAN KOLHER

EKSPERIMEN

Bagi membentuk Teori Gestalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpazi.
Dalam eksperimen pertama, seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Di

dalam sangkar itu terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz. Sebiji pisang tergantung di
bumbung sangkar tersebut. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi cimpanzi untuk
memanjatnya. Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai pisang tetapi
gagal. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti, cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan
dengan tiba-tiba, cimpanzi itu mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang. Ia
menyusun peti itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat peti-peti
tersebut.

Dengan

cara

ini

cimpanzi

Berjaya

memperolehi

pisang

tersebut.

Dalam eksperiman ini, keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk
mendapatkan pisang yang tergantung itu. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba menyedari pertalian
peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang, ia dikatakan telah mendapat celik akal.
EKSPERIMEN

Dalam eksperimen yang kedua, seekor cimpazi yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar.
Berhampiran dengan sangkar itu, iaitu di luarnya terdapat sebiji pisang dan beberapa batang
buluh yang berlainan panjangnya. Cimpazi tersebut cuba mendapatkan pisang dengan
menggunakan batang buluh yang pendek tetapi tidak berjaya. Selepas itu, dia mula mencabut
seutas dawai dari sangkar dan mendapatkan pisang dengan dawai itu. Sekali lagi cimpanzi
tersebut gagal. Secara tiba-tiba dia cepat menggunakan buluh yang pendek untuk mengaut
buluh yang panjang. Dengan menggunakan buluh yang panjang, cimpanzi itu dikatakan telah
memperolehi celik akal apabila dai secara tiba-tiba terfikir untuk menggunakan buluh pendek
untuk mendapatkan buluh yang panjang. Seterusnya cimpanzi itu barulah memperoleh pisang.
EKSPERIMEN

Eksperimen yang ketiga ialah eksperimen terhadap anjing liar yang terdapat di sebuah pulau di
Lautan Pasifik. Eksperimen ini didapati dalam buku Asas Pendidikan 2 yang ditulis oleh Lee
Shok Mee (199). Pada suatu masa, kohler menghadapi masalah kerana anjing liar sentiasa
datang ke rumahnya untuk mencuri makanan. Kohler dan rakan-rakannya sengaja ,mendirikan
pagar (mata punai) yang mempunyai satu lorong masuk di tepi rumah seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di bawah. Makanan kemudiannya diletakkan di lorong, iaitu X1 dan X2. Sedikit
makanan juga diletakkan di X3 di sebelah pagar. Susunan makanan ini menarik anjing liar
melalui lorong itu mendapatkan makanan X1 dan X2. Untuk mendapatkan makanan X3
diperhatikan anjing itu berhenti seketika dan memerhatikan keadaan di sekitarnya. Tiba-tiba
anjing itu berlari keluar dari lorong mengelilingi pagar untuk sampai ke X3. Sekali lagi, Kohler
merumuskan bahawa anjing itu telah menghayati perkaitan dalam keseluruhan situasi untuk
menyelesaikan masalah. Sekiranya pagar itu dibina daripada tembok batu yang padu dan

anjing itu tidak dapat melihat keseluruhan situasi masakah, maka anjing itu tidak mungkin
memperolehi makanan X3. Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang komlpeks
berlaku bukan semata-mata mellaui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan
mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka memperolehi
pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal
membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk
erti

dan

menyelesaikan

masalah.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian kohler tersebut ialah haiwan seperti cimpazi
belajar melalui proses kognisi. Selain itu, cimpazi menggunakan alatan untuk menyelesaikan
masalah, jelaslah bukan tindkan secara membabi buta, tetapi berdasarkan pengalaman dan
persepsinya, iaitu mendapati perkaitan di antara rangsangan-rangsangan seperti kotak-kotak
dan pisang yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya. Menurut kohler, persepsi
perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung,
disebut sebagai celik akal. Daripada hasil kajian tersebut, kohler menyarankan bahawa celik
akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsurunsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang
sedang

dihadapi

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN.
Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan
proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia
juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara
penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan
bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses
pembelajaran.

Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi-

implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.
Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid
ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada
menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang
demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya,
ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran
yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 4M
iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Dengan pengetahuan yang ada ketika di
prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain
itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana
pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara
manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak
sebagai

pelajar

yang

aktif

yang

berkelakuan

seperti

saintis

muda

dan

akan

memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar
sesuatu

Selain

mengikut

itu,

ia

juga

tahap

bergantung

atau

kepada

pun

tingkat

bagaimana

umur

kanak-kanak

mereka.

tersebut

memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan


melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanakkanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang
apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka
miliki ketika di prasekolah. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi
pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut
pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada
empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2
tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi
formal(

11tahun

hingga

remaja).

Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian
kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap
masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut

peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain


sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 4M, dengan itu
guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan
bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.
Selain itu, PPK (dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal, 1997) menyatakan bahawa aktiviti
pengayaan dan pemulihan merupakan elemen yang penting dalam kurikulum pendidikan
Matematik KBSR dan KBSM. Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha
menolong pelajar untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah
sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (Tengku Zawawi
Tengku Zainal, 1997). Aktiviti pengayaan sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di
samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Perbezaan aktiviti dilakukan kerana Piaget
memperlihatkan adanya perbezaan pemikiran individu di dalam proses perkembangannya.

Bagaimana

Guru

Boleh

Menggalakkan

Pemikiran

Celik

Akal

Di

Kalangan

Pelajar

a) Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu
dengan
pengalaman
2)

Perkara

gambar,
langsung
yang

hendak

audio
pelajar
disampaikan

serta

dalam
mestilah

pengajarannya.
mudah

difahami.

3) Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan
pelajar

iaitu.

a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran.


b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman
pelajar.
4) Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan
kesinambungan

yang

padu.Proses

ini

lebih

berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba membuat
generalisasi

yang

betul.

5) Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan
bimbingan

dalam

proses

pemikiran

celik

akal.
6) Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar dengan :

a)

Mempunyai

pengetahuan

b)
c)

dan

pengalaman

Berfikiran

yang

luas.
terbuka

Dapat

membuat

rumusan.

7) Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses
mempertimbangkan

kelemahan

dan

kekuatan

fakta.

8) Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya
pelajar

dapat

memahami

bahan

itu.

9) Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu
mengikut
kecil

langkah-langkah
dan

yang
tersusun.

10) Jika tugasan di sekolah terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas, pelajar tidak dapat
mencapai

celik

akal.

Home|Teori

Pembelajaran

Kognitivisme

Gagne, Bruner dan Wager telah mengemukakan pelbagai teori pembelajaran berasaskan
kognitif. Tumpuan mazhab kognitif ialah aktiviti dalaman minda (daya ingatan) iaitu
penyimpanan dan penggunaan semula maklumat. Dengan membuka "peti hitam" minda ini guru
akan mendapat tahu betapa berharga dan pentingnya untuk memahami bagaimana murid
belajar. Proses minda seperti berfikir, mengingat, mengetahui dan menyelesaikan masalah mula
diterokai. Pemikiran murid, kepercayaan, sikap serta nilai dapat mempengaruhi proses minda.
Bagi mazhab kognitivisme, pengetahuan dilihat sebagai skema atau pembinaan minda yang
simbolik. Pembelajaran seterusnya didefinisikan sebagai perubahan skema pengetahuan murid
dalam minda. Murid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini bermakna murid
sendiri perlu melaksanakan proses dalam minda sedangkan guru hanya individu yang
menyediakan cara atau kaedah untuk membolehkan proses pembelajaran berlaku. Meskipun
begitu,

guru

bertanggungjawab

memulakan

proses

pembelajaran

berkenan.

Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget dengan Sistem Pembelajaran Nombor Berasakan
Pendekatan

Permainan.

Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi
pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh,
pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa,
bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani, 2004). Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam
Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran Matematik
melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Ini selaras dengan
Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan
simbolik. Namun begitu, kebanyakkan guru-guru tadika lebih cenderung mengajar kanak-kanak
terus ke tahap ke-3 iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-kedua tahap yang
sebelumnya (Nani & Rohani, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat
pengalaman perkembangan Matematik yang kukuh. Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan
pengalaman pranombor yang baik sebagai satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran
Matematik
Menurut

di
Pusat

peringkat

Perkembangan

Kurikulum

yang
(PPK,

2001),

lebih
Kementerian

tinggi.
Pelajaran

Malaysia (KPM) memberi penekanan kepada bermain sambil belajar dalam proses

pengajaran
belajar

dan

dapat

pembelajaran
meningkatkan

kanak-kanak
keupayaan

prasekolah.

kognitif,

Pendekatan

keinginan

untuk

bermain
meneroka

sambil
bagi

memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan
kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. KPM menekankan supaya
pendekatan ini mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti yang menggembirakan, penerokaan dan
interaksi dengan persekitaraan, permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa,
percubaan idea sendiri, dan peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selaras
dengan itu, maka pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran
ini

adalah

pendekatan

permainan.

Cockcroft (1982) di dalam Ismail (1999), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam
proses P&P mata pelajaran Matematik bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pengajaran
malah ianya boleh mengubah kepentingan sesuatu tajuk dalam sukatan Matematik. Pelajar
yang menggunakan komputer dalam pembelajaran Matematik juga mempunyai sikap yang
positif terhadap dirinya. Oleh yang demikian perisian komputer yang digunakan dalam P&P
dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai