Anda di halaman 1dari 3

Faedah menyertai aktiviti kokurikulum

Sejak kebelakangan ini, aktiviti kokurikulum semakin


popular dalam kalangan murid kerana giat dijalankan di
sekolah. Aktiviti kokurikulum merangkumi tiga bidang
yang utama iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform
dan sukan dan permainan. Sebagai murid, kita mestilah
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum
kerana dapat memperoleh banyak faedah.
Antara faedahnya ialah kita dapat mengisi masa lapang
dengan bermanfaat. Aktiviti kokurikulum dijalankan selepas
waktu persekolahan. Jika murid-murid menyertai aktiviti
kokurikulum selepas sekolah bersurai, mereka dapat
mengisi masa lapang dengan bermanfaat. Mereka tidak
akan melibatkan diri dengan aktiviti yang negatif seperti
melepak di pusat membeli belah, merokok dan sebagainya.

Selain itu, kita dapat menambah ilmu pengetahuan


baharu dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Murid-murid
dapat mempelajari ilmu yang berkaitan dengan aktiviti yang
disertai. Sebagai contoh, murid-murid dapat mempelajari
kemahiran bermain bola sepak seandainya dia seorang

anggota kelab bola sepak. Bak kata pepatah, ilmu itu pelita
hidup. Ilmu pengetahuan sangat penting dalam membentuk
seorang murid yang sempurna.
Di samping itu, kita dapat menambah kenalan baharu
menerusi penyertaan aktiviti kokurikulum. Murid-murid dapat
mengenali rakan baharu semasa menjalani aktiviti bersama
rakan dari kelas yang berlainan. Semangat perpaduan juga
dapat dipupuk kerana murid yang menganggotai sesebuah
persatuan itu berbilang bangsa. Oleh itu, semangat
berpasukan dapat disemai kerana murid sentiasa
digalakkan untuk bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
Kata pujangga, sambil menyelam minum air.

Seterusnya, kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam


diri kita supaya menjadi murid yang berakhlak mulia. Muridmurid dibimbing untuk menjalankan aktiviti yang bermanfaat
oleh guru penasihat. Nilai-nilai murni seperti berdikari,

bertanggungjawab dan bekerjasama dapat dipupuk


menerusi pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Pendek kata, aktiviti kokurikulum sememangnya dapat
memberikan banyak faedah kepada murid-murid. Guruguru dan ibu bapa perlulah berganding bahu dan
memberikan galakan kepada anak-anak supaya menyertai
aktiviti kokurikulum sejak dari bangku sekolah lagi. Kata
orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.