Anda di halaman 1dari 3

Penerokaan Hutan

Hutan merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan merupakan habitat
bagi pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ditakrifkan sebagai satu komuniti pokokpokok besar serta haiwan yang saling hidup dalam beraneka cara dengan meliputi
kawasan yang sangat luas. Terdapat beberapa jenis hutan seperti hutan-hutan di
kawasan iklim panas, hutan-hutan di kawasan iklim sederhana, hutan gunung, hutan
paya dan hutan pantai. Sumber hutan memberikan banyak faedah kepada Negara kita
seperti sumber perubatan, kawasan tadahan air dan membekalkan kayu balak dan
kertas yang merupakan satu sumber pendapatan yang penting bagi Negara Malaysia
kita, Namun, isu-isu yang barkaitan dengan penerokaan hutan semakin bertambah
seperto cendawan tumbuh selepas hujan dan kerap menjadi bahan paparan dalam
surat khabar dan televisyen. Punca penerokaan hutan disebabkan oleh pihak-pihak
yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata untuk mendapat hasil
kayu, pembukaan kawasan pertanian, pembinaan empangan hidroeletrik dan
pembinaan tempat tinggal dan infrastruktur. Pada pendapat saya, isu penerokaan hutan
ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyaakat. Penerokaan hutan yang tidak
terancang ini telah mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Penerokaan hutan secara tidak terancang telah menyebabkan berlakunya tanah
runtuh. Penebangan hutan dan kegiatan perlonbongan bijih timah, jalan raya adalah
faktor utama hakisan dan tanah runtuh. Kegiatan ini akan meyebakan struktur tanah
menjadi longgar kerana tiada akar cengkaman dan cerun bukit tidak stabil. Terdapat
beberapa kes kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia. Contohnya, tragedy
tanah runtuh di Genting Highland pada tahun 1995 dan kes penebangan hutan bakau
yang menyebabkan hakisan pantai yang serious di Matang (Perak) dan Kuala Rompin
(Pahang) serta kes penerokaan mineral seperti bijih timah yang menggunakan pam
hidraulik merosakkan cerun bukit di Batu Gajah dan Kampar di Perak. Kesan tanah
yang runtuh ini boleh merosakkan harta benda dan membahayakan nyawa orang
ramai. Selain itu, perbelanjaan yang banyak perlu dikeluarkan oleh pihak kerajaan
untuk memperbaiki keadaan tanah yang runtuh tersebut. Jelaslah bahawa, kita
seharusnya sedar akan akan kepentingan hutan dalam kehidupan kita. Sikap bagaikan
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hanya akan memberi

kemudaratan kepada kita.


Penerokaan hutan yang tidak terkawal juga boleh mengganggu kehidupan
haiwan yang tinggal di kawasan tersebut. Umum mengetahui bahawa hutan
merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies
haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahya tempat tinggal hidupan-hidupan
yang tinggal di dalamnya. Haiwan yang terganggu ini akan keluar ke tempat lain dan
kadang-kadang memasuki kawasan perkampungan atau petempatan. Antara haiwan
yang sering mengamuk kerana tempat tinggal mereka terganggu ialah gajah. Terdapat
juga kes harimau bertindak liar memasuki kampung lalu menyebabkan kecederaan
kepada penduduk kampung. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan
manusia tidak bermoral ini,nescaya perkara yang lebih teruk akan berlaku.
Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif
perlulah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada
berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan
cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau, gajah dan burung kakak
tua.
Di samping itu, penerokaan hutan secara tidak terkawal juga boleh
menyebabkan perubahan cuaca. Lazimnya di kawasan yang tiada lagi pokok atau
hutan, cuaca di situ akan menjadi panas dan terik kerana kandungan karbon dioksida
dalam udara semakin meningkat manakala oksigen semakin berkurang. Fenomena
inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Menurut Jabatan Kaji cuaca
di Malaysia, suhu di Negara kita menunjukkan trend yang meningkat bagi masa 40
tahun hinggan 50 tahun yang terutamanya di Tanah Tinggi Genting. Contohnya,
Cameron Highland yang mempunyai purata suhu 18C telah menunjukkan
peningkatan antara 2C ke 3C sejak kebelakang ini kesan penerokaan hutan. Keadaan
ini akan menjadi lebih buruk apabila musim kemarau tiba. Oleh itu, kita perlulah
menghargai anugerah tuhan yang ternilai harganya ini. Mampukah kita hidup selesa
dalam keadaan yang panas sebegini? Tepuk dada, Tanya selera.
:

Langkah-langkah untuk mengelakkan penerokaan hutan adalah

mewartakan hutan simpan dan taman Negara. Tujuannya adalah untuk

melindungi flora dan fauna kerana akitiviti pembalakan tidak dibenarkan

di kawasan ini. Contohnya, Hutan Simpan EndauRompin di Johor dan

Taman Negara Kuala Tahan di Pahang. Selain itu, aktiviti penghutanan

semula juga digalakkan. Contohnya, spesies pokok cepat tumbuh dan

bermutu seperti akasia dan batai ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.

Di samping itu, kaedah penanaman berterus dapat mengurangkan hakisan

tanah runtuh. Contohnya, kegiatan pertanian berteres di ladang sayur

Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Tinggi di Pahang. Tambahan pula,


Dasar Perhutanan Negara 1978 mengisytiharkan hutan simpan kekal untuk
mewujudkan hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur. Akhirnya, system
pendidikan alam sekitar diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap
kepentingan hutan diajar dalam mata pelajaran Geografi.
Sudah terang lagi, bersuruh bahawa penerokaan hutan secara tidak terkawal
boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
Pada pendapat saya pihak kerajaan mesti mengambil tindakan undang-undang yang
tegas terhadap pihak yang membuat penerokaan hutan secara haram. Sesungguhnya
hutan adalah anugerah Tuhan kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai