Anda di halaman 1dari 16

Sinopsis

Dalam novel Kabus di Perbukitan yang saya kaji ini memaparkan


kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang
mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila
Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di
Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan
bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di
Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar
tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya,
manakala Faridah dijaga oleh Salmah.
Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama
belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan
PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap
kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser.
Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan
membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2
petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van,
Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok
pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak
dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha
menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya,
Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari
Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di
Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu
dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan
nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan
tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing
yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa
mereka sama-sama belajar.
Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan
Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada
Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu.
Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian
Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable
People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin
dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat
sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al Anbia atau dikenali


sebagai Benny. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain
yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin
dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke
Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ.
Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik
dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu
matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar
telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat
dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan
dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang
perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands.
Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman
lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung
dengan meriah.
Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai
bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny.
Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih
syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan
Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Persoalan
Persoalan novel Kabus di Perbukitan ialah sayang akan bangsa dan
tanah air. Contohnya, Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai
Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.
Selain itu, terdapat persolana keretakan rumah tangga yang
memisahkan kasih sayang anak-anak. Contohnya, perpisahan Salmah
dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu
dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun.
Tamabahan pula, terdapat persoaln kasih sayang antara ibu, ayah
dan anak. Contohya, perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar
walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun. Contoh
lain ialah, Mejar B Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya
yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun
selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua denga Faridah
setelah berpisah dengan Salmah. Contoh lain ialah Hamidah amat
menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela
bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.
Di samping itu, terdapat persoaln pelestarian alam semula jadi.
Contohnya, Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan
di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak
merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan
ekosistem Cameron Highlands.
Selain itu, terdapat persoalan kepentingan agama dalam kehidupan.
Contohya, Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah
tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun. Contoh lain terdapat Soleh
Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya
Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang
jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya
mendapat pendidikan Islam yang baik.
Terdapat juga personalan pengamalan agama yang sederhana dan
penuh unsur lemah lembut. Contohnya, Melina amat terpesona dan
kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz
Hassan Syukr dan Haji Awang penuh berhemah dan berlemah lembut.
Contoh lain ialah Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang
agama Islam. Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar
rakan Benny yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan yang
menakutkan.

Selain itu, persoaln ketaksuban agama yang keterlaluan dan


masalah kumpulan militan Islam. Contohnya, Mohd. Attar, rakan Benny
memperjuangkan Islam secara agresif ditangkap ketika membawa bom di
Singapura.
Tambahan pula, persoalan semangat kental untuk memajukan
sektor pertanian. Contohnya, Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi
usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga
mendapat penghargaan kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di
Sungai Besar. Contoh lain ialah Zain, anak Azrul meneruskan pengajian
di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan
tani ayahnya. Contohnya, Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak
kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain
yang berkahwin dengan anaknya Anne.
Di samping itu, terdapat persoalan sikap optimis terhadap sektor
agrikultur dan pertanian. Contohnya, Azrul amat yakin akan
keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian
di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.
Akhirnya, terdapat persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap
Islam (Islamofobia). Contohnya, tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol
ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.

Nilai
Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat nilai ketenguhan jati
diri bangsa dan agama. Contohnya, Faridah masih kental jati diri
Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia
masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya Anne meminta
dia memasak kari. Faridah masih mengekalkan panggilan nama
Melayunya Idah- nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons.
Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet. Contoh lain
ialah, Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak
melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah
tamat pengajian di New Zealand. Melina dan Benny masih berpegang
kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling
menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan. Contohnya, Faridah dan
Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di
sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang.
Selain itu, terdapat nilai kasih saying. Contohnya, Salmah amat
menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan
Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser. Contoh lain ialah
Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7
tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital. Contoh lain ialah Benny
amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny
tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh
Amerika Syarikat. Contohnya, Faridah amat menyayangi keluarganya
(Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan
mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand. Faridah amat
menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah
meninggal dunia.
Tamabahan pula, terdapat nilai ketabahan.Contohnya Faridah tabah
menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke
Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.
Di samping itu, terdapat nilai keberanian. Contohnya, Kamarudin
berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung sematamata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas
terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub. Contohnya, Melina
berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit
Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

Tambahan pula, terdapat nilai kebijaksanaan. Contohnya, Datuk


Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian
selepas tamat pengajian dari UPM.
Selain itu, terdapat nilai bertanggungjawab. Contohnya,
Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14
tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah
yang hilang dalam hutan.Contohnya, Ghazali seorang majikan Faridah
yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersamasama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari
Faridah dan Iqbal.
Seterusnya, terdapat nilai keprihatinan. Contohnya, Azrul amat
prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our
River- S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam. Contoh lain
ialah, Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah
Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi
sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu
kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan
taman-taman bunga. Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan
Faridahuntuk ;pulang ke kampung halamannya di Malaysia. Dia,
akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah.
Selain itu, terdapat nilai kesetiaan. Contohnya, Melina seorang
isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang
bertugas di Marang Terengganu. Melina seorang isteri yang setia,
berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke
Dubai kerana disyaki sebagai militan.
Di samping itu, terdapat nilai ketaatan kepada agama. Contohnya,
Faridah bangun bersembahyang Subuh. Contoh lain ialah Melina
mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas
berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran
Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bula.
Akhirnya nilai yang terdapat dalam novel ini ialah berdikari.
Contohnya, golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja
yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul
bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui
oleh bapanya.

Pengajaran
Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat pengajaran kita
mestilah mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri.
Contohnya, Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya
walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand iaitu masih
menggunakan nama Idah.
Selain itu, kita mestilah meletakkan pegangan agama sebagai asas
kehidupan untuk berjaya dalam hidup. Contohnya, Soleh Johnsons
berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara Islam di
New Zealand. Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di
New Zealand.
Tambahan pula, kita perlu memulihara alam semula jadi agar
kerosakan ekologi dapat dikurangkan. Contohnya, Soleh Johnsons dan
Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian
Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan
berkonsep agropelancongan.
Seterusnya, kita haruslah berwawasan jauh untuk mencapai
kejayaan. Contohnya, Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh
tentang masa depan bidang pertanian di negara ini. Azrul menyatakan
hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada
ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah,
korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu. 25
tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan
industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.
Di samping itu, kita mestilah berfikiran terbuka untuk mencapai
kejayaan. Contohnya, Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar
dalam bidang pertanian di New Zealand untuk mengalami sendiri
perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh lebih maju di
bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap masyarakat tempatan
yang tidak berubah walaupun negara sudah maju. Datuk Azrul terpaksa
berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah agar menyatukan
kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit dan buahbuahan

Justeru, kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan


Negara. Contohnya, Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana
pun negara jika tanpa hasil tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan
kehidupan. Contoh lain ialah, New Zealand, negara tempat Faridah
bermaustatin merupakan negara pertanian dan penternakan biri-biri yang
maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan industri penternakan dan
penyelembihan yang berjaya di Christchurch.
Seterusnya, kita mestilah beradab dan menghormati golongan tua.
Contohnya, Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha
belacan semasa pulang ke Sungai Besar. Contoh lain ialah Benny
menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat
melamar Melina sebagai isteri. Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan
dengan keluarga Anne setelah berhasrat untuk mengahwini Anne.
Tambahan pula, kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa
dalam kehidupan. Contohnya, Zain menyampaikan hasratnya untuk
berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris Melayu kepada ayahnya
bagi mendapatkan persetujuan bapa dan ibunya. Datuk Azrul dan Datin
Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di Cameron Highlands
untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne.
Di samping itu, kita haruslah ingat asal usul keturunan kita.
Contohanya, Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok
kelapa di kampung halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne.
Contoh lain lain, Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung
halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.
Akhirnya, kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan
harmoni demi keamanan Negara. Contohnya, Ustaz Hassan Syukri
menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut. Ustaz Hassan
Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di Malaysia
mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut.

Gaya Bahasa
Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat gaya bahasa
penggunaan Bahasa Inggeris. Contohnya, wind breaker, sindrom down,
terrace garden, Smoke House.
Selain itu, terdapat gaya bahasa peribahasa. Contohnya, peribahasa
Melayu seperti masa itu emas. Peribahasa Arab seperti masa umpama
sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala
jika kita lambat bertindak dan perahu sudah di air, pendayung di tangan
Tambahan pula, terdpat gaya bahasa personifikasi. Contohnya,
cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan, cuaca yang
begitu dingin menggigit Senja merangkak tua.
Seterusnya, terdapat gaya bahasa hiperbola. Contohnya, dosadosaku sudah melaut banyaknya dan tetapi kasihnya menggunung bagai
anak kandung.
Akhirnya, terdapat gaya bahasa simpulan bahasa. Contohnya,
buah mulut.

Teknik Plot
Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat teknik plot pemerian.
Contohnya, gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan
pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang
di hadapan mereka.
Selain itu, terdapat teknik plot dialog. Contohnya, dialog yang
pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka
bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program
Kempen Save Our River.
Seterusnya, terdapat teknik plot imbas kembali. Contohnya,
tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu.
Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh
pengurus-pengurus ladang.
Tambahan pula, terdpat teknik plot imbas muka. Contohnya,
ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat? tanya Chief
Inspektor Aznil. Contoh lain ialah, Buyong membuat andaian bahawa
Mejar B Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.
Akhirnya, terdapat teknik plot suspens. Contohnya, pihak-pihak
yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke
manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.Contoh lain ialah kehilangan
Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.

Latar Tempat
Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat latar tempat kafetaria di
UPM. Contohnya, Rahayu dan Azrul sedang bersarapan.
Selain itu, terdapat latat tempat perpustakaan di UPM. COntohnya,
Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan. Contoh
lain ialah Rahayu pengsan.
Tambahan pula, latar tempat dalam novel ini adalah Rumah Rehat
Sri Berkat di Bukit Fraser. Contohnya, Faridah dan Mastura membawa
murid Sindrom Down
seramai 10 orang ke Bukit Fraser.
Seterusnya, terdapat latar tempat jalan ke Pekan Raub. Contohnya,
Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah
terlibat dalam kemalangan.
Di samping itu, Smoke House juga salah satu latar tempat.
Contohnya, rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi
Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Tambahan pula, terdapat latar tempat Bukit Kutu. Contohnya,
Mejar B Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbaldi dalam
hutan sekitar Bukit Kutu.
Selain itu, terdapat latar tempat perkampungan orang Asli.
Contohnya, tempat Mejar B Kamarudin dan Buyong menemui Faridah
dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.
Justeru, Parit Satu, Sungai Besar adalah satu latar tempat dalam
novel ini. Contohnya, Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia
menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu.
Di samping itu, terdapat latar tempat Parit Dua, Sungai Besar iaitu
kampung Azrul. Contohnya, dia menjalankan projek penternakan
kambing.
Akhirnya, terdapat latar tempat Rosewood, New Zealand. Ini ialah
tempat rumah Faridah di New Zealand.

Latar Masyarakat
Dalam novel Kabus di Perbukitan, terdapat masyarakat pelajar
universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Selain itu, terdapat masyarakat yang cinta akan alam sekitar.
Contohnya, Azrul dan beberapa orang rakannya telah menaja penubuhan
Persatuan Pencinta Alam dan Hutan. Persatuan tersebut mengadakan
banyak program bagi mendedahkan pelajar tentang kepentingan menjaga
alam sekitar. Contohnya, Azrul juga menganjurkan ekspedisi meneroka
hutan kayu bakau dan mendaki gunung, contohnya Gunung Kinabalu.
Tambahan pula, terdapat masyarakat yang mengambil berat
terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya, Faridah, dan Mastura yang
bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak
istimewa ialah satu ibadah.
Seterusnya, terdapat masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Contohnya, Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila
menghadapi tekanan atau masalah hidup.
Di samping itu, terdapat masyarakat yang suka bersedekah.
Contohnya, hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka
bersedekah.
Tambahan pula, terdapat masyarakat orang Asli. Contohnya, Tok
Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang
menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.
Seterusnya, terdapat masyarakat yang rindu akan anaknya.
Contohnya, Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya
Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.
Di samping itu, terdapat masyarakat yang tabah menghadapi
cabaran. Contohnya, Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan
suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di
New Zealand.

Justeru, terdapat masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya,


walaupun Hamidah ibu tiri kepada Rahayu, namun dia memberikan kasih
saying sepenuhnya kepada Rahayu. Dia menemani Rahayu di hospital.
Dia mendidik Rahayu dan turu berasa susah hati apa yang menimpa
Rahayu.
Terdapat juga masyarakat yang berdikari. Walaupun mempunyai
ijazah dalam bidang pertanian, Azrul tidak mahu kerja dengan kerajaan
dan makan gaji. Selain itu, Azrul berdikari dengan menternak kambing,.
Dia bersedia menghadapi cabaran. Dia melakukan kajian terhadap bola
kambing dan menternak kambing biri-biri dan kambing kacukan.
Akhirnya terdapat masyarakat yang menghargai masa. Rahayu
amat memahami akan sikap Azrul yang sentiasa menepati masa. Semasa
pertemuan untuk mengulang kaji di perpustakaan Universiti Pertanian
Malaysia (UPM). Rahayu sampao tepat pada masanya dan Azrul sampai
lebih awal. Hal ini menyebabkan Azrul berpotensi menjadi orang berjaya
dalam kehidupanya, buktinya Azurl meneriama anugerah tertinggi
sebagai Penternak Jaya Kebangsaan.

Latar Masa
Latar masa Kabus di Perbukitan adalah tempoh masa lebih 25
tahun. Contohnya, cerita berula ketika Faridah mula berkerja di JKM
sebagai sukarelawan dalam usia awal 20-an dan pulang semula ke
Malaysia setelah menetap di New Zealand 25 tahun.
Selain itu, terdapat latar masa pagi. Contohnya, Seawal jam 6.00
pagi, Rahayu bagun untuk solat sabuh. Dia berasa sesuatu sedang
membengkak di lehernya. Contoh lain ialah, pada jam 5.00 pagi, En.
Kamaruddin menerima panggilan telefon daripada Cikgu Riduan
memberitahu kemalangan yang menimpa Faidah.
Tambahan pula, terdapat latar masa tengah hari. Contohnya, pada
jam 12.00 tengah hari, Soleh dan Melina sampai di Dubai International
Airport. Mereka berdua ke Dubai untuk menemui Benny yang sedang
bersembunyi daripada buruan polis anatarabangsa.
Di samping itu, terdapat latar masa malam. Contohnya, pada jam
10.00 malam, Ghazali sampai di rumah Gap Cameron untuk
mendapatkan perkembangan terkini tentang kehilangan Faridah.
Akhirnya, terdapat latar masa larut malam. Contohnya, pada larut
malam ketika Soleh menerima kedatangan Melina dan Benny yang
menyatakan hasratnya hendak meminang Melina.

Binaan Plot
Dalam novel Kabus di Perbukitan terdapat binaan plot permulaan.
Contohnya, pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat
subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada
bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut
Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
Selain itu, terdapat binaan plot perkembangan. Contohnya, pada
bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di
perpustakaan. Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia
dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang
sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama
dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub.
Faridah hilang dari tempat kemalangan. Selepas dua minggu, Faridah
ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok
Batin Senik dalam keadaan koma. Akhirnya Rahayu meninggal dunia di
sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan. Azrul berjaya
menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing.
Faridah berkahwin dengan Ghazali. Ibunya meninggal dunia dan diikuti
dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya. Faridah bersetuju
ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus. Faridah menetap di New
Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang
bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka
dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina. Zain berkenalan
dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak.
Melina berkahwin dengan Jabbar al Anbia atau dikenali sebagai Benny
dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Terengganu. Benny sibuk
dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya,
Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa
sunyi. Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah. Muhamed
Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri
agar menyertai perjuangan mereka.
Tambahan pula, terdapat binaan plot konflik. Contohnya, Mejar B
Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan
Hamidah. Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri
keduanya berpindah ke Pontianak, Indonesia. Faridah putus tunang
dengan Azman. Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan
menghidap barah paru-paru. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan
dan mereka hilang selama dua minggu. Melina berkonflik dengan dirinya
kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya.
Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri

dalam cara perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam.


Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke
Dubai.
Selain itu, terdapat binaan plot Klimaks. Contohnya, Faridah,
Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan
membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Muhammad Attar
ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis
kerana suaminya tidak pulang ke rumah. Perkahwinan Anne dengan Zain
berlangsung dengan meriah. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny
dan Melina bersetuju menetap di Dubai.
Akhirnya, terdapat peleraian. Contohnya, Anne dan Zain menetap
di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons.
Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai