Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN MEKANIK

STRUKTUR

Takrifan mekanik :-- kajian tentang gerakan benda ( daya yang


menyebabkan gerakan).
Takrifan struktur :- sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian
hingga
menjadi bentuk tertentu.
Dari segi istilah, Mekanik Struktur dikaitkan dengan kajian/analisis terhadap
terhadap sifat-sifat dan kelakuan struktur apabila ia dikenakan beban atau
daya.

DAYA-DAYA LUARAN DAN DALAMAN (Internal & External Loads)

Daya - didefinisikan sebagai suatu agen yang menghasilkan atau cenderung


menghasilkan; memusnahkan atau cenderung memusnahkan pergerakan.

Daya luaran - dikaitkan dengan beban yang dikenakan ke atas struktur. Ia meliputi
berat struktur itu sendiri dan beban luaran yang dikenakan ke atas struktur.

Daya dalaman - adalah daya yang terdapat pada bahan struktur untuk menanggung
beban yang dikenakan. Daya dalaman bertindak berlawanan arah dengan daya luaran.

JENIS-JENIS DAYA LUARAN DAN DALAMAN


Amnya terbahagi kepada 4 jenis iaitu:(i) Daya paksi (Axial Force)
() Daya yang bertindak bersudut tepat dengan luas keratan jasad.
() Daya bertindak samada arah ke dalam (mampatan) mengakibatkan ubahbentuk pemendekan (cth: tiang yang
menanggung beban)
() Atau bertindak arah ke luar (tegangan) - mengakibatkan
ubahbentuk pemanjangan (cth: beban yang digantung pada dawai
spring)

(ii) Daya ricih (Shear Force)


Daya yang bertindak berserenjang/selari dengan luas permukaan
keratan.
Ia mengakibatkan ubahbentuk ricihan (cth: sambungan bolt dan
rivet yang menanggung beban)

(iii) Daya lentur (Bending Force)


() Dua momen yang senilai dan berlawanan arah pada kedua-dua
hujung
() Ia mengakibatkan ubahbentuk lenturan (cth:- rasuk yang
membawa beban)

(iv) Daya puntiran (Torsion Force)


() Daya yang mengandungi dua momen yang sama nilai yang
bertindak pada arah yang berlawanan di kedua-dua hujungnya.
() Ia mengakibatkan putaran (cth : rod berpusing terhadap paksi
memanjang)

BEBANAN GRAVITI, TEKANAN DAN


TINDAKBALAS
Bebanan Graviti (Gravity Loads)
Rajah menunjukkan sebuah kotak yang diletakkan di atas

satu satah mendatar.


Sekiranya kotak itu mempunyai jisim, m dan tarikan
graviti,g ; maka berat daya kotak tersebut adalah hasil
darab antara jisim dan tarikan graviti.
Daya = Jisim x Tarikan Graviti

F=mxg
F

Unit daya = kgms-2 @ Newton,


N
Tarikan graviti = 9.81 ms-2

Tekanan (Pressure)
Sekiranya luas permukaan sentuhan, A antara kotak dengan

satah (rujuk rajah 1.4) maka tekanan, P yang di alami oleh


permukaan dalam sentuhan ialah daya per unit luas;
Tekanan = Daya / Luas
Atau P = F / A
Unit tekanan = Nm

-2

1 N/m2 = 1 Pascal (Pa)

1 kN/m2 = 1 kPa

Tindakbalas (Reaction)
Apabila jasad/kotak mengenakan daya sebanyak mg ke

atas pemukaan satah yang disentuhnya, maka terdapat


daya tindakbalas, R yang sama nilainya bertindak ke atas
jasad itu.
Tindakan daya tindakbalas ini berlawanan arah dengan daya
yang dikenakan ke atas jasad.

STRUKTUR

Definisi : Struktur merupakan satu sistem

sambungan anggota-anggota struktur


yang direkabentuk untuk menanggung
beban bagi mengekalkan bentuk dan
kestabilan.
Contoh : Bangunan gabungan beberapa

anggota struktur seperti tiang, rasuk,


papak dan kerangka.

JENIS-JENIS PENYOKONG, TINDAKBALAS DAN


ARAH TINDAKAN (TYPES OF SUPPORTS,
REACTIONS & DIRECTION)
Terdapat 3 jenis penyokong iaitu (rujuk rajah 1.6)

i) Rola/penggelek (Roller)
Ia mempunyai daya tindakbalas yang bertindak bersudut
tepat dengan satah penyokong. Lazimnya dalam arah
pugak.
Fy =
0

ii) Pin (Pinned)


Ia juga dikenali sebagai sendi dan engsel.
Terdapat 2 daya tindak balas yang bertindak iaitu daya
pugak dan ufuk.
Fx =
0
Fy =

0
iii) Hujung terjempit (Fixed End)
Ia juga dikenali sebagai ikatan bina dalam
Terdapat 3 daya tindak balas iaitu daya pugak, daya ufuk

dan momen

Fx =
0
Fy =
0
M =
0

PASTIKAN ANDA SEMUA


FAHAM & BOLEH.
Mentakrifkan Mekanik Struktur.
Mentakrifkan jenis-jenis daya luaran dan dalaman.
Membezakan bebanan graviti, tekanan dan
tindakbalas.
Mentakrifkan struktur kejuruteraan awam.
Membezakan jenis penyokong, tindakbalas dan
arah.
Mengenalpasti jumlah anu pada titik hubung dan
tupang.