Anda di halaman 1dari 9

Meningkatkan Fokus dan Mengurangkan Masalah Tingkah

Laku Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Inggeris Melalui Penggunaan Kaedah Total Physical Response
Fatma Zuhra Binti Abdul Hai
[zuhrafatma@yahoo.com]
Encik Ahmad Jalalulail Bin Abdul Manab
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan fokus dan mengurangkan
masalah tingkah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
bagi murid Prasekolah Inovatif di SK Pakatan Jaya, Perak. Berdasarkan
refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya mendapati murid-murid
prasekolah sukar untuk fokus dan sering melakukan masalah tingkah laku
semasa guru mengajar. Kumpulan sasaran kajian ini adalah seramai dua puluh
satu orang murid Prasekolah Inovatif. Kajian ini menggunakan kaedah Total
Physical Response atau Respon Fizikal Secara Menyeluruh untuk menarik
perhatian murid terhadap pembelajaran dan mengurangkan masalah tingkah
laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dijalankan.
Data dikumpulkan melalui pemerhatian dengan menggunakan senarai semak,
catatan nota lapangan, rakaman foto dan temu bual. Rakaman video juga telah
digunakan sebagai triangulasi kaedah pengumpulan data untuk mengukur
peningkatan fokus dan pengurangan masalah tingkah laku murid selepas kaedah
Total Physical Response digunakan. Terdapat tiga aktiviti yang digunakan
semasa pelaksanaan kaedah Total Physical Response, iaitu bercerita, menyanyi
dan bermain. Dapatan kajian menunjukkan fokus murid telah meningkat dan
masalah tingkah laku juga berkurangan melalui penggunaan kaedah Total
Physical Response semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Kata kunci: pendidikan, pembelajaran, kaedah Total Physical Response
Pendahuluan
Pengenalan
Seawal umur empat hingga enam tahun ini, kanak-kanak masih lagi tebal
dengan fitrah semula jadi mereka yang suka bermain. Lantaran itu, tidak
hairanlah mengapa kanak-kanak seawal usia tersebut sering kali sukar untuk
menumpukan perhatian atau tertarik untuk mengikuti pengajaran baik secara
formal atau tidak formal. Melihat kepada fenomena ini, sistem pendidikan bagi
prasekolah ini memerlukan satu anjakan di mana guru perlu mempunyai
kebolehan untuk berkreativiti dan membentuk satu inovasi yang baru. Dengan
kata lain, guru perlu berusaha untuk mempelbagaikan dan menzahirkan idea
kreatif dalam setiap sesi pengajarannya bagi memastikan murid-murid mampu
menguasai kemahiran yang diajar.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Setelah menjalani praktikum selama tiga bulan bagi fasa ketiga di
Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, saya mendapati bahawa murid-murid
prasekolah tersebut sering tidak fokus dan melakukan masalah tingkah laku
sewaktu pengajaran subjek Bahasa Inggeris dan masalah ini telah berlarutan
sehingga menjejaskan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.
Masalah ini juga telah mengganggu penyampaian isi pelajaran dan penerimaan
murid-murid terhadap pembelajaran itu sendiri di dalam bilik darjah.
Refleksi Nilai Pendidikan
Pengurusan tingkah laku murid di dalam bilik darjah amat penting untuk
memastikan kelangsungan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan objektif
yang telah ditetapkan. Justeru itu, para pendidik perlu terus mencari formula
yang sesuai untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Guru perlu
mengenal pasti bentuk kemahiran mengajar yang sesuai, strategi dan corak yang
boleh menghasilkan satu komuniti murid yang berjaya dari aspek
perkembangan tingkah laku dan seterusnya pembelajaran secara
keseluruhannya seiring dengan aspirasi murid seperti yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Oleh itu, guru perlu
memastikan bahawa memastikan bahawa pendekatan yang digunakan untuk
mengajar bersesuaian dengan ciri-ciri keupayaan yang ada pada murid-murid.
Sekiranya tingkah laku positif terhadap pengajaran dan pembelajaran tidak
dipupuk sejak peringkat awal prasekolah, adalah sukar untuk murid-murid ini
menyesuaikan diri dengan pembelajaran formal di sekolah rendah kelak.
Fokus Kajian
Isu Kajian
Fokus kajian adalah untuk meningkatkan fokus dan mengurangkan
masalah tingkah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
menggunakan kaedah Total Physical Response. Kaedah Total Physical
Response ini dapat dipelbagaikan kepada tiga jenis aktiviti, iaitu bercerita,
menyanyi dan bermain. Justeru itu, penyelidikan tindakan ini akan lebih
berfokus kepada pelaksanaan kaedah Total Physical Response yang memberi
tindak balas terhadap pembelajaran melalui aktiviti seperti bercerita, menyanyi
dan bermain untuk bagi menarik minat murid-murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Ingeris.
Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
James Asher (2003) menyatakan kaedah Total Physical Response atau
Respon Fizikal Secara Menyeluruh menggunakan keseluruhan deria dan
seluruh fizikal manusia untuk memberi tindak balas terhadap pembelajaran dan
kaedah ini amat sinonim dengan pendekatan yang digunakan untuk
pemerolehan bahasa kedua kanak-kanak. Munoz, M.E. (2011) juga menyatakan
pengajaran Bahasa Inggeris melalui TPR membuatkan murid cepat dan mudah
untuk belajar dengan adanya sokongan atau persembahan daripada fasilitator
atau rakan mereka. Selain itu, persekitaran pembelajaran yang bebas tekanan

membolehkan murid lebih bermotivasi untuk mempelajari bahasa sasaran.


Fayeqa Abdul Hussain Sakhawati (2004) juga menyatakan Total Physical
Response merupakan salah satu strategi yang berkesan dalam pengurusan bilik
darjah. Hal ini kerana para murid melibatkan diri secara langsung dalam
aktiviti yang dijalankan oleh guru. Kajian oleh Siti Aisyah Abd. Nasir dan
Rajagopal Ponnusamy (2014) juga menunjukkan kaedah Total Physical
Response dilihat lebih memberikan kesan positif kepada pengurangan masalah
tingkah laku dan peningkatan tumpuan murid di dalam kelas daripada
peningkatan kemahiran mengecam nombor satu hingga lima itu sendiri.
Biemiller (2000) juga menyatakan kanak-kanak bersedia untuk belajar kosa
kata baru apabila dibekalkan dengan penerangan melalui pembelajaran aktif
menerusi penglihatan, pendengaran, membuat dan meniru.

Objektif Kajian/Soalan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan fokus dan mengurangkan
masalah tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris melalui penggunaan kaedah Total Physical Response.
Objektif Khusus :
i)
Meningkatkan fokus murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris.
ii)
Mengurangkan masalah tingkah laku semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris.
iii)
Menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Soalan Kajian :
i) Adakah kaedah Total Physical Response dapat meningkatkan fokus
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di
dalam bilik darjah?
ii) Adakah penggunaan kaedah Total Physical Response dapat
mengurangkan masalah tingkah laku murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Inggeris?
iii) Adakah kaedah Total Physical Response mengggalakkan
penglibatan murid secara secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid kelas Prasekolah
Inovatif di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, iaitu seramai 21 orang yang
terdiri daripada kaum Melayu dan seorang kaum India. Kesemua murid ini
berumur enam tahun dengan bilangan murid lelaki seramai 10 orang dan murid
perempuan seramai 11 orang.

Tindakan Yang Dijalankan

Tarikh

Pelaksanaan Kaedah Total Physical Response

27/07/2015

Guru telah menerangkan serta memodelkan terlebih dahulu


beberapa kosa kata yang hendak diajar, misalnya head,
shoulder, knees dan lain-lain. Kemudian, guru bercerita
dan peserta kajian dibimbing untuk memberikan respon fizikal
dengan berpandukan gambar serta perkataan yang disebut oleh
guru. Seterusnya, peserta kajian dibimbing untuk menyanyi
lagu sambil membuat pergerakan. Guru membuat demontrasi
pergerakan mengikut lirik lagu Head Shoulder Knees and
Toes terlebih dahulu. Kemudian, peserta kajian bermain
permainan Action Games dengan bimbingan guru. Guru
menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dan peserta kajian
memberi respon fizikal dengan menunjukkan anggota yang
disebut oleh guru.

Sesi Pengajaran
dan
Pembelajaran
Bagi Tema Parts
of Body

29/07/2015
Sesi Pengajaran
dan
Pembelajaran
Bagi Tema
Emotions

30/07/2015
Sesi Pengajaran
dan
Pembelajaran

Peserta kajian dibimbing untuk memberikan respon fizikal


kepada perkataan dalam Bahasa Inggeris yang merujuk kepada
empat jenis emosi. Kemudian, guru bercerita dan peserta
kajian dibimbing untuk memberikan respon fizikal dengan
berpandukan gambar serta perkataan yang disebut oleh guru.
Seterusnya, peserta kajian dibimbing untuk menyanyi lagu
sambil membuat pergerakan.
Guru membuat demontrasi
pergerakan mengikut lirik lagu If Youre Happy, Angry, Sad
and Scaredterlebih dahulu. Kemudian, peserta kajian bermain
permainan Action Games dengan bimbingan guru. Guru
menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris tertentu dan peserta
kajian memberi respon fizikal dengan melakonkan emosi, iaitu
melakukan aksi pergerakan, mimik muka dan bunyi suara yang
merujuk kepada emosi yang disebutkan oleh guru.
Guru bercerita dan peserta kajian dibimbing untuk memberikan
respon fizikal dengan berpandukan gambar serta perkataan yang
merujuk kepada haiwan yang disebutkan oleh guru. Seterusnya,
peserta kajian dibimbing untuk menyanyi lagu sambil membuat
pergerakan. Guru membuat demontrasi pergerakan mengikut

Bagi Tema
Animals

lirik lagu Old MacDonald telebih dahulu.


Kemudian,
peserta kajian bermain permainan Action Games dengan
bimbingan guru. Guru menyebut perkataan dalam Bahasa
Inggeris yang merujuk kepada haiwan tertentu dan peserta
kajian memberi respon fizikal dengan melakonkan aksi
pergerakan serta menghasilkan bunyi bagi haiwan yang disebut
oleh guru.

Cara Penggumpulan Data


Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dengan menggunakan
senarai semak sebelum dan sepanjang tempoh seminggu, iaitu dengan jumlah
pemerhatian sebanyak tiga kali sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris selama 30 minit. Pemerhatian yang telah dibuat adalah dari
dua aspek, iaitu pemerhatian aspek fokus dan aspek tingkah laku disruptif
peserta kajian semasa pelaksanaan kaedah Total Physical Response. Saya juga
telah membuat catatan nota lapangan dan rakaman video juga telah dibuat
sebagai bahan sokongan kepada catatan nota lapangan untuk mengelakkan
berlakunya keciciran maklumat semasa pemerhatian dibuat. Rakaman foto juga
telah dibuat dan temu bual turut dijalankan untuk mengetahui persepsi, dan
pendapat mereka terhadap kajian yang telah dijalankan. Teknik temu bual yang
telah saya gunakan untuk menemu bual untuk guru prasekolah serta guru
pelatih adalah berstruktur. Bagi murid prasekolah pula, saya telah menjalankan
teknik temu bual separa berstruktur sebagai sokongan kepada dapatan yang
diperoleh.
Keputusan/Analisis Data dan Interpretasi
Hasil dapatan yang diperoleh menerusi senarai semak mengenai aspek
fokus peserta kajian telah dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan
seterusnya naratif semasa pelaksanaan kaedah Total Physical Response sewaktu
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Jadual 1
Dapatan Pemerhatian Aspek Fokus Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Total Physical Response
Bilangan Murid yang Fokus
Item
Pemerhatian 1
Pemerhatian 2
Psikomotor
20
20
Kognitif
19
20
Afektif
18
17

Pemerhatian
20
21
20

Peningkatan Aspek Fokus Murid Selepas Penggunaan Kaedah Total Physical Response
25
20
15

Psikomotor

Bilangan Murid 10

Kognitif
Afektif

5
0
1

Pemerhatian
Rajah 1.
Dapatan Pemerhatian Aspek Fokus Semasa Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Total Physical Response
Jadual 2
Analisis Perbandingan Masalah Tingkah Laku Sebelum dan Semasa
Pelaksanaan Kaedah Total Physical Response

Analisis dapatan melalui catatan nota lapangan dan rakaman foto juga
menunjukkan murid melibatkan diri secara aktif dalam ketiga-tiga sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang dijalankan melalui
penggunaan kaedah Total Physical Response

Jadual 3

Rajah 3.
Jadual
Responden
Guru Prasekolah 1

Guru Prasekolah 2
Guru Pelatih
Responden
Guru Prasekolah 1

Saya rasa kaedah ni memang dapat meningkatkan


fokus murid semasa belajar. Murid-murid beri lebih
tumpuan pada pengajaran guru.
Fokus! Ya, mereka lebih fokus. Boleh menarik
kembalilah minat dan fokus mereka.
Setelah menggunakan TPR, fokus diorang lebih
bertambah baik la.
Kod 4: Tingkah Laku Murid
Murid pra memang suka aktiviti yang melibatkan

fizikal. Jadi, bila cikgu suruh mereka buat pergerakan


yang dikehendaki murid-murid takda peluang nak
menunjukkan masalah tingkah laku seperti sebelum ni.
Guru Prasekolah 2
Ya, memang masalah tingkah laku kurang dari
dulu..murid-murid lebih aktif..aktif lebih ke arah
pengajaran guru.
Guru Pelatih
Walaupun tak sepenuhnya, masalah tingkah laku
mereka berkurang..pada murid yang sebelum ni terlalu
aktif.
Bagi soalan 3, iaitu berkaitan dengan fokus murid, kedua-dua guru prasekolah
dan guru pelatih mengatakan bahawa penggunaan kaedah Total Physical
Response dapat meningkatkan fokus murid. Di samping itu, guru prasekolah 2
turut menyatakan bahawa kaedah Total Physical Response dapat menarik
kembali minat murid dan seterusnya fokus mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi soalan 4, iaitu berkaitan dengan masalah tingkah laku semasa pelaksanaan
kaedah Total Physical Response, kedua-dua guru prasekolah dan guru pelatih
bersetuju bahawa masalah tingkah laku telah berkurangan selepas kaedah Total
Physical Response digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Inggeris. Hal ini jelas menurut guru prasekolah 1 yang mendakwa aktiviti
pergerakan yang dibuat menyebabkan murid tidak berpeluang untuk
menunjukkan masalah tingkah laku. Manakala, guru prasekolah 2 menyatakan
bahawa murid lebih aktif ke arah pembelajaran dan guru pelatih pula
menyatakan bahawa pengurangan masalah tingkah laku jelas kelihatan pada
murid-murid yang sebelum ini sangat aktif di dalam kelas.
Rumusan/Refleksi Selepas Dapatan
Berdasarkan analisis dapatan senarai semak aspek fokus dan juga temu
bual dengan guru yang diperoleh, didapati fokus murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Inggeris telah meningkat. Analisis dapatan senarai
semak aspek tingkah laku dan temu bual dengan guru juga menunjukkan
berlaku pengurangan masalah tingkah laku semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris melalui pelaksanaan kaedah Total Physical
Response. Analisis catatan nota lapangan dan rakaman foto turut menunjukkan
bahawa kaedah Total Physical Response menggalakkan penglibatan murid
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Cadangan Kajian Seterusnya
Bagi menangani masalah segelintir murid yang sangat teruja semasa
menjalankan aktiviti sehingga mengganggu dan mengendalakan proses
pengajaran dan pembelajaran, saya mencadangkan supaya guru
menggabungjalinkan model pengurusan tingkah laku bersama penggunaan
kaedah Total Physical Response semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Inggeris. Selain itu, guru juga boleh menggabungjalinkan kaedah


tersebut bersama teknik modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip
peneguhan. Inovasi juga boleh dibuat dari segi pelaksanaan aktiviti dalam
menjalankan kaedah Total Physical Response itu sendiri mengikut kesesuaian
murid-murid di dalam bilik darjah guru. Seterusnya, kaedah TPR juga boleh
digunakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid-murid dengan berkesan.
Di samping itu, guru boleh
mengurangkan bilangan murid dengan memilih murid-murid yang tertentu
mengikut masalah tertentu.
Senarai Rujukan
Armony, J. L., & Dolan, R. J. (2002). Modulation of spatial attention by fearconditioned stimuli: An event-related fMRI study. Neuropsychologia, 40,
817-826. doi:10.1037/1528-3542.2.2.118
Bjork, R. A. (1994). Memory and metamemory considerations in the training of
human beings. In J. Metcalfe & A. Shimamura (Eds.), Metacognition:
Knowing about knowing (pp. 185-205). Cambridge, MA: MIT Press.

Anda mungkin juga menyukai