Anda di halaman 1dari 3

Agenda 21

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan


Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED)
sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992.
Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-
negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan
laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian
diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya
mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan
dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang
berkaitan.

Profil Negara

Hasilnya, pada tahun 1993, beberapa buah negara mula menghantar laporan Agenda
21 kepada CSD. Selepas dua tahun pelaksanaannya, pihak CSD sangat berpuas hati
dengan sambutan dan mutu laporan yang dipersembahkan, lalu telah menerbitkan
Profil Negara pada 1997 sebagai rujukan paling lengkap selepas 5 tahun pelaksanaan
Agenda 21. Profil tersebut menghimpunkan laporan negara-negara antara tahun 1994
hingga 1996.
Profil Negara ini bertujuan:

 Membantu negara-negara memantau pelaksanaan inti pati Agenda 21.


 Berkongsi pengalaman dan maklumat dengan negara-negara lain; dan
 Merekodkan usaha-usaha dan pencapaian negara-negara untuk merealisasikan
idea Agenda 21

Siri kedua Profil Negara telah dibentangkan semasa Sidang Kemuncak Bumi
tentang Pembangunan Mapan yang diadakan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4
September 2002. Setiap profail mengandungi 40 hasrat Agenda 21, termasuklah isu-isu
yang menjadi keutamaan CSD sejak 1997, termasuklah perdagangan, tenaga,
pengangkutan, perindustrian mapan, dan pelancongan mapan. Profil Negara 2002 ini
menjadi rujukan paling berguna sekarang tentang pelaksanaan Agenda 21 pada
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menyediakan laporan Agenda 21 bukanlah satu tugas yang mudah kerana menuntut
kerjasama yang menyeluruh dan berterusan.Tetapi menerusi pemahaman, hubungan
dan koordinasi yang baik antara agensi kerajaan, institusi, dan pertubuhan berkenaan,
usaha-usaha untuk mencapai hasrat pembangunan mapan tentunya akan lebih mudah
dan berkesan, pada peringkat negara dan seterusnya di peringkat antarabangsa.
Struktur dan Kandungan

Terdapat 40 bab dalam Agenda 21, yang dibahagikan kepada empat bahagian.
Semuanya tercatat dalam dokumen melebih 900 muka surat:

Bahagian I: Simensi Sosial dan Ekonomi

termasuklah memerangi kemiskinan, mengubah corak penggunaan, perubahan


demografi dan penduduk, memperbaiki kesihatan, memperbaiki corak penempatan
mapan dan mengintergrasikan alam sekitar dan pembangunan di dalam membuat
keputusan.

Bahagian II: Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk Pembangunan

termasuklah melindungi atmosfera, memerangi ketandusan hutan, melindungi alam


sekitar yang rapuh, pemeliharaan kepelbagaian hidupan, dan mengawal pencemaran.

Bahagian III: Memperkasakan Peranan Kumpulan Besar

termasuklah peranan kanak-kanak dan remaja, wanita, badan bukan kerajaan, pihak
berkuasa tempatan dan pekerja.

Bahagian IV: Menekankan Perlaksanaan

termasuklah sains, perpindahan teknologi, pendidikan, institusi dan mekanisme


antarabangsa dan mekanisme kewangan.

Anda mungkin juga menyukai