Anda di halaman 1dari 7

Menggunakan Wormhole sebagai mekanisme untuk space travel telah dibincangkan oleh

ahli fizik sejak begitu lama. Illustrasi menunjukkan keratan yang diambil dari sebuah jurnal
fizik yang di tulis oleh ahli fizik dari Amrika Syarikat iaitu professor Kip Thorne dan juga
rakaannya Michael Morris

Isaac Newton, seperti yang diketahui umum amat popular dikenali sebagai bapa fizik
klasik. Teorinya mendominasi zaman ketika beliau hidup malah selepas beliau meninggal
sekalipun. Beratus-ratus tahun teorinya subur tidak tercabar sehinggalah pada permulaan
abad ke 20. Pada abad ke 20, terdapat ilmu baru yang telah dicipta bagi menampal
kekurangan yang terdapat pada fizik klasik. Tetapi apakah teori Newton yang dahulunya itu
salah?
Jawapannya tidak. Ini kerana hukum-hukum fizik yang digunakan oleh Isaac Newton
masih digunakan sampai ke hari ini. Bangunan-bangunan besar, jambatan-jambatan dan
segala struktur kejuruteraan yang wujud pada hari ini adalah bertitik tolak dari teori yang
pernah dibangunkn oleh Isaac Newton. Setelah Newton, muncul pula seorang saintis lain
bernama Albert Einstein. Albert Einstein adalah pengasas kepada teori kerelatifan khas
dan teori kerelatifan umum. Berbeza dengan teori-teori yang pernah dihasilkan oleh
kebanyakan saintis yang lain, teori kerelatifan amat istimewa kerana ia berpusatkan
kepada teknik berfikir yang mendalam dan kekkuatan pemikiran. Ini sedikit berbeza
dengan teori Newton yang dibina berasaskan kepada kepputusan eksperimen dan
pemerhatian hariannya.

Dalam hukum kerelatifan khas pengasasnya iaitu Albert Einstein menggariskan 2


peraturan iaitu :
Pertama - Hukum-hukum fizik tetap dalam semua frame of reference ( pegun / bergerak)
Kedua Kelajuan cahaya tetap dalam semua frame of reference ( pegun / bergerak)

Tenaga
Tenaga adalah keupayaan objek melakukan kerja. Tenaga wujud dalam banyak keadaan kinetik, keupayaan dan sebagainya. Menurut Hukum Keabadian Tenaga, tenaga tidak
boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan. Tenaga hanya berubah dari satu bentuk ke
bentuk yang lain. Keadaan satu tenaga kepada tenaga yang lain tidak tetap, tetapi
tenaganya akan sentiasa tetap.
Contohnya, jika kita mempunyai sebiji durian atas pokok, durian tersebut mempunyai
tenaga keupayaan. Apabila ia bergerak jatuh ke tanah, tenaganya bertukar menjadi tenaga
kinetik. Dan apabila ia terhempas ke tanah, ia akan terus bergolek (bergerak) dan masih
mempunyai tenaga kinetik dan dalam masa yang sama menghasilkan tenaga haba
disebabkan geseran. Lihatlah dari kejadian ini selepas satu bentuk tenaga, tenaga itu
bertukar menjadi satu bentuk tenaga kepada bentu tenaga yang lain. Dengan lain
perkataan, keadaan tenaga tidak tetap. Tetapi jumlah tenaga yang ada pada durian tadi
jika dikaji, tidak sekali-sekali berubah. Tenaga yang terkandung dalam durian akan
berubah dalam bentuk tenaga-tenaga yang lain.
.

----