Anda di halaman 1dari 3

1.

MUQADDIMAH
Yayasan Sekolah Al-Quran atau ringkasannya Y.S.A.Q.K.L. merupakan sebuah sekolah
yang bertaraf yayasan yang memberi peluang kepada warga kota Kuala Lumpur untuk
mempelajari dan memperbaiki bacaan kalam Allah AL-Quranul Karim secara percuma
agar mereka dapat beribadat di samping kesibukan mereka mencari rezeki di bandar
aya ini.

2.MATLAMAT
Y.S.A.Q.K.L. mensasarkan matlamat untuk membasmi buta Al-Quran di kalangan masya
rakat dewasa di sekitar Lembah Klang khususnya warga bandaraya Kuala Lumpur.

3.OBJEKTIF YSAQKL
-Memberi kesedaran kepada peserta betapa pentingnya membaca Al-Quran dengan betu
l.
-Memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah membaca Al-Quran dengan betul
melalui peringkat asas dan tilawah hingga khatam.
-Mempertingkatkan mutu bacaan para peserta melalui kaedah talaqqi musyafahah (pr
oses pembelajaran dua hala).

4.SEJARAH PENUBUHAN
FAKTA RINGKAS SEJARAH PENUBUHAN YSAQKL
Y.S.A.Q.K.L. yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Al - Quran Kuala Lumpur ( S
A Q K L ) telah ditubuhkan pada bulan 1hb Jun 1998 bersamaan 06 Safar 1419 bera
lamat di tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House) 33, Jalan Yap Ah Sha
k , 50300 Kuala Lumpur
Idea penubuhan S.A.Q.K.L pada masa tersebut adalah dengan perbincangan antara Pe
ngasas S.A.Q.K.L. yang merupakan seorang ahli Perniagaan dengan Bekas Mudir Pert
ama Ustaz Badarudin bin Toroji Al-Hafiz dengan bermatlamatkan untuk membasmi But
a Al-Quran di kalangan masyarakat dewasa sekitar Lembah Klang
Kelas pengajian yang pertama telah bermula pada hari Isnin 08 Jun 1998 dengan bi
langan kelas sebanyak 5 buah kelas dengan tenaga pengajar seramai 10 orang (5 or
ang untuk sesi pagi dan 5 orang sesi petang). Mereka adalah di kalangan Al Hafiz
Dalam Dan Luar Negeri.
Manakala pada 02 Mei 2000 Sekolah ini di naikan taraf kepada YAYASAN SEKOLAH AL
QURAN KUALA LUMPUR atau ringkasannya Y.S.A.Q.K.L.
Pada masa yang sama juga Y.S.A.Q.K.L. membuka sebanyak 3 kelas lagi menjadikan 8
kelas dan menambahan kakitangan seramai 6 orang tenaga pengajar yang menjadikan
jumlah kesemuanya seramai 16 orang dikalangan al-hafiz dan graduan dalam dan lu
ar negara
Semua ini adalah cetusan idea pengasas Y.S.A.Q.K.L. serta hasil daripada kerjasa
ma antara pentadbir Y.S.A.Q.K.L. dan ustazâ ustaz. Mereka memikirkan betapa penting
nya kalam Allah ini di syiarkan. Lebih lebih lagi di tengah ibu kota. Dan beraza
m supaya semua warga kota di Lembah Klang ini mampu membaca al-Quran dengan baik
.
6.PROGRAM PENGAJIAN

Pengajian Al-Quran di Y.S.A.Q.K.L adalah secara Talaqqi Musyafahah iaitu proses


pembelajaran secara dua hala antara para peserta dan tenaga pengajar.
Program pengajian tersebut adalah tertumpu kepada bidang pengajian Al-Quran dan
Tajwid yang bersandarkan kepada dua peringkat utama iaitu:
1.Peringkat Asas Bacaan Al-Quran dan;
2.Peringkat Tilawah Al-Quran.
PERINGKAT ASAS
Peringkat Asas Bacaan Al-Quran merupakan peringkat yang penting kepada setiap pe
serta. Peringkat ini merangkumi pendedahan kaedah untuk membaca Al-Quran yang be
rmula daripada mengenal huruf-huruf Al-Quran dari sudut sebutan makhraj dan sifa
t yang betul hinggalah kepada penjelasan hukum-hukum tajwid.
Sepanjang peringkat asas ini, para peserta didedahkan dengan kaedah bacaan serta
hukum-hukum tajwid secara berperingkat dengan menggunakan kaedah IQRAâ . Kaedah in
i didapati bersesuaian untuk semua peringkat umur. Ini adalah kerana ia dibahagi
kan kepada 6 peringkat utama yang diterapkan melalui setiap jilid IQRAâ pertama hi
ngga keenam.
Di samping itu, kaedah IQRAâ ini juga telah disemak dan diperakui oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai satu kaedah yang baik dan berkesan untuk semua peri
ngkat dalam usaha untuk mempelajari bacaan Al-Quran.
PERINGKAT TILAWAH AL-QURAN
Pada peringkat tilawah Al-Quran ini para peserta didedahkan dengan bacaan Al-Qur
an secara keseluruhan dengan bacaan yang betul mengikut bacaan Riwayah Hafs dari
pada Imam â Asim.
Dengan ini, para peserta akan dibimbing untuk membaca Al-Quran yang merangkumi 3
0 juzuk. Bacaan mereka akan perhatikan oleh guru masing-masing serta akan diperb
etulkan sekiranya berlaku kesilapan dalam bacaan mereka.
Bacaan peringkat ini menggunakan Al-Quran Mashaf Uthmani.
Setiap peserta yang telah melalui peringkat kedua ini sehingga khatam Al-Quran s
ebanyak 30 juzuk, mereka akan dianugerahkan Sijil Khatam Al-Quran oleh pihak Y.S
.A.Q.K.L. sebagai penghargaan di atas usaha mereka mempelajari bacaan Al-Quran.
Sijil ini akan dianugerahkan kepada peserta setelah mereka menduduki peperiksaan
peringkat Al-Quran yang diadakan sekali setiap tahun.

7.PESERTA PROGRAM
Peserta yang terlibat dalam pengajian Al-Quran di YSAQKL adalah golongan dewasa
lelaki mahupun perempuan berumur 13 tahun ke atas yang berada di sekitar Lembah
Klang, khususnya di bandaraya Kuala Lumpur.
8.PENUTUP
Y.S.A.Q.K.L. akan terus berusaha untuk memberi khidmat pengajian Al-Quran secara
percuma kepada warga bandaraya Kuala Lumpur agar bacaan Kalam Allah ini terus m
erahmati seluruh alam semester, khususnya di Malaysia yang tercinta.
Semoga Allah Taala menerima amalan mulia lagi murni ini sebagai satu kebajikan a
mal soleh untuk semua warga Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai