Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan.
Mengikut Kamus Dewan, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan, watak,
pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada
baik atau jahat. Menurut Islam pula ia bererti satu sifat atau sikap keperibadian yang
melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan
yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh
Allah.
Akhlak juga boleh ditafsirkan sebagai budi pekerti dan sifat-sifat mulia. Setiap orang
hendaklah mempunyai akhlak atau sifat-sifat yang baik dan mulia kerana dengan
mempunyai budi pekerti tersebut manusia akan dapat hidup dengan aman dan
bahagia .Rangkaian di antara iman, ilmu, akhlak dan amal mestilah ada pada semua
manusia kerana keempat-empat perkara tersebut saling berkaitan di antara satu
sama lain.
Remaja adalah golongan utama yang sering diutarakan bagi menilai tahap sosial
masyarakat di mana golongan ini menjadi fokus utama kerana golongan inilah yang
bakal memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Remaja sering kali
dilibatkan dengan masalah sosial dan juga sering diperkatakan serta diulas.
Hakikatnya para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu kemelut sosial
dan kekeliruan hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik
yang pesat di negara ini. Antara masalah sosial yang dikenalpasti membabitkan
golongan remaja hari ini ialah seperti seks bebas yang bermula daripada pergaulan
bebas, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum minuman keras, lepak,
lumba haram dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak,
merogol dan membunuh. Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana ia
menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap membimbangkan.
Norwatie Ahmad
2.
3.
4.
5.
Norwatie Ahmad
ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini akan mengakibatkan remaja bebas
melakukan apa saja tanpa ada sekatan dari ibu bapa..
Selain daripada itu, seorang remaja apabila hidup dalam satu keluarga yang tidak
harmoni, ibubapanya yang sering bergaduh di hadapan anak-anak. Maka mereka
akan keluar mancari kedamaian dan akan bersama kawan-kawan. Jika sekiranya
kawan-kawan yang jahat maka mereka juga akan terlibat dalam jenayah. Keluarga
yang porak peranda serta bercerai berai pula akan menyebabkan anak-anak
menjadi mangsa. Apabila tidak ada tangan ibu yang membelai dan bapa yang
menguruskan urusan nafkah maka anak-anak akan terdedah kepada kerosakkan
dan jenayah.
Norwatie Ahmad
mencuba menyebabkan berlaku hubungan sex luar nikah yang boleh menyebabkan
berlakunya kehamilan luar nikah seterusnya membawa kepada pembuangan bayi.
Perasaan ingin tahu sebegitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang
menimbulkan masalah apabila mereka tiada garis panduan dari orang-orang yang
sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan
tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
Norwatie Ahmad
Norwatie Ahmad
wang
dan
perempuan.
Kepuasan
dan
keseronokan
untuk
melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. IAda yang mendapat habuan
lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang
taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini. Namun
hakikatnya ramai diantara mat rempit ini yang terkorban di jalanraya hanya sekadar
untuk mencari keseronokan bagi mereka.
Norwatie Ahmad
kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul
kehormatan ,merogol dan juga pelacuran . Selain jenayah seksual, terdapat juga
masalah seks rambang yang menyebabkan hamil luar nikah dan pelacuran
dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Ada diantara remaja yang terikut-ikut dengan apa yang ditontonnya melalui filem
lucah. Lebih menyedihkan lagi bila ada segelintir remaja yang menonton filem ini
bersama-sama dengan ibu bapanya.. Sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup
mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah adalah
sangat tidak berakhlak. Sedangkan sepatutnya Ibu bapa hendaklah menjadi
pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak. Selain daripada itu
kerana pengaruhmedia massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan
bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi
tingkah laku anak-anak dan para pelajar. Disamping itu penyalahgunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan
bebas melayari halaman lucah .Semua ini adalah punca kepada berlakunya
masalah sek bebas dan jenayah seksual yang boleh membawa kepada kehamilan
luar nikah dan pembuangan bayi.
Ponteng Sekolah
Senario ponteng sekolah pula bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di
kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak
membimbangkan . Pelajar sekolah menengah, terutamadi peringkat usia antara 14
hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala
ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah
ponteng,kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus
adalah pelajar perempuan . Masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan
pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang
bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar.Di antara faktor-faktor
yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah
ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa
pentingnya ilmu pengetahuan ,pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat
7
Norwatie Ahmad
hiburan, pusat membelibelah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut atau
terpengaruhdengan rakan sebaya.Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah
masalah
serius
yang
perludiberi
perhatian.dengan
mengambil
pendekatan
bersepadu denganmengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah
yang berkesan untuk menanganinya.
anak
cara
bersopan,
prinsip-prinsip
akauntabiliti,
tepati
janji,
Norwatie Ahmad
perubahan-perubahan
teknik-teknik
pengajaran
seperti
penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan
perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana remaja yang bermasalah dengan
efektif. Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan
diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang
cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja kelak. Guru
kaunseling bakal menjadi barisan awal untuk mengesan remaja yang bermasalah
lalu segera membuat perubahan yang mampu membawa remaja terbabit ke pangkal
jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak sekolah
menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani cabaran
hidup remaja kerana mereka menghabiskan masa yang lama di sekolah.
berkelayakan
dan
berpengalaman
dilantik dalam
Norwatie Ahmad
5. Peranan Individu
Peranan individu itu sendiri adalah amat penting dalam menangani keruntuhan
akhlak ini seperti mendekatkan diri kepada Tuhan dan mencuba untuk mengelakkan
diri dari terlibat dengan sebarang gejala negative atau masalah disiplin. Selain
daripada itu individu hendaklah sentiasa meminta dorongan daripada keluarga,
rakan-rakan dan pihak kaunseling. Mereka tidak perlu malu untuk berkongsi
masalah yang dihadapi. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah atau
beban yang ditanggung.
Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu menanganinya
dengan kembali kepada ajaran keagamaan mereka.
kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa remaja terutama yang bermasalah
kerana agama memberikan seseorang itu satu pegangan atau kepercayaan bahawa
diri mereka mampu mengharungi badai kehidupan yang sedang melanda mereka
itu. Jelaslah, semakin tebal kefahaman agama dalam diri remaja semakin besarlah
10
Norwatie Ahmad
peluang remaja itu untuk mampu menangkis sebarang cabaran kehidupan yang
timbul dalam hidup mereka.
Rumusan
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan
remaja kita pada hari ini, ianya amatlah mencemaskan. Tindakan untuk
mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya
adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Oleh itu ibu bapa, guru-guru,
dan masyarakat perlulah berganding
tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Disamping itu kerajaan juga
perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan
pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh
merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu
didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan
hukuman.
mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang
bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di
negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dikalangan remaja adalah salah satu
daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara
dalam jangka masa panjang.Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para
remaja haruslah dibendung dan di atasi segera supaya ia tidak terus mewujudkan
satu ancaman besar yang boleh merugikan Negara.
11
Norwatie Ahmad
Rujukan
1.
2.
3.
https://berita-harian-online.com/minda-cabaran-pembinaan-sahsiahremaja
4.
https://melayucyber.blogspot.com/2005/10/asas-pembentukan-keluargabahagia.html
5.
https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.
htm&arc=hive
Refleksi
Bagi menyiapkan tugasan ini, saya perlu mencari seberapa banyak
maklumat yang boleh tentang keruntuhan akhlak remaja masa kini serta
cuba mencari punca dan jalan penyelesaiannya.. Saya akui sebelum ini ,
saya rasakan isu keruntuhan akhlak ini suatu perkara biasa yang tetapi
apabila membuat tugasan ini baru saya tahu bahawa keruntuhan akhlak
remaja ini adalah suatu isu yang tidak boleh dipandang ringan dan harus
12
Norwatie Ahmad
13