Program ini dilihat berjalan seperti yang dirancang dengan jayanya. Respons
daripada ibu bapa menyatakan bahawa program ini sangat bagus bagi memberi
kesedaran kepada setiap pihak untuk memainkan peranan masing masing dalam
mendidik anak anak remaja yang bakal menjadi tonggak negara satu ketika nanti.
Sesi penyerahan taklif pula dilihat begitu menyayatkan hati di mana anak anak
mereka mencium tangan kedua-dua ibu bapa dan mendakap pelukan dengan erat.
Refleksi
Ketepatan masa dapat dilihat sewaktu perlaksanaan program tersebut.
Pengumuman telah dibuat 30 minit awal sebelum aktiviti bermula. Jadi, guru dapat
membawa murid ke dewan pada masa yang telah ditetapkan. Bahkan, program dapat
berjalan dengan lancar seperti yang telah dijadualkan kerana murid dapat dikumpulkan
mengikut masa yang telah ditetapkan. Setiap guru memainkan peranan masing-masing
khususnya peranan guru kelas bagi setiap kelas. Setiap guru telah mendapat maklumat
awal tentang program yang akan dilaksanakan. Justeru, peranan guru kelas ialah
mengumpul murid-murid di luar kelas, memastikan bilangan murid mengcukupi dan
mengiring murid-murid ke dewan.
Sistem kawalan murid mengikut susunan aktiviti program di bawah seliaan pihak
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dengan kerjasama guru-guru adalah
teratur. Ini adalah sistem kawalan murid yang sentiasa digunakan untuk memudahkan
guru menyusun dan membuat kawalan murid-murid sewaktu sesuatu program
dilaksanakan.Selain itu, perlunya sesuatu program berbentuk keagamaan untuk
membentuk sahsiah murid yang terpuji. Jadi, program ini dapat membantu secara tidak
langsung untuk membentuk sahsiah diri seseorang murid-murid agar menjadi insan
yang berguna di masa akan datang dengan sifat-sifat terpuji yang ada pada diri mereka.
Justeru, berdasarkan kepada beberapa perkara di atas, saya akan jadikan
panduan di masa akan datang sewaktu berkhidmat sebagai guru nanti. Segala
pengalaman yang dilihat semasa program Penyerahan taklif perlu diambil kira
khususnya dari segi perlaksanaan dan topik yang ingin disampaikan apabila
mengendalikan sesuatu program berbentuk keagamaan di masa akan datang. Dengan
cara ini Memberi kesedaran pada diri saya tentang tanggungjawab dari segi rohani dan
jasmani dalam memantapkan institusi keluarga. Saya juga harus peka bagi menyentuh
aspek Kefahaman tentang batas batas tuntutan agama dan kewajipan yang mesti
dilakukan.