Anda di halaman 1dari 1

DI SANA SEMUANYA ADA

disana ada ramai saudara maraku


yang pandai, yang cerdik, yang pintar dan yang bijak
tapi.....sayang mereka bergelut pada kejahilan
berpeluk pada kemungkaran, bertuankan sekularisme
berkiblatkan kezaliman, bermahkotakan kekayaan dunia
disana ada ramai sedarah sedagingku
mereka asyik bergelut, bergulit, bergelumang untuk
mencari kekayaan duniawi
memboncitkan perut sendiri, memenuhkan poket anak, isteri dan kroni
disana ada ramai kenalanku
asyik bertengkar, berbohong, memfitnah
bermasam muka sesama sendiri
sesekali berbunuhan sesama mereka
demi harta dunia, demi pangkat dan kuasa
demi nama dan keluarga
disana ada ramai saudara maraku
yang buta antara kaca dan permata
yang pekak antara kebenaran dan kebatilan
yang bisu antara keadilan dan kejahilan
yang hilang pertimbangan antara dunia dan akhirat
disana ada ramai sedarah sedagingku
yang pandai mengampu, yang bijak menipu
yang bodoh macam lembu
ikut telunjuk macam penyapu
disana ada ramai saudara maraku
yang kudung, yang capik, yang tempang, yang pekak
yang buta, yang bisu dan yang gila.....semuanya ada
tersenyum bangga.....
lihat tuan mereka tersandar angkuh dalam kereta mewah
tersengih gembira.....
lihat tuan mereka kumpul harta berjuta, banglo dua tiga
melancung keluar negara, tinggal disinggahsana
malangnya, mereka tetap papa kedana

Nukilan: Tedung Emas, Muar