Anda di halaman 1dari 9

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Modul PBL - pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan


pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan
diberikan oleh pensuarah kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan
dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk
menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada.
Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri
bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih
berkesan dan efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada
keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan
peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan
pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan,
pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi,
serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan


peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan
STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah kaedah kuliah
iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari pembelajaran kaedah pengajaran secara kuliah
didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan graduan yang menguasai kemahiran
generik walaupun pencapaian akademik yang terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar,
menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan
pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa,
2005).

Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring dengan
teknologi terkini dan perkembangan semasa. Menjadi tanggungjawab pendidik untuk
menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti.
Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang
merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan
pendekatan berpusatkan pelajar. Di mana dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk
mencari maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan
menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu
pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan
kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang cepat
terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk
kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri.

Sejarah PBL

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional


sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980). Merujuk
kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan oleh Professor Howard Barrow.
Pada mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang. Namun begitu, beliau menggunakan
kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya dan mendapat reaksi yang positif di
kalangan pelajar tersebut. Pendekatan ini telah membuka mata dan menarik minat para
pendidik yang lain untuk menggunakannya. Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow menjadi role
model bagi PBL dan Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL. Selain itu, Don Wood
merupakan bapa kepada PBL dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti McMaster.

Objektif PBL

Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar
menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta
kemahiran membuat keputusan.
c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai
disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan
profesionalisme.
d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja
berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif
(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)

Ciri-ciri PBL

Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang
dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau
salah,
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang
pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,
d) Pensyarah sebagai pembimbing,
e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu
perubatan.

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkahlangkah tersebut ialah seperti berikut:

a) Pembahagian Kumpulan

Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan
membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik
dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah

Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti
dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan faktafakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea
terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam
bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang
berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi
petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.

c) Menjana Idea

Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses
penyelesaian masalah tersebut.

d) Isu Pelajaran

Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat
membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah
yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan
mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

e) Pembelajaran Kendiri

Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan
logik dengan masalah yang diberikan.

f) Sintesis dan Aplikasi

Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar


akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang
diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang,
membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas

Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu,
penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya,
perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing.

Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran
menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat
kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application mendapati
bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk
melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

Proses Menyelesaikan Masalah

Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah
penyelesaian iaitu:
a) Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang
berkaitan dengannya;
b) Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi
dengan penyelesaian;
c) Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah
demi langkah; dan
d) Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan
apa yang hendak diselesaikan.
(Widad Othman, et al, 2003)

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu
kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah
yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai
pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997)
dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Prosesproses tersebut ialah:

a) Mengenalpasti Masalah

Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah
untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan
yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif
masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi
maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu,
pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan
tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)
menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat
definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.

b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data

Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi.
Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data.
Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran
dan lain-lain.

Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan


mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca
masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu
masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa
persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu
berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah,
pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan
dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).

Pada peringkat ini, pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan mampu
mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu,
pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Pelajar juga perlu berbincang dan
berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta perlu mamastikan sama ada
maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak.

c) Membuat Keputusan

Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan
penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu
mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan
penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang
diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu
kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini
mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah
satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara
tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut
digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah
kumpulan.

d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik

Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan
melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar
perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini
kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan

ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan
bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada
ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan
yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan
yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik.

e) Melaksanakan Keputusan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya
terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian,
ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian
masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang
dijangka dapat dijana atau tidak.

Kelebihan PBL

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran
lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya
dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini
seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus
belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan
pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih
selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan 2007, menyatakan
keinginan menyelesaikan masalah mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan
pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Pelajar
yang melalui PBL dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan
menyelesaikan masalah. Tse dan Chan, (2003) menyatakan bahawa kaedah PBL sangat
berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan teknikal pelajar. Melalui kaedah
ini, setiap pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri yang
merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya masa depan mereka. Selain itu,
kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan
yang diamalkan untuk subjek kejuruteraan.

Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mampu
untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran
menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk terus
belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan

masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi
pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam. Secara tidak langsung
dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut. Penyataan ini disokong dengan
kajian yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti
kaedah PBL dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi matapelajaran
Teknologi Makanan dan Nutrisi.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBL mampu meningkatkan kemahiran
generik para pelajar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini
disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa (2005) bertajuk Kemahiran Generik Dalam Kelas
Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBL membantu pelajar dalam
memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam kelas berbanding pelajar yang
menggunakan kaedah kuliah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar


menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi melahirkan
dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam
menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat dan adil. Secara
amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk
melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi,
mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada
dalam diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya. Oleh hal
yang demikian, orang-orang yang dipimpin akan lebih menghormati dan berasa selamat di
bawah jagaannya.

Rujukan

Ainon Mohd. (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd: Pahang.
Baden, M.S & Major, C.H. (2004).Foundation of Problem-Based Learning. USA: Mc Graw Hill
Education.
Berita Harian 25 Jan 2007. Pembelajaran Berpasukan Bentuk Kemahiran Insan. Oleh
Muhammad Amir.

Borrows, H.S., (1996). Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief Overview
dalam Wilkerson, L.A and Gijselaers W.H. Bringing Problem Based Learning to Higher
Education: Theory and Practice. San Francisco: Jossey Bass Publishers. 3-12
De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). Interpersonal Skill in Organization. USA: Mc Graw Hill.
Edward, L., Monika, L. (1995). Creative Problem Solving: Thinking Skill for A
Changing Wold. USA: Mc Graw Hill
Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan Kemahiran
Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ONN (KUiTTHO).
Kirby, Gary, R. & Goodpaster, Jeffery, R. (2002). Thinking. USA: Prentice Hall.
Koonts dan ODonnel. (1976).Management: A system and Contigency Analysis of Managerial
Functions. Mc Graw Hill: New York, Vol 6.

Anda mungkin juga menyukai