Anda di halaman 1dari 17

SEKOLAH MENENGAH KEN HWA,

89008 KENINGAU, SABAH


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 5

LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT


TEMA
CABARAN MASA DEPAN
TAJUK PROJEK
KEMPEN MENGATASI GEJALA SOSIAL
Disediakan oleh:
Claudia Joy
Jacinta Mansiw
Kathy Jah
Mischel V. Loved
Ornella Joseph
Rista Chia
Vaironicka Voo
Wanda John

ISI KANDUNGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Penghargaan
Tema
Tajuk Projek
Tarikh / Tempoh Pelaksanaan Projek
Objektif Projek
Senarai Ahli dan Tugasan
Pelaksanaan Projek
7.1 Perancangan
7.2 Kerja Amali
8. Penghargaan
9. Lampiran

PENGHARGAAN
Kami mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Pengetua SM Ken Hwa kerana memberi kami kebenaran untuk menggunakan kawasan sekolah
dan Dewan Lee See bagi menjayakan projek kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan.
Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Esha selaku penceramah bagi
Kempen Mengatasi Gejala Sosial. Tanpa bantuan dari beliau, nescaya kempen ini dapat
berlangsung dengan jayanya dan informasi yang ingin disampaikan kepada para pelajar dapat
dilaksanakan.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran kami, Puan
Kerana memberi kami peluang unutk melaksanakan projek sedemikian dan
memberi kami bimbingan sepanjang menjayakan projek ini.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada ahli Lembaga Pengawas kerana
sudi membantu untuk melicinkan lagi sepanjang kempen ini berlangsung.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG kerana sudi memberi bantuan dari segi
kewangan untuk menyempurnakan kempen ini. Tanpa bantuan dari pihak PIBG, kami tidak akan
mendapat sumber yang mencukupi untuk melaksanakan kempen ini.
Tidak lupa juga kepada kedua dua ibu bapa kami yang telah memberikan kami
sokongan moral, buah fikiran dan bantuan material dan pengangkutan. Tanpa bantuan utuh
daripada mereka, pelaksanaa projek ini pasti akan tergendala atau tidak dapat disempurnaka
dengan jaya.

1. Tema
2. Nama Projek
3. Tarikh Pelaksanaan
Tempat

: Cabaran Masa Depan


: Kempen Gejala Sosial
: 14 Ogos 2015
: Dewan Lee Sen, SM Ken Hwa

4. Objektif Projek
:
a) Membantu masyarakat setempat mengatasi gejala social
b) Mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian dalam kalangan remaja
c) Mewujudkan perasaan prihatin dalam kalangan masyarakat
d) Menyedarkan para remaja tentang kesan gejala sosial
e) Menepati tuntutan folio kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

5. Senarai Ahli dan Tugasan


a) Guru Penasihat
:
b) Ahli kumpulan
i. Pengerusi
: Claudia Joy
ii. Naib Pengerusi : Jacinta Mansiw
iii. Setiausaha
: Kathy Jah
iv. Bendahari
: Mischel V. Loved
v. AJK
: Ornella Joseph
: Rista Chia
: Vaironicka Voo
: Wanda John

6. Pelaksanaan Projek
6.1 Membuat perancangan
Perancangan untuk melaksanakan projek ini telah dimulakan pada awal bulan Ogos.
Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial ini dipilih berdasarkan gejala gejala social
yang semakin menjadi jadi daam kalangan remaja seperti ponteng sekolah, merokok,
menagih dadah, perlumbaan haram dan sebagainya. Walaupun gejala ini semakin serius
namun tiada mana mana pihak yang cuba membendungnya. Sekiranya aktiviti tidak
sihat ini dibiarkan berterusan, dikhuatiri remaja remaja tersebut akan melakukan aktivit
yang lebih memudaratkan diri mereka. Langkah langkah perlu diambil bagi menangani
gejala sosial ini.

Projek ini dinamakan Kempen Menangani Gejala Sosial bagi menyedarkan para remaja
bahawa pentingnya membendung aktiviti aktivit yang membahayakan diri mereka dan
betapa sia sianya hidup mereka jika tidak kembali ke jaan benar. Projek ini juga
mengajak remaja untuk menghargai dan menyayangi nyawa mereka. Diharap projek ini
dapat membantu para remaja menjadi lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara.

Bagi memastikan objektif projek ini tercapai dan mendapat sambutan, kerjasama
daripada beberapa persatuan sekolah amat diperlukan. Mereka telah memberi sokongan
moral dan material bagi menjayakan projek ini.

Aktiviti aktiviti berikut telah dikenal pasti untuk mengisi projek ini :

a) Ceramah kesedaran bertajuk Punca dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam
Kalangan Remaja yang akan disampaikan oleh Puan Esha selaku guru kaunseling
SM Ken Hwa.
b) Pameran pameran kesan gejla sosial

Untuk melaksanakan aktivit ini, ahli kumpulan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Setiap kumpulan ditetapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:

Kumpulan

Nama Ahli
Claudia Joy

A
Jacinta Mansiw
Kathy Jah
B

Mischel V. Loved
Ornella Joseph
Rista Chia

Vaironicka Voo
Wanda John

Tugasan
Memohon kebenaran pihak sekolah
Memohon kebenaran menggunakan dewan
Meminta Puan Esha mengadakan slot
ceramah
Menyusun kerusi dewan
Mengemas dewan
Membantu menyediakan bahan pameran
Mengatur pelajar setiap kelas ke dewan
dengan bantuan Lembaga Pengawas
Membersihkan kawasan pameran

Mesyuarat perancangan juga telah membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi
menjayakan projek ini agar tidak melebihi peruntukan yang diluluskan. Jumlah
pendapatan dan perbelanjaan sebenar adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial

Pendapatan

RM

Sumbangan PIBG

200.00

Jumlah

200.00

Perbelanjaan
Cenderamata penceramah

RM
50.00

Jamuan ringan
Jumlah

150.00
200.00

6.2 Kerja Amali


Kumpulan A
Pada awal bulan Ogos, ahli kumpulan A telah memohon kebenaran daripada pihak
sekolah unutk mengadakan aktiviti tersebut pada tarikh yang ditetapkan. Sehubungan itu,
ahli kumpulan A juga meminta kebenarand daripada Pengetua Sekolah untuk
menggunakan Dewan Lee Sen unutk mengadakan aktiviti ceramah.
Kumpulan B

Pada awal bulan Ogos, kumpulan B telah meminta Puan Esha unutk mengadakan sesi
ceramah yang berkaitan dengan tajuk projek memandangkan beliau juga merupakan
bekas penceramah yang sering dijemput oleh agensi di sekitar Keningau. Beliau telah
bersetuju untuk hadir dan memberi ceramah secara percuma.
Kumpulan C
Kumpulan C telah mencari bahan bahan berkaitan dengan kempen tersebut dan
menyusun catalog catalog pada papan pameran. Kumpulan C juga mengatur jadual
pelajar untuk masuk ke dewan dengan bantuan ahli Lembaga Pengawas SM Ken Hwa.
Pada pagi 14 Ogos 2015, ahli kumpulan C telah menyediakan tapak pameran untuk
pelaksanaan kempen tersebut.
Pada petang 14 Ogos 2015, jam 9.50 pagi, semua ahli jawatankuasa telah berada di
Dewan Lee Sen bagi memastikan segala persiapan telah disempurnakan. Para pelajar juga
telah dipanggil masuk ke dewan sebelum sesi ceramah dimulakan. Sambutan daripada
remaja adalah sangat menggalakkan. Puan Esha menekankan tanggungjawab dan amanah
yang dipikul oleh golongan remaja untuk kecemerlangan negara pada masa akan datang.
Selepas sesi ceramah sampai ke penghujungnya, murid murid bergerak ke tapak
pameran. Semua ahli kumpulan berada di stesen masing masing untuk memberi sedikit
keterangan mengenai bahan bahan yang dipamerkan.
Selepas jamuan ringan pada jam 11.35 pagi, semua ahli kumpulan bergotong royong
membersihkan kawasan dewan dan padang, menyusun semula kerusi dan menyusun
bahan pameran.

LAMPIRAN

MINIT MESYUARAT

Tajuk

: Mesyuarat Perancangan Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial

Tempat: Pusat Sumber SM Ken Hwa, Keningau


Tarikh

: 2 Ogos 2015

Masa

: 2.15 pm 3.00 pm

Kehadiran

: Claudia Joy

Ornella Joseph

Rista Chia

Jacinta Mansiw

Kathy Jah

Vaironicka Voo

Mischel V. Loved

Wanda John

Tujuan

: Membuat Perancangan Projek Khidmat Masyarakat

Keputusan

: - Saudari Claudia Joy dilantik menjadi pengerusi projek


-

Mesyuarat telah melantik ahli jawatankuasa dan membahagi ahli

kepada 3 kumpulan
- Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan projek pada 14 Ogos 2015
Tindakan susulan

: - Mesyuarat kedua akan diadakan pada 6 Ogos 2015

Disediakan oleh

(KATHY JAH)
Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
MINIT MESYUARAT

Tajuk
Tempat

: Mesyuarat Perancangan Projek


: Pusat Sumber SM Ken Hwa, Keningau

Tarikh

: 6 Ogos 2015

Masa

: 1.50 pm 2.45 pm

Kehadiran

: Claudia Joy

Ornella Joseph

Rista Chia

Jacinta Mansiw

Vaironicka Voo

Wanda John

Mischel V. Loved

Kathy Jah

Tujuan

: Merangka Program Projek

Keputusan

: - Permohonan penggunaan Dewan Lee Sen untuk melaksanakan projek

- Permohonan peruntukan kewangan daripada pihak PIBG


- Jemputan penceramah Puan Esha
- Jemputan ahli Lembaga Pengawas untuk membantu

Disediakan oleh


(KATHY JAH)
Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA


Tajuk Projek : Kempen Mengatasi Gejala Sosial

Pengerusi

mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa.


mewakili jawwatankuasa membuat

perbincangan dengan guru penasihat.


Mengambil alih tugas pengerusi semasa

ketiadaan pengerusi
membantu tugas pengerusi
mengurus surat mesyuarat
mencatatkan minit mesyuarat
membuat laporan projek
menguruskan hal kewangan
menyediakan rekod penggunaan wang

menghadiri mesyuarat
membantu kerja-kerja jawatankuasa yang

Claudia Joy Rosemo


Naib Pengerusi
Jacinta Mansiw
Setiausaha
Kathy Jah
Bendahari
Mischel Vrechell
Jawantankuasa
Ornella Joseph
Rista Chia
Wanda John
Vaironicka Voo

lain

SM Ken Hwa,
89008 Keningau,
Sabah.
Kepada,
Puan Esha,
SM Ken Hwa,
89008 Keningau,
Sabah.

6 Ogos 2015

Puan,
Jemputan Ceramah Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dengan ini memaklumkan bahawa murid Tingkatan 5 Setia akan menjalankan projek di
atas bagi menangani gejala sosial dalam kalangan remaja di SM Ken Hwa, Keningau bagi
memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Lima.
3.
Sehubungan dengan itu, Puan dijemput untuk menyampaikan ceramah kesedaran kepada
golongan remaja SM Ken Hwa. Program ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh
Tempat
Masa
Tajuk
4.

: 14 Ogos 2015
: Dewan Lee Sen, SM Ken Hwa, Keningau
: 10.00 pagi
: Punca dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja

Kehadiran dan kerjasama puan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.
Saya yang menjalankan tugas

(KATHY JAH)
Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
SM Ken Hwa, Keningau

SM Ken Hwa,
89008 Keningau,
Sabah.
Kepada,
Tuan Pengetua,
SM Ken Hwa,
89008 Keningau,
Sabah.

6 Ogos 2015

Tuan,
Memohon Penggunaan Dewan Lee Sen
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dengan ini memaklumkan bahawa murid Tingkatan 5 Setia akan menjalankan projek di
atas bagi menangani gejala sosial dalam kalangan remaja di SM Ken Hwa, Keningau bagi
memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Lima.
3.
Sehubungan dengan itu, Kami ingin memohon untuk meminjam Dewan Lee Sen untuk
pelaksanaan program tersebut. Program ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh
: 14 Ogos 2015
Tempat: Dewan Lee Sen, SM Ken Hwa, Keningau
Masa
: 10.00 pagi
Tajuk
: Punca dan Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja
4.

Kerjasama tuan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.
Saya yang menjalankan tugas

(KATHY JAH)
Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
SM Ken Hwa, Keningau

SM Ken Hwa,
89008 Keningau,
Sabah.
Kepada,
Pengerusi PIBG,
SM Ken Hwa,
89008 Keningau,
Sabah.

6 Ogos 2015

Puan,
Memohon Peruntukan Untuk Menjayakan Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dengan ini memaklumkan bahawa murid Tingkatan 5 Setia akan menjalankan projek di
atas bagi menangani gejala sosial dalam kalangan remaja di SM Ken Hwa, Keningau bagi
memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Lima.
3.
Sehubungan dengan itu, Kami ingin memohon peruntukan daripada pihak tuan. Program
ini diadakan dengan objektif utama memberi kesedaran kepada para remaja khususnya kepada
pelajar SM Ken Hwa tentang bahana gejala sosial yang kian berleluasa.
4.
Kami telah menjalankan analisis terperinci mengenai kes disiplin yang kerap berlaku di
sekolah. Sehubungan itu, kami bertekad untuk membantu dalam membendung masalah tersebut
dengan melaksanakan projek ini
5.

Kerjasama tuan, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.
Saya yang menjalankan tugas

(KATHY JAH)
Setiausaha Projek Kempen Mengatasi Gejala Sosial
SM Ken Hwa, Keningau

ATUR CARA PROJEK KEMPEN MENGATASI GEJALA SOSIAL

PROGRAM
Kempen Mengatasi Gejala Sosial

TARIKH
14 . 08. 2015

MASA
10.00 am

TEMPAT
Dewan Datuk Lee Sen, SM Ken Hwa, Keningau

ATUR CARA

10.00 am

Para pelajar masuk ke dewan

10.10 am

Ceramah Punca & Langkah Mengatasi Gejala Sosial

11.00 am

11.30 am

Sesi pameran

Jamuan ringan
Bersurai