Anda di halaman 1dari 32

TEGASAN LENTUR

C 2007 / UNIT 8 / 1

SIFAT-SIFAT KERATAN

OBJEKTIF AM :
Mempelajari dan memahami sentroid, momen luas kedua dan
modulus keratan .

OBJEKTIF KHUSUS:
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Menerangkan kesan daya sisi ke atas keratan rasuk.
Mengira nilai momen luas kedua (momen sifat tekun) .
Mengira nilai modulus keratan.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 2

INPUT 8A

8.0

SIFAT-SIFAT KERATAN

PENGENALAN

Rajah 8.1(a) : Rasuk A

Rajah 8.1(b): Rasuk B

Cuba anda perhatikan kedua-dua rasuk pada rajah 8.1. Kedua-dua rasuk
tersebut menerima tahap pembebanan yang sama. Pertimbangkan.

Rasuk manakah yang anda fikir LEBIH kukuh?


Sekiranya anda menjawab rasuk A; apakah rasionalnya?
Sekiranya anda menjawab rasuk B; apakah rasionalnya?
Adakah bentuk keratan rasuk menentukan tahap kekukuhan sesuatu rasuk?

Amnya terdapat pelbagai bentuk anggota struktur yang digunakan dalam


bidang Kejuruteraan Awam. Sebagaimana dalam rajah 8.1, rasuk A
mempunyai bentuk keratan rentas segiempat sama manakala rasuk B
mempunyai bentuk keratan rentas segiempat tepat. Selain daripada jenis
bahan yang digunakan (i.e konkrit atau keluli), bentuk anggota struktur juga
menentukan kekuatan dan ketegaran sesuatu struktur.
Persoalan rasuk manakah yang lebih kukuh dapat ditentukan dengan
menganalisis nilai momen luas kedua. Penentuan nilai momen luas kedua
sangat berkait rapat dengan sentroid. Oleh yang demikian, unit ini akan
membincangkan dengan lebih lanjut berhubung sentroid dan momen luas
kedua bagi bentuk keratan yang lazim dalam bidang kejuruteraan.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 3

8.1

KESAN DAYA SISI


Pertimbangkan dua bentuk rasuk mudah yang dibebankan seperti rajah 8.2(a)
dan 8.2 (b). Kedua-dua jenis rasuk tersebut mengalami lenturan pada arah
yang berbeza. Lenturan tersebut ditindakkan oleh beban momen pada
bahagian sisi rasuk tersebut. Kesan beban momen adalah wujudnya momen
lentur yang seterusnya menyebabkan berlaku tegasan lentur dalam rasuk.
Perhatikan filamen pada rasuk yang melendut (rajah 8.2a), permukaan atas
rasuk mengalami mampatan dan beransur kurang sehingga permukaan bawah
rasuk pula mengalami zon tegangan. Bayangkan sekiranya rasuk tersebut
terdiri dari ratusan lapisan filamen. Adakah terdapat filamen yang tidak
mengalami apa-apa perubahan i.e. mampatan atau tegangan? Ya, memang
terdapat filamen yang tidak mengalami ubahbentuk dan ia terletak pada satah
neutral. Satah neutral bagi sesuatu jasad amnya, melalui pusat graviti,
manakala bagi satu unsur luasan, ia melalui titik sentroid. Bahagian yang
seterusnya akan membincangkan sentroid dengan lebih lanjut.

W
Zon Mampatan

Zon Tegangan
Rajah 8.2(a) : Rasuk Melendut

W
A

Zon Tegangan
B

Zon Mampatan
Rajah 8.2(b) : Rasuk Meleding

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 4

8.2

SENTROID
Anda pasti maklum bahawa bumi berputar pada paksi yang melalui pusat di
mana semua jisimnya terpumpun; ia dikenali sebagai pusat graviti. Sentroid
merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan pusat bagi sesuatu
satah luasan (bahan yang tidak mempunyai jisim). Kedua-dua pusat graviti
dan sentroid merupakan titik keseimbangan. Amnya sentroid boleh dianggap
pusat graviti bagi sesuatu bentuk yang hanya mempunyai luasan dan tidak
mempunyai berat. Penentuan kedudukan titik sentroid boleh ditentukan
berdasarkan bentuk geometri.

8.2.1

Sentroid Bentuk Geometri Asas


Kedudukan titik sentroid lazimnya berpandukan kepada paksi rujukan
iaitu paksi pugak (y) dan paksi ufuk (x). Nilai sentroid ditulis dalam
sistem koordinat ( x , y ). Rajah 8.3 menunjukkan kedudukan titik
sentroid, s bagi bentuk geometri asas.

Bentuk

Luas, A

bh

b
2

bh
2

b
3

rr 2

4r
3

rr 2
2

Rajah 8.3 : Sentroid Bentuk Geometri Asas

h
2

h
3

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 5

8.2.2

Sentroid Bentuk Yang Mempunyai Dua Paksi Simetri


Terdapat bentuk yang mempunyai gabungan beberapa bentuk geometri
asas yang mempunyai dua paksi simetri. Sentroid bagi bentuk ini
adalah garispusat persilangan kedua-dua paksi. Ianya sangat mudah
untuk ditentukan, hanya perlu membahagi dua nilai lebar bentuk bagi
mendapatkan nilai x dan membahagi dua nilai tinggi bagi
mendapatkan nilai y . (Rajah 8.4)

S
S

(a)

Bentuk I

(b) Bentuk Bulatan Berongga

Rajah 8.4 : Bentuk Keratan Dua Paksi Simetri

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 6

8.2.3

Sentroid Bagi Luas Komposit


Terdapat bentuk geometri yang langsung tidak mempunyai paksi
simetri. Ia mungkin terdiri dari gabungan pelbagai bentuk geometri
asas dan mempunyai keluasan rencam/komposit. Sentroid bentuk
komposit dapat ditentukan dengan kaedah momen. Pertimbangkan
bentuk seperti rajah 8.5.

y1

y2 y3

x1

x
x2
x3

Rajah 8.5 : Bentuk Komposit

Bentuk komposit pada rajah 8.5 mempunyai rongga/lubang bulat.


Bagi memudahkan kiraan, bentuk di atas dibahagikan kepada tiga
komponen bentuk geometri i.e segitiga, segiempat, bulatan dan
masing-masing mempunyai keluasan A1, A2 dan A3.
Katakan:-

= Komponen 1 @ A1

= Komponen 2 @ A2
= Komponen 3 @ A3
x1, x2, x3 = Jarak sentroid komponen dari paksi y
y1, y2, y3 = Jarak sentroid komponen dari paksi x

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 7

Sambungan.......

Momen terhadap paksi y :


A x = A1X1 + A2X2 - A3X3

x =

A1 X 1 A2 X 2 A3 X 3
A1 A2 A3

x =

Ax
A

Momen terhadap x:
A y = A1Y1 + A2Y2 - A3Y3

y =

A1Y 1 A2Y2 A3Y3


A1 A2 A3

Ay

Bagi memperkukuhkan
pengetahuan anda dalam
menentukan kedudukan titik
sentroid, marilah ikuti siri
penyelesaian masalah
berikutnya.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 8

PENYELESAIAN
MASALAH 8 a

Menentukan sentroid keratan dengan dua paksi simetri

Tentukan kedudukan sentroid bagi keratan pembentung kekotak pada rajah


8.6. Pembentung tersebut mempunyai keratan 1000mm x 800mm dengan
ketebalan 300mm.

1000mm

800mm
Rajah 8.6 : Keratan Pembentung Kekotak

Penyelesaian
y
Tips..
Keratan di atas mempunyai dua paksi
simetri, maka sentroid bagi keratan ini
terletak pada persilangan kedua-dua
paksi.

b
Kedudukan sentroid ke paksi y, x =
2
800
2
= 400mm
=

Kedudukan sentroid ke paksi x, y =

h
2

1000
2
= 500mm
=

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 9

PENYELESAIAN
MASALAH 8 b

Menentukan sentroid keratan dengan satu paksi simetri

Tentukan kedudukan sentroid bagi keratan rasuk T seperti rajah 8.7.


150mm
30mm

120mm

30mm

Rajah 8.7: Keratan T

Penyelesaian
Tips.
Bentuk T mempunyai satu paksi simetri, yy. Dengan
itu kedudukan sentroid merujuk kepada paksi y, x
boleh ditentukan dengan membahagi dua lebar keratan
T tersebut i.e 75mm. Hanya kedudukan y sahaja
yang perlu dikira.

y
1
Tips.
Bagi memudahkan kiraan,
keratan T dibahagikan
kepada dua bentuk geametri
asas i.e segiempat tepat

A1 = 150 x 30
= 4500mm2

; A2 = 120 x 30
; y1 = (30 2) + 120 ; y 2 = 120 2
2
= 3600mm
= 135mm
= 60mm

x =

b
150
=
= 75mm#
2
2

y =

A1Y 1 A2Y2
A1 A2

(4500x135) (3600x60)
4500 3600

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 10

= 101.67mm #

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 11

PENYELESAIAN
MASALAH 8 c

Menentukan sentroid keratan komposit

Tentukan kedudukan sentroid bagi bentuk seperti pada rajah 8.8.


y

120mm

140mm

40mm

40mm
Rajah 8.8: Keratan Tidak Simetri

Penyelesaian
A1 = 140 x 40
= 5600mm2

Tips..
Bagi memudahkan kiraan, bahagikan
bentuk tersebut kepada bentuk geometri
asas i.e dua komponen segiempat tepat.

A2 = 80 x 40
= 3200mm2
Kedudukan sentroid bentuk 1 ke paksi x, y 1 = 140 2
= 70mm
Kedudukan sentroid bentuk 2 ke paksi x, y 2 = 40 100
2
= 120mm
Kedudukan sentroid bentuk 1 ke paksi y, x1 = 40 2
= 20mm
Kedudukan sentroid bentuk 2 ke paksi y, x2 = 80 40
2
= 80mm

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 12

sambungan ........
Dengan menggunakan formula sentroid untuk bentuk komposit;

x =

A1 X 1 A2 X 2
A1 A2

(5600x20) (3200x80)
5600 3200

= 41.82mm #

y =

A1Y 1 A2Y2
A1 A2

(5600x70) (3200x120)
5600 3200

= 88.18mm #

Masalah 8b dan 8c juga


boleh diselesaikan dalam
bentuk jadual, mari ikuti
penyelesaian masalah 8d.
Anda bebas memilih teknik
yang anda sukai.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 13

PENYELESAIAN
MASALAH 8 d

Menentukan sentroid luas komposit

Tentukan kedudukan sentroid bagi luas yang berwarna pada rajah 8.9.

30mm
15mm

30mm

30mm

Rajah 8.9 : Keratan Simetri Pada Satu Paksi

Penyelesaian
Y
Tips.
Keratan di bahagikan
kepada empat bentuk
asas geometri

2
1

4
3
X

(i) Jarak sentroid dari paksi y, x = 30mm#(keratan simetri pada paksi y)


(ii) Jarak sentroid dari paksi x, y , diselesaikan dalam jadual.

Komponen

A (mm2)

Segitiga, 1
Segiempat, 2
Semibulatan, 3

0.5 x 15 x 30 = 225 (+)


30x30 = 900 (+)
( x 152 ) 2 = 353.4 (-)

Segitiga, 4

0.5 x 15 x 30 = 225 (+)


996.6

y =

Ay
A

15748.8
996.6
= 15.8mm#
=

y (mm)
30/3 = 10
30/2 = 15
(4 x 15)/3
= 6.37
30/2 = 15

A y (mm3)
2250
13 500
2251.2
2250
15 748.8

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 14

AKTIVITI 8A

SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA,


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.
8.1

Benar Palsu [ Tandakan pada kotak yang berkenaan ]


(a) Sentroid adalah titik di mana semua jisim sesuatu jasad terpumpun.
Benar

Palsu

(b) Sentroid bagi bentuk yang mempunyai dua paksi simetri adalah titik
persilangan paksi-paksi tersebut.
Benar

Palsu

(c) Sentroid merupakan satu kriteria penting dalam penentuan sifat keratan.
Benar

Palsu

(d) Sekiranya keratan mempunyai paksi simetri y-y, hanya jarak y perlu dikira.
Benar
8.2

Palsu

Nyatakan jarak y ke sentroid suatu keratan semi bulatan dengan jejari r.


_____________

8.3

Lakarkan kedudukan sentroid bagi bentuk keratan pada rajah 8.10.

Rajah 8.10: Keratan Simetri

8.4

Tentukan kedudukan sentroid bagi keratan segiempat tepat yang mempunyai


ukuran 50mm lebar dan 100mm dalam.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 15

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8A

8.1

8.2

(a)

Palsu

(b)

Benar

(c)

Benar

(d)

Palsu

y=

4r
3

y=

b
2

8.3

8.4

x=

50
= 25mm#
2
h
2

100
= 50mm#
2

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 16

INPUT 8B

8.3

SIFAT-SIFAT KERATAN

MOMEN LUAS KEDUA


Momen luas kedua juga di kenali sebagai momen sifat tekun. Momen luas
kedua melambangkan kekukuhan sesuatu bentuk luasan. Ianya ditakrifkan
sebagai momen dari momen luas pertama. Antara lain, momen luas kedua
merupakan luasan didarab dengan kuasa dua lengan momen terhadap sesuatu
paksi. Nilainya tidak sama bagi paksi yang berlainan.
y
x

dA

y
x
Rajah 8.11 : Unsur Luas A

Momen luas kedua terhadap paksi x;


Ix =

y dA
2

Momen luas kedua terhadap paksi y;


Iy =

x dA
2

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 17

Bentuk

A (mm2)

Ipg

bh3
12

bh

bh3
36

bh
2

rr 2
2

Ixx

bh3
3

bh3
12

d 4

d 4

64

32

0.11r4

Rajah 8.12 : Momen Luas Kedua Bentuk Lazim


Nota :
Ipg = Asalan paksi-paksi terletak di sentroid
Ixx = Asalan paksi-paksi terletak di penjuru

r 4
8

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 18

Di dalam merekabentuk sesuatu anggota struktur, keupayaan sesuatu anggota


menanggung beban merupakan faktor yang penting. Nilai momen luas kedua
merupakan antara faktor yang utama bagi memastikan kemampuan anggota
struktur menanggung beban kenaan. Pertimbangkan dua keratan rasuk
segiempat tepat berikut;
b
h x

b x

x
h

(i)

bh3
Ix =
12

(ii)

hb 3
Ix =
12

Rajah 8.13 : Keratan Segiempat Tepat

Kedua-dua rasuk mempunyai luas keratan yang sama, namun nilai momen
luas kedua, Ipg yang berbeza. Keratan yang pertama memberi nilai momen
luas kedua yang lebih besar, dengan itu ianya lebih kukuh dari bentuk yang
kedua. Bagi tujuan perbandingan, pertimbangkan keratan bagi bentuk pada
rajah 8.14.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 19

Bentuk rasuk

Luas keratan
rentas

Momen luas kedua

100 mm
200 mm

A = 20 x 103 mm2

I = 66.7 x 106 mm4

A = 20 x 103 mm2

I = 172.2 x 106 mm4

A = 20 x 103 mm2

I = 228.4 x 106 mm4

A = 20 x 103 mm2

I = 191.7 x 106 mm4

40 mm

300 mm
40 mm
240 mm

100 mm
50 mm
300 mm
50 mm

100 mm
50 mm

200mm
50 mm

Rajah 8.14 : Bentuk Keratan Sama Luas


Daripada rajah 8.14 kita dapati luas keratan
rasuk yang sama tetapi memberi nilai momen
luas kedua yang berbeza. Jelas, bentuk
keratan mempengaruhi nilai momen luas
kedua dan seterusnya keupayaan rasuk
menanggung beban.

??? Keratan manakah merupakan


keratan yang paling kukuh????

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 20

8.3.1

Teorem Paksi Selari


Teorem paksi selari menyatakan bahawa momen luas kedua terhadap
sesuatu paksi mempunyai kaitan dengan momen luas kedua pada paksi
sentroid sesuatu luas keratan. Momen luas kedua terhadap sebarang
paksi andaian dalam arah x di berikan oleh;
Ix =

y dA --------- (i)
2

Pertimbangkan satu luasan seperti berikut


y
dA

y
*S

Paksi sentroid

x
Rajah 8.15 : Unsur Luasan A

Kedudukan paksi sentroid x yang melalui titik sentroid, s adalah


selari dengan paksi x.
d, merupakan jarak antara dua paksi i.e paksi x dan paksi sentroid.
Jarak luas satu unsur kecil dA dari paksi x ialah y = y + d
Dari persamaan (i), jika y di ganti dengan y + d , maka;
Ix = ( y ' d ) 2 dA
A

y' dA 2d y' dA d dA --------(ii)


2

Dari persamaan (ii): Kamiran pertama :- Momen luas kedua melalui paksi sentroid
Kamiran kedua :- Memberi nilai sifar kerana jumlah momen pada
paksi yang melalui sentroid adalah sifar.
Kamiran ketiga :- Jumlah luas A
Oleh itu:Ix = Ipg + Ad2
*Nota : Teorem paksi selari hanya boleh digunapakai sekiranya salah
satu daripada paksi adalah paksi sentroid.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 21

8.4

MODULUS KERATAN
Takrifan: Nisbah di antara nilai momen luas kedua sekitar paksi sentroid
bagi sesuatu keratan dengan jarak terjauh diantara paksi sentroid
dengan bahagian bawah/atas keratan.
Lazimnya simbol yang digunakan adalah Z.
Pertimbangkan keratan segiempat tepat dengan lebar, b dan tinggi, d seperti
pada rajah 8.16.
y

d
x

y
b
Rajah 8.16 : Keratan Rasuk

Anggap Ix sebagai momen luas kedua sekitar paksi xx.


Momen luas kedua terhadap paksi sentroid

Zx =

Jarak terjauh keratan dengan paksi sentroid

I xx
( di mana b/2 merupakan jarak sentroid terjauh ke hujung keratan @ ymak)
b
2

Z=

I
y max

Marilah mencuba penyelesaian


masalah berhubung momen luas
kedua.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 22

PENYELESAIAN
MASALAH 8e

Mengira momen luas kedua bentuk geometri asas

Kirakan momen luas kedua bagi segiempat tepat melalui paksi x.(Rajah 8.17)
25mm
Rajah 8.17
100mm

x
Penyelesaian
Bagi segiempat tepat, momen luas kedua sekitar paksi sentroid;
bh3
Ipg =
12
25x1003
=
12
= 2.08 x 106 mm4
Dengan teorem paksi selari;
Ix = Ipg + Ad2
= (2.08 x 106) + (100 x 25 x 502)
= 8.33 x 106 mm4 #
______________________________________________________
PENYELESAIAN
MASALAH 8f

Mengira momen luas kedua bentuk geometri asas

Kirakan momen luas kedua bagi bentuk keratan segitiga kakisama melalui
paksi x.
Rajah 8.18

50mm

x
50mm

Penyelesaian
Bagi segitiga kakisama,
bh3
Ipg =
36
50 x50 3
=
36
= 1.74 x 105 mm4

Dengan teorem paksi selari;


Ix = Ipg + Ad2
50
= 1.74 x 10 + ( 1 x50x50)
2
3
5

= 5.21 x 105 mm4 #

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 23

PENYELESAIAN
MASALAH 8g

Menentukan momen luas kedua bentuk T

Kirakan momen luas kedua bagi keratan T, sekitar paksi sentroid (rajah
8.19)
100mm
10mm

100mm

10mm

x
Rajah 8.19: Keratan T

Penyelesaian
Bahagikan keratan T kepada dua komponen segiempat tepat.
Tentukan kedudukan sentroid.

(i)
(ii)

Tips
Bagi memudahkan kiraan sentroid,
penyelesaian boleh dibuat dengan
menggunakan jadual

2
Tips
Keratan T menpunyai paksi simetri pada
paksi y, dengan itu

Komponen
1
2

2000

y (mm)
100 + 10/2
= 105
100 2
= 50

Ay
1000 x 105
= 105 000
1000 x 50
= 50 000
155 000

Ay
=

y1

x tidak perlu dicari.

A (mm2)
100 x 10
= 1000
100 x 10
= 1000

A
155000
2000

= 77.5 mm

y2

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 24

(iii)

Menentukan momen luas kedua untuk dua komponen keratan T.

Komponen 1

bh3
12
100x103
=
12

Ipg =

= 8.33 x 103 mm4

Dari teorem paksi selari ;


Ipg1 = Ipg + Ad2
= 8.33 x 103 + [1000 x (105 77.5)2]
= 7.65 x 105 mm4
Komponen 2
Ipg =

bh3
12

10x1003
=
12
= 8.33 x 105 mm4
Dari teorem paksi selari ;
Ipg2 = Ipg + Ad2
= 8.33 x 105 + [1000 (77.5 50)2]
= 1.59 x 106 mm4
Momen luas kedua sekitar paksi sentroid;
Ipg = Ipg1 + Ipg2
= 7.65 x 105 + 1.59 x 106
= 23.55 x 105 mm4 #

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 25

PENYELESAIAN
MASALAH 8h

Menentukan momen luas kedua keratan I

__________________________________________________________________
Kirakan momen luas kedua sekitar paksi sentroid bagi satu rasuk keratan I
seperti rajah 8.20.
60mm

20mm

20mm

100mm

20mm
100mm
Rajah 8.20 : Keratan -I

Penyelesaian
(i)
(ii)

Bahagikan keratan-I kepada tiga komponen segiempat.


Tentukan kedudukan sentroid.
1

x
- Anggap y, sebagai jarak sentroid bagi setiap komponen dengan bahagian
tapak keratan, paksi x.
- Anggap y sebagai jarak sentroid keratan-I dengan tapak keratan, paksi x
Komponen 1
A1 = 60 x 20
= 1200 mm2
y1 = 20 + 100 + 20
= 130 mm

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 26

= 5.79 x 106 mm4

sambungan
Komponen 2

Komponen 2

A2 = 100 x 20
= 2000 mm2

Ipg2 =

y2 = 20 + 100

= 70 mm
Komponen 3
A3 = 100 x 20
= 2000 mm2
y3 = 20

2
= 10 mm

Dengan itu;

y =

A1Y 1 A2Y2 A3Y3


A1 A2 A3

(1200x130) (2000x70) (2000x10)


=
1200 2000 2000

= 60.77 mm

(iii)

Momen luas kedua

Komponen 1
bd 3
Ipg1 =
12
=

20x1003
12

= 1.67 x 106mm4
Dari teorem paksi selari;
Ix2 = Ipg + Ad2
= 1.67 x 106 +[2000 (70-60.77)2]
= 1.84 x 106 mm4
Komponen 3
Ipg3 =

100x203
12

= 6.67 x 104mm4
Dari teorem paksi selari;
Ix3 = Ipg + Ad2
= 6.67 x 104 +[2000(60.77-10)2]
= 5.22 x 106 mm4

Momen luas kedua keratan-I sekitar


paksi sentroid;
Ix = Ix1 + Ix2 + Ix3
= (5.79 x 106) +(1.84 x 106) + (5.22 x 106)
= 1.285 x 107 mm4 #

60x203
12

= 40 x 103 mm4
Dari teorem paksi selari;
Ix1 = Ipg + Ad2
= 40 x 103 + [1200 x (130 60.77)2]

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA


BOLEH MENCUBA SOALAN-SOALAN
AKTIVITI YANG DISEDIAKAN
BERIKUTNYA.
* Unit 8 mempunyai perkaitan rapat dengan unit 9, pastikan
anda dapat menguasai kiraan momen luas kedua.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 27

AKTIVITI 8B

SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA,


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.

Benar Palsu [ Tandakan pada kotak yang berkenaan ]

8.5

(a) Momen luas kedua menunjukkan kekukuhan sesuatu keratan.


Benar

Palsu

(b) Teorem paksi selari hanya boleh digunapakai sekiranya salah satu paksi
keratan adalah paksi sentroid.
Benar
(c)

Palsu

Momen luas kedua adalah salah satu kriteria untuk menentukan ketahanan
sesuatu bentuk keratan menahan lenturan
Benar

Palsu

(d) Keratan segiempat tepat lebih kukuh dari keratan T.


Benar
8.6

Palsu

Bandingkan dua keratan rasuk berikut dan nyatakan keratan manakah yang
lebih kukuh.
b

h x

b x

x
h

(a)

(b)

8.7

Kirakan momen luas kedua bagi keratan segiempat tepat sekitar paksi
sentroid. Keratan tersebut mempunyai ukuran 60mm lebar dan 40mm dalam.

8.8

Tentukan modulus keratan bagi keratan pada (8.3).

8.9

Kirakan momen luas kedua bagi keratan bulat bergarispusat 40mm terhadap
paksi sentroid.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 28

MAKLUMBALAS AKTIVITI 8B

8.5

(a) Benar
(b) Benar
(c) Benar
(d) Palsu

8.6

Keratan (a)

8.7

Ix = 7.2 x 105 mm4


Iy = 3.2 x 105 mm4

8.8

Zx = 3.6 x 104 mm3


Zy = 1.6 x 104 mm3

8.9

125.7 x 103 mm4

_______________________________________________________________________________________________________

SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN , ANDA BOLEH MENCUBA


PENILAIAN KENDIRI BERIKUTNYA.

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 29

ANDA DIGALAKKAN MEMBUAT RUJUKAN TAMBAHAN


PENILAIAN KENDIRI

1.

Satu per empat daripada keratan rasuk 50mm x 50mm seperti rajah di bawah
telah di potong. Tentukan kedudukan sentroid dan nilai momen luas kedua
sekitar paksi sentroid.

2.

Kirakan momen luas kedua bagi keratan T di sekitar paksi sentroid. Tentukan
juga modulus keratan bagi keratan tersebut.

120mm

15mm

15mm
90mm

3.

Tentukan momen luas kedua sekitar paksi sentroid bagi keratan yang
ditunjukkan di bawah. Keratan tersebut mempunyai lubang bergarispusat
15mm.
30mm

20mm

20mm

40mm

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 30

4.

Kirakan momen luas kedua sekitar paksi sentroid bagi keratan rasuk H di
bawah.
40mm

5mm
70mm

10mm

10mm

5.

Kirakan momen luas kedua sekitar paksi sentroid bagi keratan pembentung
kekotak di bawah.
15mm

15mm
75mm

50mm

- SELAMAT MENCUBA

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 31

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Anda digalakkan membuat rujukan tambahan dan menyemak


jawapan dengan pensyarah.

___________________________________________________________

TEGASAN LENTUR
C 2007 / UNIT 8 / 32

SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN


BETUL, MARILAH BERPINDAH KE UNIT 9