Anda di halaman 1dari 20

TEGASAN TERUS

C 2007 / UNIT 7/ 1

HUKUM HOOKE

OBJEKTIF AM :
Memahami tegasan, terikan dan konsep Hukum Hooke untuk
mendapatkan nilai-nilai modulus keanjalan dan melakar graf.

OBJEKTIF KHUSUS:
Di akhir unit anda sepatutnya dapat : Menyatakan Hukum Hooke.
Menerangkan sifat-sifat mekanikal bahan iaitu mulur, anjal,
plastik dan rapuh.
Mentakrifkan Modulus Keanjalan
Mengira nilai Modulus Keanjalan sesuatu bahan dengan
melakar graf beban melawan pemanjangan dan graf tegasan
melawan terikan.
Melabelkan pada graf di atas titik-titik takat anjal, takat alah,
tegasan maksimum dan takat gagal.

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 2

HUKUM HOOKE

INPUT 7

7.0

PENGENALAN
Daripada unit yang lepas, diketahui bahawa apabila sesuatu jasad dikenakan
beban, ia akan mengalami ubahbentuk. Persoalannya, apakah yang akan terjadi
pada jasad tersebut sekiranya beban dibuang/dilepaskan? Terdapat teori yang
telah dibuat oleh Robert Hooke pada tahun 1678 mengenai persoalan ini. Ia
dinamakan sebagai Hukum Hooke.
Difinisi Hukum Hooke:

Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal
setelah beban yang dikenakan, dialihkan daripadanya selagi ia berada dalam
had anjal.

Hooke menyatakan jika bahan dibebankan dengan tidak melebihi had anjal,
maka ubahbentuk berkadar terus dengan beban.
@

l P

Oleh kerana beban berkadar terus dengan tegasan dan pemanjangan berkadar
terus dengan terikan; maka tegasan berkadar terus dengan keterikan.
@

Tegasan ()

Terikan ( )

Hukum Hooke sah dengan syarat-syarat berikut;

Pembebanan paksi.
Keratan rentas jasad adalah tetap/seragam.
Bahan jasad adalah homogenos (sifat bahan yang sekata pada keseluruhan
jasad).

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 3

7.1

SIFAT MEKANIKAL BAHAN


Apabila suatu bahan dikenakan daya tegangan beberapa sifat dapat dikenal pasti
iaitu:
Mulur
Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi .
Anjal
Ia merujuk kepada keadaan bahan yang kembali kepada panjang asal apabila
beban ditanggalkan darinya.
Plastik
Kebolehan sesuatu bahan mengalami pemanjangan yang berlebihan apabila
ditegangkan.
Rapuh
Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum
patah tanpa sebarang amaran.

7.3

MODULUS KEANJALAN
Pemalar dalam persamaan Hukum Hooke disebut sebagai Modulus Keanjalan.
Ia juga dikenali sebagai Modulus Kekenyalan atau Modulus Young,
Modulus keanjalan adalah nisbah di antara tegasan dan terikan.
Simbolnya E dan unitnya N/mm2 , kN/mm2, N/m2, kN/m2 etc.

Tegasan
Terikan

E=

Menggantikan =

dan =
A
L

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 4

Maka ;
E=

PL
A

Jadual 7.1 menunjukkan nilai Modulus Young yang lazim bagi bahan terbabit;
Bahan
Keluli
Aluminium
Kuprum
Kayu

Modulus Young (GN/m2)


200 220
60 - 80
90 110
10
Jadual 7.1: Nilai Modulus Young

Nilai modulus ini menunjukkan kekuatan bahan kerana nilai yang tinggi
menunjukkan graf tegasan- terikan yang tinggi. Oleh itu beban yang tinggi
diperlukan untuk menghasilkan pemanjangan yang sama.

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN


Tegasan

Terikan
Kecerunan graf adalah nilai Modulus Young

Rajah 7.2: Graf Tegasan Vs Terikan

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 5

7.4

NILAI MODULUS KEANJALAN DARI GRAF


Sifat-sifat mekanikal sesuatu bahan ditentukan dengan melakukan ujian ke atas
sampel bahan tersebut. Rajah 7.3 menunjukkan ujian tegangan piawai, dijalankan
ke atas bar bulat yang mempunyai keratan rentas seragam dalam sebuah mesin
ujian tegangan. Mesin ini membolehkan daya paksi dikenakan ke atas bar yang
diuji .
Satu contoh bar yang akan diuji disediakan mengikut dimensi tertentu dan
dipasang pada mesin ujian tegangan. Beban ditingkatkan sedikit demi sedikit
sehingga bar contoh ini patah. Beban yang dikenakan dan pemanjangan yang
berlaku dicatitkan. Graf beban melawan pemanjangan dihasilkan dan keputusan
ujian ditunjukkan seperti dalam rajah 7.4 .

Tolok
Sampel
bahan

Rajah 7.3 : Ujian Tegangan

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 6

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

Cerun, m =
Beban, P

P
L
y 2 y1
x 2 x1

P
L

Pemanjangan,

Rajah 7.4 : Graf Beban Vs Pemanjangan

Modulus Young, E =

E=

PL
A

Dimana,

L
P
x
A

E=m x

L
A

A = luas keratan rentas sampel


L = panjang sampel
P
= kecerunan graf, m

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 7

7.5

KEDUDUKAN SIFAT BAHAN DARI GRAF


Rajah 7.5 menunjukkan keputusan ujian tegangan bagi bar keluli lembut.
Keterangan mengenai graf ini adalah seperti berikut.

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

D
Beban, P

B
A

E
C

Pemanjangan,

Rajah 7.5 : Lengkung Tegasan Terikan Keluli Lembut

A ialah Takat Anjal


Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke

B ialah Had plastik


Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi
Hukum Hooke
C ialah Takat Alah
Had alah iaitu pemanjangan berlaku tanpa peningkatan beban.
D ialah Beban Maksima
Beban maksimum yang dikenakan dan bahan mengalami pemanjangan yang
kritikal hingga ia gagal di titik E
E ialah Takat Putus
Bahan mengalami kegagalan

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 8

7.6

MENGIRA MODULUS KEANJALAN DARI UJIAN TEGANGAN


PENYELESAIAN
MASALAH 7 a

Mengira tegasan dan peratus peubahan panjang dari data ujikaji

Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan.


Garispusat contoh
Panjang tolok
Beban maksimum
Panjang akhir
Garispusat leher

=
=
=
=
=

10mm
50mm
40 kN
58.88mm
7.7 mm

Tentukan ;
a) Tegasan muktamad
b) Peratus pemanjangan

Penyelesaian
Beban maksimum
a)

Tegasan muktamad =
Luas asal
=

40

102

= 0.509 kN/mm2
= 509 N/mm2 #

b)

Peratus pemanjangan =

Perubahan panjang
X 100
Panjang asal

58.88 50.0
x100
50

= 17.76 % #

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 9
PENYELESAIAN
MASALAH 7 b

Mengira modulus young dan perubahan bentuk dari data ujikaji

Semasa ujian tegangan ke atas satu contoh, keputusan pada jadual 7.6 dihasilkan.

Beban (kN)

10

15

20

25

30

Pemanjangan
x 10-3mm

40

78

117

157

197

237

Jadual 7.6 : Data Beban-Pemanjangan

Berikut merupakan data contoh bahan yang diuji:


Garispusat asal
= 12.5 mm
Panjang tolok
= 200mm
Garispusat akhir
= 8.0 mm
Panjang akhir
= 260mm
Tentukan:
a) Modulus Young
b) Peratus pemanjangan
c) Peratus pengurangan luas
Penyelesaian
Tips
Graf dilukis pada kertas graf.
Pilih skala yang bersesuaian.
Sambungan titik adalah kepada garisan linear yang paling banyak
menghubungkan titik-titik.

Beban (kN)

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

Dari graf:

30

y1 = 6.5

20

x1= 50

10

y2 = 19

x2 = 150

50

100
150 200 250
Pemanjangan (x 10-3 mm)

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 10

(a)

Kecerunan graf, m =

y 2 y1
x 2 x1

19 6.5
(150 50) x103
= 125 kN/mm

L
A

Modulus keanjalan, E = m x

= 125 x

200
(12.5 2 )
4

= 203.72 kN/mm2#

(b)

Peratus pemanjangan = Perubahan panjang

X 100

Panjang asal
=

260 200
x100
200

= 30%#

(c )

Peratus pengurangan luas =

Pengurangan luas
X 100
Luas asal

12.52 82

12.5

x100

385.53 50.27
x100
385.53

= 86.96 %#

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 11
PENYELESAIAN
MASALAH 7 c

Mengira modulus keanjalan dari data ujikaji

Satu sampel bahan diuji dengan ujian tegangan dan menghasilkan data tegasan
terikan seperti pada jadual 7.7. Plotkan graf tegasan melawan terikan dan
tentukan modulus keanjalan bahan tersebut. Adakah anda kelaskan bahan ini
sebagai rapuh atau mulur?

Tegasan
(MPa)

8.0

17.5

25.6

31.1

39.8

44.0

48.2

53.9

58.1

62.0

62.5

Terikan
(x 10-3)

3.2

7.3

11.1

12.9

16.3

18.4

20.9

26.0

33.1

42.9

patah

Jadual 7.7 : Data Tegasan - Terikan

Penyelesaian

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN

30

40

Tegasan (MPa)
60
50

Tips.

Plot graf di atas kertas graf.

Sambungan titik adalah kepada garisan


linear yang paling banyak menghubungkan
titik-titik.

Kecerunan dikira pada bahagian lelurus


graf..
Kecerunan graf tegasan-terikan adalah nilai
modulus keanjalan.

10

20

(a) Modulus keanjalan


= kecerunan graf, m
y y1
= 2
x 2 x1
=

10

20

30
40
50
(Terikan x 10-3)

(24 5)106
(10 2)10 3

= 2.4 GPa#
(b) Rapuh (pemanjangan
yang rendah sebelum
patah dan tidak
memberi amaran.

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 12
PENYELESAIAN
MASALAH 7 d

Mengira modulus keanjalan dan tegasan maksimum dari data ujikaji

Satu ujian tegangan ke atas spesimen, memberi keputusan seperti pada jadual 7.8;
Panjang tolok
Garispusat asal
Garispusat akhir

= 250 mm
= 25mm
= 18.6 mm

Beban (kN)
Pemanjangan
X 10-3 mm

20

60

100

140

160

170

172

176

178

50

160

260

360

410

440

470

550

720

180

190

220

240

257

261

242

229

760

900

1460

1990

3120

4500

5800

5850

Beban (kN)
Pemanjangan
X 10-3 mm

Jadual 7.8 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis graf beban pemanjangan;


Tentukan:
a) Modulus Young
b) Tegasan maksimum
c) Takat alah
Penyelesaian

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN


300

Beban (kN)

250
200
150

Takat alah

100
50
0
1

773 1545 2317 3089 3861 4633 5405


Pemanjangan x 10-3 (mm)

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 13

Dari plotan graf diperolehi:(a)

Kecerunan graf, m =

y 2 y1
x 2 x1

135 40
(350 100)10 3
= 380 kN/mm

Modulus keanjalan, E = m x

L
A

250
(252 )
4
= 193.53 kN/mm2 @ 194 GN/m2
= 380 x

(b)

Tegasan maksimum =

Beban Muktamad
Luas

261
(25) 2
4

= 0.532 kN/mm2
(c)

Takat alah = rujuk graf


Menentukan kecerunan pada
graf, mungkin memberi jawapan
yang sedikit berbeza; bergantung
kepada ketepatan plotan graf.

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA BOLEH


MENCUBA SOALAN-SOALAN AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN BERIKUTNYA.

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 14

AKTIVITI 7

SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA,


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.

7.1

Huraikan istilah berikut


a.
b.
c.
d.

Had anjal
Had plastik
Mulur
Rapuh

7.2

Takrifkan Hukum Hooke dan Modulus Keanjalan

7.3

Berdasarkan graf beban-pemanjangan (rajah 7.9) bagi keluli lembut, labelkan


had-had penting yang ditandakan.
GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN
(A) ________
B
Beban, P

(B) ________

D
E

A
C

(C) ________
(D) ________
(E) ________

Pemanjangan,

Rajah 7.9 : Graf Keluli Lembut

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 15

7.4

Isikan tempat kosong.

a)

Hukum Hooke sah dengan syarat bahan bagi jasad/spesimen adalah __________.

b)

Nilai modulus keanjalan menunjukkan __________ sesuatu bahan.

c)

Graf tegasan-terikan bagi sesuatu spesimen yang diuji dengan ujian tegangan akan
berkadar terus selagi ia berada dalam takat _____________.

d)

Kecerunan graf beban-pemanjangan memberi nilai ____________.

7.5

Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan.


Garispusat contoh
Panjang tolok
Beban maksimum
Panjang akhir
Garispusat leher

=
=
=
=
=

Tentukan ;
a) Tegasan muktamad
b) Peratus pemanjangan

12mm
55mm
30kN
58.88mm
8.4mm

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 16

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7

Jawapan 7.1
Had anjal
Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke. Pada Had anjal bahan akan kembali
kepada panjang asal sekiranya beban dialihkan dari bahan.

Had Plastik
Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi Hukum
Hooke
Mulur
Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi .
Rapuh
Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum patah tanpa
sebarang amaran.

Jawapan 7.2
Hukum Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal
setelah beban yang dikenakan dialihkan daripadanya.
Modulus keanjalan adalah nisbah diantara tegasan dan keterikan.

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 17

Jawapan 7.3
A ialah Takat Anjal
B ialah Had plastik
C ialah Takat Alah
D ialah Beban Maksima
E ialah Takat Putus

Jawapan 7.4
a)

Seragam /homogenos

c)

Takat anjal

b)

Kekuatan

d)

Modulus keanjalan

Jawapan 7.5
a)

265.3 N/mm2

b)

7.05%

______________________________________________________________________________________

SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN , ANDA BOLEH MENCUBA


PENILAIAN KENDIRI BERIKUTNYA.
ANDA DIGALAKKAN MEMBUAT RUJUKAN TAMBAHAN

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 18

PENILAIAN KENDIRI

1.

Satu ujian tegangan telah dijalankan ke atas sebatang contoh keluli lembut.
Jadual 7.10 adalah data keputusan ujian tersebut.
Beban
(kN)
Pemanjangan
(mm)

12

15

18

21

0.2

0.4

0.6

0.8

1.0

1.3

1.7

Jadual 7.10 : Data Beban - Pemanjangan

Panjang contoh = 3.5m


Luas keratan rentas = 250mm2
(i)
(ii)
(iii)
2.

Plotkan graf tegasan-terikan.


Nyatakan tegasan pada takat anjal.
Dengan berpandukan kepada graf, kirakan modulus keanjalan.

Semasa ujian tegangan ke atas satu sampel, keputusan pada jadual 7.11
diperolehi.
Tegasan x 103
(kN/m2)

12

24

36

48

60

5.7

11.4

17.1

22.9

28.6

72

84

Keterikan x 10-5

Jadual 7.11: Data Tegasan - Terikan

Panjang contoh
Panjang akhir
Garispusat asal
Garispusat akhir

= 200 mm
= 260 mm
= 12.5 mm
= 8.0 mm

Tentukan ;
a.
b.
c.
d.

Modulus Young
Tegasan anjal
Peratus pemanjangan
Peratus pengurangan luas

37.1

48.6

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 19

3.

Data pada jadual 7.12 menunjukkan keputusan dari satu ujikaji contoh bahan
berukuran keratan rentas 15mm x 6mm dan jarak tolok 100mm. Tentukan
modulus keanjalan bahan tersebut.
Beban
(Mg)
Pemanjangan
(mm)

0.25

0.50

0.75

1.0

1.25

1.50

1.75

0.033

0.074

0.112

0.151

0.192

0.230

0.272

2.00

2.25

2.50

2.75

3.00

3.25

3.26

3.27

0.312

0.350

0.40

0.45

0.521

0.62

0.95

Gagal

Jadual 7.12 : Data Beban - Pemanjangan

4.

Satu ujian tegangan dijalankan pada satu contoh bahan memberi keputusan seperti
pada jadual 7.13.
Panjang contoh = 250 mm
Garis pusat asal = 25 mm
Garispusat akhir = 18.6 mm

Beban
(kN)

2.5

5.0

Pemanjangan
( x 10-3 mm ) 18.75 40.0

7.5

10.0

12.5

15.0

17.5

20.0

22.5

25.0

27.5

62.5

82.5

103.0

125.0

146.0

168.0

190.0

212.5

235.0

30.0

32.5

35.0

37.5

38.5

39.5

40.0

40.5

257.5

281.5

315.0

350.0

390.0

512.5

660.0

875.0

Jadual 7.13 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis graf beban melawan pemanjangan tentukan Modulus Young


bahan tersebut. Kirakan peratus pengurangan luas bahan tersebut dan tandakan
had-had yang penting pada graf.

- SELAMAT MENCUBA -

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 20

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1
Tegasan pada takat anjal = 60 x 103 kN/m2
Modulus keanjalan = 209.79 GN/m3
Jawapan 2
E = 74.17 GN/m2
Jawapan 3
E = 70.4 kN/mm2

Jawapan 4
a.

E = 209.79 GN/m2

b.

44.65 %

___________________________________________________________
SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN BETUL,
MARILAH BERALIH KE UNIT 8