Anda di halaman 1dari 32

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pengenalan
Pengalaman berasaskan sekolah merupakan satu program yang amat
bermakna dan berfaedah

warga guru pelatih institutisi perguruan. Pengalaman

inilah merupakan gambaran terawal bagi para guru pelatih untuk berkhidmat sebagai
seorang pendidik di

sekolah

pada suatu

hari nanti. Program ini boleh

dipersenjatakan sebagai alat maya oleh guru-guru pelatih untuk menjadi seorang
guru yang berwibawa.
Di samping itu,mereka juga dapat menikmati dan menyesuaikan diri mereka
dengan keadaan sekolah. Hal ini dapat memantapkan kebolehan mereka untuk
berinteraksi dengan murid-murid sekolah dengan baik. Selain itu, seseorang guru
pelatih juga mendapati tahu tentang amanah sebagai seorang pengajar.
Penyataan professional atau kontrak tugasan ini merujuk kepada harapan
atau tugasan yang ditetapkan oleh guru pelatih sendiri untuk dilaksanakan ketika
menjalankan pengalaman berasaskan sekolah. Portfolio ini juga dapat membantu
guru pelatih menyimpan dan merekod perkembangan mereka semasa melakukan
PBS di sekolah pilihan masing-masing.
Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah

dapat membantu guru

pelatih meningkatkan lagi potensi mereka sebagai bakal guru yang cemerlang,
gemilang, terbilang dan juga berkaliber. Guru merupakan modal insan kepada
Negara untuk membentuk produk insan yang berkualiti berdasarkan tema hari guru
yang dilancarkan pada sambutan hari guru nasional kali ke-43, Guru pencetus
kreativiti, guru penjanan inovasi.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Penghargaan
Dengan mengambil kesempatan ini, saya mengucapkan selamat sejahtera
kepada semua. Syukur kepada Tuhan yang maha mulia dengan limpah dan
kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan berkaitan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) buat kali ketiga yang saya lalui ini dengan jayanya di Sekolah Jenis
Kebangsaan Ladang Henrietta, Kedah. Walaupun terdapat banyak cabaran dan
kesukaran yang perlu dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini, akhirnya saya
dapat siapkan tugasan saya dalam masa yang ditetapkan.
Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah
menghulurkan pertolongan mereka dalam menjayakan kerja kursus ini. Saya sangat
menghargai sokongan daripada pihak ibu bapa saya kerana mereka telah memberi
bantuan dari segi kewangan, pengangkutan dan juga memberi sokongan moral
sepanjang saya menjalani PBS ini. Mereka memberi semangat setiap hari supaya
saya dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya.
Tidak terlupa juga kepada rakan-rakan yang telah menjalani PBS bersama
dengan saya. Mereka terdiri daripada 2 orang dan berasal dari IPG yang berlainan.
Walaupun begitu, mereka banyak membantu menyumbangkan idea semasa
menyelesaikan tugasan ini. Mereka juga memberikan komitmen dan mempunyai
semangat kerjasama yang tinggi semasa menjalani PBS.
Selain itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga SJK
(T) Ladang Perbadanan yang telah memberi sokongan dan bantuan yang
sepenuhnya semasa saya mengumpulkan pelbagai maklumat yang berkait dengan
tugasan saya.
Saya percaya kerja kursus ini akan memberi kesan positif kepada kita
sebagai pendidik mahupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau
semasa aktiviti di luar bilik darjah. Akhirnya, saya juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak
langsung untuk menyiapkan tugasan ini.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


PERNYATAAN PROFESIONAL
(SEBELUM)
Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami
telah diberi taklimat relevan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
daripada beberapa pihak barisan penyeleras PBS. Taklimat diadakan di Dewan AlFarabi, IPSAH. Selaku guru pelatih PISMP Semester Satu, inilah peluang keemasan
kami buat kali ketiga untuk menuntut ilmu mengenai alam persekolahan dan juga
memahami perspektif sebagai seorang guru.
Kaedah-kaedah seperti kaedah pemerhatian, kedah penelitian dokumen,
kaedah membuat refleksi tingkah laku murid, kaedah pengurusan sekolah dan juga
kaedah pengurusan bilik darjah di sekolah menganjakkan kefahaman guru pelatih
bahawa sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan dan guru sebgai penngerak
teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam bilik darjah. Pendek kata,
program PBS mebimbing kami untuk memahami peranan segi tiga yang terbentuk
antara peranan guru, tanggungjawab murid dan struktur pengurusan sekolah.
PBS beroperasi bertema melahirkan kefahaman kepada kami selaku guru
pelatih tentang budaya sekolah, melatih kami untuk menyesuaikan diri disekolah dan
di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal
tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami
pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung,
pengalaman

kemahiran

berinteraksi

dengan

sekolah juga merupakan salah satu objektif

murid,

guru

dan

kakitangan

PBS. PBS juga membuka peluang

kepada guru pelatih untuk membina kemahiran mengumpul maklumat tentang


peranan dan tanggungjawab serta maklumat yang berkaitan dengan pengurusan
bilik darjah di samping membina sikap positif dalam diri seorang bakal guru.
Sebagai tutup tirai tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai
tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui
sepanjang PBS untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ke-3
PISMP, kami diarahkan untuk membuat PBS selama satu minggu iaitu bermula dari
13 Sep 2015 hinga 17 Sep2015 dan diberi peluang untuk menjalankan PBS
mengikut tempat pilihan kami sendiri. Majoriti pelajar PISMP ambilan Jun 2015
3

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing termasuk saya. Sekolah
yang menjadi pilihan saya ialah SJK(T) Ladang Perbadanan. Dengan mendukung
pengalaman

bekerja selama empat bulan di sebuah tadika berhampiran rumah

halaman serta berada di alam persekolahan semasa melakukan PBS sebelum ini
iaitu sebanyak dua kali, saya telah menjejak kaki di sekolah pilihan untuk
melaksanakan PBS. PBS merupakan pengalam yang saya perolehi sebagai
pendidik sementara di alam persekolahan; Pengalam inilah yang akan saya jadikan
pemangkin untuk berkhidmat sebagai guru yang berjasa tanpa mengira temapat,
masa dan situasi.
Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami
serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu
menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi
Pengurusan Bilik Darjah serta tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang
kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama satu
minggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan
tersebut. Lebih-leih lagi, saya juga dikehendaki mencari solusi kepada soalan
tugasan yang mengandungi kehendak soalan mengikut rentak tersendiri Bagi
tugasan PBS kami dikehendaki mencari jawapan daripada pemerhatian dilakukan
atas keberkesanan aktiviti-aktiviti dilaksanakan untuk membina modal insan yang
harmoni dan seimbang. Pada masa yang sama bagi tugasan pengurusan bilik
darjah, dengan menngunakan kaedah pemerhatian kami turut diarahkan supaya
mengadakan kajian ilmiah tentang perbezaan yang wujud antara kelas arus perdana
dengan kelas pemulihan dari segi persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan
peraturan serta rutin bilik darjah.
Saya telah menjalankan PBS di SJK(T) Ladang Perbadanan bermula dari 13
September 2015 hingga 17 September 2015 sehingga bersama rakan-rakan dari
institut perguran lain. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih
dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut. Saya
beriktibar untuk menjalankan tugas yang diamanahkan atas nama PBS dengan
sempurna.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


PERNYATAAN PROFESIONAL
(SEMASA)

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah


menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul maklumat mengenai sekolah
yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian tentang struktur pentadbiran
sekolah yang diketuai oleh guru Besar diikuti Penolong Kanan 1, Penolong kanan
Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dibina besama-sama oleh warga
guru.
Semasa menjalani PBS, saya telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian
dalam penilaian pengurusan bilik darjah.Saya dapat menimba pengamalan sebagai
guru di bilik darjah selam dua jam dengan keizinan yang diberikan oleh pihak
sekolah. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian
soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan
ini, saya turut menemubual guru kelas dan beberapa guru lain terutamanya guru
kelas pemulihan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan melakukan kajian ilmiah
secara rignkas dan terperinci tentang teknik yang diamalkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini telah mengarcakan saya menjadi
seorang guru yang berkaliber; Saya telah menyedari kepentingan menitikberatkan
pendekatan pengajaran yang diamalkan mampu membentuk sudut keberkesanan
yang berbeza dalam kalangan murid.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


PERNYATAAN PROFESIONAL
(SELEPAS)

Pengalaman Berasakan Sekolah, telah mengukir saya menjadi insani yang


berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan mengumpulkan dan
mengemaskinikan maklumat-maklumat yang diperolehi semasa di SJK (T) Ladang
Perbadanan Kedah. Program ini telah saya jadikan peluang untuk menguasai ilmu
pengetahuan serta kemahiran yang boleh dijadikan senjata untuk berdepan dengan
arus globalisasi. Saya menyedari kepentingan mengenali taktik menemu bual dan
bersoal selidik yang betul untuk mendapatkan info daripada sesuatu sumber konkrit
mahupun sumber abstrak; Persoalan yang dilemparkan dengan menggunakan taktik
betul mendapat respons yang sangat efektif. Kemesraan yang kita tonjolkan semasa
bertanya

sesuatu

kepada

sesorang

tetap

dihargai

dan

dibalas

dengan

penghormatan tdak terkata.


Seterusnya, perjumpaan dengan guru besar SJK (T) Ladang Perbadanan
Kedah, Encik Vasu merupakan memori yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.
Pengalaman pertama dengan beliau amat menyenangkan hati saya dengan
keprihatinaan yang ditunjukkan. Beliau memberi bimbingan ringkas kepada saya
untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berkaliber supaya dapat
mewujudkan warga pemangkin nasional. Beliau mengatakan bahawa seorang
pendidik harus mengenali teknik untuk mengawal keadaan kelas dan emosi para
pelajar supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang aman dan damai.
Selain itu, saya juga dapat menikamti nasihat yang telah memberikan impak
yang begitu mendalam kepada diri saya dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Udeamalar. Beliau sanggup meluangkan masa selam sejam setengah dengan
saya untuk menjelaskan persoalan yang berlegar-legar dalam hati saya mengenai
profesion ini. Pada pandangan saya, beliau amat mengutamakan upacara
sembahyang dalam kehidupan harian. Lebih-lebih lai, beliau melahirakan kesedaran
dalam diri saya tentang kepentingan hubungan dua hala antara guru dengan murid.
Pendek kata beliau, kerjasama yang terjalin antara ibu-ibu bapa dengan para guru
amatlah penting bagi mewujudkan golongan insan yang berkualiti yang dinantinantikan.
6

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Di samping itu, saya menyedari bahawa semaian JERI dalam jiwa murid
sangat dipengaruhi oleh suasana bilik darjah. Persekitaran sekolah serta keadaan
bilik darjah yang selsesa, indah dan kondusif menggalakkan pelajar untuk berusaha
berterusan bagi memperolehi kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum
kerana minat murid-murid akan bertambah untuk hadir ke sekolah dan melibatkan
diri secara aktif di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kemudahan infrastruktur di SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah yang mencukupi
memotivasikan pelajar untuk terus berjaya.
Bilik Chrome yang dikendalikan dengan pengurusan yang baik akan
memajukan perrkembangan pelajar dalam era teknologi. Ruangan bilik darjah yang
sempit mewujudkan keadaan huru-hara dalam kalangan pelajaran semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan alatan saintifik yang tidak begitu canggih
di makmal sains membantutkan pembangunan sains para pelajar dan menyulitkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan perpustakaan yang tidak
sistematik mendatangkan implikasi buruk kepada warga pelajar SJK (T) Ladang
Pebadanan Kedah. Begitulah perjalanan PBS saya di SJK (T) Ladang Pebadanan
Kedah, Sg Petani, Kedah Darul Aman.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Laporan Fokus Aktiviti
Fokus Aktiviti Pertama:
Unsur Pemerhatian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Semasa menjalankan aktiviti ini pada hari pertama PBS didapati bahawa
proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan berdasarkan pembahagian muridmurid kepada kumpulan. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut tahap
pencapaian akademik atau prestasi murid di dalam bilik darjah masing-masing.
Sebelum pembahagian kumpulan, guru akan memberi penerangan tentang
tajuk yang hendak diajar. Mereka akan menggunakan pelbagai cara seperti
menunjukkan benda sebenar, alat-alat konkrit, kad perkataan, gambar dan
sebagainya. Penggunaan bahan ABM amat membantu para pelajar untuk
memahami konteks pembelajaran dengan mudah.
Selepas penerangan diberi, murid-murid mula bergerak dalam kumpulan yang
telah dibahagi mengikut tahap akademik yang dicapai. Saya dapat melihat bahawa
guru ingin memberi tumpuan yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang lebih
lemah. Guru akan memberi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan
sebelum mereka duduk secara berkumpulan.
Melalui aktiviti seperti ini, nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi serta
saling bantu-membantu boleh dipupuk. Selepas itu, hasil kerja murid-murid akan
dipapar atas papan hitam supaya kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru
jelas terpapar. Hal ini dapat memotivasikan diri mereka untuk membuat
persembahan yang lebih baik pada masa akan datang. Guru juga mengambil
kesempatan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan dan murid-murid juga
jelas tentang kesalahan yang dilakukan.
Akhirnya kelas akan diakhirkan dengan menguji tahap kefahaman mereka.
Sepanjang pengajaran, guru perlu sentiasa mengawal keadaan kelas supaya tidak
mengganggu kelas yang lain ketika aktiviti dijalankan. Kaedah ini amat berkesan
dalam melahirkan golongan murid yang pintar dan cerdik.
8

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Fokus Aktiviti Kedua:
Melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

Aktiviti di dalam bilik darjah


Bilik darjah merupakan lokasi yang diberikan prioriti semasa proses
pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Guru mata pelajaran tertentu akan
menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang hendak diajar supaya
dapat memangkin pemahaman pelajar. Pelbagai alat membantu mengajar akan
digunakan seperti kad perkataan, CD, gambar, model dan sebagainya bagi
membantu proses pengajaran. Pertandingan antara kumpulan dalam kelas juga
dijalankan sekali sekala supaya murid tidak berasa jemu dengan cara pengajaran
yang sama. Kuiz juga dijalankan bagi sesetengah subjek yang sesuai supaya murid
lebih faham dengan ilmu pengetahuan yang hendak disampai oleh guru. Aktivitiaktiviti ini adalah untuk memastikan para murid sentiasa tercabar dan tidak hilang
rasa minat terhadap apa yang dipelajari.
Aktiviti di luar bilik darjah
Pendidikan Jasmani di SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah dilakukan di luar
sekolah dengan pengawasan guru mata pelajaran. Guru yang bertanggungjawab
bagi waktu ini akan membawa murid-murid ke padang sekolah. Sebelum aktiviti
bermula, guru akan memanaskan badan bersama-sama murid supaya tidak mudah
tercedera ketika melakukan aktiviti. Sepanjang kelas ini, guru amat mementingkan
keselamatan setiap murid supaya peratusan untuk kemalangan yang tidak diingini
terjadi dapat dikurangkan ke tahap minimum. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
bertoleransi dapat diterap kepada murid-murid.
Selain kelas PJ, guru yang mengajar Sains juga sering kala membawa murid
keluar dari kelas untuk menunjukkan contoh yang realiti supaya murid lebih faham.
Dengan itu, murid-murid juga tidak berasa bosan dan tidak hanya menggunakan
pembayangan sahaja. Mereka berpeluang melihat serta menyentuh benda-benda
yang benar di sekitar mereka.

Lebih-lebih lagi, pada minggu PBS, saya dapat

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


kesempatan untuk mendapat tahu tentang aktiviti perkhemahan yang dijalankan
dengan asisioasi pendidik.
Pemerhatian
(Aktiviti di dalam dan luar bilik darjah)

Guru memberi penerangan bagi


mata pelajaran Bahasa Tamil
sebelum aktiviti dalam kelas
dijalankan.

Guru memberi penerangan dan


membahagikan murid kepada beberapa
kumpulansebelum aktiviti PJ dijalankan.

Perhimpunan

Pemeriksaan gigi

10

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Fokus Aktiviti Ketiga:
Mengenai persekitaran sekolah

Aspek keceriaan sekolah juga mempengaruhi perkembangan kognitif murid.


Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Perbadanan Kedah ini memberi keutamaan
untuk keceriaan dan memastikan sekitar sekolah kelihatan ceria. Lokasi sekolah ini
terletak di sebuah bandar yang sedang membangun dan berkonsepkan alam sekitar.
Boleh dikatakan bahawa kawasan sekolah ini kaya dengan keindahan alam. Pokokpokok yang ditanam sekitar bangunan sekolah menambahkan keceriaan sekolah ini.
Pokok-pokok bunga hiasan ditanam dalam pasu yang terdiri daripada pelbagai saiz
dan bentuk. Murid-murid akan lebih ceria berada dalam persekitaran hijau dan
bersih.
Selain itu, sekolah ini juga mempunyai pondok pengawal, kantin, tempat
menunggu, tempat letak kereta, padang yang luas, kuil dewi, perpustakaan, bilik
mesyuarat, pondok membaca, dan tapak perhimpunan. Sekolah ini mempunyai dua
pintu untuk pelajar keluar dan masuk iaitu pintu utama dan pintu belakang.
Sepanjang pembelajaran, pelajar adalah dilarang untuk keluar dari sekolah dan
hanya boleh berada di luar kelas dengan pas kebenaran.
Sekolah ini mempunyai satu sesi iaitu sesi pagi. Selain itu, disiplin juga amat
dititikberatkan di sekolah ini. Contohnya, pelajar di sekolah ini akan beratur semasa
pergi ke tapak perhimpunan. Selain itu, apabila rehat mereka juga akan beratur.
Apabila bertemu dengan guru-guru di sekolah, mereka juga akan mengucapkan
salam kepada guru-guru.

Saya dapat mengatakan bahawa SJK(T) Ladang

Perbadanan Kedah banyak berusaha untuk melahirkan generasi yang mempunyai


tahap kognitif yang baik. Program-program yang dianjurkan di sekolah tersebut
adalah seimbang dari segi semua aspek. SJK(T) Ladang Perbadanan sangat
terkenal dengan prestasi dan pencapaian yang baik bukan sahaja dalam kurikulum
malah dalam aktiviti kokurikulum.
Kurikulum sekolah ini boleh dikatakan lebih efektif. Guru-guru berinisiatif
mengajar murid-murid kelas mereka dengan dengan pelbagai kaedah mengajar.
11

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Mereka menggunakan kaedah-kaedah baru semasa mengajar di dalam kelas. Guruguru juga menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, LCD juga digunakan di setengah-tengah kelas. Dengan ini,
murid-murid dapat didedahkan dengan teknologi semasa dan mereka dapat
menguasai kemahiran bagaimana menggunakan alatan-alatan teknologi seperti ini
pada masa hadapan. Semasa guru mengajar, mereka menggunakan bahasa yang
betul dan lancar untuk memudahkan kefahaman murid-murid. Sekiranya muridmurid tidak faham akan sesuatu topik, mereka kan diterangkan dalam bahasa
ibunda.
Perpustakaan

Bilik perpustakaan.

Rak buku

Poster Sains

Rak letak ABM .

12

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Fokus aktiviti keempat:
Meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Bilik SPBT sekolah ini digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen lama
serta himpunana buku teks. Bilik SPBT dibina secara cantuman sekali dengan bilik
guru. Sekolah ini mempunyai satu bilik untuk menyimpan bahan bantu mengajar.
Bahan-bahan yang terkandung adalah seperti bentuk-bentuk geometri, kad, carta,
patung, buku, dan sempoa untuk pembelajaran. Dalam bilik ini, semua bahan
disusun kemas mengikut subjek.
Bahan rujukan yang terdapat dalam perpustakaan juga merupakan salah satu
sumber pembelajaran dan pengajaran. Bahan rujukan tersebut boleh membantu
pelajar mencari maklumat. Jadual masuk ke perpustakaan juga disediakan untuk
mengelakkan pelajar yang ramai. Perbuatan ini akan memudahkan perkhidmatan
perpustakaan.
Dalam bilik darjah, juga terdapat sudut pembelajaran seperti sudut Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Seni dan sebagainya. Pelajar dapat
belajar dengan bersungguh-sungguh menggunakan kemudahan ini.

13

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Susunan dalam Bilik Darjah

Kelas 5 USM

Susunan kerusi dan meja.

Papan kenyataan dalam kelas.

Kedudukan pelajar di kelas

Sudut Kata-kata Hikmat.

Sudut Bacaan

Sudut Pendidikan Seni.

Jadual Waktu
14

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


LAPORAN PBS HARI PERTAMA (13/09/2015)

Saya, Bavithraa A/P Ravinthiran telah menghadiri Pentaksiran Berasaskan Sekolah


(PBS) kali ketiga mulai 13 September 2015. Terlebih dahulu saya telah melapor diri
di pejabat dengan menulis nama di ruangan kertas yang disediakan. Pada masa
yang sama, kami telah berjumpa dan bertegur sapa dengan pelatih guru praktikum
yang menuntut di IPGKSAH yang telah memulakan profesion keguruan di sekolah
yang sama. Kemudian, kami berjumpa lalu berbual-bual dengan penolong kanan
kurikulum, penolong kanan kokurikulum, penolong kanan hal ehwal murid; Kami
diberi tempat duduk di Pusat Sumber. Sebaik sampai di Pusat Sumber Sekolah,
kami bersalaman dengan seorang guru pelatih dari IPG Kampus

Temenggung

Ibrahim yang kelihatan agak sibuk pada pagi tersebut. Namun begitu, senyuman
yang dilemparkan telah memotivasikan diri kami untuk terus berjuang demi
kecemerlangan PBS. Kami telah mewujudkan hubungan silathurahim yang agak
mesra bersama staf Pusat Sumber di situ. Selepas itu, pengumuman dibuat supaya
dapat

menghimpunkan

semua

murid

di

bawah

satu

bumbung

sempena

perhimpunan mingguan di tapak perhimpunan.


Perhimpunan pada pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
diikuti lagu negeri Kedah; Semua warga sekolah berdiri tegak dan menonjolkan
sinaran patriotisme dalam jiwa masing-masing. Seterusnya, rukun negara telah
dilafazkan dalam ketiga-tiga bahasa di bawah pimpinan murid pengawas yang
bertugas. Guru bertugas minggu tersebut telah memberi ucapan mengenai tajuk
kepentingan memelihara alam sekitar bersama-sama. Penolong kanan Hal Ehwal
Murid telah berucap mengenai displin muri-murid sekolah tersebut; Beliau telah
menekankan betapa pentingnya amalan bersembahyang untuk menjadi seorang
insani yang mulia dan seimbang.Ucapan terakir diberi oleh guru besar sekolah
tersebut, Encik Vasu. Beliau telah memberi sepatah dua kata di perhimpunan
tersebut serta memberitahu perkembangan semasa yang berlaku di sekolah kepada
para pelajar.Setelah selesai perhimpunan, pelajar-pelajar bergerak ke kelas dalam
barisan masing-masing.
Saya dengan rakan saya tunggu di pejabat untuk mendapat taklimat daripada guru
besar. Sejurus kemudian beliau telah sampai. Beliau telah memberitahu tentang
sekolah,

peraturan

dan

juga

tugas-tugas
15

kami

secara

ringkas.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Kemudian, saya bersama rakan saya telah menyelusuri selok-belok sekolah
tersebut. Kami melakukan pemerhatian sekeliling sekolah lalu mengambil gambar
sekolah untuk membantu kami melaksanakan PBS dengan lebih efisyien.

Setelah selesai membuat tugas tersebut, kami memohon kebenaran kepada


guru-guru berkenaan untuk membuat temu duga pada keesokan hari. Kami telah
berbual-bual dengan Puan Subatra, guru kelas pemulihan untuk memasuki kelas
pemulihan pada hari terakhi bagi menyiapkan tugasan yang diberir; Kemesraan
beliau amat menyenangkan hati kami. Pada pukul 1.15 p.m. saya dibenarkan pulang
ke rumah.Begitulah bermula perjalanan PBS saya di SJK(T) Ladang Perbadanan.
LAPORAN PBS HARI KEDUA (14/09/2015)
Hari kedua saya membuat PBS di SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah telah
bersambung dengan harapan yang berkobar-kobar. Mula-mula, saya dengan rakan
IPG lain melapor diri di pejabat berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan. Kami
telah berbincang mengenai tugasan PBS yang diamanahkan di makmal Sains SJK
(T) Ladang Perbadanan Kedah. Kemudian, kami meminta kebenaran daripada pihak
tertetu untuk membuat temu duga supaya dapat mengumpul maklumat-maklumat
yang berkenaan yang diperlukan untuk mebuat tugasan yang diberi.
Sesi temu duga kami telah bermula daripada Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Puan Udeamalar. Maklumat yang diberi oleh beliau amatlah memanfaatkan
kami.

Perbincangan

lebih

kurang

sejam

dengan

beliau

telah

meluaskan

pengetahuan kami tentang profesyen perguruan. Kata-kata semangat beliau


mendorong kami untuk terus berjuang sebagai guru yang berwibawa.
Kami dapat melihat bahawa pihak pentadbir sekolah tersebut menumpukan
prioriti terhadap aspek pendidikan yang menjadikan sekolah ini sebagai sekolah
nombor satu di daerah. Kami membincangkan isu keselamatan sekolah dengan
seorang pengawal yang memberi layanan yang agak mesra. Kami juga bertanya
kepada guru kelas pemulihan, Puan Subatra mengenai persekitaran kelas
pemulihan.

16

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Sejurus kemudian, kami mendapat peluang untuk menemu duga guru besar
sekolah tersebut; Kemesraan yang ditunjukkan oleh beliau amat dihargai dan
menyenangkan hati. Sesi temu duga tersebut diakhiri dengan mengadakan temu
duga bersama Encik Gopal, Penolong Kokurikulum.Pencapaian kokurikulum sekolah
yang diberitahu amat mengagumkan. Beliau telah menjelaskan setiap perkara
kokurikulum sekolah secara terperinci. Maklumat yang telah kami kumpulkan amat
berguna untuk memenuhi ruangan di kertas kolabarasi.
Seterusnya, saya telah berjumpa dengan Puan Ananthy untuk mendapatkan
sejarah sekolah. Beliau telah memberikan beberapa maklumat tambahan yang boleh
bantu saya dengan asiosasi arena internet menggunakan alamat emel saya. Saya
juga bertanya beliau mengenai buku teks yang kami harus dapatkan untuk
melaksanakan arahan pensyarah.
Begitulah hari kedua kami berlalu; Pada pukul 1.15p.m. kami pulang ke
rumah.

LAPORAN HARI KETIGA PBS (15/09/2015)


Hari ketiga PBS saya di SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah bermula pada
tarikh 15 September 2015. Pada pagi tersebut, saya telah mendaftarkan nama saya
di buku lapor diri bersama dengan rakan. Saya disuruh untuk berjumpa dengan
penolong kanan hal ehwal murid. Kami berjalan cepat ke pejabat dalam kegesaan;
Di sana, Puan Ananthy telah memberitahu saya untuk menggantikan guru yand
sedang bermesyuarat. Tanpa melengahkan masa, saya telah terus beredar ke kelas
4 Mulai.
Seterusnya, saya dengan rakan IPG lain telah pergi ke makmal Sains.
Suasana di sana kelihatan agak senyap dan sunyi. Kami memperolehi maklumatmaklumat yang penting berkaitan dengan sekolah dari Puan Anathy; Beliau
merupakan Penolong Kanan I di sekolah tersebut; Kemesraan beliau amat dihargai.
Pada hari yang sama, seperti yang telah dibincangkan saya telah
mengadakan pemerhatian di kelas pemulihan yang dijalankan oleh Puan Subatra. Di
17

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


situ, saya dapat mencatit butiran-butiran yang diperlukan untuk membentuk
kesempurnaan tugasan PBS. Saya telah meluangkan masa sejam di kelas beliau.
Saya amat besyukur kepada cikgu tersebut. Bantuan yang dihulurkan tidak dapat
dibalas dengan budi yang baik.
Pada seluruh hari tersebut, saya tidak begitu sibuk; Itulah kesempatan yang
kami ambil untuk menyempurnakan kerja-kerja baki yang ada relevan dengan
Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya melaksanakan kerja taip-menaip dalam
komputer riba. Sayadiberi wayar ekstansi untuk mencaj komputer; Kemesraan yang
ditonjolkan oleh para guru memudahkan kami untuk mengadaptasikan diri di sekolah
tersebut.
Pada pukul 1.10p.m. waktu persekolahan telah tamat.

LAPORAN HARI KELIMA PBS (17/09/2015)


Pada hari terakhir ini saya pergi ke sekolah seperti biasa. Saya telah melapor
diri. Selepas itu, saya berjumpa dengan gu ru Encik Vasu untuk membuat temu bual
bersama beliau. Isu-isu yang dibincangkan amat membantu saya untuk
menyempurnakan tugasan Moral yang diberi. Selepas itu, saya telah pergi ke
pejabat untuk berjumpa dengan guru besar. Kami mendapat tandatangan pada kerta
borang kehadiran dan borang kelakuan setelah melakukan komunikasi selama
bebebrapa minit dengan guru besar sekolah. Guru besar telah memberikan ulasan
dan cara-cara untuk menambah baik kelemahan diri kami. Kami juga diberi peluang
untuk menyuarakan buah fikiran tentang sekolah dan cara untuk menaiktaraf
pengurusan sekolah. Seterusnya kami telah melafazkan kata-kata kesyukuran dan
penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah. Saya turut menemu bual dengan
Puan Udeamalar selaku Penolong Kanan HEM serta Puan Geetha yang bertugas
sebagai guru Matematik.
Kemudian, pengumuman dibuat; Saya dikehendaki memasuki kelas 6
Tamarai kerana guru kelas tersebut telah menghadiri mesyuarat.Pengalaman yang
saya perolehi bersama murid di kelas 6 Tamarau adalah amat signifikan. Selepas
sejam, saya berjumpa dengan Puan Geetha, guru Matematik untuk memohon
18

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


kebenaran beliau bagi melakukan pemerhatian di kelas untuk mengenali
persekitaran fizikal, persekitaran psikososial serta ruin bilik darjah di kelas arus
perdana. Saya amat bersyukur kepada beliau kerana saya diberi peluang untuk
mengadakan pemerhatian terhadap cara beliau mengadakan makro pengajaran
yang menjadi asas kepada penyiapan tugasan Pengurusan Bilik Darjah yang hampir
sempurna.
Pada pukul 12 , saya dengan rakan IPG lain mengambil gambar-gambar di
sekitar sekolah; Kami berinteraksi dengan para pelajar. Pada masa yang sama,
pustakawan telah memanggil kami untuk membantu beliau mengemaskan
perpustakaan untuk menjadikan tempat itu lebih kondusif. Pada pukul 1.15 petang,
kami dibenarkan pulang. Pengalaman yang ditimba memantapkan ilmu keguruan
saya/ Pengalaman PBS di sekolah ini merupakan permulaan yang indah pada diri
saya untuk mengukir kerjaya saya sebagai guru.

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN.


19

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


3.1 PEMERHATIAN.
Semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ),saya telah
menggunakan kaedah pemerhatian terhadap beberapa aspek dalam

usaha

pencarian penyelesaian masalah. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap


struktur pentadbiran yang dibina oleh pihak pengurusan sekolah serta hubungan
yang dijalin antara guru dengan murid.
Tambahan pula, saya juga turut memerhatikan kesan-kesan yang diakibatkan
oleh persekitaran sekolah baik terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani,
intelek serta sosial murid-murid sekolah tersebut. Kemudahan infrastruktur yang
lengkap dan susasana sekolah yang kondusif melancarkan lagi proses engajaran
dan pembelajaran harian. Pelaksanaan aktiviti demi perkembangan kanak-kanak
diutamakan. Melalui kaedah pemerhatian, leraian tanda soal yang berlegar-legar
dalam minda saya dapat saya selesaikan. Antaranya adalah seperti berikut :
1. Apakah aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut?
2. Apakah kekuatan yang ada serta kelemahan disertakan cadangan
penembahbaikkan yang ada?
3. Perkembangan tahap pembelajaran

dan

kaitan

dengan

tahap

perkembangan murid-murid?
4. Pelaksanaan kurikulum yang dijalankan adalah berjalan lancar atau
tidak?
5. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran diadakan?
6. Bagaimanakah penglibatan murid dalam kelas?Adakah mereka aktif
atau kurang berminat ketika proses pengajaran dan pembelajaran?
7. Bagaimanakah guru mengurus tahap kepandaian murid-murid?
8. Apakah bahan dan sumber pengajaran yang dapat menarik minat
murid-murid tersebut?
9. Apakah teknik-teknik yang digunakan oleh guru ketika proses
pengajaran

dan

pembelajaran

bagi

memasstikan

murid-murid

melibatkan diri dalam proses tersebut?


3.2 SENARAI SEMAK
Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah menjadi lebih mudah dengan
adanya senarai semak yang mengandungi kriteria dan aspek yang perlu diberi

20

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


perhatian demi kesempuranan kewajipan yang diamanahkan. Senarai semak
tersebut berperanan sebagai penjelasan dan panduan kepada saya mengenai
perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah
diberikan. Melalui senarai semak yang telah diberikan oleh pensyarah semasa
taklimat PBS, saya dapat menyiapkan tugasan PBS dengan sempurna dan lengkap.
Antara kriteria yang terdapat dalam senarai semak yang saya jadi rujukan semasa
adalah:
I.

Saya memberi tumpuan kepada senarai semak penyediaan portfolio


untuk menyemak maklumat yang sudah dicari bagi menyiapkan

II.
III.

tugasan.
Senarai semak menjadi panduan semasa penyediaan tugasan.
Senarai semak penting dalam merancang apa yang patut dibuat
berdasarkan pembahagian kerja mengikut kriteria.

3.3 TEMU BUAL


Kaedah temubual yang saya gunakan bagi mendapatkan ilmu dan maklumat
baharu amat memanfaatkan diri saya.Terlebih dahulu, saya telah membuat
21

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


persiapan senrai soalan yang hendak ditanya. Semasa di sekolah menjalankan
PBS, saya telah mengadakan sesi temu bual dengan guru besar, Penolong Kanan
1,Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai
pengurusan dan pentadbiran sekolah.Saya juga telah melakukan sesi temu bual
bersama dengan beberapa orang guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih
terperinci mengenai keberkesana proses pengajaran dan pemelajaran di bilik darjah
berlandaskan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.
Tambahan lagi,saya turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan
pihak pengurusan kantin sekolah tentang kebersiahan sekelilin kantin dan juga carta
aliran kendiri kantin sekolah tersebut.Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira
dalam laporan ini. Sesi temu bual diakhiri dengan respons yang diberi oleh pengawal
sekolah mengenai kawalan keselamatan murid-murid. Berikut adalah perancangan
temu bual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temu bual tersebut dijalankan :
Guru Besar
Guru Penolong Kanan 1
Guru Penolong Hal Ehwal Murid
Guru Penyelaras Kokurikulum
Guru Bahasa Tamil
Kakitangan sekolah
Murid-murid.

3.4 Soal Selidik.


Saya membina persoalan respektif untuk ditanya kepada pihak berkenaa;
Kaedah ini lebih dikenali sbagai instrumen soal selidik. Saya turut merangka

22

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


beberapa bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini
mempunyai skop soalan yang luas seperti di bawah:

Latar belakang orang yang disoal selidik


Berkaitan proses P&P dalam kelas
Peranan yang dimainkan guru dan murid
Berkaitan dengan bagaimana sekolah

pendidikan di sekolah
Maklumat tentang sekolah
Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu

mengajar dan juga penglibatan murid.


Skop-skop tugasan guru
Aktiviti kokurikulum yang dijalankan

perkembangan pelbagai aspek murid-murid tersebut.


Penglibatan murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah.

merealisasikan

disekolah

tersebut

falsafah

dalam

Soal selidik adalah penting kerana terdapat beberapa tatacara untuk menjalankan
kaedah ini. Oleh hal yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa :

Siapa yang ditanya?


Tujuan bertanya?
Bagaimana hendak bertanya?
Waktu yang sesuai untuk disoal selidik?
Pemilihan orang
Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih
Tempat yang bersesuaian dalam menjalankan aktiviti tersebut.

ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI :


5.1 PEMERHATIAN
Melalui pemerhatian saya mendapati bahawa SJK (T) Ladang Perbadanan
Kedah merupakan institusi pendidikan rendah yang bergerak berasaskan elemenelemen FPK dalam usaha menghasilkan produk insan yang seimbang dan harmoni.
Suasana sekolah kelihatan kondusif dan selesa berserta kelengkapan kemudahankemudahan asas. Penerapan nilai murni dalam kalangan murid-murid
23

amat

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


dititikberatkan dengan mempraktis budaya memberi salam dalam rutin harian
persekolahan. Unsur-unsur kerohanian diutamakan dengan mengadakan upacara
sembahyang dari semasa ke semasa pada waktu pagi. Di samping itu, prinsipprinsip rukun negara disemai dalam jiwa murid masing-masing semasa perhimpunan
mingguan diadakan. Kemahiran penjagaan suasana bilik darjah diperkembang
dalam kalangan golongan pelajar dengan bimbingan guru bermula dari tahun 1
kerana melentur buluh biarlah dari rebungya.
Selain itu, para guru amat memberikan prioriti kepada penggunaan alat bantu
mengajar di bilik darjah. Mereka membuat perhiasan ang begitu indah di kelas
masing-masing dengan menggunakan bahan ABM. Hal ini menarik tumpuan para
pelajar terhadap proses pegajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penggunaan
papan kenyataan di bahagian belakang kelas berperanan sebagai alat rujukan
semasa pelajar untuk mencari maklumat berkaitan tentang tajuk yang diajar.
Maklumat yang ditampal akan ditanggalkan dan diganti dengan maklumat baharu
terkini agar pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Murid-murid
juga tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan sebarang maklumat yang
berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Hal ini dapat mendorong para murid
untuk terus menunjukkan prestasi kecemerlangan dalam peperiksaan.
Emosi pelajar dipengaruhi oleh suasana bilik darjah. Guru telah mengambil
inisiatif dengan menampal bahan-bahan ilmiah dengan kertas yang bewarna, me
reka jadual waktu, jadual tugasan dengan rekaan yang unik dan sebagainya.Papan
kenyataan juga dipastikan ditampal dengan bahan-bahan ilmiah. Selain itu, para
guru turut menampal perkataan-perkataan hikmat dan slogan-slogan yang
merangsang di sekitar dinding laluan. Warga pendidik sekolah tersebut bekerja
tanpa mengira masa dan erti penat lelah. Hal ini akan memangkin prestasi akademik
dan kokurikulum SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah..

24

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Senarai Semak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Perbadanan, Kedah


Saya telah menyediakan jadual jadual untuk mengumpul data sekolah dan para
pelajar. Data juga diproses dengan baik dan disimpan dengan cara yang efektif.
SENARAI SEMAK CIRI CIRI PERSEKITARAN SEKOLAH

Prasarana Bilik Darjah


Bil

Perkara

Ada

25

Tiada

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


1.

Meja Guru

Meja

3.

Kerusi

4.

Skrin LCD

5.

LCD

6.

OHP

7.

Sudut Bacaan

8.

Jadual Waktu Kelas

9.

Jadual Bertugas

10.

Peraturan Bilik Darjah

11.

Kipas

12.

Lampu

13.

Tong Sampah

Prasarana Perpustakaan
Bil

Perkara

Ada

1.

Buku latihan/buku rujukan

2.

Kad Pinjaman

3.

Komputer

4.

Pentas Bercerita

Tiada

/
26

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


5.

Alatan Kebersihan

6.

Buku Nilam

7.

Lampu

8.

Kipas

9.

Jadual Bertugas Pengawas

10.

Peraturan Perpustakaan

11.

Rekod Buku Pinjaman

Prasarana Makmal Sains


Bil

Perkara

Ada

1.

Tong Sampah

2.

Alatan Eksperimen

3.

Pembantu Makmal

4.

Peraturan Makmal

27

Tiada

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


5.

First Aid Kit

6.

LCD

7.

Skrin LCD

8.

OHP

PETUNJUK :

1.
2.
3.
4.
5.

Tidak memuaskan langsung


Tidak memuaskan
Sederhana
Memuaskan
Sangat memuaskan

28

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


SENARAI SEMAK KAEDAH MENGAJAR

NO
1.

2.

ASPEK TEKNIKAL
Kaedah pengajaran yang sesuai dengan aspek:

YA

Saiz

Minat

Kemampuan pelajar
Kaedah ini digunakan secara berkesan agar senang

untuk murid-murid memahaminya.

3.

Gambar bagi menarik minat pelajar

Saiz font yang besar

Pelbagai jenis kaedah pengajaran digunakan


Kaedah ini menggunakan kesemua deria manusia:

Penglihatan

Pendengaran

Sentuhan

Merasa

Bau

/
/
/

TEMU BUAL
29

TIDAK

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


GURU BESAR
1. Perubahan yang dibuat sepanjang anda menjadi Guru Besar di sekolah ini?
2. Adakah di sekolah ini terdapat kemudahan ICT? Adakah pentadbiran sekolah
menggunakan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran?
3. Perlukah pengurusan sesebuah sekolah berunsurkan sistem FPK? Adakah
sistem sekolah ini berunsurkan sistem FPK khususnya JERIS?
PENOLANG KANAN AKADEMIK
1. Bilangan murid, guru, dan staf sokongan di sekolah ini?
2. Adakah komitman guru-guru di sekolah ini baik dalam merealisasikan visi
sekolah?
3. Adakah bidang pendidikan dikenali sebagai bidang tugas utama anda?
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1. Adakah penglibatan pelajar seratus dalam kokurikulum?
2. Berikan contoh-contoh pertandingan yang pernah sekolah mengambil
bahagian?
3. Bolehkah tahu tentang Badan Beruniform ,Persatuan, danPermainan di
sekolah ini?
MENTOR SAYA
1. Pengalaman anda sebagai seorang guru di sekolah ini?
2. Bolehkah anda jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan semasa pengajaran
dan pembelajaran anda?
3. Apakah pandangan anda tentang pentadbiran dan pembelajaran anda?
MURID
1. Jelaskan latar belakang keluarga anda?
2. Adakakah anda suka dan berasa selesa dengan persekitaran sekolah ini?
3. Adakah anda suka akan cara mengajar guru di sini?

SOAL SELIDIK
(SEK. JENIS. KEB. TAMIL LADANG PERBADANAN KEADH)
30

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


Murid-Murid Sekolah
NO

MAKLUMAT

YA

Adakah anda minat datang ke sekolah setiap hari?

Adakah anda berasa puas dengan persekitaran sekolah?

Adakah suasana bilik darjah meningkatkan minat anda

TIDAK

untuk belajar?
4

Adakah anda puas dengan kaedah pengajaran yang

digunakan oleh guru?


5

Adakah anda tahu cara untuk mengoperasikan LCD?

Bolehkah anda dapat memahami metapelajaran Sains dan

Matematik, apabila ia di tukar kepada dwibahasa?


7

Adakah banyak kerja rumah diberikan kepada anda?

Adakah keadaan bilik darjah menyelesakan anda?

Adakah hubungan anda dengan rakan sekelas anda baik?

10

Adakah anda berkongsi perasaan anda dengan ibu bapa?

11

Adakah anda mempunyai hubungan yang baik dengan guru

kelas anda?
12

Pernakah anda mewakili sekolah bagi sebarang

pertandingan?

BORING SOAL SELIDIK


(SEK. JENIS. KEB. TAMIL LADAN PERBADANAN KEDAH)
Guru disiplin
NO

MAKLUMAT

31

YA

TIDAK

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


1
2

Adakah anda gembira dengan tugas yang diberi?


Adakah tugas sebagai seorang guru disiplin

membosankan?
Adakah anda berpuas hati dengan sokongan dan

/
/
/

kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan


4

sekolah?
Adakah anda berpuas hati dengan keadaan disiplin

di sekolah ini?
Pernakah anda melalui pengalaman sebagai seorang

pelajar?
Pada pandangan anda adakah pihak sekolah sahaja
bertanggungjawab ke atas pengawalan disiplin
pelajar?

32