Anda di halaman 1dari 4

1

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menyenaraikan tugas dan tanggungjawab guru mata pelajaran pendidikan moral


2. Menghubungkaitkan peranan guru moral dalam merealisasikan aspirasi negara
3. Membina instrumen pentaksiran tidak formal
4. Membina item pentaksiran formal
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2.
Objektif Kerja Kursus
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
Pengurusan dan pentaksiran dalam Pendidikan Moral
1) Merancang cara untuk meningkatkan tanggungjawab guru mata pelajaran Pendidikan Moral selaras dengan pendidikan
abad 21. 20%
2) Menganalisis dan membina 20 soalan objektif dan 10 soalan subjektif dalam pentaksiran formal pelbagai item mengikut
aras Taksonomi Bloom. 60%
3) Menyenaraikan salah laku guru dan perkaitannya dengan Etika Perguruan dan cara-cara mengatasinya melalui OLL. 20%

Tugasan Kerja Kursus 100%


SOALAN :
Pengurusan dan pentaksiran merupakan dua proses yang amat penting untuk dijalankan bagi sesuatu mata pelajaran di sekolah.
Pengurusan yang lengkap akan membolehkan pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar. Pentaksiran pula digunakan untuk
menguji keberkesanan sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran. Soalan yang mengikut garis panduan diikuti dengan aras
KBAT akan meningkatkan kualiti sesuatu pentaksiran.