Anda di halaman 1dari 1

UNIT 4 : ESTETIKA KANAK-KANAK

3. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu:


i)

Estetika sikap : spontan, kekaguman, kegembiraan kanak-kanak dan perasaan ingin


tahu dalam jiwa kanak-kanak.
ii) Estetika pengalaman : penglibatan aktif dalam seni visual dan persembahan memberi
pengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan kepada kanak-kanak.
iii) Estetika respon : menyatakan pandangan dan luahan perasaan pada karya seni. Respon
fisiologi melalui ketawa, takut manakala respon mental melalui keputusan dan
pandangan.
4. Estetika adalah cabang ilmu falsafah yang menekankan penggunaan pancaindera dalam
mengapresiasi karya seni seperti melihat, mendengar, sentuhan, merasa dan menghidu.
5. Tindak balas spontan karya seni yang mempengaruhi tindak balas estetika
ialah kualiti karya seni
dan maksud karya seni.
6. Pandangan golongan relativisme menyatakan kecantikan adalah subjektif dan terletak
pada
persepsi seseorang untuk menilainya.
7. Golongan objektivisme berpandangan kecantikan wujud dalam sesuatu karya seni dan
bukannya
terletak pada persepsi seseorang.
8. Lima strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetika karya seni
ialah :
i) Membuat perancangan
ii) Menunjukkan contoh hasil seni
iii) Berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif
iv) Membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif
v) Idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetika