Anda di halaman 1dari 11

2.

INOVASI

2.1

Apa itu Inovasi

Setelah usahawan menjalani kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian terbaik,


langkah seterusnya mereka akan melakukan aplikasi serta melakukan inovasi.
Kreativiti merupakan syarat awal kepada sesuatu inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai
merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi. Syarikat yang berjaya serta
mampu bersaing dan menang adalah syarikay yang dapat membangunkan produk baru
atau sistem baru untuk mengeluarka produk senantiasa membaharuinya.
Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah satu kaedah yang mencari
jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini
bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tetapi tidak
akan membenarkan syarikay mereka berpuas hati dengan apa yang ada terutama sekali
apabila pesaingan akan menghasilkan idea yang kreatif.
(Chell, 2001) inovasi juga adalah satu cara berfikir bagaimana untuk
menghasilkan sesuatu yang baru di dalam pasaran yang akan merubah persamaan
antara permintaan dan pengeluaran sesuatu barang tersebut. Usahawan yang mampu
mencipta permintaan baru di dalam pasaran dengan menukarkan kombinasi faktor
pengeluaran untuk mencipta sesuatu benda yang baru untuk memenuhi permintaan
serta kepuasan pengguna di semua peringkat. Oleh itu, inovasi adalah kunci usahawan
untuk bertahan di dalam keadaan persaingan perniagaan yang sengit. inovasi atau
mati sepatutnya menjadi prinsip harian kepada setiap usahawan.

2.2

Maksud Inovasi Dalam Usahawan


Dalam perkembangan organisasi selalunya berkaitrapat dengan inovasi
organisasi syarikat tersebut. Inovasi bertindak sebagai fungsi utama didalam proses
keusahawanan. Dengan adanya inovasi didalam organisasi, sesuatu idea itu dapat
menghasilkan produk akan terhasil apabila terdapatnya individu atau kumpulan yang
kreatif dalam penghasilan produk yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi. Setiap
organisasi yang mengeluarkan produk mempunyai saingan dalam pasaran di Malaysia
mahupun pasaran antarabangsa. Sebagai contoh pesaing utama bagi proton adalah
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERDUO) yang dibentuk pada 1993 dengan
kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Oleh itu, inovasi akan berlaku sekiranya wujud
persaingan dalam mengeluarkan produk terkini.
Inovasi adalah fungsi utama di mana seseorang individu atau usahawan atau
kumpulan usahawan yang mempunyai idea baru bagi mengambil peluang-peluang
perniagaan ke dalam bentuk idea yang boleh dipasarkan. Menurut Kinicki

dan

William (2003), inovasi adalah satu kaedah mencari jalan untuk menghasilkan sesuatu
produk baru disamping produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Menurut Chell,
2001, inovasi berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang bati di pasaran yang akan
menrubah persamaan permintaan dan pegeluaran.
Inovasi juga merupakan proses yang diperlukan didalam keusahawanan, ini
kerana apabila dengan adanya invasi makan akan terhasilkan satu produk yang lebih
baik untuk dipasarkan kepada semua pengguna. Inovasi juga akan memaksimumkan
sumber yang sedia ada tanpa melakukan pembaziran. Ini amat penting apabila produk
yang dikeluarkan dapat direka tanpa membazirkan dan meminimumkan sumber yang

ada disamping itu produk yang terhasil itu akan lebih murah dipasaran untuk
keperluan dan kehendak pengguna.
Didalam artikel Creativity? Innovation? Are They Different? Do We Need
Both? (N.Herman), beliau telah menyebutkan bahawa inovasi hendaklah seiring
dengan kreativiti. Jadi ini bermakna inovasi adalah satu idea yang berkaitan dengan
kreatif dalam mempertingkatkan lagi kualiti dan mutu sesuatu produk atau
perkhidmatan yang bertujuan untuk menjayakan satu transformasi bagi memenuhi
kehendak pengguna.
Kreatif dan inovasi adalah seiring apabila kedua-duanya saling bergantungan
kepada maklumat yang releven,bagaimana cara maklumat itu dimanipulasikan,
terdapatnya proses kreativiti dalam mencipta produk dan kemampuan kreativiti dan
inovasi dalam menjana produk dan perkhidmatan yang baru.
2.3

Jenis-jenis Inovasi Yang Terlibat Untuk Usahawan


Setiap orang dalam organisasi perlulah ada kemahuan untuk melakukan inovasi
bagi membina kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Dalam membincangkan perkara inovasi didalam sesebuah organisasi terdapat (4) asas
utama yang perlu diketahui dalam inovasi iaitu :
2.3.1

Inovasi Penciptaan
Inovasi penciptaan adalah merujuk kepada kemampuan seseorang
usahawan itu untuk mencipta produk yang baru untuk dihasilkan. Dalam erti
kata lain suatu produk yang belum lagi dipasarkan atau dicipta dimana-mana
tempat. Inovasi dalam penciptaan ini perlulah terdapat produk asli yang belum
difikirkan oleh orang lain untuk dikeluarkan.
Didunia ini setiap sesuatu yang dihasilkan semestinya ada penciptanya
termasuklah semua produk dan perkhidmatan haruslah ada seseorang yang
menciptanya. Dalam inovasi jenis penciptaan ini, perkara yang perlu diambil
kira ialah adalah sesuatu produk tersebut adalah produk yang sebenar dan

merupakan produk yang pertama dikeluarkan oleh seseorang atau organisasi


perniagaan. Ini bermakna inovasi penciptaan adalah proses menghasilkan
produk yang belum ada kepada produk baru yang akan dipasrkan. Oleh kerana
teknologi sentiasa berkembang maju dengan sumber yang terhasil telah
membolehkan

seseorang

usahawan

untuk menghasilkan

satu

inovasi

penciptaan.
Oleh kerana rekacipta bagi sesuatu produk yang baru dihasilkan adalan
sesuatu yang baru dan asli tanpa sebarang elemen-elemen lain. Kemungkinan
penerimaan awal terhadap inovasi ini dianggap sebagai keterlaluan sehingga
menjadikan orang lain melihat inovasi yang dilakukan adalah di luar
kemampuan fikiran mereka.tetapi walaubagaimanapun, inovasi penciptaan
inilah menyebabkan kehidupan manusia sekarang lebih selesa dan mempunyai
pelbagai barangan dan kemudahan perkhidmatan. Kita tidak mengetahui
apakah yang akan berlaku dimasa hadapan, tetapi tindakan satu inovasi
penciptaan akan menyebabkan kita memiliki sesuatu yang belum lagi dimiliki.

2.3.2

Inovasi Pegembangan
Dalam membincangkan keusahawanan dalam inovasi pemgembangan,
kadang-kala kebiasaannya usahawan akan menambah produk yang sedia ada
dengan produk yang lain. Inovasi ini akan menggunakan satu cara bagaimana
cara menghasilkan produk yang berbeza atau meningkatkan lagi proses yang
telah wujud dalam perniagaan. Selain itu , penambahan atau tambahan kepada
produk yang sedia ada. Contohnya Syarikat Samsung yang terkenal dengan
produk elektrik dan eletronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada
automobil.

2.3.3

Inovasi Duplikasi
Dalam inovasi duplikasi ialah satu proses replikasi terhadap produk dan
perkhidmatan yang telah dijual dipasaran. Produk tersebut akan digunakan oleh
semua pengguna dan menjadi satu kebiasaan kepada kita. Oleh demikian,
disebabkan proses penambahbaikkan produkl sedia ada, ada sesetengah
usahawan yang bertindak merujuk kepada produk sedia ada bagi menghasilkan
inovasi terhadap produk tersebut. Walaupun begitu inovasi itu bukanlah satu
prosese peniruan produk yang sedia ada dia pasaran tetapi produk itu akan
melalui proses penambahbaikkan dengan kekreatifan usahawan dalam
merekacipta sesuatu yang akan dipasarkan nanti. Contohnya Proton Saga FL
kepada Saga FLX atau FLX SE.

2.3.4

Inovasi Sintesis
Inovasi sintesis ini merupakan satu inovasi yang telah menganbungkan
satu produk yang sedia ada menjadi satu. Idea ini terhasil daripada inovasi
sintesis . ini kerana keupayaan untuk tidak menciipta produk yang baru tetapi
lebih kepada penyusunan produk yang lama dengan menambah satu lagi
produk baru bagi menyediakan kombinasi produk tersebut agar menjadi lebih
berkualiti dan bermutu serta dwi penggunaannya.
Kadang-kala kebiasaannya kedua-dua produk tidak mempunyai kaitan
antara satu sama lain. Contohnya penggunaan telefon mudah alih sebagai alat
komunikasi percakapan kini ditambah dengan penggunaan modem bagi
membolehkan telefon mudah alih kini digunakan untuk rangkaian Internet serta
kemudahan sambungan dengan komputer.

2.4

Sumber Kepada Inovasi

Usahawan memerlukan idea yang lebih kuat sebelum beliau berupaya (inspire)
untuk memberi inspirasi kepada produk, perkhidmatan dan proses yang baru boleh
dilihat contoh sumber inovasi di dalam Syarikat Proton. Inovasi yang berlaku dalam
kejuruteraan proton berkaitrapat dengan sumber inovasi yang telah diperolehi oleh
syarikat tersebut.
Inovasi merupakan salah satu fungsi utama dalam proses keusahawanan. Dengan
adanya inovasi dalam proton, sesuatu idea yang akan menghasilkan automobil terhasil
apabila terdapatnya individu atau kupulan yang kreatif dalam penghasilan produk yang
lebih berkualiti. Setiap organisasi yang mengeluarkan produk mempunyai saingan
dalam pemasaran. Pihak proton banyak mencari sumber inovasi yang berkualiti bagi
memantapkan lagi pengeluaran automobil nasional untuk bersaing dengan pengeluar
kereta di Malaysia terutamanya Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA)
oleh itu terdapat empat (4) punca sumber inovasi yang diperolehi oleh proton
(Drucker, 1985; Kuratko dan Hodgetts, 2004)
2.4.1

Sumber yang sengaja


Bagi mempertingkatkan lagi inovasi dalam reka bentuk dan reka cipta
Proton telah mendapat idea dari sumber yang tidak sengaja iaitu dari
pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Proton. Dalam pertandingan yang telah
diadakan itulah yang menyebabkan proton telah mendapat idea baru dari
kalangan kakitangan yang berkebolehan dalam bidang kejuruteraan. Kejayaan
dan kegagalan yang tidak disangka boleh menjadi sumber utama kepada
inovatif apabila sesuatu produk tersebut tidak menarik perhatian atau tidak
dirancang.

2.4.2

Konsep pengetahuan yang baru


proton juga mendapat sumber inovasi dalam konsep pengetahuan yang
baru. Diantara projek yang telah dijalankan adalah dalam penyelidikan dan

pembangunan automobil proton bagi menjalankan fungsi sebagai organisasi


dalam membentuk inovasi yang terbaru. Dikatakan projek ini telah mempunyai
kemudahan dan infranstruktur yang lebih baik bagi memenuhi objektif
kerajaan dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua Negara.
Teknologi yang tinggi dan infranstruktur yang dilengkapi dengan
kemudahan yang tinggi disamping bagi menarik minat pengeluar kenderaan
lain menggunakan kemudahan yang disediakan. Sebuah makmal telah dibina
yang berkonsepkan Milege Accumulation Chasis Dyamometer (MACD)
yang

bertujuan

mengkaji

sistem

pengukuran

piawaian

suspension

kinematics, ujian ke atas enjin dynamometer, simulasi kajian dan kajian


terhadap ketahanan kenderaan yang dihasilkan. Terdapat empat (4) objektif
penyelidikan dan pembangunan dalam proton:i.
ii.
iii.
iv.
2.4.3

Memendekkan tempoh pembangunan kenderaan baru dan penjimatan


kos pembangunan
Peningkatan keupayaan kejuruteraan
Peningkatan kualiti produk
Pemilikan harta intelektual rekabentuk

Perubahan Demografi
Proton juga amat menitikberatkan keupayaan pengguna bersesuaian
dengan perubahan demografi di negara ini. Diantara penekanan Proton ialah
dengan satu kepercayaan kepada pengguna, itu adalah nilai bagi sesebuah
kenderaan yang telah berlaku inovasi. Salah satu perubahan demografi yang
telah mempengaruhi sumber inovasi proton adalah dilihat dari segi umur
pengguna. Pengeluaran Proton Saga Face Lift (FLX) inovasi bagi Proton Saga
FL yang begitu menarik minat dari golongan muda kerana gayanya yang lebih
kepada sporty.
Penjualan kereta proton dengan harga yang begitu murah dalam
lingkungan RM 38,598 hingga RM 44,998.00 dapat memberi kelebihan kepada

golongan muda untuk memiliki kenderaan jenis ini. Pengeluaran Proton Saga
FLX ini sangat berkaitrapat juga dengan faktor penjimatan shingga hampir 4
peratus dalam bandar dan 10 peratus pemanduan di lebuh raya dalam
penggunaan petrol iaitu dengan mengambil kira faktor keselamatan pemandu,
proton ini dapat memberi satu perubahan dalam keselamatan iaitu memiliki
sistem Antikunci Brek (ABS), Agihan Brek Elektronik (EDB) disamping
dengan penambahan fungsi beg udara keselamatan bagi penumpang hadapan
selain kepada pemandu.
2.4.4

Keperluan Proses
Dewasa ini, sering kali berlaku jerebut yang sangat teruk yang
menyebabkan pencemaran alam yang semakin membimbangkan kita. Oleh
demikian, proton telah mengambil satu langkah yang bijak apabila Proton
Holding Bhd bekerjasama dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) didalam
menganjurkan Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 bagi memenuhi sumber
keperluan dalam proses inovasi proton yang mahukan kenderaan yang
dikeluarkan oleh proton adalah mesra alam.
Dalam cabaran ini pihak yang terlibat adalah dari industri, akedamik dan
kerajaan dalam menjalin kerjasama kepada keperluan negara. Kerjasama yang
dijalinkan ini dikenali sebagai Triple Helix. Tujuan utama sumber keperluan
proses ini adalah bagi menjaga kesihatan semua pengguna di masa akan
datang. Penggunaan eletrik atau kenderaan hibrid ini akan mengurangkan
kesan karbon seterusnya dapat memilihara alam sekitar agar pencemaran udara
juga dapat dikurangkan dengan lebih berkesan. Cabaran ini bukan sahaja akan
melibatkan penggunaan kenderaan eletrik sepenuhnya tetapi juga sebagai
memenuhi potensi inovasi dalam keupayaan kenderaan tersebut melalui

pelbagai ujian termasuklah jarak pemanduan, tahap pecutan serta kelajuan


maksimum.
Bagi merealisasikan penggunaan Teknologi Hijau dalam pengeluaran
kenderaan hibrib, kenderaan eletrik dan kenderaan mesra alam ini, ujian
kenderaan Range Exender Vichicle (REEV) telah dijalankan oleh proton
dengan kerjasama kerajaan Malaysia. Pusat Inovasi berteknologi hijau ini
ditubuhkan bagi memenuhi inisiatif teras hijau Malaysia
2.5

Halangan kepada inovasi


Walaupun usahawan mempunyai banyak idea yang inovasi, tetapi masih terdapat
juga kekurangan yang menjadi penghalang kepada inovasi. Halang ini sering kali
berlaku di dalam organisasi terutama dari kakitangan itu sendiri. Di bawah
disenaraikan halangan kepada inovasi :
2.5.1

Organisasi tidak menggalakkan inovasi


Sesetengah organisasi berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak mahu
sebarang perubahan. Bagi organisasi seperti ini, perubahan itu boleh
mengancam budaya dan prosedur organisasi tersebut. Dan kemungkinan
perubahan akan mengancam kedudukan mereka. Untuk mengelakkan perkara
ini dari berlaku, pihak pengurusan akan menolak atau mengelak untuk
memberi perhargaan kepada inovatif di dalam organisasi. Selain dari itu,
batasan diantara jabatan yang berlainan turut juga menghalang berlakunya
komunikas untuk inovatif idea dikalangan kakitangan.

2.5.2

Sumber yang tidak mengcukupi


Sesetengah

organisasi

hendakkan

perubahan

dan

inovatif

tetapi

menghadapi kekurangan sumber seperti sumber manusia, kewangan, modal


dan kelengkapan yang menjadi satu benda yang amat penting untuk
menjayakan inovatif.

2.5.3

Tingkah laku tradidi pihak pengurusan


Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan daripada menjadi kreatif.
Ini berlaku apabila pengurusan dikawal oleh kakitangan yang telah lama
bertugas dan mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir dan menolak
sebarang perubahan.

3.3

KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN


Kreativit dan inovasi adalah saling berkaitrapat diantara sama lain dan juga
saling bergantungan. Ini kerana selepas produk baru itu dicipta serta dipasarkan
kedalam pasaran, produk tersebut akan melalui inovasi dalam penciptaan bagi
memenuhi kehendak pengguna disemua peringkat contohnya Proton Saga FL. Oleh
demikian pentingnya kreativiti dan inovatif untuk seseorang usahawan diantaranya
ialah :
3.1

Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan


kreativiti dan inovatif adalah sangat penting untuk membolhekan
sesebuah organisasi bertahan dalam jangka masa yang panjang. Masa hadapan
sesuatu perniagaan akan bergantung kepada keupayaan mereka untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru. Sesebuah organisasi tidak
lagi boleh menunggu permintaan daripada pengguna, organisasi haruslah boleh
mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggannya.

3.2

Untuk mengguna sumber asli

Terdapat banyak sumber alam didunia ini yang mana sesorang usahawan
seharusnya bijak menggunakan sumber ini tanpa melakukan sebarang
kerosakkan kepada alam sekitar. Malah kreativiti dan inovatif adalah pencipta
sumber. Selain itu, usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab untuk
mencipta nilai terhadap sumber alam tersebut untuk kegunaan manusia
sejagat.
menurut Drucker (1985), inovasi sebenarnya mewujudkan sumber.
Justeru

itu,

seorang

usahawan

yang

kreatif

dan

inovatif

akan

mengeksploitasikan sumber alam yang sedia ada demi mewujudkan peluang


perniagaan dan dapat dimanfaatkan oleh para pengguna. Contohnya,
mengeksplotasi tumbuhan Tongkat Ali sebagai makanan kesihatan.
3.3

Untuk meneroka pasaran baru


usahawan yang kreatif dan inovatif sentiasa cuba untuk mengeluarkan
produk atau perkhidmatan baru demi memenuhi permintaan perngguna. Produk
dan perkhidmatan tersebut kemudiannya akan dipasarkan ke tempat lain yang
masih belum diterokainya. Contohnya apabila Phillip memperkenalkan
permain DVD yang pertama di pasaran pada tahun 1995, ia berjaya menguasai
keseluruhan pasaran seluruh dunia.

2.6

Anda mungkin juga menyukai