Anda di halaman 1dari 82

KAUM CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam ataupantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharianmereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alamsekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantungkepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilikmempunyai peranan
yang besar sebagai pakar rujukdalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.Adat resam
dan pantang larang ini diamalkan secaraberbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu
dalammasyarakat Cina, namun apa yang diterangkan sepertiberikut merangkumi adat resam
masyarakat Cinasecara keseluruhannya.
KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkanoleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang
bakallahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran,kecacatan atau kematian.
Wanita-wanita masyarakat Cinayang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat
didalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.Dalam masyarakat Cina
ibu mertua bertanggungjawabmenjaga wanita mengandung dan bukannya
suami.Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Inikerana anak lelaki
boleh melanjutkan keturunan merekamelalui pewarisan nama nenek moyang. Anak
perempuanhanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahajadan apabila
berkahwin, mereka dianggap menjadi milikkeluarga suaminya.
Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhisemasa mengandung dan diantaranya
ialah tidakdibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku keranadikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan.

Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku sepertitidak mengeluarkan kata-kata
kesat dan dilarang memukulbinatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena
badi.Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin.Sebarang konflik atau
perselisihan perlu dihindari supayakandungan tidak mengalami sebarang gangguan.

Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasamengandung juga adalah antara
pantang larang dalammasyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaankecewa
bila harapan tidak tercapai.

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalukerap menggosok perut mereka
kerana bayi yang lahirkelak akan mempunyai sifat yang manja.

Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamildilarang sama sekali makan makanan
yang tajamseperti nenas dan mangga serta tidak digalakkanmakan banyak kerana ditakuti
bayi akan menjadi besardan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin.

Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atauperempuan, maka masyarakat Cina
melihat bentukperut wanita yang hamil, terutama apabila kandunganberusia empat bulan

ke atas. Jika perut ibu agak bulat,bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknyalelaki
jika perut kelihatan tajam.
Selep
as Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkanbayi.
B
e
r
p
antang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantangselama empat puluh hari hari.

Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.Pusat bayi yang baru
dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain padaperutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut
bayi dimasuki angin danuntuk mengeringkan tali pusat.

Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina.Anak tersebut dipercayai akan
menjalani kehidupan yang senang padamasa depan.

Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan
bentuk fizikalnya oleh orang-orangtua.

Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakalmenjalani kehidupan yang kaya.

Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satupusar di atas kepala, bayi akan menjadi
nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cinamenggunakan sejenis arak yang dibuatdaripada


beras yang diperam dalam masakanmereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannyadigoreng.

Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapatmengeluarkan angin daripada badan
wanitayang bersalin disamping menguatkan semulatenaga.

K
e
nduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turutmengadakan kenduri iaitu apabila bayi
mencapai umursebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merahdan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta teluryang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepadasaudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuihdan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiahberupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibuibu.

e
ncukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina jugamengamalkan adat mencukur rambut
Mereka mencukurrambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yangdilahirkan adalah
rambut sementara. Rambut yang tumbuhsemasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhirambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadapkelahiran orang baru ke
dalam masyarakat.
M
e
mb
e
ri Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengannama keluarga. Patah kata kedua
mewakili nama segenerasi dikalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga
pulamerupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin danYang serta dibuat mengikut
perhitungan matematik Cina. Terdapatlima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam
memberinama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik sepertilambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angkayang terhasil tidak bertentangan
dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin danYang yang sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanahdan kayu serta saling melengkapi.

O
leh yang demikian, nama seseorang bayi harusdisusun secara seimbang yang mengandungiunsur
Yin dan Yang.

Kegagalan memberikan nama yang baik juga akanmempengaruhi perjalanan hidup


seseorang,samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapatkesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuaiuntuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkanmereka mengambil masa yang agak lama,khususnya bagi mereka yang masih
terikatdengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

WARISAN BUDAYA CINA

Adat Budaya Cina


Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang
besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan
pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam
masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam
masyarakat Cina secara keseluruhannya
Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek
ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa
mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa
kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina
yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan
seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki
boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan
hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka
dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka
tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi
dari terkena badi.

Hindari Permasaalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu
mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak
mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa
mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana
bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita
yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta
tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau
perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila
kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah
perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh
hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi
yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan
untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat
bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut
dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang
tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu
diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang
lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina
mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan
menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada
beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat
mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula
tenaga.
Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila
bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan
membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut
Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke
dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata
kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga
pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil
kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina.
Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang
baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama

berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta
saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang
masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/322-kebudayaan-di-malaysia/5725warisan-budaya-cina.html
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan
cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia
ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besarbesaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke
Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka.
Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan
mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang
perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah
suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana
pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina
dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina.
Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka
mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab
keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat
Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan
Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga
ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang
menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain,
dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan
perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan
tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara
hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut
undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.
Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si
ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan
baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu
dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak
dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan

bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan
menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh
akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan
diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan
diadakan secara besar-besaran.
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya
yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan
pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah
hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat
sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan
upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam
keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga
beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu
hari yang ganjil.
Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan
dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan
pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas
sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang
Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu
penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan
dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.
Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan
diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya
yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan
diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China.
Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap
Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur,
Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan
yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan
cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/adat-dalammasyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

SUKU DIALEK
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan
dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan FuZhou. Adalah terbukti
bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam
bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan
Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan
Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana
mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang,
Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam
populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan
Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu
pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di
mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media
bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2
dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka,
Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai
Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu
Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan
berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina
dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan
pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang
selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka
kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur,
Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan
semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur
oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa
Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan
formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk
menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di
Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang
cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina
Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai
bahasa nasionalisme etnik diaspora.
[SUNTING] PENDIDIKAN

Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma .Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di
Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa
pengantar . Contohnya Bahasa Malaysia , Mandarin ,dan Tamil. Walaubagaimanapun,
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah .Fenomena kanakkanak Cina dididik di sekolah Inggeris ,sekolah kebangsaan ,dan sekolah Cina
merupakan kejadian yang biasa.
[sunting] Pendidikan Cina
Sekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815. Laporan
Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina
tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an.
Kini,kebanyakan sekolah kebangsaan menerima peruntukan kerajaan .Sekolah Cina
yang menolak Laporan Razak terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa
penngantar.
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang
sistematik selain dari negara China .
[SUNTING] PENDIDIKAN INGGERIS
Pada zaman penjajahan British,sekolah-sekolah Inggeris didirikan . Korikilumnya
selaras dengan yang diamalkan di England.Sebahagian masyarakat Cina
berpendidikan Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.
[SUNTING] PENDIDIKAN MELAYU
Pendidikan yang ditawarkan di sekolah kerajaan.
[SUNTING] BAHASA
Banci 2000 menunjukkan perbezaan dialek masyarakat Cina tempatan.
Populasi[1]

Dialek
Hokkien (Minnan)

1,848,211

Hakka

1,679,027

Kantonis

1,355,541

Teochew

974,573

Mandarin

958,467

Hainanese

380,781

Min Bei

373,337

Foochow

249,413

Walaupun terdapat perbezaan dalam asal-usul,tetapi perkahwinan antara pelbagai suku


bahasa, menyebabkan kewujudan pelbagai dialek yang berbeza untuk memudahkan
komunikasi antara satu sama lain.
[SUNTING] EKONOMI
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi
semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam
ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti
golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka
menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak
milik ekonomi negara.
[sunting] Pekerjaan
Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90%
kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja
sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain.
Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta.
Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di
Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.
Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orangorang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli
politik serta guru guru sekolah.

[sunting] Status ekonomi


Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan
memerlukan pengesahan.
Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri.
Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber
rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam.
Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina
Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia.
Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik.
Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan
rata-rata berada di 4437 ringgit[2] Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang
terbesar cukai pendapatan dan pelbagai cukai kerajaan kepada dana kerajaan.
Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana telah
dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika kerja
yang baik.
[sunting] Dasar Ekonomi Baru
Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisy ekonomi Mahathir
Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan
istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina
dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu. [3]

[sunting] Banci 2000


Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan
penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846
pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini
berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000, [4] dan bilangan mereka menurut
suku dialek ialah:
Penduduk[5]

Dialek
Hokkien (Minnan)

1,848,211

Hakka

1,679,027

Kantonis

1,355,541

Teochew

974,573

Mandarin

958,467

Hainan

380,781

Min Bei

373,337

Fuzhou (Hokchiu)

249,413

[SUNTING] AGAMA
Agama Masyarakat Cina Malaysia
Agama

Percent

Buddha

75.9%

Taoism

10.6%

Kristian

9.6%

Islam

1.0%

Hindu

0.3%

Agama Lain

0.2%

Agama Masyarakat Cina

0.1%

Tidak Beragama

2.3%

Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha


atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi
nilai-nilai budaya trdisional China , Buddhism, Taoism, Confucianism , dan
penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina
menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.
[SUNTING] SASTERA
Rencana utama: Sastera Mahua
Sejak sekian mereka menetap di Malaysia, mereka telah mencipta karya sastera
mereka sendiri.[6]
[SUNTING] LIHAT JUGA

Peranakan

Orang Cina Indonesia

Peristiwa 13 Mei

Cheng Ho

http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia#Agama

MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA


Kawasan dengan
Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Selangor,
jumlah penduduk
Sarawak, Sabah, Johor
yang besar
Bahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis,
Bahasa Teochew, Bahasa Hokchiu, Bahasa Hainan,
Bahasa
Bahasa Kwongsai, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris
Buddha, Taoisme, Konfucianisme, Kristian, Islam, Hindu,
Agama Agama
Iktikad Baha'i, Atheisme, Freethinker
Kelompok etnik
Peranakan
terdekat

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: ??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin:
M?lix?y Hurn atau Cina Ringkas: ??????; Cina Tradisional: ??????; pinyin:
M?lix?y Tngrn) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara
atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan
pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga
pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai
"orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang
dipakai di negara ini.
Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau
Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang
memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad
di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi
mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan
yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina
dikenali sebagai sinkheh (??, "tetamu baru").
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara
bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang
Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang
Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan
sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk
agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap
"kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia,
tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh
kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara,
dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka
masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di
Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia.
Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan
penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.
Sejarah
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan,

terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan


mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian
bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah").
Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh
Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah
269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.
Suku dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan
Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku
dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah
dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala
Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di
mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat
tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur,
Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk
peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek
terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar
"Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua
bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya
menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis
juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan
8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau
Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di
Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga
ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran
televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan
untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang,
kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor
Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina
Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang
dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala
kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa
Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor,
bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana,

sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari


Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini
telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk
menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan
Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur,
kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan
dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakatmasyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan
Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/185-masyarakat-majmuk/3241masyarakat-cina-di-malaysia.html
Asal - Usul Orang Cina
Orang Cina Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin:
Mlixy Hurn atau Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin:
Mlixy Tngrn) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk
tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini
dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang
dipakai di negara ini.
Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk
suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara
takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu,
tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih
lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (,
"tetamu baru").
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum
lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini
adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia,
perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama

pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu
identiti etnik, budaya dan politik.
Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak
adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi
kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut.
Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana
dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga
2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah
ekuiti hak milik ekonomi negara.

http://gobokbesau.blogspot.com/2008/10/asal-usul-orang-cina.html
Dakwah Di Kalangan Masyarakat Cina
1. PENGENALAN
Masyarakat Cina membentuk lebih kurang 30 peratus daripada jumlah penduduk
Malaysia. Mereka bukan sahaja menguasai bidang ekonomi tetapi juga memainkan
pernan yang penting di dalam politik dan pemerintahan negara. Kebanyakan daripada
orang Cina tinggal di kawasan bandar dan membentuk komunitinya yang tersendiri
sehingga terbentuk penempatan yang dikenali sebagai ?China Town? dan ?kampung
baru?. Kedudukannya ini membolehkan mereka hidup berdikari dan mampu
membentuk jaringan perniagaannya sendiri. Namun begitu, masyarakat Cina bukan
merupakan satu masyarakat yang tertutup. Kalau dibandingkan dengan masyarakat
yang lain, orang Cina adalah bersikap fleksibel, mudah menyesuaikan diri dan
menerima perubahan yang berlaku. Sebab itulah, orang Cina boleh tinggal di manamana kerana keupayaannya mengadaptasikan dirinya dengan keadaan
persekitarannya. Ini memberikan kita suatu petunjuk betapa orang Cina memiliki
kesedaran politik dan sosial yang tinggi. Cuma dalam aspek-aspek yang berkaitan
dengan budaya dan bahasa mereka agak bersikap defensif.
2. SENARIO DAKWAH DI KALANGAN ORANG CINA
Orang Cina merupakan golongan yang paling ramai memeluk Islam di Malaysia
berbanding dengan kelompok etnik yang lain. Kenyataan ini berdasarkan kepada
jumlah pengIslaman yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama dan pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PERKIM, MACMA dan Persatuan Darul
Fitrah. Kuantiti orang Cina yang memeluk Islam didapati semakin meningkat daripada
semasa ke semasa. Begitu juga daripada segi kualiti orang Cina yang memeluk Islam
juga menunjukkan suatu tendensi yang amat positif. Kalau dahulu, orang Cina yang
memeluk Islam terdiri daripada golongan kelas bawahan tetapi kini ramai yang datang
daripada lapangan pekerjaan profesional dan menduduki strata sosial kelas
pertengahan.

Walaupun faktor perkahwinan masih menjadi alasan utama seseorang memeluk Islam
tetapi kefahaman dan penyebaran meluas informasi mengenai Islam menjadi di antara
faktor yang turut mendorong orang Cina memilih Islam sebagai agama anutannya.
Usaha-usaha terancang yang dilakukan oleh pihak barat untuk memburuk-burukkan
Islam tidak memberikan banyak kesan terhadap proses dakwah di kalangan orang
Cina. Sebaliknya ia menjadi satu rangsangan untuk mereka mendapatkan maklumat
mengenai Islam daripada pelbagai sumber yang lebih berautoriti.
Orang Cina merupakan golongan masyarakat yang kritikal. Mereka sering membuat
penilaian dan perbandingan sebelum membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, usahausaha untuk membetulkan persepsi masyarakat Cina harus dilakukan secara konsisten
bagi menyakinkan mereka bahawa Islam tidak pernah cuba menghakis hak dan
menghilangkan identiti mereka. Agama Islam adalah milik setiap manusia dan ia tidak
terbatas kepada orang-orang Melayu dan Arab sahaja. Untuk menarik orang Cina
kepada Islam memerlukan kesungguhan politik di samping gerak kerja dakwah yang
tersusun dan menepati kehendak sasarannya. Bagi merancakkansenario pengIslaman
dan kegiatan dakwah di kalangan orang Cina, halangan bahasa dan budaya harus
diatasi dengan umat Islam berusaha memahami dan mengenali kelompok etnik itu
dengan lebih dekat. Apa yang lebih penting lagi umat Islam harus berusaha melihat
daripada perpestif orang Cina supaya usaha dakwah yang dijalankan dapat disesuaikan
denagn selera mereka tanpa mengorbankan prinsip asas yang terhapat dalam ajaran
Islam.
3. CABARAN DAKWAH KEPADA ORANG CINA
Orang Cina sentiasa menganggap kebudayaannya lebih tinggi daripada kebudayaan
bangsa yang lain. Justeru itu, tidak mudah untuk mereka menerima budaya masyarakat
lain. Dalam hal ini, umat Islam perlu memajukan diri dan menunjukkan kemampuan
yang tinggi di dalam kehidupan untuk menyakinkan orang perlu majudaripada segi
ekonomi, pendidikan, sosial dan politik untuk menarik perhatian dan minat orang Cina
kepada Islam. Dalam konteks di Malaysia, orang Melayu menjadi rujukan kepada
agama Islam. Sekiranya orang Melayu sendiri tidak yakin dan tidak beramal dengan
Islam, bagaimana kita hendak mengharapkan orang Cina untuk menerima. Orang
Melayu seharusnya berada di saf yang paling hadapan dengan membawa pendekatan
dakwah yang progresif. Mereka perlu menghapuskan prasangka berdasarkan ras dan
etnik sebagai satu saluran untuk merapatkan jurang dengan orang Cina.
Usaha dakwah kepada orang Cina tidak mungkin akan berkesan kalau politik
perkauman dan sentimen chauvanistik terus menjadi ideologi dan matlamat perjuangan.
Islam harus disampaikan secara global dengan mengambil kira nilai-nilai yang wujud
dalam masyarakat lain. Islam tidak pernah mengenakan sekatan yang keterlaluan
sehingga menyebabkan orang merasa sukar untuk mendekatkan diri dengan para
penganutnya. Umat Islam termasuk juga orang Melayu harus merapatkan diri mereka
dengan orang Cina sama ada dalam bentuk yang formal atau tidak. Umat Islam harus
bersikap terbuka kalau mereka hendak orang lain bersikap terbuka terhadap Islam.
Sikap terbuka dan sederhana tidak sama dengan berfahaman liberal. Kedua-dua

konotasi itu harus dibezakan supaya Islam tidak disamakan dengan fahaman-fahaman
barat yang lain.
Orang Cina boleh menerima Islam kalau mereka dapat diyakinkan bahawa sosiobudaya, bahasa dan identiti keturunan meeka tidak hilang selepas mereka memeluk
Islam. Soal akidah dan kepercayaan harus diletakkan pada kedudukan yang utama
berbanding dengan hal yang remeh-temeh yang boleh membantutkan usaha-usaha
dakwah seperti persoalan makan guna tangan dan penyepit, fesyen pakaian, bentuk
masjid dan sebagainya. Dalam soal akidah, tidak ada kompromi dalam Islam. Tetapi
dalam soal yang berkaitan dengan cara hidup wujud toleransi dalam Islam selagi mana
ia tidak menjurus kepada keburukan, kejahatan, kemungkaran dan perkara-perkara
yang negatif. Perasaan saling hormat menghormati perlu ada bagi memasti siratulrahim
dan hubungan mesra antara kaum dapat diwujudkan. Ia menjadi kunci dan asas bagi
merentasi segala cabaran yang merintangi perjalanan untuk menyampai dakwah
kepada orang Cina khususnya dan masyarakat non muslim secara umumnya.
4.KESIMPULAN
Perbezaan bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan budaya bukan merupakan
halangan berdakwah kepada orang Cina. Masalah yang paling besar ialah sikap umat
Islam yang tidak lagi mahu berdakwah dan tidak memahami apa perlunya berdakwah.
Kejayaan dakwah kepada orang Cina akan membuahkan banyak hasil yang positif
kepada umat Islam. Selain ia dapat meramaikan umat Islam, dengan kemasukan orang
Cina ke dalam Islam ia dapat memperkuatkan kedudukan ekonomi orang Islam yang
nampaknya masih jauh ketinggalan. Kekuatan ekonomi, semangat ukhwah dan
persaudaraan Islam sejati akan membentuk satu kuasa yang maha hebat bagi
memastikan proses perkembangan Islam terus mendapat momentumnya untuk menjadi
alternatif dan solusi kepada segala permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia
sejagat tidak kira di mana sahaja mereka berada.
http://dppwp.wordpress.com/usrah/dakwah-di-kalangan-masyarakat-cina/

KENALI BUDAYA MALAYSIA :PERAYAAN KAUM CINA- HARI CHAP


GOH MEI
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan
berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara
sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar
bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian
serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga
amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah
limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap
Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera
besar "Chingay".

KENALI PERAYAAN KAUM CINA- SAMBUTAN TAHUN BARU CINA


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena
nama haiwan.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti
berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama
dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan

Dahan bumi

Tarikh

Tikus

19 Februari 1996

7 Februar 2008

Lembu

chu

7 Februari 1997

26 Januari 2009

Harimau

yn

28 Januari 1998

14 Februari 2010

Arnab

mo

16 Februari 1999

3 Februari 2011

Naga

chn

5 Februari 2000

23 Januari 2012

Ular

24 Januari 2001

10 Februari 2013

Kuda

12 Februari 2002

31 Januari 2014

Kambing

wi

1 Februari 2003

19 Februari 2015

Monyet

shn

22 Januari 2004

8 Februari 2016

Ayam

yu

9 Februari 2005

28 Januari 2017

Anjing

29 Januari 2006

16 Februari 2018

Khinzir

hi

18 Februari 2007

5 Februari 2019

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala
hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang
baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar
dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan
muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih
belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina
ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh
bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi
kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

MITOS DISEBALIK SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA


Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk,
untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan
bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan
warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung.
Gu nin (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermaksud "menyambut tahun baru",
membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

SAMBUTAN PERAYAAN

Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta
penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh
orang tua dan yang telah kahwin

http://psksksd.blogspot.com/2010/02/kenali-perayaan-kaum-cina-sambutan.html

Budaya Adat Resam Masyarakat Cina

MASYARAKAT

CINA

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai
hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah
berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana
desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan
perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan
abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir
dengan Asia Tenggara.

Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina.
Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana
berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga
datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk
budaya, agama dan bahasa mereka.

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan
Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservatuon of the state and the preservation of the family atau
dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini
iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan
anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya
mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kerada Tao yang bermakna way atau Principle iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada Tao
wujud dua prinsip Yin dan Yang.
Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut
jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup
dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya,
manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh
Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat
demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada
cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.
Lawatan
dan
Kunjungan
Semasa mengunjungi rumah orang orang Cina, tetamu sebaik baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai
tanda penghormatan kepada tuan rumah.
Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu
janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap
kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh
sebab sebab yang sangat penting.
Kelahiran
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot
tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.
Ibu yang mengandung mesti berjaga jaga supaya tidak terperanjat dengan benda benda yang tidak baik.
Pantang larang itu diamalkan selama kira kira sebulan selepas bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya kata kata pujian seperti gemuk atau
gemuk macam babi dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai
memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah
keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.
Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan
peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara
yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek
moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab
baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.
Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak kanak itu berumur di
antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina
untuk berkahwin.
Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada
hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak
mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia
merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan
iaitu :

Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi
undang undang.

Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh
kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.

Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang
rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan
kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada
kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian
yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna
hitam, biru atau kelabu kerana warna warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.
Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka.
Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana
atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu
memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.
Kematian
Pelawat pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna warni sewaktu pergi ke rumah orang mati.
Sebaiknya baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.
Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain
lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat
memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau
sesuatu persatuan menyediakan panji panji yang ditulis dengan kata kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula gula berikat
benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang
hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula gula yang diberi itu boleh dimakan

BUDAYA
Negara ini mempamerkan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan
pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama, penduduk
Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Perpaduan dalam kepelbagaian ini dicerminkan dalam festival festival
atau perayaan perayaan kaum yang didasarkan kepada amalan agama atau adat resam mewakili kaum kaum
berkenaan yang diraikan khusus oleh kaum kaum tersebut. Mereka berkongsi perayaan dengan kaum kaum lain
melalui amalan siarah menziarahi atau menghadiri rumah terbuka.

http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php?
option=com_content&view=category&layout=blog&id=66&Itemid=105&lang=bm

MALAYSIA merupakan salah sebuah negara berbilang kaum yang terbahagi kepada kira-kira 80 etnik terutamanya di Sabah dan
Sarawak. Perayaan-perayaan di Malaysia melibatkan pelbagai kaum dan etnik dengan sejarah dan legendanya tersendiri, yang perlu
dihayati dan dikongsi oleh semua rakyat Malaysia.
Perayaan Duan Wu Jie yang mempunyai sejarahnya dalam mengeratkan hubungan antara kaum Cina sendiri apabila mereka
bertukar-tukar ketupat Cina atau "zongzi" dalam bahasa Mandarin sebagai buah tangan semasa perayaan itu. Selain berkongsi
"zongzi" dengan cita rasa berlainan ada juga aktiviti kunjung mengunjung.
Hari Ketupat, Pesta Chang atau Perayaan Duan Wu Jie selari dengan Pesta Perahu Naga jatuh pada 23 Jun tahun ini. Menjelang
perayaan itu, masyarakat Cina mula sibuk membeli bahan-bahan untuk membuat ketupat Cina.
Menurut ibu saya, Ng Kim Lan, semua bahan seperti daun buluh, beras pulut, buah belangan kering, kacang merah cendawan
kering, udang kering, ayam atau daging dan telur itik perlu dibeli awal terutamanya daun buluh yang selalu kehabisan stok.
Menurut kalendar Cina pada 5 haribulan 5 maka orang Cina akan membuat ketupat Cina menurut cara masing-masing mengikut
etniknya yang tersendiri. Perbezaaan ketupat masyarakat Cina, adalah ada yang pulutnya dimasak dengan kicap terlebih dahulu
(etnik Hokkien) dan ada ketupat Cina yang berwarna putih tidak menggunakan kicap langsung (etnik Kantonis).
Etnik Hakka pula menggunakan tepung pulut bukan beras pulut dengan inti yang berlainan seperti udang kering, lobak putih
kering, bawang merah dan cendawan. Ada pula yang membuat ketupat kosong yang dipanggil "kee chang" hanya dimakan dengan
kaya atau gula merah yang dimasak. Warnanya, bentuknya (panjang, segitiga dan segi empat), bahan-bahannya dan resipinya
adalah berdasarkan etnik yang masing-masing.
Kita bukan berkongsi resipi di sini tetapi melihat kepada perbezaan ketupat Cina mengikut etnik tersendiri dengan menyingkap
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar daripada sejarahnya. Mengapa setiap tahun masyarakat Cina akan merayakan Pesta Perahu
Naga dan Perayaan Duan Wu Jie dan ada pula upacara sembahyang?
Kisah legendanya bermula pada tahun 403 Sebelum Masihi dan berakhir pada tahun 221 Sebelum Masihi. Pada zaman itu, China
dipecahbelahkan menjadi tujuh negeri yang saling berperang, termasuk negeri Qi, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin. Qin adalah
negeri yang sering menyerang wilayah-wilayah lain.
Qu Yuan seorang keturunan bangsawan dan seorang menteri kanan negeri Chu yang setia, taat dan bijaksana dalam mengatur
strategi dan taktik dalam mempertahankan negeri Chu. Salah satu strateginya adalah bersekutu dengan wilayah Qi. Kebijaksanaan
Qu Yuan yang tiada taranya dengan karya-karya puisi patriotik menyebabkan menteri-menteri lain iri hati dan menyebabkan Raja
Chu Huai menitahkan Qu Yuan terus dibuang negeri.
Qu Yuan berkali-kali menulis karya-karya tentang kerisauannya dan menulis surat kepada Raja Qingxiang yang merupakan anak
sulung yang menggantikan Raja Chu Huai tetapi tidak mendapat balasan. Kesetiaan Qu Yuan terhadap negeri Chu tidak pernah
padam walaupun telah dibuang negeri.
Qu Yuan kembali ke Chu apabila mengetahui Raja Qin mengundang Raja Chu Huai untuk berunding, sebenarnya adalah satu
komplot untuk menjatuhkan Chu. Qu Yuan menasihati Raja Chu Huai tetapi kesetiaan Qu Yuan masih tetap disalahertikan. Akibat
hasutan orang lain, sekali lagi Qu Yuan penjarakan.
Sebaik-baik sahaja Raja Chu Huai tiba di ibu kota Negeri Qin, baginda terus ditangkap, lalu dipenjarakan dan akhirnya mangkat di
negeri Qin. Setelah Raja Chu Huai meninggal dunia, anak sulungnya iaitu Putera Qin Xiang naik takhta, sedangkan Putera Zi Lian
menjadi bendahara.
Qu Yuan sekali lagi menjadi korban komplotan penentangnya yang sering memfitnahnya di depan Raja Qin Xiang. Qu Yuan sekali
lagi diusir keluar dari negerinya. Sepanjang tempoh pengusirannya, beliau menulis banyak puisi untuk menyatakan perhatian dan
kebimbangannya terhadap negeri dan rakyatnya.
Pada tahun 278 sebelum Masihi, tentera Qin berjaya menduduki Ying, ibu kota Negeri Chu. Melihat negerinya di ambang
kehancuran, Qu Yuan agak kesal kerana tidak mampu menyelamatkan negeri Chu. Akhirnya, pada kalendar Cina pada 5 haribulan
5, dengan rasa kecewa dan putus asas Qu Yuan bunuh diri dengan memeluk batu besar lalu terjun ke Sungai Miluo. Ini tercatat
dalam buku sejarah Shi Ji.
Lalu menurut legenda, rakyat Chu yang amat sedih kemudian mencari-cari jasad Qu Yuan dengan mendayung sampan. Sehari demi
sehari, jasadnya masih belum ditemui. Mereka memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai agar ikan dan udang
tidak mengganggu jasad Qu Yuan. Kemudian untuk menghindari makanan tersebut dimakan oleh naga dalam sungai, maka mereka
membungkusnya dengan daun-daun buluh.

Penduduk-penduduk Chu pula membalingkan "zongzi" ke dalam sungai dengan harapan ikan dan udang yang kekenyangan
memakan "zongzi" tidak akan mengganggu mayat Qu Yuan. Makan "zongzi" dan pertandingan mengayuh perahu naga merupakan
aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk memperingati Qu Yuan.
Pertandingan mengayuh perahu naga sekarang menjadi satu pertandingan antarabangsa yang disertai oleh banyak negara. Menurut
Makcik Ah Hooi, perayaan perahu ini sudah lama diamalkan sebelum kelahiran Qu Yuan lagi. Pesta Perahu Naga ini dapat untuk
mengurangkan bisa reptilia yang mula aktif pada bulan lima iaitu bulan berbisa dan hari kelima mengikut kalendar Cina ialah hari
terburuk.
Maka, orang Cina mengadakan Pesta Perahu Naga untuk mengurangkan kesan buruk hari itu. Demikianlah asal usul diadakannya
perlumbaan perahu naga pada Perayaan Duan Wu Jie.
Di sebalik, legenda Perayaan Duan Wu Jie, kita perlu muhasabah diri dan buangkan perasaan hasad dengki sesama manusia serta
jangan ada sifat cemburu apabila melihat kejayaan orang lain. Dengan kata lain, jangan menjatuhkan hukuman kepada seseorang
tanpa usul periksa dan hanya mendengar dari satu pihak sahaja.
Kebijaksanaan individu yang boleh membangunkan organisasi perlu diketengahkan dan jangan ada sifat buruk berprasangka antara
kita. Hasutan dan fitnah kepada individu yang setia ini akhirnya menyebabkan banyak kerugian dan kekesalan. Nilailah seseorang
itu bukan sahaja dengan pandangan mata kasar tetapi dengan mata hati. Hargai individu-individu yang setia dan bijaksana di luar
sana.
Daripada Pesta Perahu Naga tersebut, ia memberikan kesedaran kepada kita bahawa kita harus mengambil langkah bijak untuk
mengelakkan sesuatu situasi atau keadaan bahaya yang kita sedia maklum. Kita tentunya tidak dapat melawan takdir tetapi kita
harus berikhtiar untuk mengatasi musibah. Dari hari ini mari kita fokuskan kepada perkara-perkara yang berfaedah dan memberi
manfaat dengan melakukan perbuatan-perbuatan baik dan menjauhkan prasangka. Fikirkan bersama. Salam 1Hati.

http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest130395-1369482-1-kaum-cina/
(penting untuk soalan 2)
_________________________________________

KAUM CINA
Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek.Terdapat enam kumpulan
dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan Fuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah
bergelar Hong Kong Kecil kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan
pendatang dari Guangdong.Maka,secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang cina
Malaysia.Justeru itu,masyarakat cina mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan pantang
larang dalam kehidupan seharian mereka.
Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan
dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut
aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit

dan implisit.Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat


merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diingini.Hal ini kerana mereka
terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil
dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala
ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan
pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukang tilik digunakan
untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari
perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh yang
ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su
sebagai bukti perkahwinan mereka.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina
semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa
kejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku
kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa berpantang
selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat melayu,mereka turut mengadakan
kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat
mencukur rambut bayi kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut
sementara.
Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal
kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda
penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat
daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si

mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacara kematian,ahli


keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari
sehingga hari perkabungan tamat.
Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa
terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk
makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi
kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah
perayaan Chap Goh Meh.
Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengan sulaman benang emas dan
sutera.Namun,ia masih boleh dilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah
labuh,Cheongsam,Baju

Shanghai

dan

Samfoo

masih

kekal

dipakai

dalam

upacara

majlis.Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan menggunakan fabrik sutera dan
broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan sutera.
Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah satu
daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan
sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan
memiliki inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan Pan Mian juga merupakan makanan
masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat
Foochow.Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa
sarapan pagi dan lewat malam.

Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina.Tarian ini
sering dipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga
mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.Gerakangerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan
maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Dua tarian singa yang
amat terkenal ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru
Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai
orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina,
Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga
disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai
takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan
Sar), Vietnam (Tt), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

AGAMA BUDDHA

Siddharta Gautama atau Gautama Buddha ialah pengasas agama Buddha.

Sampai ke Cina pada 399M oleh sami bernama


Fa Hsien

Kemunculan agama ini sering dirujuk sebagai satu penentangan golongan ksyatriaterhadap
dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan.

Sistem kasta menjadi tegar dan menjadikan masyarakat tidak teratur pada masaitu.Maka,Buddha
mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok bodhi diUruveda.

Lotus Sutra
ialah kitab rujukan utama.

Ajaran Buddha diterima oleh masyarakat Cina kerana :


o
Bersifat terbuka dan senang difahami.
o
Berlaku asimilasi dengan falsafah Daoisme dan Konfisiunisme .
o
Kekacauan dan peperangan yang berlaku dalam negara.
o
Beragama menenangkan masyarakat Cina yang berada dalamkesusahan disebabkan berlaku
peperangan dan huru-hara.
o
Terdapat persamaan dengan falsafah Daoisme.

Tokoh utama seperti


o
Kuan Yin yang
bermaksud mata cemerlang.
o
Amitabha
atau
Amida
bermaksud Syurga Barat.

Ajarannya:
o
Falsafah bagaimana menyerapi hidup tanpa masalah.
o
Hidup sebagai sami yang fakir dan tidak boleh berkahwin.
o
Perempuan menjadi rahib.
o
Bertapa di kuil menjadi alternatif kepada masalah yang tiada penyelesaian.
o
Mereka merayakan Hari Wesak.4 kebenaran mulia dalam agama buddhaDukka /
penderitaanSamudaya / sebab penderitaanNiradha / nafsu yang membawa penderitaanMarga /

cara memadamkan nafsu dan keinginanJalan Lapan Lapis


Muliai
.
P
e
n
g
e
t
a
h
a
n
y
a
n
g
b
a
i
k
i
i
.
P
e
m
i
i
r
a
n
y
a
n
g
b
a
i
k
iii.
Perkataan yang
baiki
v
.
P
e
r
t
a
p
a
n
y
a
n
g
b
a
i
k
v
.
K
e
i
n
i
n
a
n
y
a
n
g
b
a
i
k
vi.
Kehidupan yang baik
vii.
Usaha yang baik

u
k

a
g

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA :

Dalam tamadun China,terdapat 4 aliran pemikiran utama.Ianya:


KONFUSIANISME

K o n f u s i a n i sm e m e ru p a k a n d o k t r i n k e n e g a r a a n ya n g m e r a n g k u m i a s p e k
f a l s a f a h , keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius
(551-479s.m).

Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang


diterbitkanatas nama Konfusius.

Seperti yang terkandung dalam kitab


Analects
, pengajaran utama Konfusius menekankanpengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama

mengenai perikemanusiaan
(ren),
kesusilaan
(li)
dan ketaatan
kepada ibubapa
(xiao)
.

Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat
yangbaik iaitu:


Perikemanusiaan
(ren)

Kewajaran
(yi)

Kesusilaan
(li)

Kearifan
(zhi)

Menurut pandangan
Konfusius
, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurangsama pada peringkat permulaan
hayat.

Mensius
menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.

Xunzi
menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.

Gaozi
menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.

Wulun
merupakan 5 jenis hubungan sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:

raja dengan menteri

ayah dengan anak

suami dengan isteri

abang dengan adik

kawan dengan kawan

~Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).

~Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (
jianai

),mengecam sikap suka berperang (


feigong
), menyerah kepada nasib (
feiming
) d a n mengutamakan golongan cerdik pandai (
shangxian
).

~ P e n e g a s a n a l i r a n i n i k e p a d a s i k a p m e n g e j a r ke p e n t i n g a n (
gongli
), menyebabkanp e n g i k u t n y a m e n e n t a n g k o n s e p m a n d a t t u h a n
y a n g d i k e m u k a k a n a l i r a n Konfusianisme.
III. TAOISME

Lao Tze
dikenali sebagai Guru Tua (604 S.M.)

Berada dalam perut ibunya selama 82 tahun.

Nama asal ialah


Li Peh Yang
.

Lao Tze bermaksud orang tua yang bijaksana.

Hidup selama 200 tahun kerana makan raksa.

Menulis buku
The Way of Virtue
.

Ajarannya:

Bertapa di gua atau gunung untuk hapuskan dosa.

Antimaterialisme - meninggalkan hal dunia.

Tenaga batin - tenaga dalam jiwa dibangkitkan melalui yoga dan meditasi.
IV. LEGALISME

Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan
dinastiQin.

Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem


p e m e r i n t a h a n a l i r a n Legalis.Iaitu:


Kuasa (
Shi
).

Cara (
Shu
).

Perundangan (F
a
).

Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak


pemerintahterhadap rakyatnya.

Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih


baikdaripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.

Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di


negaraChina.

Book of the Lord of Shahg


:

Menentang idea dunia feudal.

Bangsawan harus diganti dengan hierarki tentera.

Muzik, sejarah dan falsafah merosakkan masyarakat / negara.

Pertanian dan peperangan disanjung segagai asas negara.


KOSMOLOGI DALAM MASYARAKAT CHINA
a. Tian

Tian merujuk kepada langit ( Heaven )dan penghuraian tentang Syurga.

Dewa Tian merupakan Dewa terpenting serta tertinggi seperti langit.

Mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.

Dikaitkan dengan pemerintah seluruh dunia.

Dirujuk kepada teori metafizik China.

Dirujuk sebagai prinsip moral seperti cintakan keamanan,keadilan dan pemerintahan


b.Di/Ti

Merujuk kepada bumi.

Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak


s e b a g a i penjaga/pemelihara.
c .D ao/Tao

Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kearah kebaikan.

Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat / kelakuan baik atau buruk
seseorang.

Menurut Konfusius : konsep tatatertib moral yang


mesti dipatuhi oleh individu,iasejenis pentadbiran
yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan
rakyat.

Menurut Daoisme : secara metafizik, iaitu puncautama kehidupan


( T u h a n ) & pencapaian ketahap
penyatuan dengan Dao (to become one with Dao)
merupakanpencapaian tertinggi dalam pembinaan
diri seseorang.

Tien dan Di juga berasal dari Dao.


d. Konsep Yin dan Yang

Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan pasif, sejuk,g e l a p ,


b a s a h , l e m b u t . M a n a k a l a Ya n g m e w a k i l i l e l a k i a k t i f ,
p a n a s , cerah,kering, keras.

Dalam bentuk fizikal Yang langit dan Yin bumi.

Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme.


e. Konsep The Golden Mean atau Chung

Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam


sesuatukeadaan.


Menekankan kesederhanaan, keseimbangan bagi mewujudkan keharmonian
alamsemesta.

Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan


penyelesaian.
f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung

Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan sertacara


mendapatkan keseronokan yang maksima.

Pencapaian yang paling sempurna iaitu tahap


keharmonian yang diibaratkan sebagaiJalan Agung. Iaitu
,
dunia yang boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara adil.

http://www.scribd.com/doc/27642508/Agama-Dan-Kepercayaan-Masyarakat-Cina

Tarian Menyambut Tahun Baru Cina


Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim inilah
yang ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan dalam tarian.
Dalam urutan tarian ini, penari kelihatan sedang membuat persiapan untuk Tahun Baru secara
besar-besaran. Tarian ini juga menunjukkan gadis-gadis menghias diri untuk menyambut
perayaan ini.. Tarian ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.
Terdapat beberapa tarian akan dipersembahkan semasa tahun baru cina,tetapi yang paling
popular yang dapat kita nampak ialah,tarian singa dan tarian naga.Tarian singaKostum tarian

singa se
latan.Pengenalan :
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat
Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.
Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun
yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah :
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya
bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan,
Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk
tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana
dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah
"Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini
sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning
(hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik
dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam
sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat
jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan
kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai
cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Peranan Tarian Singa Dalam Tahun Baru Cina :
Tarian Singa Selatan bukan merupakan satu persembahan hiburan di atas pentas sahaja,ia

juga merupakan satu adat yang tradisional bagi orang cina.Orang cina sangat mengambil berat
tentang tarian singa selatan terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru
Cina,penari atau persatuan-persatuan tertentu akan lebih banyalk mempersembahkan tarian
singa selatan berbanding tarian singa utara.Hal ini disebabkan tarian singa selatan
melambangkan sesuatu gambaran penanda yang baik kepada seseorang.
Tuan rumah akan mempersilakan penari-penari singa selatan pergi ke rumahnya untuk
mepersembahkan tarian tersebut.Barang-barang yang tertentu seperti limau,sayur,dan ang pau
juga akan digunakan besama dalam persembahan .Hal ini kerana barang-barang itu semua
menunjukkan sesuatu keadaan yang ceria.Penari akan menggunakan teknik-teknik yang
dikuasai oleh mereka untuk menggerakkan kepala singa untuk makan limau dan sayur yang
disediakan oleh pihak tersebut.Tarian naga

Kostum tarian naga.

Pengenalan :
Sepertilah tarian singa, Tarian Naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina
selalu menyebut "Keturunan Nagasebagai lambang identiti etnik.Tarian naga lebih kurang sama
dengan tarian singa,perbezaannya cuma tarian singa dikuasai oleh dua orang penari
sahaja,tetapi tarian naga akan dikuasai oleh sekumpulan penari yang banyak.Lebih kurang
15orang hingga 20orang penari yang terlibat dalam persembahan tersebut,bilanganya
bergantung kepada saiz naga yang berbeza.Sebiji bola akan diambil dan dimainkan oleh salah
seorang daripada penari-penari untuk mengarahkan perjalanan atau pergerakkan naga
tersebut.
Sejarah :
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili

kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.
Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau
memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau
bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya
mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina
dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala
naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala
dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang
dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralunalun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan perananperanan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama
sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat,
menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian
hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak
laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan
pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka
menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan
tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada
lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning,
putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahuntahun awal dinasti Han.
Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi
mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal
di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat
popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi
persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang
disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
http://c24perayaanmalaysia.blogspot.com/2010/08/setiap-perayaan-di-malaysiamempunyai.html
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut
tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di
bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar

mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau
puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga
akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua
dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang
diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina akan
ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, mereka turut
memakai kalendar qamari Cina.
Sejarah :
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika
Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa
"bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari,
sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang
masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar
dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada
awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu
yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih
kekal sampai masa ini.
Mitos :
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar
musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa
Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan
letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang
membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin , yang bermaksud
"menyambut tahun baru" ,membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".
Sebelum Tahun Baru :
Sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan
musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat
rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis
pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina
Pantang-larang sewaktu perayaan :

Tuah baik:
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput tuah masuk pada tahun baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa
musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah
menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan
untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.
Nasib Malang (Tuah buruk) :
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan
bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
Membeli seluar baharu juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis
bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai
positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan
"kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil.
Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi
tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru
Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku"
sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Kebudayaan Cina (bahasa Cina: ) ialah penempatan kepada salah satu


tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara
China meliputi kawasan geografi besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak
berbeza antara pekan, bandar dan wilayah.
Kebudayaan Cina ialah istilah umum yang mengertikan asas kebudayaannya, juga di
kalangan kawasan berbahasa Cina di luar Tanah Besar China.
ORANG DALAM BUDAYA

Rakyat jelata Dinasti Qing


[sunting] Identiti
Di China wujudnya banyak kelompok etnik. Dari segi perangkaan pula, kelompok etnik
yang terbesar ialah bangsa Han. dalam sejarah, banyak kelompok telah berasimilasi
dengan etnik lain atau lenyap tanpa meninggalkan kesan. Pada masa yang sama,
ramai dalam identiti Han telah memelihara tradisi bahasa dan budaya setempat yang
berbeza-beza. Istilah Zhonghua Minzu digunakan untuk menghuraikan anggapan
nasionalisme China secara am. Kebanyakan identiti kebudayaan tradisional dalam
lingkungan komuniti mesti berkaitan dengan membezakan nama keluarga.
[sunting] Setempat
Budaya Cina tradisional meliputi kawasan geografi yang amat luas, setiap rantau
biasanya dibahagi kepada subbudaya yang berbeza-beza. Berikut adalah kelainankelainannya:

Kawasan lembangan Sungai Kuning termasuk Henan, Shanxi, Shaanxi, Hebei


dan Shandong

Kawasan lembangan Sungai Yangtze termasuk Sichuan, Yunnan, Guizhou,


Hunan, Hubei, Jiangxi, Anhui, Zhejiang dan Jiangsu.

[SUNTING] MASYARAKAT

Perincian emas pada sebuah tahta digunakan oleh Maharaja Qianlong. Naga Cina
adalah sebuah tanda ditempah untuk Maharaja China atau keluarga kemaharajaan
pangkat tinggi sewaktu Dinasti Qing
[sunting] Struktur
Sejak zaman Tiga Tokoh Murni dan Lima Maharaja, seseorang raja China pernah
menjadi pemerintah terhadap segalanya. Zaman-zaman berbeza dalam sejarah
menetapkan nama-nama berbeza untuk pelbagai kedudukan dalam masyarakat. secara
konsepsi, setiap zaman maharaja atau feudal amat serupa, yang mana pegawai
kerajaan dan tentera berpangka tinggi dalam hierarki, sementara penduduk-penduduk
lain pula di bawah undang-undang China biasa.[1] Sejak akhir Dinasti Zho (1046256
BCE), masyarakat China tradisional disusun menjadi sistem hierarki golongan socioekonomi yang dikenali sebagai empat pekerjaan. Bagaimanapun, sistem ini tidak
meliputi semua golongan sosial sementara pembezaan antara semua golongan
menjadi kabur sejak pengkomersialan masyarakat China pada Dinasti Song (9601279
CE). Pendidikan China Kuno juga panjang sejarahnya; sejak Dinasti Sui (581618 CE)
calon-calon berpendidikan membuat persediaan untuk peperiksaan diraja yang
mengerah lulusan peperiksaan ke dalam kerajaan sebagai birokrat sarjana. Kemahiran
dagangan dan kraf biasanya diajar oleh sifu. Sejarawan wanita Ban Zhao mengarang
Pengajaran untuk Wanita pada Dinasti Han dan menggariskan empat nilai yang harus
dituruti kaum wanita, sementara sarjana-sarjana seperti Zhu Xi dan Cheng Yi turut
mengembangkan nilai-nilai ini. Perkahwinan Cina dan amalan seks Tao adalah antara
adat-istiadat yang dijumpai dalam masyarakat.
[sunting] Nilai-nilai
Kebanyakan nilai sosial diterbitkan dari Konfusianisme dan Taoisme dengan kombinasi
konservatisme. Perkara mengenai fahaman mana paling berpengaruh selalu menjadi
bahan perdebatan kerana timbulnya banyak konsep seperti Neo-Konfusianisme, agama
Buddha dan banyak lagi. Penjelmaan dan konsep-konsep kelahiran semula lain ialah
satu peringatan akan hubungan antara hidup sebenar dan alam seterusnya.
[SUNTING] BAHASA

Seni khat Cina yang dikarang oleh penyajak bernama Mi Fu pada Dinasti Song (10511108 CE)
Rencana utama: Bahasa Cina
Bahasa Cina lisan terdiri daripada sebilangan dialek Cina sepanjang sejarah. Ketika
Dinasti Ming, bahasa Mandarin baku dinasionalkan. Sengguhpun begitu, barulah ketika
zaman Republik China pada awal abad ke-20 apabila kelihatan apa-apa hasil yang
nyata dalam memupuk satu bahasa seragam di China.
Pada zaman kuno, bahasa Cina Klasik menjadi standard penulisan selama beribu-ribu
tahun, tetapi banyak terhad kepada golongan sarjana dan cendekiawana. Menjelang
abad ke-20, jutaan rakyat, termasuk yang di luar kerabat diraja buta huruf[1]. Hanya
selepas Gerakan 4 Mei baru bermulanya usaha beralih ke bahasa Cina Vernakular
yang membolehkan rakyat biasa membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan
fonologi bagi suatu bahasa lisan.
[SUNTING] MITOS DAN KEROHANIAN

Luohan, salah satu tokoh kerohanian yang dikongso oleh budaya Cina dan India
merentasi pelbagai mazhab agama Buddha
Rencana utama: Mitos Cina
Sebahagian besar budaya Cina berasaskan tanggapan bahawa wujudnya sebuah
dunia roh. Berbagai-bagai kaedah penelahan telah membantu menjawab soalan, dan
dijadikan pun alternatif kepada ubat. Budaya rakyat telah membantu mengisi
kekosongan untuk segala hal yang tiada penjelasannya. Kaitan antara mitos, agama
dan fenomena yang aneh memang rapat sekali. Dewa-dewi menjadi sebahagian tradisi,
antara yang terpenting termasuk Guan Yin, Maharaja Jed dan Budai. Kebanyakan
kisah-kisah ini telah berevolusi menjadi perayaan tradisional Cina. Konsep-konsep lain
pula diperluas ke luar mitos menjadi lambang kerohanian seperti dewa pintu dan singa
penjaga. Di samping yang suci, turut dipercayai yang jahat. Amalan-amalan seperti

menghalau mogwai dan jiang shi dengan pedang kayu pic dalam Taoisme adalah
antara konsep yang diamalkan secara turun-temurun. Upacara penilikan nasibCina
masih diamalkan pada hari ini selepas bertahun-tahun mengalami perubahan.
[SUNTING] TARIAN TRADISIONAL CINA
tarian singa
Tarian Singa (bahasa Cina:; pinyin: wsh) adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan
oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman
mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah tarian singa
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal
sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun
lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga
dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak
pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu
dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara
meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta
sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Tarian naga
Tarian naga(Cina: , pinyin: w lng) ialah sebentuk tarian dan persembahan
tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering
dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan
Naga" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: lng de chun rn)
sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan

mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,
bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga
Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan
menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang
penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik.
Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini
secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini
secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan
maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat,
menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat
tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah
besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua.
Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan
menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut
falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han,
banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan
ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang
membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal
dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan
naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi
mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi
terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada
rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah
menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan
tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.
BAHASA DAN DIALEK (ORANG CINA)
Kaum Cina yang terdapat di Malaysia terdiri dari pelbagai dialek.Terdapat 4 kumpulan dialek yang utama di
Malaysia
iaitu
:
Kantonis
Majoriti kaum Cina di Perak,Selangor,KL,Negeri Sembilan dan Pahang adalah drpd kumpulan dialek
kantonis.Kumpulan ini juga merupakan kumpulan dialek terbesar disebelah timur negeri Johor dan di
Sandakan,Sabah
Hakka
Kumpulan dialek hakka merupakan kumpulan terbesar di Sabah dan Sarawak,sebahagian dari negeri
Selangor,Kulai,Johor Bahru,Pahang dan KL.Ramai juga yg menetap dinegeri Perak.Hakka merupakan dialek utama
di
Kuching,Sarawak.

Hokkien
Kumpulan dialek hokkien adalah kumpulan terbesar di M'sia dan menguasai dari persisiran pantai negeri
Kedah,Penang,Selangor (Klang),Melaka,Johor (Barat),Terengganu dan Kelantan.Dialek ini juga banyak digunakan di
M'sia
Timur..
Teochew
Kebanyakkan kaum cina drpd kumpulan dialek teochew berada d Penang,selatan Johor (Pontian,Johor Bharu) dan
kepulauan
Sabah.
Contoh

Dialek:

Bahasa Baku
Kantonis
Hokkien
Hakka

Apa khabar?
Lei hou ma?
Lu ho bo?
Ni hao mao?

Terima kasih
To che
Kam sia
Mn koi

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI


Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita
keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di
ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga
halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo
yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina di Malaysia.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN


Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan
menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama Cheongsam bererti pakaian panjang,
diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam
merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si
pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas.
Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Motifmotif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:
Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi
bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan
Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet,
teratai mencerminkan kecantikan yang suci.
Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.
Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.
Burung
Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas
sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya
permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan
motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.

Cheongsam adalah sebuah pakaian satu keping Cina untuk wanita yang berpeluk
badan (dimodifikasikan di Shanghai); versi lelakinya adalah changshan. Ia digelar
dalam Bahasa Cina Mandarin sebagai qpo (), qpor (), Wade-Giles
ch'i-p'ao, dan juga digelarkan dalam Bahasa Inggeris sebagai gaun mandarin.
Cheongsam yang bergaya dan seringnya muatan ketat paling sering dikaitkan
dengan hari ini telah dicipta pada zaman 1920an di Shanghai dan telah dibuatkan
berfesyen oleh wanita sosialit dan kelas atasan

Bahasa Teochew atau Chaozhou merupakan salah satu loghat bahasa Cina yang berasal dari
China. Kebanyakan orang Teochew di Malaysia berasal dari Pulau Ketam, sebuah pulau yang
terletak di luar Pelabuhan Klang, Selangor, serta Kelantan, dan Ipoh. Orang Teochew kini
berselerak di seluruh Malaysia, walaupun kebanyakannya tinggal di pantai barat Semenanjung
Malaysia.
PERSAMAAN DENGAN BAHASA HOKKIEN
Oleh sebab bahasa Teochew mempunyai pelbagai kesamaan dengan bahasa Hokkien, orang yang
bertutur bahasa Teochew selalunya boleh memahami bahasa Hokkien. Bagaimanapun, kerana
bahasa Teochew mempunyai bunyi yang unik berbanding dengan bahasa Hokkien, orang yang
bertutur bahasa Hokkien selalu menghadapi masalah untuk memahami orang Teochew.
Bahasa Hokkien merupakan sebuah dialek Bahasa Cina yang berasal dari wilayah Fujian
(Hokkien) di China. Nama dialek ini berasal daripada sebutan nama Fujian dalam dialek itu
sendiri, iaitu Hokkien. Bahasa Hokkien ditutur secara meluas di wilayah Fujian dan pulau
Taiwan, serta bahagian-bahagian utara dan selatan semenanjung Malaysia(seperti Pulau Pinang
dan Johor Bharu), Kuching di Sarawak, dan Singapura.
Kepelbagaian Budaya di Malaysia - Cina
Kaum Cina
Pakaian Tradisional
Samfu merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Cina manakala cheongsam
merupakan pakaian tradisional bagi kaum perempuan. Biasanya, pakaian ini berwarna
merah yang melambangkan tuah. Oleh sebab itu, masyarakat Cina amat suka pada warna
merah.

Perkahwinan

Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin.
Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih
berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan
suaminya. Berikut merupakan rumusan perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia.

Perayaan
Lazimnya, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina selama 15 hari. Pada malam
Tahun Baru Cina, ahli-ahli keluarga akan berkumpul di meja makan untuk menjamu selera.
Upacara ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli keluarga
yang mungkin sudah lama tidak bertemu. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, orang tua
yang sudah berkahwin akan memberikan angpau kepada kanak-kanak. Buah limau juga
diberi semasa melawat saudara-mara sebagai tanda mudah mendapat rezeki. Orang Cina
tidak dibenarkan memakai baju berwarna gelap seperti hitam. Masyarakat Cina juga tidak
boleh mengeluarkan kata-kata kesat kerana percaya akan ditimpa nasib buruk sepanjang
tahun. Selain itu, masyarakat Cina tidak boleh menyapu lantai pada hari pertama kerana
mempercayai bahawa tuah akan disapu keluar dari rumah. Pada hari ke-15, iaitu Cap Goh
Mei, masyarakat Cina akan menjamu bersama-sama sekali lagi dengan ahli-ahli keluarga.
Pada hari ini juga, perempuan muda yang tidak berkekasih akan membaling buah limau
mandarin ke dalam sungai supaya mendapat jodoh yang sesuai kelak.
Selain itu, masyarakat Cina juga menyambut pesta tanglung setiap tahun.

PERAYAAN DUAN WU

Duanwu Jie (Hanzi: ) atau yang dikenal dengan sebutan festival Peh Cun di kalangan
Cina adalah salah satu festival penting dalam kebudayaan dan sejarah Cina. Peh Cun adalah
dialek Hokkian untuk kata pachuan (Hanzi: , bahasa Melayu: mendayung perahu).
Festival ini dirayakan setiap tahunnya pada tanggal 5 bulan 5 penanggalan Imlek dan telah
berumur lebih 2300 tahun dihitung dari masa Dinasti Zhou. Perayaan festival ini yang biasa
kita ketahui adalah makan bakcang (Hanzi: , hanyu pinyin: rouzong) dan perlombaan
dayung perahu naga. Karena dirayakan secara luas di seluruh Cina, maka dalam bentuk
kegiatan dalam perayaannya juga berbeda di satu daerah dengan daerah lainnya. Namun
persamaannya masih lebih besar daripada perbedaannya dalam perayaan tersebut.

Kegiatan dan Tradisi


Lomba Perahu Naga : Tradisi perlombaan perahu naga ini telah ada sejak Zaman
Negara-negara Berperang. Perlombaan ini masih ada sampai sekarang dan
diselenggarakan setiap tahunnya baik di Cina Daratan, Hong Kong, Taiwan maupun di
AS. Bahkan ada perlombaan berskala internasional yang dihadiri oleh peserta-peserta
dari manca negara, kebanyakan berasal dari Eropa ataupun Amerika Utara. Perahu
naga ini biasanya didayung secara beregu sesuai panjang perahu tersebut.
Makan Bakcang : Tradisi makan bakcang secara resmi dijadikan sebagai salah satu
kegiatan dalam festival Peh Cun sejak Dinasti Jin. Sebelumnya, walaupun bakcang
telah populer di Cina, namun belum menjadi makanan simbolik festival ini. Bentuk
bakcang sebenarnya juga bermacam-macam dan yang kita lihat sekarang hanya salah
satu dari banyak bentuk dan jenis bakcang tadi. Di Taiwan, di zaman Dinasti Ming

akhir, bentuk bakcang yang dibawa oleh pendatang dari Fujian adalah bulat gepeng,
agak lain dengan bentuk prisma segitiga yang kita lihat sekarang. Isi bakcang juga
bermacam-macam dan bukan hanya daging. Ada yang isinya sayur-sayuran, ada pula
yang dibuat kecil-kecil namun tanpa isi yang kemudian dimakan bersama serikaya,
gula manis.
PESTA TANGLUNG
Pengenalan
Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar
pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari).
Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tanglung
juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.
Kepercayaan
Makanan paling popular untuk festival Tanglung adalah Yuanxiao. Sesetengah tempat
memanggil makanan ini dengan nama Yuen Siu atau Tong Yuen. Dipercayai nama Yuanxiao
adalah bersempena dengan nama gundik istana Maharaja Wu pada zaman Dinasti Han.
Yuanxio:Yuanxiao adalah sejenis adunan bebola yang direbus dan dikukus berisikan inti manis,
daging ataupun buah-buahan. Ia diperbuat daripada tepung beras, dimasak dalam sup dan
sayuran dan daging. Bentuk bulat menandakan simbol kesatuan keluarga, kesempurnaan dan
kebahagian.

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara
dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada
orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Sebelum Tahun
Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu
tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap
kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan
paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk
memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya

berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang
diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam
bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.
Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: tunyun
fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada
tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan
ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini
amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan
(Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak
dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina
nin nin yu y (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna
"semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan
setiap tahun."
Makanan
Luohan zhai () luhn zhi Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang
biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis
lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering
menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama
bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk ()
dan yong tau fu. Ikan () y Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun
baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: ;
pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang. Yee sang () yshng Salad ikan
yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah. Ladu
jiaozi () jiozi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa
dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau mandarin

jnj; atau gn Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui


semasa perayaan tahun baru.
Kuih bakul
ningo Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan
Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi". Mi Mi
dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak
terhad kepada sambutan tahun baru. Gula-gula Gula-gula dan buah-buahan kering
disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam. Tikoy Puding yang
diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang
digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang). [*]: Tulisan Cina diberi
(tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk
tradisionalnya) diikuti pinyin.
Amalan Tahun Baru

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul


merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: hng bo, bahasa Hokkien
(POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; , atau , bahasa Kantonis: lai
shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan
untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah
ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang
dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana
angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara

pengebumian (, b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana


perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak
boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala
syiling coklat dimasukkan dalam angpau.
Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang


berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan
di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi
penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang
berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah
kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila
dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun
biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan
memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga
melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan
Tahun Baru Cina.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepada hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan
tahun yang telah berlalu semetara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya
percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.
Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang
yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan
sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas
merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan
biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang
dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik,
memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan
(do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan
kemakmuran.
http://perayaancina.blogspot.com/

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat
Cinadalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan
selepaslahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita
masyarakatCina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan
bayi yangbakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan
ataukematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikankawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.
Dalammasyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
danbukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini
keranaanak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama
nenekmoyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara
waktusahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga
suaminya.
Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung
dandiantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku
keranadikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga
perlumengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan
dilarangmemukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka
jugadigalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan

perludihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi


namakepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara
pantanglarang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan
kecewa bilaharapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan
terlalukerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai
sifatyang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama
sekalimakan makanan yang

tajam

seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkanmakan banyak kerana ditakuti bayi
akan menjadi besar dan ini akan membuatkanibu sukar untuk bersalin. Untuk
menentukan samada kandungan itu lelaki atauperempuan, maka masyarakat Cina
melihat bentuk perut wanita yang hamil,terutama apabila kandungan berusia empat
bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat,bayi yang dikandung adalah perempuan dan
sebaliknya lelaki jika perut kelihatantajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama
empatpuluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk

angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain
padaperutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan
untukmengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda
bagimasyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang
senangpada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup
yangkurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orangorang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai
bakalmenjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya
terdapatlebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan
tidakmendengar kata.Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis
arak yang dibuatdaripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut
dimasukkanbersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan
panas danpedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang
bersalindisamping menguatkan semula tenaga.
Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri
iaituapabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat
berwarnamerah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang
diwarnaimerah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka
yangmendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah
berupapakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukurrambut


Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yangdilahirkan adalah
rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalamkandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagaipengiktirafan terhadap kelahiran orang baru
ke dalam masyarakat.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patahkata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanaksaudara.Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama
yangbaik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat
mengikutperhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu
diberiperhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.Nama yang diberi haruslah
mengandungi maksud yang baik seperti lambangkekayaan, kemewahan dan
kesejahteraan.Bunyi nama mestilah sedap didengar.Nama mestilah dibuat berdasarkan
kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidakbertentangan dan seelok-eloknya
sepadan.
Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang
samaberat.Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu
sertasaling melengkapi.Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun
secara seimbang yangmengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama
yang baik juga akanmempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa
kecelakaan ataumendapat kesejahteraan.Kerumitan orang Cina memilih nama yang
sesuai untuk seseorang bayi kadangkalamenyebabkan mereka mengambil masa yang
agak lama, khususnya bagi merekayang masih terikat dengan adat yang terpaksa
merujuk kepada kitab-kitab tertentu.Kepentingan adat resam di dalam hidupmasyarakat
tidak kira apa bangsasekalipun tidak dapat dinafikan. Adatyang merangkumi seluruh
aspek bermuladari kelahiran, perkahwinan sehinggalahkematian terdapat di dalam
hidup semuamasyarakat di Malaysia. Adat resammerupakan kebiasaan cara hidup
yangdiamalkan oleh sesuatu masyarakat yangdapat menggambarkan corak
budayamasyarakat tersebut.

_______________

KEMATIAN MASYARAKAT CINA


Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang
dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai
perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan
kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam
masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.
Pengenalan
Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang
dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina
berkaitan kematian.

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati.
Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama
apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian
tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina
menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang
lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir
menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang
semasa hidupnya.
Penghormatan terakhir kepada si mati
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian
si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan
perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah
membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan
tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan
alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau
saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan
mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan
perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap
kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina
mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran
tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding
golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam
lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.
Penghormatan terakhir Mayat diarak ke jirat
Ahli keluarga berarak ke jirat Keranda dibawa dengan van
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah
berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga
mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi
jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan
berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah
lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara
kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka
akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika
mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang
perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah
berpandukan kertas tersebut.
Semasa Pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh
memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu
liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di
dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian
menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit
sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Upacara pengebumian
Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang

kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan
yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan
yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati
menemui jalan pulang.

Upacara pengebumian
Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran,
warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan
mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas
mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli
keluarga yang meninggal dunia.
Selepas Kematian
Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari
perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami
atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

PAKAIAN BAGI KAUM CINA


CHEONGSAM
Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.

Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.

Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di


bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri
dan kanan kain.

Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis
kain lembut <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->

SAMFOO

Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan


seluar.

Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.

Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun


dengan motif-motif tertentu.

JUBAH LABUH

Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.

Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.

Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China. <!--[if !


supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->

BAJU SHANGHAI

Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.

Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.

KAUM CINA
Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek.Terdapat enam kumpulan
dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan Fuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah
bergelar Hong Kong Kecil kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal kedua bagi
kebanyakan pendatang dari Guangdong.Maka,secara amnya terdapat tiga kumpulan sublinguistik orang cina Malaysia.Justeru itu,masyarakat cina mengamalkan pelbagai bentuk adat

resam dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka.


Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan
dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina
iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka merangkumi
beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak
dan tingkah laku.Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkaraperkara berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada
ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam
upacara ini,khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan
berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang
selama

setahun

atau

mengikut

tempoh

yang

ditetapkanAkhir

sekali,mereka

akan

menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan

mereka.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina
semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak
ditimpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja

memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa
berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat melayu,mereka turut
mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan.Masyarakat cina juga
mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru

lahir adalah rambut sementara.


Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal
kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda
penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang
diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk
menangisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacara
kematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk

beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat.


Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai
bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul
untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut
menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina

adalah perayaan Chap Goh Meh.


Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengan sulaman benang emas dan
sutera.Namun,ia masih boleh dilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah
labuh,Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam upacara
majlis.Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan menggunakan fabrik sutera dan

broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan sutera.
Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah satu
daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan

sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan
memiliki inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan Pan Mian juga merupakan makanan
masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat
Foochow.Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa

sarapan pagi dan lewat malam.


Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina.Tarian
ini sering dipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga
mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.Gerakangerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan
maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Dua tarian singa yang
amat terkenal ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

http://bmpengurusan2010.blogspot.com/
Adat Perkahwinan Bangsa di Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana
yang penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian
penuh dari semua golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh
warna warni, upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai
latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza.
Perkahwinan Masyarakt Cina
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau
mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba
hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan
sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan
tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada
masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain
sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan
pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau
kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana
dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin


perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan
duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring
masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas
pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding,
pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya
kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua
pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.
Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan
masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai
maksud yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si
isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan
memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau
bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang
diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam
iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran
samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan
membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa
yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra
dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti
perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan
secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan
mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang
beragama Kristian.
Dalam masyarakat Cina, upacara perkahwinan dimulakan dengan acara bersanding dan selepas itu pasangan pengantin
akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing untuk mendapat restu. Upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan oleh kaum Cina ketika upacara perkahwinan. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin
terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pasangan
pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Kemuncak upacara perkahwinan
masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Para tetamu yang datang akan membawa "angpau"
sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Adat resam ,kepercayaan dan pantang larang Tahun Baru Cina


Pembelian baju baru adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat Cina
percaya, pada permulaan tahun perlu membeli baju baru bagi menandakan tuah yang baru
dan seelok-eloknya baju berwarna merah.

Selain itu, masyarakat Cina juga percaya sebelum perayaan, perlu membersihkan rumah,
bagi menyambut tahun baru. Pembersihan rumah lazimnya dilakukan beberapa hari
sebelum menjelang tahun baru dan Chinn Fei lakukan abaila mula bercuti Khamis lalu.
Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam sebelum
tahun baru bagi mengundang Dewa Kekayaan. Kemudian pada hari kedua tahun baru
Cina, upacara sembahyang perlu dilakukan sekali lagi, bagi menandakan pembukaan tahun
baru. Pada hari kedua tahun baru Cina, wanita yang sudah berkahwin digalakkan kembali
ke rumah ibu bapa sendiri.
Antara adat resam lain yang diamalkan, termasuklah pemberian limau Mandarin yang
bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan emas. Ini bermakna pemberian limau
seolah-olah menghadiahkan emas pada orang lain.
Kuih bakul juga menjadi kemestian kerana ia menandakan semakin tinggi sama ada akan
naik pangkat, tambah pendapatan dan sebagainya.
Apabila berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara juga perlu mengucapkan pepatah
yang membawa maksud baik misalnya Gong Xi Fa Chai yang membawa maksud Tahniah, anda sudah kaya , panjang umur, sihat selalu dan apa saja ungkapan yang
membawa maksud yang baik.

Antara perkara lain yang amat titik beratkan termasuk perlu menjaga percakapan dan
berkelakuan baik. Sudah pasti perkataan tidak elok seperti mati dielakkan sama sekali.
Andai berasa sedih sekali pun, perasaan itu harus dikawal bagi mengelak tangisan,
khususnya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Alasannya - menggamit tuah.
Kadang kala, saya tidak dapat menahan sebak, apabila teringatkan mendiang ibu dan
mengalir air mata apabila tidak dapat meraikan bersamanya lagi. Sepatutnya kita perlu
ceria pada tahun baru Cina supaya tuah akan menyebelahi kita.

Pada hari pertama juga tidak boleh menyapu sampah kerana masyarakat Cina percaya, tuah
akan singgah di rumah. Oleh itu, perbuatan menyapu itu boleh menghalau tuah atau Dewa
Wang.
Antara pantang yang masih lagi diamalkan ialah tidak memakai warna berkabung iaitu
warna hitam dan warna putih.
Ada juga orang-orang tua menyebut, jangan pecahkan barang khususnya pinggan mangkuk
atau cawan, kerana ia boleh menandakan nasib yang tidak baik. Tetapi sekiranya berlaku
juga kecuaian dan ada barang yang pecah kita perlu menyebut Lok Tei Hoi Fa Fu Kuai
Wing Wa bermaksud, benda yang jatuh dan pecah itu akan bertukar menjadi
kemakmuran.

PERKAHWINAN
Pengenalan
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu
titik tolak yang membawa perubahan besar dalam
kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk
mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya
keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada
satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam
masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang
dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan
mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut
aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa
atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu
perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untuk memilih pasangan masingmasing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan
masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik,
meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik
Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar
belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu
mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,
watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting
untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara
merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada
lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan
kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si
gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran
dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan
bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina
kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara
kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik
adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama
tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.
Meminang
Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar
belakang keluarga masing-masing adat meminang akan
dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke
rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin
perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang
akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah
dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak

lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan


anaknya untuk menyediakan segala permintaan
daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak
sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.
Bertunang
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina
dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran
kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik
digunakan untuk penetapan tarikh tersebut
berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini
penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak
sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan
perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa
inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara
bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang
ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh keduadua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi
membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan
menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang
yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya
yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang
diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan.
Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada
tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama
tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan
masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang
dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan
nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang

tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran


kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa
yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping
nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan
yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut
mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang
perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi
adat-adat tertentu.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa
upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari
lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di
Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara
hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan
pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki
tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada
pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan
diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin,
keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh
perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan
pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin
besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi
martabat dan kedudukan pihak lelaki.
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun
bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua
belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat
kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan

perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.


Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan
lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu
memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain
sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian
dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaikbaiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang
memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya pengantin le dan kelabu kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.laki
akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk
bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring
masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan
didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang
tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan
dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki
akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua
pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua
masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara
meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia
merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud
yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di
samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang
disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau

bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini


sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada
sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini
diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau
restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau
sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang
sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah
mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali,
sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon
Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat
perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan
perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang
beragama Kristian.
KEMATIAN
Pengenalan
Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam
yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang
dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah
penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan
kematian.
Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan


dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si
mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi
dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama
apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut
dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian
tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.
Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina
menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu
meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori
yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan
dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu
yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan
bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan
seseorang semasa hidupnya. Apabila berlaku kematian, ahli
keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki
menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu
dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu
sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam.
Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan
kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa.
Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali.
Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati
akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang
melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk
mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak.
Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang
lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina.
Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai
untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam
perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.

Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga


dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan
berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Seterusnya mayat
akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan
menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang
diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si
mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih
halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada
zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda
akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk
menghantar mayat ke tanah perkuburan.
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan
perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya.
Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu
tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan
atau takziah. Tidak kurang juga mereka
mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.
Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk
mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari
rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya
iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati
dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan
memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak
digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang
berbunga juga dilarang dalam upacara kematian
tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti

jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian


mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat
daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian
luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan
menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut
logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah
untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah
berpandukan kertas tersebut.
Semasa Pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali
dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan
keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka
memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang
lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini
adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di
dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini
amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak
kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan
tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk
duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek
lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagi
masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik
memainkan peranan penting kerana menjadi lambang
kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah
meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di
kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan
dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak
di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut

kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan


memudahkan roh si mati menemui jalan pulang. Selain itu
tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat
beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna,
atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si
mati ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai
bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini
bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati
seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina
menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga
yang meninggal dunia.
Selepas Kematian
Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat
berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari
perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain
boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami
atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju
tersebut lebih lama sebagai berkabung.
http://asnida-warisanbudayamalaysia.blogspot.com/
Dalam kehidupan orang Cina, ada tiga ajaran yang mereka anut yaitu Toisme, Konfusianisme, dan Buddha. Ketiga ajaran ini sudah
saling menyatu (sinkretisme) dan dikenal dengan nama San Jiao atau Sam Kauw (dialek Hokkian). Dalam kehidupannya, orang
Cina memang sangat toleran terhadap soal-soal agama. Setiap agama dianggap baik dan bermanfaat, begitu pula dengan ajaran
Taoisme, Konfusianisme, dan Buddha yang mempunyai banyak kesamaan-kesamaan pandangan dan saling membutuhkan
sehingga ketiga ajaran tersebut berpadu menjadi satu.
Toisme
Taoisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang dikemukakan Laotze. Ia dilahirkan di Provinsi Hunan pada tahun 604
SM. Dikisahkan, Laotze merasa amat kecewa akan kehidupan dunia, sehingga ia memutuskan untuk pergi mengasingkan diri
dengan tidak mencampuri urusan keduniawian. Ia kemudian menulis kitab Tao Te Ching yang kelak menjadi dasar pandangan
ajaran Taoisme. Tao berarti jalan dan dalam arti luas yaitu realitas absolut, yang tidak terselami, dasar penyebab, dan akal budi.
Kitab Tao Te Ching memuat ajaran bahwa seharusnya manusia mengikuti geraknya (hukum alam) yaitu dengan menilik
kesederhanaan hukum alam. Dengan Tao manusia dapat menghindarkan diri dari segala keadaan yang bertentangan dengan irama

alam semesta. Taoisme diakui sebagai suatu pre-sistematik berpikir terbesar di dunia yang telah mempengaruhi cara berpikir orang
Cina.

Konfusianisme
Konfusianisme atau Konghuchu mulai dikenal di Cina melalui pemikiran-pemikirannya yang cemerlang yang dilontarkan pada
zaman Chou Timur (770-221 SM). Konghuchu lahir pada tahun 551 SM berasal dari kota Lu, Provinsi Shandong. Pada masa itu
dinasti Chou tengah kehilangan kendali terhadap para tuan tanah yang menempati hampir setengah bagian dari wilayah Cina.
Konghuchu dibesarkan oleh ibunya karena ia sudah kehilangan ayahnya ketika masih berusia tiga tahun. Ketika dewasa dan
bekerja sebagai pegawai di kuil bangsawan Zhou, ia mengikuti semua detail-detail yang terdapat dalam perayaan yang akhirnya
menjadikannya sebagai seorang yang ahli dalam ritual agama kuno.
Konfusianisme adalah humanisme, tujuan yang hendak dicapai adalah kesejahteraan manusia dalam hubungan yang harmonis
dengan masyarakatnya. Kodrat manusia menurut konfusius adalah pemberian langit, yang berarti bahwa dalam hal tertentu ia
berada di luar piliham manusia. Kesempurnaan manusia terletak dalam pemenuhannya sebagai manusia yang seharusnya.
Moralitas merupakan realisasi dari rancangan yang ada dalam manusia. Oleh karena itu, tujuan manusia yang paling tinggi adalah
menemukan petunjuk sentral bagi moral yang mempersatukan manusia dengan seluruh isi alam semesta. Bagi Konfusius, manusia
adalah baian dari konstitutif dai seluruh isi alam semesta. Manusia harus berhubungan secara indah dan harmonis dengan harmoni
alam di luarnya. Ungkapan yang paling terkenal yang merupakan inti ajarannya yaitu tidak berbuat kepada orang lain apa yang dia
tidak sukai orang lain perbuatan pada dirinya.
Buddhisme
Agama Buddha sudah menjadi bagian dari filosofi Cina selama hampir 2000 tahun. Meskipun Buddha bukanlah merupakan agama
asli, melainkan pengaruh dari India, tetapi ajaran Buddha mempunyai pengaruh yang cukup berarti pada kehidupan orang Cina.
Tema pokok ajaram agama Buddha adalah bagaimana menghindarkan manusia dari penderitaan (samsara). Kejahatan adalah
pangkal penderitaan. Manusia yang lemah, tidak berpengetahuan (akan Buddhisme) akan sangat mudah terkena kejahatan dan
sulit untuk membebaskan diri dari penderitaan.
Pendiri agama Buddha adalah Sidharta Gautama. Ia dilahirkan dari keluarga bangsawan di India. Sewaktu kecil, ayahnya
menjauhkan Sidharta dari segala macam bentuk penderitaan dunia, sampai pada suatu hari secara tidak sengaja ia melihat orangorang yang selama ini belum dilihatnya yaitu orang-orang tua, seorang yang sakit dan yang meninggal. Kenyataan tersebut
membuatnya kemudian meninggalkan istana dan bertapa di bawah pohon bodhi. Setelah bertapa selama enam tahun akhirnya ia
memperoleh pencerahan dengan menemukan obat penawar bagi penderitaan, jalan keluar dari lingkaran tanpa akhir yaitu melalui
kelahiran kembali kepada suatu jalan menuju Nirwana. Jalan ini yang kemudian dikenal juga sebagai inti dari ajaran Buddha.
Buddhisme masuk ke Cina kira-kira abad 3 Masehi, pada masa pemerintahan dinasti Han. Buddhisme selanjutnya mengalami
perkembangan sendiri di negara tersebut. Ajarannya di Cina mendapat pengaruh dari kepercayaan yang sudah ada sebelumnya
yaitu Taoisme dan Konfusiansianisme. Hal yang paling kentara dari percampuran ini ialah dengan munculnya sekte Shan, yang juga
muncul di Jepang dengan nama Zen yang merupakan Buddhisme India bercorak Taoisme Cina. Wujud dari agama ini adalah
timbulnya versi-versi signifikan dari dewata-dewata buddha, seperti Avalokitecvara, Maitreya, dan sebagainya. Avalokitecvara
berubah menjadi Dewi Welas Asih (Guan Yin atau Kwan Im). Dewi ini sangat populer sekali di kalangan orang Cina, tempat orang
memohon pertolongan dalam kesukaran, memohon keturunannya, dan lain sebagainya. Kwan Im dalam penampilannya
mempunyai 33 wujud, diantaranya yang paling populer adalah Kwan Im berbaju putih, Kwan Im membawa botol air suci, dan Kwan
Im bertangan seribu. Dalam Avalokitecvara, Maitreya juga mempunyai wujud lain di Cina yaitu Mi le fo, seorang yang bertubuh
gemuk dan raut muka yang selalu tertawa. Dewa ini dikenal sebagai dewa pengobatan.

http://uun-halimah.blogspot.com/2008/04/sistem-kepercayaan-orang-cina.html
Taoisme berasalkan dari kata Dao yang berarti tidak berbentuk, tidak terlihat, tapi merupakan proses kejadian dari
semua benda hidup dan segala benda-benda yang ada di alam semesta. Dao yang berwujud dalam bentuk benda hidup
dan kebendaan lainnya adalah De. Gabungan Dao dengan De dikenal sebagai Taoisme yang merupakan landasan
kealamian. Taoisme bersifat tenang, tidak berbalah, bersifat lembut seperti air, dan bersifat abadi. Keabadian manusia
terwujud disaat seseorang mencapai kesadaran Dao, dan orang tersebut akan menjadi dewa. Penganut-penganut Taoisme
mempraktekkan Dao untuk mencapai kesadaran Dao, dan menjadi seorang dewa. Taoisme juga memperkenalkan teori
Yinyang, dalam Daode Jing Bab 42.
Secara terminologi, Yin dan Yang diterjemahkan sebagai negatif dan positif. Setiap benda bersifat dualisme yang terdiri
dari unsur positif dan unsur negatif. Benda yang tidak memiliki unsur negatif dan positif, itu bermakna kosong dan
hampa. Seperti halnya magnet, magnet mempunyai unsur positif dan negatif, kedua-duanya bersifat saling melengkapi.
Magnet tanpa unsur positif, maka tidak terwujudnya unsur negatif. Itu bermakna bahwa magnet tidak akan terwujud jika
tidak memiliki kedua unsur tersebut.
Konfusianisme
Konfusianisme adalah warisan dari Timur, suatu bentuk budaya yang mekanismenya untuk mengawasi tingkah laku
masyarakat tersebut yang dilahirkan dan dibesarkan dibawah pengaruh budaya Konfusianisme yang menekankan pada
kehidupan keluarga dan perkembangan pribadi. Budaya Konfusianisme ini adalah dasar yang unik dari tingkah laku/sikap
masyarakat di Asia Timur, seperti halnya Kristen yang merupakan inti dari sikap masyarakat di Barat. Saat ini kita tidak
dapat melupakan orang Asia-Amerika. Berdasarkan harian Washington Post, Meskipun Orang Asia-Amerika hanya
merupakan 2.4 persen dari populasi negara, mereka merupakan 17.1 persen mahasiswa di universitas Harvard, 18 persen
di Massachussets Institute of Technology dan 27.3 persen di Universitas California -Berkeley. Di Universitas CaliforniaIrvine, 35.1 persen dari mahasiswanya adalah orang Asia-Amerika, bahkan perbandingan class barunya lebih tinggi : 41
persen. Sifat kerja keras orang-orang Asia merupakan warisan Konfusianisme secara umum, filsafat 5 abad sebelum
masehi, orang Bijaksana dari Cina yang mengajarkan orang untuk menjadi sempurna hanya melalui pendidikan dan latihan
(praktek). Khonghucu (Confucius) bukan hanya merupakan karakter pada masa lalu, beliau adalah kenyataan hidup dari
masayarakat tersebut.
Konfusianisme adalah kemanusiaan, suatu filsafat atau sikap yang berhubungan dengan kemanusiaan, tujuan dan
keinginannya, daripada sesuatu yang bersifat abstrak dan masalah teologi. Dalam Konfusianisme manusia adalah pusat
daripada dunia: manusia tidak dapat hidup sendirian, melainkan hidup bersama-sama dengan manusia yang lain. Bagi
umat manusia, tujuan akhirnya adalah kebahagiaan individu. Kondisi yang diperlukan untuk mencapai kebahagiaan adalah
melalui perdamaian. Untuk mencapai perdamaian , Khonghucu (Confucius) menemukan hubungan antar manusia yang
meliputi Lima hubungan (Ngo Lun) berdasarkan Cintakasih dan Kewajiban. Peperangan harus dihindarkan; dan Persatuan
Besar dari seluruh dunia harus dikembangkan.
Konfusianisme bukan satu-satunya yang disebut agama. Khonghucu sendiri sangat percaya kepada Tuhan dan mengajarkan
Tao-nya yang membimbing umat manusia ke Jalan yang terang, dengan cara ini akan menyatu/manunggal dengan Tuhan,
dengan tanpa mempertujukkan orang dapat membuktikannya; dengan tanpa menggerakkan orang membuat perubahan,
dan tanpa berusaha orang dapat memperoleh hasil akhirnya. Ajaran Khonghucu adalah yang paling suci diantara ajaran
suci, dan mungkin di atas semua agama dan tidak pernah bertentangan dengan mereka. Beliau percaya bahwa semua
orang di dunia ini adalah bersaudara di bawah Tuhan Yang Esa.
Analisis
Pada dasarnya kepercayaan orang Cina pada umumnya didasarkan pada keyakinan bahwa di dunia ini manusia merupakan
refleksi dari kehidupan alam semesta. Baik Konfusianisme maupun Taoismme, kedua lebih menekankan pada way of life,
bagaimana seharusnya manusia hidup, berinteraksi dan saling menjaga suatu kondisi damai. Oleh karenanya banyak orang
menganggap keduanya bias menjadi ajaran hidup atau filsafat daripada teologi kendati keduanya juga tidak melepaskan
adanya ritual-ritual di dalamnya. Ini mungkin adalah sebuah alasan yang mempermudah kepercayaan ini masuk dan
dipelajari oleh bangsa-bangsa lainnya sebagaimana di Indonesia sendiri. Pada kenyataannya bangsa Cina pada saat ini
memeluk agama Kristem Protestan, Katolik, Budha, dan Hindu namun mereka tetap memegang erat ajaran hidup dan
kepercayaan Taoisme dan Konfusianisme yang dipercaya akan menyeimbangkan kehidupan mereka

TERKINI

ADAT ATAU BUDAYA


Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan
proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga
mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik
berkenaan (adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang
mereka namakan Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam
kalangan mereka pada hari ini). Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur
Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah
lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka
mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, contoh adat atau budaya
masyarakat Cina:
Contoh (i)
Mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama
keluarga di dalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai
contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka
iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga
sebelah lelaki. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik
menjadi ketua keluarga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga di dalam masyarakat Cina. Ini
merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina.
Contoh (ii)
Aspek

perkahwinan

juga

menjadi

amalan

masyarakat

mereka

menyebabkan

perkahwinan seorang lelaki di dalam keluarga adalah amat penting. (Secara tradisi,

perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik
oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden
ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan
diadakan majlis keraian yang mewah di restoran).
Contoh (iii)
Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru
(kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititikberatkan. Si ibu digalakkan tidur
dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang
cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari
ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah.
Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian
rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa
hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan
dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaum Cina tidak akan diperingati,
kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan
diadakan secara besar-besaran).
Contoh (iv)
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah (upacara yang amat berharga dan
mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah
kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja
besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya.
Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang
tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan
dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang
dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa
hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu
hari yang ganjil).

Di dalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian (adalah acara yang amat


meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian
mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan
alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat.
Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh
keluarga si mati).
Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina,
banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila
berlaku sesuatu kematian.
Contoh (v)
Perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan
dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam
masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim
pertanian dan negeri China.
Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru
Cina dan Chap Goh Mei ialah (adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat
Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat).
Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan
masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan
matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.

_____

Anda mungkin juga menyukai