Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
CEMERLANG
DALAM
PELAJARAN
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang
cemerlang
dalam
pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak,
seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa,
anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa
sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan
melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu
anak-anak
mencapai
kejayaan
yang
cemerlang
dalam
pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina
dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga
ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.
Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat
dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak
daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang
berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anakanak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti
dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup
dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa
bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria
sepanjang
masa
bagi
mencapai
kejayaan
yang
cemerlang
dalam
pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal
ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala
tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir
sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga
mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila
anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap
rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar.
Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya
anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada
setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum
kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan
tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi
perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak
yang
cemerlang
dalam
pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama
1
dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi,
bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih,
ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang
diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anakanak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi
anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang
anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang
cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk
memastikan
anak-anak
mencapai
kejayaan
yang
cemerlang
dalam
pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak
belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu
memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa
perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anakanak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap
untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga
perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu
bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku
atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah
ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam
diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai
kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga
mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak
sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk
mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah
sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini
penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin,
ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anakanak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat.
Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh
anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi
pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka.
Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak
akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak
yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan
akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu
mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang
dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan
untuk
mencapai
kecemerlangan
dalam
pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum
nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan
anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka
2
terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya
untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.
dengan penebuk besi, tercium bau wangi apabila bergaul dengan penjual minyak wangi".
Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu
bapa sehingga mereka sukar untuk mengenal pasti perbezaan antara intan dengan kaca,
halal dengan haram dan juga antara syurga dengan neraka. Apabila anak-anak bergaul
dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya,
mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak
berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang
setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anakanak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu
perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis.
Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama
dan moral yang cukup. Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "setiap anak dilahirkan dalam
keadaan fitrah. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini
bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan melentur buluh biarlah daripada
rebungya. Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan
diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai,
anak-anak itu diibaratkan kain putih yang merupakan amanah Allah kepada ibu bapa. Jadi, ibu
bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi
dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri
pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral
yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan
hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang.
Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan
anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Anak-anak adalah umpama
aforisme "air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Ibu bapa seyogia sentiasa
mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan
bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Janganlah sampai "yang dikejar tidak
dapat, yang dikendong berciciran". Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk
menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi
bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak
dalam hati mereka. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan tidak dapat
menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian menjadi salah
seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan
antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan.
Generalisasinya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan
anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak "sebelum
nasi menjadi bubur". Ibu bapa turut perlu menganggap masalah yang dihadapi oleh anakanak mereka sebagai masalah sendiri. Bukankah sebaik-baik kehidupan, "cubit paha kiri, paha
kanan turut terasa sakit"? Sekiranya anak-anak terjerumus ke dalam kancah masalah sosial,
keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang
memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk
mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa perlu berhati-hati untuk mencorakkan masa depan
anak-anak seperti aforisme "menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
4
berselerak", khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang
dalam pelajaran.
(Sumber: Cikgu TanCL)
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat
anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain tarik tali dengan anak-anak.
Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih
sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu
memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam
keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka
harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anakanak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan
tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianakanak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak
akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan
peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan
diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik
kita.
Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya
terlebih dahulu. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa
untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika
ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa
perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak.
Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula
perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang
memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir
sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua
belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan
kelangsungan
perjalanan
hidup
mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap
manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk
melepaskan diri daripada sebarang musibah. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh
diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah
dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. Umpama menarik rambut dalam tepung,
rambut tidak putus tepung tidak berselerak, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa
hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan.
Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama
ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan
ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha
untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak
akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi
ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat
yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas
segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang
berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut
usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai,
sedangkan
bumi
sedia
di
tapak
kaki.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan
apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran.
Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh
terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak
6
mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan katakata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli
Falsafah Pascal mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan
kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah
yang tandus. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan
nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak umpama bunga-bunga yang
tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa. Justeru mulakan dengan
kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya
menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, anak-anak
ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan. Justeru, ibu bapa
perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang
cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh
dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan
dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala
tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya.
Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi,
ditakrifkan sebagai belaian dan kasih sayang haruslah diterapkan sejak usia bayi lagi. Pepatah
Melayu ada menyatakan, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah ini amat sesuai
untuk diamalkan oleh ibu bapa dalam mencorak kehidupan anak-anak. Penerapan nilai-nilai
murni pula dapat melahirkan anak-anak yang terpuji tingkah lakunya.
Selain itu, ibu bapa sewajarnya menjadi pendorong untuk anak-anak mencapai kejayaan.
Seandainya mereka mengalami kegagalan dalam pelajaran, ibu bapa tidak boleh cepat
melatah dengan memarahi anak-anak mereka. Sebaliknya, ibu bapa wajar membisikkan katakata semangat untuk mereka. Seorang cendekiawan ulung pernah mengatakan, jika
seseorang itu dilahirkan untuk gagal, dia tidak akan keluar daripada buaiannya untuk melihat
dunia, justeru ibu bapa mestilah berusaha memberi keyakinan diri kepada anak-anak.
Tambahan pula, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
Di samping itu, ibu bapa perlulah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak. Lebih-lebih lagi
doa seseorang ibu bapa itu doa yang dimakbulkan.Dengan berbekalkan doa ibu bapa, anakana akan lebih kuat menghadapi cabaran hidup. Mereka tidak akan mudah berputus asa
apabila mengetahui adanya sikap ambil berat yang tidak putus-putus daripada ibu bapa.
Semestinya anak-anak akan dapat melakar kejayaan ke puncak menara gading dengan
keazaman yang diserapkan oleh ibu bapa.
Di samping itu, Ibu bapa perlulah memberikan sedikit kebebasan kepada anak-anak. Ibu bapa
tidak sepatutnya terlalu mengongkong hidup anak-anak mereka. Ibu bapa perlu sedar bahawa
anak-anak yang hidup pada zaman serba moden ini berbeza dengan anak-anak zaman
dahulu. Mungkin mereka kerap didedahkan dengan keseronokan hidup tanpa kongkongan
memandangkan teknologi kini sudah semakin meningkat. Namun begitu, kebebasan yang
diberikan bukan bermaksud ibu bapa boleh mengambil sikap lepas tangan sahaja. Anak-anak
tetap perlu diawasi. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah mengetahui teman rapat anak-anak
agar jika sesuatu terjadi kelak, akan ada sesiapa untuk dirujuk.
Seterusnya, Ibu bapa haruslah mengambil tahu tentang prestasi anak-anak di sekolah. Setiap
kali selepas peperiksaan, Ibu bapa sepatutnya bertanyakan keputusan peperiksaan mereka.
Ibu bapa juga haruslah mengetahui sikap anak-anak terhadap guru. Jangan sampai mereka
bersikap kurang ajar terhadap guru. Hal ini berlaku demikian kerana, sekali hati guru tercalar,
segala ilmu yang dicurahkannya mungkin tidak dihalalkan. Allahyarham Sasterawan Negara
Usman Awang pernah mencoretkan serangkap pantun yang mengisahkan pelajar yang gagal
kerana tidak menghormati guru.
Memburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang di kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Intihanya, peranan ibu bapa dalam menentukan kecemerlangan anak-anak amat penting.
Berkat asuhan dan didikan ibu bapa, pasti akan lahir pelajar cemerlang berakhlak terpuji. Aset
negara seperti Datuk Nicole Ann David, Datuk Lee Chong Wei yang kini pemain nombor satu
negara pastinya berkat pengasuhan dan didikan ibu bapa. Ibu bapa sememangnya insan yang
paling banyak mengerah keringat demi membesarkan anak-anak. Tanpa ibu bapa, pastinya
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak akan cekap mentadbirkan negara. Cendekiawan
ulung seperti Tan Sri Zetty Aziz juga tidak akan berjaya tanpa peranan cemerlang ibu
bapanya. Konklusinya, terbuktilah bahawa ibu bapa sememangnya memainkan peranan
penting dalam menentukan kejayaan anak-anak.
8
Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali
gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina
mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan
dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak
dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada
keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga
untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin
kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih
terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih
mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan
inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan
menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan
mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya
seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati
hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik
keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang
boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja
kerasdengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan
mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang
secukupnya kepada anak-anakbagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa
menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang
cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang
tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata
untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan
semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan
lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka.
Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa
wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup
mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini
membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa
bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan
untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anakanak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan
agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka
akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah
terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat
marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa
pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert
Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa
agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan
salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak
dalam bidang akademik.
10
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak.
Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan
tebingdan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan
anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana
Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa
pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di
bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh
sarwajagat ini.
Dicatat oleh Cikgu Anelyza di 9:45 PM
11
tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan dan mudah untuk kita terus
mendorong minat serta kemahuan mereka.
diri dengan ibu bapa mereka. Apa salahnya sesekali diadakan perjumpaan antara ibu bapa
agar semuanya dapat ambil berat akan perkembangan anak-anak. Ia memudahkan kita
menasihati bukan sahaja anak kita tetapi juga rakan-rakan mereka kelak. Begitu juga dengan
ibu bapa yang lain, mereka juga tidak akan segan silu untuk menegur dan menasihati anak
kita. Dengan cara ini anak kita dan rakan-rakannya tidak sewenang-wenangnya mengabaikan
pelajaran hanya kerana utamakan pergaulan.
Sentiasa mengintai peluang yang boleh memajukan anak
Dalam kehidupan kita seharian terdapat pelbagai aktiviti, program, kursus serta peluang
untuk memajukan anak-anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka. Ibu bapa cemerlang tidak
kedekut dan sanggup mengeluarkan pelaburan untuk kebaikan anak-anak. Kecemerlangan
anak-anak dalam bidang yang tiada kaitan dalam pelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum,
sukan, persatuan dan sebagainya boleh menjadi perangsang untuk mereka cemerlang dalam
bidang pelajaran.
Disamping itu, program-program seperti kursus motivasi, kursus berkaitan dengan kemahiran
belajar, kelas teknik menjawab peperiksaan dan lain-lain boleh menjadi faktor yang
meningkatkan lagi pelajaran mereka. Ini berdasarkan kepada pengalaman mereka yang telah
megikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Ada diantara anak-anak
mendapat lonjakan markah yang cukup ketara setelah mendapat bimbingan dan motivasi.
Jadikan budaya membaca sebagai suatu amalan
Masyarakat Malaysia terkenal sebagai masyarakat yang malas membaca lebih-lebih lagi
apabila bahan bacaan tersebut berbentuk ilmiah. Penyakit ini menular dari generasi ke
generasi dan akhirnya lahirlah masyarakat yang tidak mantap ilmunya. Sebagai ibu bapa,
kita hendaklah menanam budaya membaca bermula di rumah. Adakan masa tertentu untuk
membaca seisi keluarga. Bawa anak-anak ke perpustakaan dan ke kedai-kedai buku. Minat
membaca bermula dari ibu bapa sendiri. Kalau ibu bapa tidak memulakan tabiat membaca ini
maka usah letakkan kesalahan malas belajar itu atas anak semata-mata. Kita bertanggung
jawab sepenuhnya dalam hal ini kerana ibu bapalah acuan yang membentuk sikap dan
tingkah laku anak-anak.
Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anak dan hormati waktu belajar
mereka
Adalah tidak adil apabila anak yang bersekolah dan ada peperiksaan dipaksa belajar
sedangkan anggota keluarga yang lain melakukan aktiviti yang boleh mengganggu tumpuan
dan emosi mereka. Misalnya, anak-anak yang bersekolah disuruh masuk bilik dan belajar
sedangkan ibu bapa asyik menonton televisyen, abang berinternet, kakak bergayut di telefon,
adik kecil bising dengan mainannya. Semua ini memberikan tekanan yang bukan sedikit
kepada anak yang mahu belajar. Mereka tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari
keluarga. Mulai hari ini adakan peraturan iaitu bila tiba waktu belajar maka tiada aktiviti lain
selain daripada aktiviti keilmuan. Ahli keluarga yang lain boleh gunakan waktu itu untuk
membaca akhbar, majalah, buku dan sebagainya. Kalau berinternet sekalipun, pastikan masa
itu digunakan untuk mencari maklumat bukan untuk berhibur. Adik kecil boleh gunakan masa
tersebut untuk melukis dan mewarna. Malah, ibu bapa boleh gunakan masa belajar ini untuk
mengajar anak-anak jika mampu. Dengan cara begini, anak-anak dapat rasakan bahawa
semua keluarga mahu lihat mereka berjaya dan bersemangat untuk membuktikannya.
Meletakkan harapan berdasarkan kemampuan diri anak
14
Tidak ada ibu bapa yang tidak mahu lihat anak mereka berjaya dan begitu juga kita. Namun
begitu, ibu bapa mestilah realistik dalam menentukan pencapaian anak-anak mereka.
Sekiranya harapan yang diletakkan itu terlalu tinggi hingga anak-anak rasakan mustahil untuk
mencapainya maka mereka mula rasa tertekan. Anak-anak mudah rasakan diri mereka tidak
berguna apabila gagal mencapai impian ibu bapa lalu kecewa dan murung. Keadaan
bertambah parah apabila ibu bapa mula marah-marah setiap kali anak-anak gagal mendapat
markah yang baik. Kata-kata kesat dan sindiran-sindiran tajam mula dilemparkan kepada
anak-anak seperti sia-sia sahaja hantar tuisyen, hidup hanya menghabiskan beras sahaja ..
, Itulah memang dasar anak pemalas! dan macam-macam lagi. Cuba renungkan sejenak,
apa baiknya kita luahkan dan puaskan perasaan kita dengan cara begitu. Adakah ia
menjadikan anak kita lebih bijak? Pastinya tidak. Adakah ia akan mengubah cara anak kita
belajar? Mungkin juga tidak. Ia hanya akan melukakan lagi hati anak dan mencalar self
esteem mereka. Oleh itu, bincanglah dengan anak-anak tentang sasaran dan matlamat
mereka dan bantu mereka untuk capai matlamat tersebut. Inilah yang terbaik sebab anakanak merasakan sasaran yang diletakkan itu adalah sasaran mereka bukan sasaran ibu bapa.
membantu kecemerlangan mereka. Adakah ini bermakna kita tidak boleh ambil kejayaan
orang lain untuk diceritakan kepada anak-anak? Tidak.. bukan begitu yang dimaksudkan. Ibu
bapa, lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada anak-anak hanya
apabila marah, geram dan kecewa dengan tindakan dan tingkahlaku mereka. Lain pada masa
itu, kita lupa dan tidak ambil kisah. Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini. Oleh
itu, apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan
sesiapa. Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka. Waktu
lain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentang kejayaan
orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan
tauladan. Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak menerimanya kerana mereka lebih
terbuka.
Ganjari bukan sahaja hasilnya tapi juga usahanya
Manusia hanya berusaha tetapi Allahlah yang akan menentukan hasilnya. Sekiranya ibu bapa
faham erti kata-kata ini maka mereka tidak akan merasa kecewa, putus asa dan marah
apabila anak-anak tidak mendapat 5A dalam UPSR atau 8A dalam PMR. Ibu bapa tidak perlu
bimbang tentang apa keputusan yang bakal diperolehi sebab itu urusan tuhan. Yang perlu
dibimbangkan adalah usaha anak. Dorong anak-anak untuk melakukan yang terbaik dalam
apa juga keadaan. Nyatakan dengan jelas kepada mereka bahawa bagi kita keputusan bukan
perkara utama tetapi yang penting kita mahu lihat mereka telah berusaha bersungguhsungguh. Sebagai bukti, kita berikan ganjaran terhadap usahanya dan bukan sekadar
hasilnya. Misalnya, kita berjanji untuk berikan ganjaran tertentu sekiranya anak dapat 8A
dalam PMR mereka. Namun begitu, sekiranya kita lihat anak memang telah berusaha tetapi
sekadar dapat 4A 4B sahaja maka berilah juga ganjaran dalam bentuk atau amaun yang
berbeza. Sebagai contoh, kita berjanji dengan anak kalau dia dapat 8A dalam PMRnya maka
setiap A kita berikan RM50 ringgit. Sebaliknya kalau dia tidak dapat 8A, kita tetap berikan
ganjaran tetapi kali ini setiap A Cuma dapat RM30 sahaja.
Sentiasa doakan kejayaan anak
Doakanlah kejayaan anak-anak sepanjang masa dan bukan hanya diwaktu musim
peperiksaan sahaja. Doa ibu bapa, terutamanya doa ibu biasanya makbul. Elakkan dari
mengeluarkan perkataan yang buruk terhadap anak kerana kata-kata kita itu merupakan satu
doa. Doakan anak kita setiap kali kita teringatkan mereka. Misalnya ketika kita sibuk
dipejabat tiba-tiba terdetik di hati apa agaknya anak sedang buat di rumah? Ketika itu terus
berdoa dalam hati dan insyaAllah sekiranya kerap dilakukan begitu akan ada yang makbul
nanti. Saya masih teringat waktu kecil dahulu bagaimana saya terdengar doa ibu. Saya
datang dari keluarga yang miskin dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Ibu saya
biasanya turun awal pagi untuk mencari nafkah dan pulang lewat petang dan ada ketikanya
malam. Satu ketika, sedang saya tidur-tidur ayam terdengar ibu berdoa, Ya Allah ya
tuhanku.. aku mempunyai tiga anak lelaki, kalau tidak ketiga-tiganya berjaya maka berilah
aku salah seorang dari mereka yang akan jadi penyelamat keluarga ini. Mendengar doa ibu
ini hati saya menyambut, Ya Allah ya tuhanku.. biarlah salah seorang dari penyelamat
keluarga itu adalah aku. Kemana sahaja saya pergi dan apa sahaja saya lakukan selepas itu
saya pasti terkenang doa ibu itu. Ia menjadi pendorong dan juga benteng diri yang cukup
berkesan dalam hidup saya. Oleh itu, apabila berdoa untuk anak maka doalah dengan suara
yang didengari dan difahami oleh mereka. Seelok-eloknya ketika berjemaah bersama agar
anak-anak aminkan doa kita untuk mereka itu.
Jaga Sumber Makanan
16
Kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu berikanlah makanan yang HALAL, lazat, berzat dan
bersih untuk anak-anak kita. Makanan akan menjadi darah daging mereka. Sekiranya anakanak diberi makan daripada sumber yang haram maka jangan salahkan mereka apabila
mereka menjadi anak yang bermasalah, gelap hatinya, degil, malas dan sebagainya. Ibu
bapa cemerlang tidak akan mengambil mudah perkara sepenting ini. Mulai hari semaklah
sumber pendapatan kita dan pastikan ia diredhai dan diberkati Allah s.w.t.
Tidak berputus asa dalam mengharap rahmat dan pertolongan Allah.
Anak-anak adalah amanah Allah dan ujian untuk kita. Oleh itu tidak perlu kita berputus asa
apabila anak-anak gagal setelah kita melakukan sesuatu usaha untuk melihat mereka
cemerlang. Kalau satu usaha tidak berjaya carilah usaha yang lain. Kalau satu pendekatan
tidak berkesan maka ubahlah kepada pendekatan yang lain. Tidak ada satu cara yang tepat
dalam membantu anak-anak ke arah kecemerlangan. Lain anak lain kemahuannya, lain
penerimaanya dan lain kebolehannya. Oleh itu pelbagaikan pendekatan keibubapaan
sehingga kita dapat kenalpasti cara paling berkesan untuk setiap anak-anak kita. Kalau rasa
bantuan orang lain diperlukan maka jangan pula kedekut untuk keluarkan sedikit pelaburan
memasukkan anak-anak ke program-program motivasi, khemah ibadah, kaunseling dan
sebagainya. Selagi hayat dikandung badan jangan sesekali berputus asa dalam mengharap
rahmat Allah. Apa juga yang datang ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri serta ujian dari
Allah untuk tingkatkan keimanan kita sebagai ibu bapa.
Perlu diingat, anak-anak perlu seimbang perkembangannya dari segi akademik, emosi, siasah
dan kerohanian. Pincang salah satu maka pincanglah masa depannya. Dalam kita berhabishabisan memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik jangan pula kita lupa untuk
memperuntukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membangunkan emosi, sahsiah dan
rohani mereka. Kalau kita malu apabila anak-anak gagal dalam pelajaran maka kita patut
lebih malu kalau anak-anak tidak solat, kurang adab, tidak menghormati orang lain dan
sebagainya.
17