Anda di halaman 1dari 3

MUSTAFA ALI 780205-11-5419

TUGASAN OLL SCE 3123E PENGURUSAN


MAKMAL SAINS DAN SUMBER
____________________________________________________________________________________________________
_

Bincangkan sejauh manakah integrasi ICT dalam pendidikan sains


memberi kesan posiitif dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah dalam menghadapi pendidikan sains abad ke-21.

KESAN POSITIF INTEGRASI ICT DALAM PENDIDIKAN SAINS


Pengenalan kepada ICT telah memberi kesan dan sikap yang positif dalam
kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam
aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui
penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta
contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan multimedia telah memudahkan
pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan
sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah
yang memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara
aktif.
Antara kebaikan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi
penting kepada topik yang akan disampaikan. Guru tidak lari dari fokus utama
pembelajaran kerana teknologi telah diprogramkan mengikut spesifikasi yang
dikehendaki. Contohnya, penggunaan perisian pembelajaran banyak membantu guru
dalam menguruskan masa pengajaran di dalam kelas.
Selain itu, penggunaan ICT juga dapat mengelakkan rasa bosan pelajar
seterusnya mengekalkan minat pelajar di dalam kelas. Ia juga boleh menghiburkan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, penggunaan
program-program pembelajaran menyediakan permainan interaktif untuk menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat mengalih tumpuan murid terhadap
pembelajaran.
Penggunaan integrasi ICT dalam pendidikan Sains dapat menambahkan
pengalaman murid. Sebagai contoh, media bergerak seperti tayangan video boleh
memperkayakan lagi pengalaman murid. Kejadian yang pernah mereka tidak pernah
lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri. Hal ini menjadikan murid-murid
seolah-olah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Dengan adanya perisian
1

MUSTAFA ALI 780205-11-5419


TUGASAN OLL SCE 3123E PENGURUSAN
MAKMAL SAINS DAN SUMBER
____________________________________________________________________________________________________
_

komputer yang ada pada masa kini, banyak perkara dapat ditunjukkan kepada murid.
Contohnya, animasi tumbesaran haiwan dan tumbuhan yang tidak mungkin dapat
disaksikan oleh murid melainkan dengan bantuan ICT.
Selain

itu,

penggunaan

ICT

seperti

bahan-bahan

multimedia

interaktif yang dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual


grafik, teks, muzik, video serta animasi dapat membantu mengukuhkan
lagi kefahaman murid-murid terhadap sesuatu konsep sains dengan lebih
mudah. Terdapat banyak bahan-bahan interaktif sedia ada yang boleh
digunakan

oleh

guru-guru

termasuklah

bahan-bahan

yang

telah

dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru hanya perlu


merancang dan memilih bahan interaktif yang sesuai berdasarkan tajuk
pengajaran agar keberkesanan menggunakan ICT dapat dioptimumkan.
Integrasi ICT melalui penggunaan internet dapat menyediakan
sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka,
mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portalportal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar,
guru dan murid dapat memanafaatkannya sebaik yang mungkin. Portal
pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid
dalam sesuatu mata pelajaran. Contohnya dalam eksperimen sains, guru
hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui
portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan
pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid
mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks.
Melalui penggunaan komunikasi elektronik seperti emel, dan chat
room guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau
dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat
dengan sekolah dari luar negara juga boleh dilakukan yang memboleh
memberi kesan positif dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid
disamping mendapat ilmu baru mengenai bidang sains daripada negara
luar.

MUSTAFA ALI 780205-11-5419


TUGASAN OLL SCE 3123E PENGURUSAN
MAKMAL SAINS DAN SUMBER
____________________________________________________________________________________________________
_

Akhir sekali, integrasi ICT memberikan peluang kepada guru untuk


memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.
Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti
masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah.
Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data
dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran
dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid-murid yang lebih
bersedia dan yakin untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai