Anda di halaman 1dari 7

Asal Usul Nama Negeri Pahang

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai


nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, PangHeng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225, Chao JuKua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di
antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah
negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul
Makmur.
Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang,
Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts,
seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam
buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju
menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang.
Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan
Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang
dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di
Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai
Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok
kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok
mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran
tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang
Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada
zaman dahulu iaitu Pekan. Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia
dikenali sebagai Pura.

http://www.penerangan.gov.my/pahang/index.php/maklumat/info-negeri/asalusul-nama-negeri-pahang

http://akuanakpahang.blogspot.com/2009/06/bendera-pahang-lambang-negeripahang.html

Kesultanan Pahang (Sejarah)


Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara
Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila utama denga puteri
Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri. Kesultanan
Negeri Pahang telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad
Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang
dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang
telah diperintahkan oleh kerajaan siam.
Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan
Abdul

Ghafur

dengan

anggota

keluarganya

dan

berakhir

dengan

satu

pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh.
Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik
sebagai Sultan di Pahang. Pada tahun 1617, kerajaan Aceh telah menyerang
Pahang di mana Sultan Ahmad bersama anggota keluarganya telah dibawa ke
Acheh. Dengan ini, berakhirlah era pemerintahan Kesultanan Pahang yang
berasal daripada zuriat Sultan Melaka secara langsung.
Seterusnya, pemerintahan Negeri Pahang telah diletakan di bawah Kesultanan
yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri
Pahang diletakan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini
berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah ll (Mahrum
mangkat dijulang) tidak lama, dimana Baginda telah terbunuh dalam peristiwa
menuntut bela oleh Megat Seri Rama (laksamana Bentan) di atas kematian
isterinya yang diriwayatkan sebagai di bawah titah Sultan Mahmud Shah. Oleh
kerana Baginda tidak meningglkan zuriat, maka pemerintahan telah berpindah
kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil
anak Bedahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang saujana).
Tun Abdul Jalil ( Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki taktha kerajaan
dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah lV. Seorang putera Baginda
bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Seorang
lagi Putera Baginda, Tengku Sulaiman Menggantikan Baginda sebagai sultan bagi
kerajaaan Johor-Pahang-Riau, dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada
kalangan bendahara sehiggalah pemerintahan Bendahara Siwa Raja, Wan
Ahmad. Pada tahun 1824, pihak Belanda telah mengikat prjanjian dengan
Inggeris yang mengakibatkan pemisahan pemerintahan di antara Riau dengan
Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh belanda, maka
pemerintah sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang
ada pada hari ini telah bermula dengan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah pada
tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang
hingga hari ini.
http://ilovepahang.blogspot.com/2011/04/kesultanan-pahang-sejarah.html

Sejarah Kesultanan Pahang darpada Dinasti Bendahara


2 0 Julai 2011
Penguatkuasaan pemerintahan Bendahara di Negeri Pahang bermula dengaan
keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan berakhir apabila Bendahara Tun
(Wan) Ahmad Ibni Almarhum Bendahara Wan Ali diisytiharkan sebagai sultan.
Keturunan Bendahara Berjaya menjadi Sultan akhirnya adalah akibat daripada
perpecahan semasa pemerintahan Bendahara Ali, di mana kerajaan JohorPahang mulai berpecah antara Orang Besar Melayu dan Orang Besar Bugis serta
kewujudan kuasa Inggeris-Belanda di Kepulauan Melayu. Justeru kerana itu,
Bendahara Ali menguatkan kedudukannya di Pahang sebagai pemerintah pada
tahun 1819 dan Temenggong pula berkuasa di Johor.
Bendahara Tun (Wan) Ali yang mengantikan ayahandanya Marhum Koris dalam
tahun 1806, telah mangkat dalam tahun 1857 di Kampung Lamir, Pahang Tua.
Puteranya Tun Ahmad bersemayam di Pulau Maulana. Tidak berapa lama selepas
itu berlakulah perbalahan antara Tun Ahmad dengan Tun Mutakhir, kekandanya.
Perang itu dikenali sebagai Perang Saudara. Tun ahmad akhirnya Berjaya
menewaskan kekandanya apabila hulubalang-hulubalangnya di bawah pimpinan
Panglima Kakap Bahaman telah menewaskan kubu Tun mutakhir. Tun Ahmad
disytiharkan sebagai Bedahara dan berpindah dari pulau Maulana ke kuala
Sungai Parit yang kini dikenali dengan nama Kampung Padang Polo.
Pada tahun 1881, jurutulis kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah bin Hassan
yang dikenali sebagai Encik Dollah tulis dengan persetujuan Bendahara, telah
memidah cap iaitu daripadaBendaharakepadaSultan. Atas sebab itu, pada 6
Ogos 1882, Tun Ahmad disytiharkan sebagai Sultan Ahmad. Manakala pada 12
Disember 1884, Sultan Ahmad telah ditabalkan

sebagai Sultan Ahmad Al-

Muadzam Shah. Dari tarikh itu juga anakanda-anakanda baginda dinaiktaraf


kepada Tengku manakala isteri baginda, Cik Puan Bongsu kepada Tengku
Ampuan.

Apabila Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah mangkat pada 9 mei 1914. Yang mulia
Tengku Besar disytiharkan sebagai sultan. Baginda pula mangkat di rumah rehat
Kuala Pahang pada malam Selasa 19 jun 1917. Tempat baginda diganti oleh
adinda baginda, Yang Mulia Tengku Abdullah yang kemudiannya ditabal dengan
gelaran Al-Mutasim Billah Al-sultan Abdullah.
Baginda Sultan Abdullah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri.
Antaranya ialah Yang Mulia Tengku Abu Bakar. Dalam tahun 1925, Tengku Abu
Bakar dikahwinkan dengan Raja Fatimah, puteri kepada Sultan Alang Iskandar
Shah, Perak. Tidak berapa lama selepas perkahwinan Diraja itu dilangsungkan,
sultan Alang Iskandar Shah telah berunding dengan Sultan Abdullah untuk
mendapatkan persetujuan kerajaan Inggeris supaya Sultan Abu Bakar dilantik
sebagai ganti raja mengantikan keputusan yang diambil semasa yang mulia
Tengku Mahmud diisytiharkan sebagai Tengku Besar.
Setelah beberapa lama, dengan sokongan Pesuruhjaya Tinggi Sir Hugh Clifford,
kerajaan Inggeris telah bersetuju supaya Putera Sulung Sultan yang memerintah
dilantik sebagai Penganti Raja, dengan gelaran Tengku Mahkota. Maka pada 10
Jun 1930, Yang Mulia Tengku Abu Bakar telah ditabalkan sebagai Tengku
manhkota Pahang pertama. Dengan usaha Pesuruhjaya Tinggi C.Clement,
kerajaan Inggeris telah bersetuju agar putera Sultan yang kedua dilantik sebagai
Tengku Arif Bendahara dan putera ketiga sebagai Tengku Arif Temenggong.
Baginda sultan Abdullah mangkat pada pukul 8.25 malam Rabu. 22 Jun 1932.
Sebelum jenazah Almarhum meninggalkan Istana Kuning, Yang Teramat Mulia
Tengku Abu Bakar telah diisytharkan sebagai Sultan Pahang. Baginda ditabal
dengan gelaran Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Marhum pada pukul 12.45
pagi, Ahad, 5 Mei, 1974 setelah 42 tahun berada di atas taktha kerajaan negeri
Pahang. Maka dengan itu, Yang Teramat Mulia Tengku Haji Ahmad Shah Ibni
Almarhun Sultan Abu Bakar telah disytiharkan sebagai Duli Yang Maha Mulia
Sultan Pahang 7hb Mei 1974 sehingga ke hari ini.
http://akuanakpahang.blogspot.com/2011/07/sejarah-kesultanan-pahang-daridinasti.html

Anda mungkin juga menyukai