Anda di halaman 1dari 9

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

NOVEL

Analisis soalan 4 : Novel SPM 2011 2013

Novel

SPM

Sinopsis
Tema
Persoalan
Watak perwatakan utama
Watak
perwatakan
sampingan
Pertentangan pendapat watak
utama dengan satu watak lain
Latar tempat
Latar masyarakat
Latar masa
Nilai murni
pengajaran
Binaan plot
Teknik plot
Peristiwa
yang
dapat
dijadikan teladan

Nov.2013
Jun 2012
Nov. 2011
Nov. 2011

Jun 2013
Jun 2013
Nov. 2012
Nov. 2012
Jun 2012

Nov. 2013

Soalan 4 : Novel
Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran novel, saya sering menasihatkan pelajar peri
pentingnya pemahaman diutamakan semasa mempelajari novel yang dikaji. Pelajar tingkatan lima
perlu menguasai dan memahami novel Azfa Hanani dan Novel Kembara Amira. Justeru, fokus yang
perlu pelajar fahami ialah pemahaman komponen komsas yang telah dipelajari di dalam kelas.
Pelajar perlu menguasai komponen komsas yang telah dipelajari iaitu:i. Tema.
ii. Persoalan.
iii. Watak dan perwatakan.
iv. Peristiwa penting yang berlaku dalam novel ( khusus kepada sinopsis atau perkembangan plot).
v. Gaya bahasa.
vi. Latar ( Masyarakat, Masa, Tempat).
vii. Nilai.
viii. Pengajaran.
Justeru, semasa menjawab soalan pelajar perlu memahami fokus atau kata kunci soalan, selain pelajar
perlu memahami definisi komponen komsas yang disoal. Sebagai contoh, untuk soalan tingkatan
empat, fokus soalan yang boleh keluar dalam peperiksaan berdasarkan empat komponen komsas yang
telah dipelajari seperti di atas. Pelajar harus menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka
terhadap fokus atau kata kunci soalan. Oleh sebab itu, jawapan pelajar perlu berdasarkan pemahaman
sendiri, dan juga jenis soalan iaitu sama ada soalan tersebut soalan 4 (a) atau soalan 4 (b). Hal ini
kerana soalan berkenaan berdasarkan markah yang diperuntukkan:-

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014


Soalan

Markah

Isi

Bahasa

4 (a)

7 markah

4 markah

3 markah

4 (b)

6 markah

6 markah

3 markah

Jumlah isi perlu


ditulis
Dua isi dan tambah satu
(backup)
Isi yang sepatutnya dijawab tiga isi
Tiga isi dan tambah satu ( backup)
Isi yang sepatutnya dijawab empat isi

Cara untuk menjawab berkenaan, formatnya ialah seperti di bawah.


Soalan berfokus tema tingkatan lima: Berdasarkan NovelKembara Amira karya Amir Hamzah L.
Kadir, tema novel berkenaan ialah pengembaraan seorang remaja perempuan mematangkan
kehidupannya.
Isi

Huraian

Contoh

Dalam pengembaraan Amira


diBukit Mat Raya semasa
menyertai ibunya iaitu
Profesor Zaidah dalam kajian
menjejak kewujudan tamadun
manusia melalui cari gali
bahan erkeologi terdapat
beberapa peristiwa yang
dialami telah mematangkan
kehidupannya.

Antaranya, Amira telah


melihat suasana keluarga
yang tragis akibat tindakan
seorang isteri meninggalkan
anak dan suami sehingga
menyebabkan keluarga
berkenaan terpisah antara
satu sama lain

Contohnya, keluarga Tau dan


Ipah (Jenifer) telah berpisah
apabila Ipah mengambil
keputusan melarikan diri
bersama-sama Johnny. Ipah telah
meninggalkan anaknya yang baru
dilahirkan (Itai) dan membawa
Sabi (Malique) bersamanya
menyebabkan terjadinya
perpecahan keluarga. Akhirnya,
Amira berjaya merungkaikan
masalah keluarga berkenaan.

Peringatan:Cara menghurai dan menulis jawapan berbeza antara pelajar. Justeru, cara menulis jawapan soalan
berdasarkan kreativiti pelajar. Paling utama anda menjawab soalan berkenaan dengan baik

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014


PANDUAN MENJAWAB SOALAN NOVEL MENGGUNAKAN HUKUM P + H/C
(P = Pernyataan, H = Huraian, C = Contoh)
Novel Azfa Hanani
Aspek
Kajian
Tema

Contoh
Soalan
Jelaskan
tema novel
yang anda
pelajari

Pernyataan (P)
Novel ini bertemakan
pengorbanan dan
kemuliaan hati seorang
gadis dalam menghadapi
desakan hidup.

Satu
persoalan

Ketabahan seorang
gadis remaja
menghadapi
kehidupan

Satu
persoalan
maruah

Keberanian
mempertahankan
maruah diri.

Persoalan

Huraian (H/C)
Azfa Hanani sanggup
menyamar sebagai Tengku
Murni kerana tidak mahu
membebankan pak long
yang terpaksa menanggung
pembelajarannya. Dengan
menyamar sebagai Tengku
Murni, dia juga dapat
membantu mendapatkan kos
rawatan untuk Zuraini yang
lumpuh.
Selain itu, penyamaran
Azfa Hanani sebagai
Tengku Murni juga
dapat membuatkan
Datin Maziah kembali
pulih daripada
menghadapi tekanan
perasaan kerana Datin
Maziah tidak dapat
menerima hakikat
bahawa anak
perempuan tunggalnya
telah terbunuh dalam
satu kemalangan jalan
raya.
Azfa Hanani dibesarkan
oleh Pak Long Madi
yang kurang berada. Dia
juga tabah menghadapi
liku-liku hidup di rumah
banglo milik keluarga
baharunya.
Azfa Hanani menolak
pelawaan Iskandar
untuk dihantar pulang
dengan membonceng
motosikal berkuasa
tingginya kerana
Iskandar tidak
dikenalinya.

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

Teknik Plot

Monolog Dalaman

Huraikan
dua teknik
plot

Azfa Hanani
bermonolog dalaman
setelah dia terasa
tersindir oleh kata-kata
Kamilah.

Imbas Kembali

Huraikan dua
cabaran yang
dihadapi oleh
watak utama

- Cabaran untuk
meneruskan hidup
sebagai anak yatim
piatu.

Azfa Hanani teringat


akan pak long, mak
long, dan sepupusepupunya di kampung
yang hidup dalam
kesusahan.
Azfa Hanani hidup
dalam kemiskinan
bersama-sama dengan
pak long dan mak long
setelah kematian keduadua ibu dan bapanya
kerana pak long dan
mak long hanya bekerja
sebagai penoreh getah
dan mempunyai anak
yang agak ramai.

- Cabaran untuk
menjayakan
penyamaran

Azfa Hanani
menghadapi masalah
untuk menyamar
sebagai Tengku Murni
yang manja dan pandai
bertutur bahasa
Inggeris.Dia menjalani
latihan dengan kakak
Finaz dan belajar
bahasa Inggeris di
Institut LinguaFranca

Watak
dan
Perwatakan

- Watak utamatabah /
cekal / sabar.

Dua
keistimewaa
n watak
- Watak utama
pemaaf

Azfa Hanani tabah/


cekal/ sabar
menghadapi dugaan
hidup selepas kematian
ibu bapa dan tinggal
dengan bapa saudaranya
yang hidup dalam
kemiskinan
Azfa memaafkan
perbuatan Datuk
Tengku Makmur yang
telah menyebabkan
kematian kedua-dua
orang tuanya.

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

Satu latar
masa

- Pada waktu malam.

- Di bilik Pengetua
Latar

Satu latar
tempat

Azfa Hanani dengan


bersungguh-sungguh
membaca dan mengkaji
diari Tengku Murni
dalam usahanya
mendapatkan jawaban
siapakah yang menjadi
penghalang hubungan
antara Ekran dengan
Tengku Murni.
Azfa Hanani dikunjungi
buat pertama kalinya
oleh Tengku Mazran,
Kak Finaz, dan Kak
Rozan.

- Di Hotel Universe
Azfa Hanani telah
diberi tunjuk ajar oleh
Kak Finaz tentang cara
Tengku Murni makan,
bercakap, dan Iain-lain
lagi di tempat ini.

Dua latar
masyarakat

- Masyarakat elit
yang bongkak dan
sombong kerana
statusnya.

Contohnya, Tengku
Datuk Makmur yang
memandang hina
terhadap Azfa Hanani
kerana berasal dari
kampung dan miskin.

- Masyarakat pelajar
yang gigih menuntut
ilmu.

Contohnya, masyarakat
pelajar di Sekolah
Menengah Sri Dian tempat
Azfa Hanani melanjutkan
pelajarannya dalam
Tingkatan Lima Kenanga.

- Ketekunan

Azfa Hanani begitu


tekun untuk belajar
kerana mahu mencapai
cita-citanya.

- Keberanian

Azfa berani berdepan


dengan risiko ketika
menyamar sebagai
Tengku Murni, anak
Datin Maziah yang
telah meninggal dunia.

- Kasih sayang ibu


terhadap anak

Datin Maziah sangat


sayang akan anak
perempuan tunggalnya,
iaitu Tengku

Dua nilai

Nilai

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014


Dua nilai
kasih sayang

Murni.Beliau tidak
boleh menerima hakikat
bahawa anaknya telah
meninggal dunia.

- Kasih sayang anak


terhadap bapa angkat

Pengajaran

Huraikan
satu
pengajaran

Kita perlulah
bekerjasama dalam
menjalankan sesuatu
tugas.

Azfa Hanani sayang akan


pak long dan mak long yang
memeriharanya setelah ibu
bapanya meninggal dunia
dalam kemalangan jalan
raya.
Azfa Hanani dan rakanrakannya bekerjasama dalam
menjayakan Hari
Sumbangsih dan berjaya
mencapai sasaran malah
melebihi matlamat yang
dikehendaki.

PENTAKSIRAN FORMATIF MENGIKUT ARAS


KURIKU
LUM

Sinopsis/
Peristiwa
Menarik/
Plot

Soalan/
Tugasan

SOALAN
ARAS
SEDERHANA

SOALAN ARAS TINGGI

Nyatakanempat
peristiwa menarik
dalam
sebuah
novel.

Jelaskan tiga
peristiwa
menarik
dalam sebuah
novel.

Pemulihan

Pengukuhan

Berdasarkan
sebuah
novel yang telah anda
pelajari, pilih tiga
peristiwa yang menarik
dan nyatakan sebab
peristiwa
tersebut
berjaya
menarik
perhatian anda.
Pengayaan

Susun
peristiwa
penting
dalam
sebuah
novel
mengikut urutan.

Padankan
peristiwa
penting
dalam
sebuah novel
mengikut
susunan plot.

SOALAN ARAS
RENDAH

Berdasarkan
sebuah
novel
yang
anda
pelajari, huraikan dua
peristiwa
yang
memaparkan hubungan
kekeluargaan yang erat.

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014

KURIKULUM

Watak dan
Perwatakan

Soalan/
Tugasan

KURIKULUM

Pengajaran

SOALAN ARAS
RENDAH

SOALAN
ARAS
SEDERHANA

SOALAN ARAS TINGGI

Nyatakan
watak
utama dan dua
watak sampingan
dalam
sebuah
novel.

Jelaskan dua
perwatakan
watak utama
yang boleh
memberi
teladan
kepada
pembaca.

Huraikan dua peristiwa


yang
menunjukkan
pertentangan
antara
watak dalam sebuah
novel yang telah anda
kaji.

Pemulihan

Pengukuhan

Pengayaan

Padankan
watak
dan
perwatakan
yang
terdapat
dalam
sebuah
novel.

Huraikan
perwatakan
satu watak
sampingan
dalam
sebuah
novel.

Berdasarkan
sebuah
novel yang anda kaji,
huraikan cara watak
utama menyelesaikan
dua
konflik
yang
dihadapinya.

SOALAN ARAS
RENDAH

SOALAN
ARAS
SEDERHANA

SOALAN ARAS TINGGI

Nyatakan
tiga
pengajaran
yang
terdapat
dalam
sebuah novel yang
anda kaji.

Pemulihan
Soalan/
Tugasan

Suaikan pengajaran
dengan huraian
atau contoh-contoh
yang diberikan.

Huraikan tiga
pengajaran
yang terdapat
dalam
sebuah novel
yang
anda
kaji.
Pengukuhan

Jelaskan tiga peristiwa


yang
dapat
anda
teladani berdasarkan
sebuah novel yang anda
pelajari.

Jelaskan tiga
pengajaran
yang terdapat
dalam
sebuah novel
yang
anda
pelajari.

Berdasarkan sebuah
novel yang anda kaji,
jelaskan dua
pengajaran yang dapat
dikaitkan dengan
persoalan maruah.

Pengayaan

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014


Latihan Soalan 4
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)
(ii)

Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah


Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

1. Bagi mereka yang mula berminat untuk membaca novel, tentu akan mencari sebuah novel yang
mempunyai sinopsis yang menarik. Berdasarkan novel yang anda pelajari, tuliskan sinopsis novel
tersebut.
2. Huraikan perwatakan satu watak sampingan dalam sebuah novel yang anda kaji.
3. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan
kasih sayang sesama insan.
4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan
pengorbanan dalam kehidupan.
5. Jelaskan peristiwa menarik yang terdapat di peringkat peleraian dan berikan alasan sebab peristiwa
itu dianggap menarik.
6. Bandingkan latar masyarakat dalam dua novel yang anda pelajari.
7. Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam sebuah novel yang anda kaji.

8. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang terkandung dalam
.novel tersebut.
9. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab
peristiwa tersebut berjaya menarik perhatian anda.
10. Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk
meneruskan pembacaan.
11. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu
.menarik.

12. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua pengajaran yang dapat dikaitkan dengan
.persoalan maruah.
13. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang memaparkan hubungan
kekeluargaan yang erat.
14. Watak utama sebuah novel sering dikaitakan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
watak tersebut.

ProMAL (PROGRAM MESTI A DAN LULUS) 2014


15. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang
keberanian dalam novel tersebut.

memaparkan nilai

16. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel
...tersebut.