Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Bab 1 – Keluarga

Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat k
esalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba m
uncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati
iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba cang
gung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Sa
lmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk J
ohari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Ke
hadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggal
kan selama tujuh belas tahun lalu.
Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang han
ya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuk
nya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun memb
ersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati
dengan Mohsin.

Sinopsis Bab 2 – Kuli


Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang be
sar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Na
than iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi p
enyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan ten
tang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang ke
bunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didata
ngi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.
Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana
lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Ha
jar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk me
ngusir Hilmi dari rumahnya.

Sinopsis Bab 3 – Piano


Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaska
n geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu diteg
ur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memu
snahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya
mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar
bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuat
nya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya t
erasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mende
ngar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas piano
nya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Ha
yati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.
Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang keb
un tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yan
g datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, t
imun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin
Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning co
ffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang de
ngan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.

Sinopsis Bab 4 – Hukuman


Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salm
ah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berh
ampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah,
manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenala
nnya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Mi
nah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebi
mbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah men
yuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak M
inah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.
Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia meny
edari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan memb
uat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya beg
itu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari si
apa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberi
tahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peris
tiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong
gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.
Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat
juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang penin
ggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan te
rhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh H
ayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

Sinopsis Bab 5 – Penunggu


Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuat
kan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rum
ah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap de
ngan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. N
athan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengema
skan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi r
aja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bili
k itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-ol
ah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik
tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu k
uat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia men
uju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam r
umah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.
Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterin
ya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersam
a-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kece
wa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sam
a menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quar
tet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik
Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kat
a Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya.
Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar,
dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janj
inya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilm
i terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajar
nya tentang not-not muzik.

Anda mungkin juga menyukai