Anda di halaman 1dari 3

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh

masa berikut:
1. Di dalam
2. Di dalam
24 jam
3. Di dalam
4. Di dalam
6 bulan

suhu bilik (19 hingga 26 C), tahan sehingga 4 jam


bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 C), tahan sehingga 12peti sejuk (kurang 4 C), tahan sehingga 7 hari
peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 C), tahan antara 3 hingga

Panduan asas penyimpanan susu ibu:


1. Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan
sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum
digunakan
2. Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
3. Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas,
contohnya 2 4 oz sahaja setiap bekas
4. Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang
untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
5. Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk
terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
6. Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di
bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti
sejuk)
7. Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam
kerana suhunya lebih stabil dan malar
8. Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang
digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka
bekas penyejuk
Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan
Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan
komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu
yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk
mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti
sejuk;
* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
* Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5
minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini,

tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.


* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan
botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan
menyamaratakan suhunya.
* Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
* Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk
beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah
malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan
menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
* Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol
daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING:
1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan
susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel
Penyimpan Susu Ibu.
2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan
sahaja.
3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti
sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan
dalam masa 4-6 jam.
4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu
bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh
dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira
daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari.
Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian
sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan
rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti
sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
TIDAK BOLEH:
* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
* Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan
bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di


bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat
(jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang
mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah
hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah
pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah
(sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan
susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita
perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair
walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh
lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa)
malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula
mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding
bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari.
Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah
naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan
antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH
BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar
(secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang
dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis
diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk
semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika
pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

rujukan dari momschoice


semua info saya copypaste je tu, malas nak karang ayat semula, sebab saya
rasa dah paham sangat dah ayat tu, takyah nak tambah apa2
harap ibu2 ngertik yer
You might also like:

Anda mungkin juga menyukai