Anda di halaman 1dari 21

KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk
mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan,
individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada
secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya
dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari
ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu
keadaan yang membahayakan kepada manusia.
Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana:
1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian.
Punca kemalangan
1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas.
2. Sikap cuai dan buruk sangka.
3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam.
4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas.
5. Pengurusan bilik darjah yang longgar.
Langkah-langkah keselamatan prasekolah
1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.
Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan murid
supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar.
Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.
Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.
Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
Pastikan lantai sentiasa kering.
Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.
2. Kawasan bilik penyediaan makanan
Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat.
Lantai dapur sentiasa kering.
Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.
3. Kawasan bilik air
Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.


Pam tandas dalam keadaan baik.
4. Kawasan luar bilik darjah
Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan rubber tiles untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa
bermain.
Rumput mestilah dipotong pendek.
Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.
Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos, lampu
Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi kanak-kanak
prasekolah.
Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air dan sebagainya.
Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.
Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik, terutama ketika
hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.
Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran dengan segera.
Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika ada yang
terperangkap.
Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali. Hubungi pihak yang
lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak dikenali.

KONSEP KESELAMATAN

Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang
dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan dengan
amalan, sikap dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca kematian
utama dan kejadian kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et al., 2006).

Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan kerana


kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Oleh itu, kesedaran
keselamatan diserap dengan lebih awal melalui program pendidikan awal untuk mengelak
daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Seharusnya usaha-usaha untuk
mencegah kecederaan yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab
utama setiap ibu bapa, guru dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak. Kemalangan yang
menyebabkan hanya kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta
kepada kesihatan kanak-kanak.

Konsep Keselamtan bagi Kawasan

Kawasan yang terdapat disesebuah prasekolah perlulah bersih dan selamat dari segala
bahaya. Untuk itu guru perlulah memastikan bahawa persekitaran luar dan dalam

prasekolah hendaklah bersesuaian dan kondusif untuk kanak-kanak.

Bagi persekitaran dalaman bangunan prasekolah ianya hendaklah sentiasa bersih dan
kemas. Terutama dengan sudut-sudut pembelajaran. Seboleh-bolehnya eloklah ruangan
dalaman prasekolah tidak terlampau banyak dengan perabot memadai untuk
kesesuaian pengajaran dan pembelajaran sahaja. Ini secara tidak langsung akan
memudahkan untuk kanak-kanak bergerak dan menjalaqnkan aktiviti.

Bagi persekitaran luar prasekolah pula perlulah disusun dengan bagitu baik sekali. Elakkan
jangan terlampau sesa

Konsep Keselamatan bagi Peralatan

Kebanyakan kematian dan kecederaan kanak-kanak yang melibatkan alat mainan adalah
disebabkan tercekik dan cara penggunaan yang salah (U.S Consumer Product Safety
Commision, 2003a; Nakamura, Pollack-Nelson & Chidekel, 2003). Kebanyakan kecederaan
ini dapat dielakkan dengan memilih alat mainan yang dibangunkan sewajarnya. Minat
kanak-kanak, ciri-ciri sikap kanak-kanak dan keupayaan perkembangan kanak-kanak
menjadi kunci terhadap faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih alat permainan.

Peraturan keselamatan
Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah bagi mengelak
kemalangan. Selain itu pendedahan maklumat tentang agensi-agensi yang boleh menyumbang
memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat membantu guru-guru
prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan satu
proses pendidikan yang didokongi oleh semua pihak.
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau
kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan.
Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah

kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem
perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan
keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan
yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan
satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.
Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana:
1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian.
Punca kemalangan
1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas.
2. Sikap cuai dan buruk sangka.
3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam.
4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas.
5. Pengurusan bilik darjah yang longgar.
Langkah-langkah keselamatan prasekolah
1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.
Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan
pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar.
Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.
Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.
Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
Pastikan lantai sentiasa kering.
Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.
2. Kawasan bilik penyediaan makanan
Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat.
Lantai dapur sentiasa kering.
Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

3. Kawasan bilik air


Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
Pam tandas dalam keadaan baik.
4. Kawasan luar bilik darjah
Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan rubber tiles untuk keselamatan murid jika
terjatuh semasa bermain.
Rumput mestilah dipotong pendek.
Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.
Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos,
lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi
kanak-kanak prasekolah.
Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air
dan sebagainya.
Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.
Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik,
terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.
Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran
dengan segera.
Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika
ada yang terperangkap.
Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali.
Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak
dikenali.

B) PERKEMBANGAN FIZIKAL,
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Konsep Keselamatan

Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi pelindungan kepadanya
agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan
adalah khusus dirujuk kepada kanak-kanak agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran
yang selamat.

Keselamatan juga merujuk kepada khususnya adalah untuk menghindarkan keadaan yang membawa kemalangan.
Justeru prosedur kecemasan yang baik perlu diwujudkan oleh guru semasa kanak-kanak berasa di sekolah. Boleh dikatakan
bahawa kemalangan berlaku di mana-mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menganggap kanak-kanak
mengetahui tentang bahaya dan risko yang ada.

Guru perlulah mengenal pasti beberapa bahaya yang akan menimpa diri kanak-kanak di sekolah mahupun di luar
kawasan sekolah. Hasil dari penerangan konsep perkembangan fizikal, kesihatan dan keselamatan dapat dirumus bahawa
ketiga perkembangan ini penting dalam mewujudkan modal insan yang terbaik.

Unsur keselamatan

sering menjadi persoalan ibu bapa.Terdapat dua aspek keselamatan iaitu aspek psikologi dan

aspek fizikal.

Aspek psikologi
Keselamatan psikologi, merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak terhadap persekitaran mereka.Kanak-kanak
secara fitrah amat peka kepada persekitaran. Mereka dapat meneka
sebaliknya. Menyenangkan atau tidak,
di dalamnya,

samada persekitaran mereka selamat atau

selesa atau merimaskan. Fokus utama ialah kepada individu

adakah mereka yang diyakini, boleh menerima mereka seadanya (empati) dan

sebagai seorang individu yang unik. Kanak-kanak sebenarnya


mereka diterima atau tidak oleh

yang ada

menghormati mereka

dapat menganggap dan merasa dengan cepat samada

orang dewasa, terutama gurunya. Persekitaran yang selamat dari segi psikologi,ialah

keadaan kanak-kanak tanpa perasaan-perasaan negatif seperti gementar, takut, bimbang, ragu dan risau semasa interaksi
berjalan. Perasaan negatif ini mungkin ditimbulkan oleh guru, pembantu atau murid-murid lain.Masa belajar di prasekolah
mestilah masa yang menyeronokkan, selesa dan
masa

merangsang semua potensi kanak-kanak. Mereka tidak tertunggu-tunggu

pulang untuk dijemput oleh ibu bapa mereka.Guru prasekolah mestilah mencipta suasana yang kondusif, yang

mempunyai ciri-ciri

sahsiah yang mampu memotivasikan kanak-kanak ke arah perkembangan

individu yang mesra, bertimbangrasa, cakna dan memainkan peranan


murshid sekaligus sebagai rakan dan fasilitator

kepada kanak-kanak.

sebagai

seoptimumnya,
muallim, muaddib, murrabi,

Aspek keselamatan fizikal


Kanak-kanak sering menjadi mangsa kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti
keracunan. Kejadian-kejadian ini boleh dielakkan sekiranya
membuat

jangkaan malang yang mungkin

perlulah berwaspada

terjatuh, melecur atau

setiap orang berwaspada dan dapat

menimpa. Di setiap ruang dan di setiap masa guru prasekolah

kerana kanak-kanak seumur 4 - 6 tahun ini sangat lincah, terdedah kepada berbagai

bahaya.

Di

antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ialah:

A)

Pastikan kelas dan kawasan sekeliling selamat bagi kanak-kanak bermain

i.

Elakkan mereka daripada terjatuh dari aras tinggi seperti buaian, tangga, gelunsur, tingkap yang terbuka atau lantai

yang licin kerana ini boleh mencederakan mereka.


ii.

Elakkan mereka dari menghampiri perigi, kolam atau longkang yang dalam.

iii.

Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri di tempat tinggi tanpa pengawasan.

iv.

Lapkan lantai dengan segera bagi mengelakkan mereka dari tergelincir.

dilipat disimpan di tempatnya. Barang-

Tikar atau permaidani yang telah

barang tidak disepahkan dilantai.

v.

Letakkan kipas angin di tempat yang tinggi.

vi.

Elakkan daripada menggunakan perabot yang diperbuat daripada kaca.

b)

Jauhkan kanak-kanak dari dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan

I.

Mancis dan pemetik api perlu dielakkan

ii.

Kedudukan dapur dan soket pada dinding perlu di dalam keadaan yang

C)

Bahan beracun dan ubat-ubatan harus dijauhi dari dicapai oleh kanak-kanak

elektrik
sesuai.

Ubat-ubatan
I-

semua jenis ubat mesti disimpan di tempat yang selamat, seboleh-bolehnya dikunci.

II-

simpan ubat di dalam bekas asalnya sebagai langkah berjaga-jaga

III-

ubat yang tidak diguna mesti dilupuskan


Bahan pencuci/minyak tAnah

I-

bahan pencuci dan minyak tanah boleh mendatangkan kesan yang tidak baik jika diminum oleh kanak-kanak. Ia perlu disimpan
ditempat selamat

II-

jika terminum, beri susu atau air. Jika terpecit pada kulit atau mata, cuci

dengan air yang banyak.

Racun makhluk perosak


I-

- jangan simpan racun di dalam botol minuman atau menggunakan bekas racun yang kosong untuk memasak atau

menyimpan makanan.
II-

jangan letakkan berdekatan atau bersama makanan

III-

Jika terkena pakaian, rendamkan pakaian itu dalam air, cuci kulit dan kuku

d)

Jangan biarkan kanak-kanak memasukkan benda-benda ke dalam mulut, hidung

i.

Benda-benda yang kecil seperti kekacang, gula-gula, manik, butang, syiling

tertentu pada permainan, penggunaannya perlu

Jika memberi makanan yang berbiji dan bertulang perlu pengawasan.

e)

Kanak-kanak tidak boleh dibiarkan bermain di sudut air bersendirian

i.

Kejadian lemas boleh berlaku di rumah atau di sekolah jika kanak-kanak

ii.

Kanak-kanak perlu diajar berenang.

atau telinga.
atau bahagian-bahagian

diawasi.

ii.

dalam takungan air, perigi, kolam ikan atau longkang besar.

dengan sabun.

terjatuh ke

f)
i.

Awasi kanak-kanak semasa bermain di sudut permainan luar

Guru hendaklah sentiasa mengawasi kanak-kanak yang bermain di padang permainan kerana keghairahan mereka terhadap
peralatan di sudut itu boleh membahayakan.Pastikan kanak-kanak sentiasa memakai kasut atau selipar semasa bermain

ii.

Semua peralatan itu perlu diselenggara dengan baik supaya berada di dalam keadaan selamat (menurut tinjauan Jemaah
Nazir, kebanyakkann alat permainan luar seperti pondok, buaian dan jongkang-jongkit telah rosak dan tidak selamat lagi
digunakan)
v.

Kotak permainan pasir dan air perlu dijaga dengan baik.

g)

Awasi kanak-kanak semasa di jalan raya


i.

Kanak-kanak mesti dilatih supaya beringat tentang bahaya semasa

ii.

Ajarlah mereka cara menyeberang jalan, berjalan di tempat pejalan kaki

berada di

iii.

Jangan benarkan sama sekali mereka bermain di tepi jalan kerana jalan

jalan raya.
bukan

tempat bermain.

h)

Peti pertolongan cemas

Sebuah peti pertolongan yang lengkap dan boleh digunakan semasa kecemasan

hendaklah disediakan di

setiap prasekolah

i)

Alat pemadam api

Bangunan prasekolah sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu dan

pengudaraan yang baik. Ia perlu

dilengkapi dengan alat pemadam api

j)

Kesihatan

Sebuah sudut khas hendaklah disediakan di setiap prasekolah untuk menempatkan kanak-kanak yang sakit sehingga mereka
dijemput oleh ibubapa.

Kemudahan fizikal dalam bangunan prasekolah serta ciri keselamatan yang perlu
ada
KEMUDAHAN FIZIKAL BANGUNAN PRASEKOLAH
Kemudahan fizikal yang disediakan mestilah mencukupi, sesuai dan
diselenggarakan dengan baik serta mampu menyumbang ke arah peningkatan
kualiti pendidikan. Setiap kemudahan fizikal yang disediakan mestilah sesuai
dari segi susun atur dan pemilihan ruangnya. Pengurusan ruang merupakan
perkara yang penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
kelas. Murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai dalam
menjalankan aktiviti agar mereka bebas untuk berinteraksi dengan bahan
pembelajaran yang disediakan. Ruang yang disediakan mestilah kondusif agar
dapat merangsang pembelajaran murid. Setiap ruang yang diwujudkan perlu
mempunyai ciri-ciri berikut:

i)

Selesa
a) Keluasan yang bersesuaian
b) Pengudaraan yang baik
c) Pencahayaan yang baik

ii)

Mudah alih
a) Ruang dan susun atur peralatan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.
b) Peralatan boleh ditamba mengikut kesesuaian tema dan keperluan pengajaran
dan pembelajaran.

iii)

Pelbagai guna
a) Rung dan peralatan yang sesuai dapat digunakan untuk kepelbagaian aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

iv)

Selamat
a) Peralatan dan bahan yang digunakan hendaklah selamat.
b) Susun atur dalam bilik memudahkan pergerakan murid.
c) Penyimpanan bahan/peralatan perlu sesuai dengan keadaan fizikal murid.
d) Peralatan dan bahan hendaklah sentiasa bersih.
e) Peralatan elektrik perlu diletak berhampiran dengan punca kuasa.

v)

Ceria
a) Penyusunan bahan dan peralatan dalam bilik perlu kemas, rapi, menarik,
berlabel dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran semasa.
b) Keadaan fizikal bilik hendaklah sentiasa menarik dan bersih.

vi)

Bermakna
a) Ruang yang disediakan dapat merangsang murid untuk terlibat secara aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran.
b) Murid boleh mengaitkan ruang yang disediakan dengan kehidupan seharian.
Peralatan dan bahan dalam ruang mestilah sesuai dengan perkembangan
fizikal dan mental kanak-kanak.
Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis prasekolah.
Ruang ini merangkumi ruang dalam kelas, ruang luar kelas, ruang dapur dan
ruang bilik air.

a) Ruang dalam Kelas


Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran murid dan
memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa
dan kemahiran berfikir. Ia juga dapat menggalakkan penerapan kemahiran
bersosial dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti bekerjasama,
bertolak ansur dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi untuk
membolehkan murid menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap
kebolehan mereka. Walhal pula, ruangan ini turut membantu guru dalam
menjalankan aktiviti bimbingannya terhadap murid yang bermasalah selain
memudahkannya untuk membuat penilaian terhadap perkembangan murid dari
aspek kognitif (pengetahuan dan kemahiran), afektif (sikap dan tingkahlaku)
dan psikomotor (fizikal). Jenis-jenis ruang dalam kelas dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu pusat pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan
Komunikasi, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat Kognitif, Pusat Manipulatif,
Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan serta Pusat Kerohanian dan Moral;
Ruang Berkumpul (circle time) dan Pusat rujukan Guru.
b) Ruang Luar Kelas
Ruang Luar Kelas terdiri daripada ruang pondok dan tempat main air, main
pasir dan ruang berkebun.
i)

Ruang Pondok
Ruang pondok boleh diwujudkan sama ada di dalam mahupun di luar kelas.
Ruang ini diwujudkan bagi membolehkan murid untuk menjalankan aktiviti
sendiri serta membolehkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama
sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ruang ini juga, murid-murid dapat
mengalami akan suasana yang sebenar seperti berada dalam rumah kediaman,
klinik mahupun kedai. Mereka juga mampu untuk melahirkan emosi yang
pelbagai berdasarkan bentuk aktiviti atau permainan yang dijalankan.
Tambahan pula, kehadiran pondok ini juga secara tidak langsung dapat
mengembangkan bakat serta minat murid-murid terhadap sesuatu bidang

kerjaya sama ada guru mahupun doktor dan sebagainya. Mereka cuba untuk
melakonkan pelbagai watak dalam sesebuah cerita berdasarkan pengalaman
yang diperoleh semasa di rumah dan juga di persekitaran mereka.
Antara peralatan yang terdapat dalam ruangan ini adalah berbentuk set
alat permainan main peranan seperti mainan memasak, pakaian doktor dan
peralatannya serta peralatan ubat-ubatan. Selain itu, jenis alat permainan
berbentuk tradisional juga terdapat di dalam ruangan ini seperti congkak, guli,
batu seremban, dan konda-kondi. Pengisian-pengisian ini secara tidak
langsung mambu membantu memperkembangkan tahap pemikiran kanakkanak agar menjadi lebih kreatif dalam melakukan sesuatu aktiviti.

ii)

Tempat Main Air dan Main Pasir


Ruang ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran motor halus muridmurid melalui karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung, ruangan ini dapat
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti mengamalkan
sikap bertolak ansur dan bekerjasama dalam menghasilkan karya masingmasing. Tambahan pula, ruangan ini berfungsi untuk menimbulkan kepekaan
terhadap persekitaran dalam diri murid iaitu dengan menamakan apa sahaja
objek yang dilihat berada disekeliling mereka. Bahkan, ruangan ini juga
mampu menanam sikap keprihatinan murid-murid terhadap aspek
keselamatan dan kesihatan diri terutama semasa mereka bermain dengan
pasir. Selain itu, ruangan ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada
murid-murid dalam menimba dan memperoleh pengalaman melalui
penerokaan yang dilakukan. Antara alatan bagi ruangan ini adalah kotak air
dan pasir penutup, alat permainan pasir dan pasir, pasir yang bersih dan pili
air di Kotak Main Air.

iii)

Ruang Berkebun
Ruang berkebun ialah ruangan yang disediakan kepada murid-murid untuk
merasai suasana sebenar yang dirasai oleh seorang petani. Selian itu, ruangan
ini juga berfungsi untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang

perkembangan dan pertumbuhan sesuatu tumbuhan. Murid-murid dapat


melihat perkembangan dan pertumbuhan tumbuhan tersebut apabila mereka
bersama-sama menanam benih tumbuhan itu dan memerhatikan tumbesaran
yang berlaku ke atas benih itu. Pelbagai jenis tumbuhan boleh ditanam di
ruangan ini seperti sawi, lada dan bunga-bungaan. Antara pengisian untuk
ruangan ini adalah kepelbagaian jenis pokok herba dan poko renek, tanaman
berbatas dan kolam untuk tumbuhan air seperti teratai dan kiambang.

iv)

Alat Permainan Luar


Alat permainan luar disediakan bagi membolehkan murid untuk meningkatkan
kemahiran motor kasar mereka, mendisplinkan diri semasa menggunakannya
dan juga menjadi prihatin terhadap aspek keselamatan semasa menggunakan
setiap jenis alatan permainan luar. Antara peralatan yang boleh diletakkan
dalam permainan luar ialah jongkang jongket, papan gelunsur, papan
imbangan, rangka panjat (monkey bar), terowong dan buaian.
c) Ruang Dapur
Ruang dapur terbahagi kepada ruang penyediaan makanan dan juga ruang
makan.

i)

Ruang Penyediaan Makanan


Ruang penyediaan makanan diwujudkan bagi membolehkan aktiviti memasak
dan aktiviti mencuci peralatan dijalankan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk
memberi bimbingan kepada murid dalam penyediaan makanan dan minuman.
Tambahan pula, ruangan ini mampu membantu dan memberi bimbingan
kepada murid untuk mengemas peralatan dapur serta mengasingkannya
mengikut tahap keselamatan masing-masing setelah digunakan. Antara
peralatan yang terdapat dalam ruangan ini ialah dapur, sinki, peti sejuk, rak
pinggan mangkuk, set peralatan memasak, peralatan mencuci, set pinggan
mangkuk, menu, kain pengelap, bahan pencuci atau pembasmi kuman dan alat
pemadam api.

ii)

Ruang Makan
Ruang makan perlu diwujudkan bagi membolehkan murid untuk makan
ditempat yang disediakan. Selain itu, mereka juga boleh didedahkan dan
dibimbing mengenai cara penyediaan serta hidangan makanan dan minuman.
Murid-murid juga dibimbing dalam ruangan ini mengenai cara mengemas
ruang makan selepas digunakan. Antara peralatan yang terdapat dalam
ruangan ini ialah meja beralas, tikar, kerusi, pelapik makanan, carta doa
makan, carta makanan seimbang, carta kesihatan, tuala tangan dan cermin.
d) Ruang Bilik Air
Ruang bilik air diwujudkan bagi membolehkan murid untuk mengamalkan
kebersihan diri dengan betul, mengamalkan kebersihan tandas sebelum,
semasa dan selepas menggunakannya, serta mengetahui cara penggunaan air
secara berhemah. Dalam ruangan ini, terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan seperti tandas untuk murid lelaki dan murid perempuan yang
diasingkan mengikut jantinanya, sinki, bilik mandi (shower), cermin, sabun,
berus, mop, pewangi dan pencuci, gayung dan baldi, salur getah serta selipar.
PANDUAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
a) Ruang Pembelajaran dan Kebersihan
Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabot hendaklah
memudahkan pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan
lancar. Susun atur perabot juga mestilah tidak melindungi pandangan guru
untuk melihat pergerakan murid. Setiap penjuru perabot yang tajam perlu
diletakkan atau disusun dalam keadaan yang tidak membahayakan murid.
Manakala peralatan yang membahayakan seperti gunting, jarum dan
sebagainya hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Bagi bahan-bahan
yang digunakan seperti krayon, pewarna, plastesin, dan sebagainya hendaklah
dipastikan bahawa ianya diperbuat daripada bahan yang tidak bertoksid.
Selain itu, keadaan peralatan daripada elektrik seperti komputer, radio dan

televisyen dipastikan bahawa suisnya dimatikan selepas digunakan. Jeriji besi


kelas hendaklah sentiasa ditutup sekiranya kelas prasekolah berasingan
dengan taman permainan.
Keadaan lantai dalam kelas hendaklah sentiasa kering dan bersih.
Begitu juga dengan pintu dan tingkap yang mestilah bersih sepanjang masa.
Keadaan peti pertolongan cemas pula mestilah sentiasa lengkap dan berada
ditempat yang selamat serta mudah untuk dicapai. Selain itu, pelan laluan
kecemasan atau kebakaran hendaklah ada dan dipamerkan di setiap kelas
prasekolah di tempat yang strategik. Manakala bagi latihan kebakaran pula,
pihak sekolah hendaklah membuat latihan ini sekurang-kurangnya dua kali
setahun kepada murid-murid. Keadaan perabot dan peralatannya mestilah
sentiasa kemas dan selamat untuk digunakan.
b) Ruang Dapur (Ruang Penyediaan Makanan dan Ruang Makan)
Setiap peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Suis
peralatan elektrik yang digunakan hendaklah sentiasa dimatikan selepas
selesai menggunakannya. Keadaan peralatan elektrik mestilah berada dalam
kedudukan yang selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak seperti
cerek dan kuali. Bagi bekas yang mengandungi air panas hendaklah sentiasa
ditutup dan diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat. Bahan-bahan yang
berbahaya seperti bahan peluntur dan pembasmi kuman perlu dijauhkan
daripada kanak-kanak. Keadaan tabung gas pula mestilah berada dalam
keadaan baik dan ditutup selepas digunakan. Sekiranya tabung gas diletakkan
ditempat yang tertutup, pastikan ianya mempunyai ruang untuk peredaran
udara yang baik dan selamat.

Alat pemadam api yang terdapat di bangunan prasekolah ini hendaklah


berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat serta tidak luput tarikhnya.
Pihak pengurusan prasekolah iaitu pembantu pengurusan murid dan guru
prasekolah hendaklah sentiasa menyemak tarikh luput bagi setiap stok bahan
makanan dan minuman. Bagi lantai dan meja yang terdapat dalam ruangan ini

hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang kering dan bersih. Begitu juga
dengan setiap pinggan dan mangkuk di ruangan ini mestilah bersih dan
tersusun rapi. Tidak lupa juga peti sejuknya hendaklah sentiasa dibersihkan.
Selain itu, keadaan tong sampah juga hendaklah sentiasa ditutup dan
diletakkan di tempat yang betul.
c) Ruang Bilik Air
Bagi keselamatan dan kebersihan dalam ruangan ini pula, keadaan lantainya
hendaklah sentiasa bersih dan kering. Setiap pencuci tandas, pewangi dan
pembasmi kuman perlulah disimpan di tempat yang selamat. Keadaan
mangkuk tandas dan sinki dalam ruangan ini mestilah berkeadaan bersih.
Begitu juga dengan saliran air yang berlaku hendaklah sentias bersih.
Manakala bahan seperti pencuci tangan, sabun dan tuala tangan perlu
disediakan dengan baik.
d) Ruang Luar Kelas
Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat iaitu tidak terdapat batu
dan benda yang tajam. Setiap alat permainan luar hendaklah berada dalam
keadaan selamat untuk digunakan iaitu dijamin tidak berkarat atau rosak. Bagi
ruang kaki lima pula, ianya perlulah sentiasa kering dan bersih. Keadaan rak
kasut atau tempat letak kasut pula hendaklah sentiasa kemas dan tersusun.
Begitu juga dengan keadaan longkang disekitar kelas prasekolah ini.
longkang-longkang tersebut hendaklah berada dalam keadaan bersih dan
selamat dengan meletakkan penutup di atas setiap longkang supaya
mengelakkan kecederaan kanak-kanak berlaku.
e) Cadangan perkhidmatan prasekolah berkualiti dan dapat memenuhi hak dan
keperluan kanak-kanak.

CIRI-CIRI KESELAMATAN CIRI-CIRI KESELAMATAN DI PRASEKOLAH YANG PERLU


DIUTAMAKA Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik - Ia boleh

mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa bermain. Mengawasi


kanak-kanak - Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka
bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak di berikan perhatian yang

lebih bagi

mengelakkan sebarang pergaduhan. Penggunaan selipar ke tandas - kanak-kanak yang


ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh jika
lantai licin. Pembalutan span pada tiang yang keras - membalut tiang atau bucu yang
tajam menggunakan span bagi mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanakkanak. Meja segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang lebih
selamat. Mewujudkan kawasan larangan kanak-kanak. Mereka

Dapur merupakan kawasan larangan bagi

tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kecuali ketika

mengambil makanan. Kawasan longkang ditutup -Longkang dan lubang ditutup


menggunakan papan penutup. Ia bagi mengelakkan kanak-kanak dari terjatuh ketika
bermain. Larangan menggunakan pensel warna yang tajam - Kanak-kanak tidak
dibenarkan menggunakan pensel warna yang terlalu
mewarna,guru sentiasa memeriksa keadaan

tajam.Semasa kanak-kanak

pensel warna mereka. Wayar-wayar elektrik

dijauhkan dari kanak-kanak - Guru sentiasa memastikan wayar-wayar ini berada di tempat
yang tinggi dan

tidak berserabut.Kanak-kanak juga dilarang mendekati wayar-wayar ini.

Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering - Guru sentiasa meneliti keadaan lantai
prasekolah.Lantai harus kering dan
kelas mereka.Lantai

bersih. Ini kerana,kanak-kanak gemar berlari dalam

yang licin boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak. Pintu

pagar ditutup mengikut waktu - Pintu pagar utama akan ditutup selepas jam 8.30 pagi setiap
hari. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan prasekolah dan
ini akan membahayakan kanak-kanak. Pinggan dan cawan plastik digunakan - Kanak-kanak
menggunakan pinggan dan cawan daripada plastik ketika makan. Jika perkakas ini
terjatuh,ia masih boleh bertahan dan tidak mengundang risiko kecederaan kepada kanakkanak berbanding jika menggunakan perkakas kaca.
Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3K

KESELAMATAN KANAK-KANAK
Keselamatan di prasekolah/ rumah

Latih anak-anak dari kecil lagi tentang keselamatan diri dengan memberitahunya tentang
benda-benda yang berbahaya. Pada mulanya anak mungkin sukar memahaminya dan
mungkin akan melupakan larangan tersebut selepas itu tetapi jika anda kerap
mengingatinya, lama-kelamaan dia pasti dapat menerimanya. Apabila sudah cerdik, dia
akan memahami apa yang anda katakan dan akan melakukan apa yang disuruh.
Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti
berikut:

jangan menyentuh soket elektrik dan jangan bermain dengan benda-benda tajam

jangan biar anak bersendirian terlalu lama. Walaupun anda sangat sibuk, pastikan
anda sentiasa tahu apa yang sedang dilakukan oleh anak dan di mana dia berada.

pastikan ubat-ubatan diletakkan di tempat yang tidak mudah tercapai oleh kanakkanak

jangan biarkan anak-anak berlari di dalam rumah atau di ruang prasekolah dengan
memakai stoking

pastikan terdapat nombor telefon kecemasan dan diletakkan di sebelah telefon.

jangan letak pokok atau pasu bunga yang beracun di dalam ruang tamu atau ruang
pembelajaran prasekolah.

jika meja mempunyai sisi yang tajam dan anak boleh terhantuk padanya, pasangkan
pelapik sudut plastik.

pastikan pintu depan ditutup rapat supaya anak tidak boleh membuka pintu dan
keluar ke jalan raya.

susun rapi alat permainan kanak-kanak.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2010&dt=0702&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Keselamatan di dapur

Tempat ini berbahaya kerana tedapat benda-benda tajam seperti pisau dan benda yang
panas seperti air didih, minyak panas, kuali panas, mancis dan lain-lain.

Terdapat beberapa peraturan mudah yang harus diikuti. Peraturan tersebut ialah seperti
berikut:

tanggalkan plag perkakas elektrik supaya anak-anak tidak dapat memasangnya.

letak pisau dan garpu di tempat yang selamat.

bersihkan mangkuk haiwan peliharaan dan simpan di tempat yang selamat.

jangan letak perkakas yang berisi minyak panas atau air panas di tempat yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak.

simpan mancis atau pemetik api di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanakkanak.

pastikan lantai dapur sentiasa kering dan tidak berminyak.

sediakan pemadam api

engselkan pintu ayun semasa anak berada di dapur. Anak boleh tersepit jari atau
terhantuk.

jangan simpan makanan dalam tin yang telah dibuka di dalam peti sejuk. simpan
baki makanan di dalam bekas yang bersih.

Keselamatan di dalam bilik air

Kanak-kanak mudah terjatuh di dalam bilik air. Terdapat beberapa panduan yang boleh
dirujuk bagi memastikan keselamatan anak di dalam bilik air.

gunakan kabinet ubat yang boleh dikunci.

gunakan alas kaki yang tidak tergelincir.

simpan kosmetik di tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak terutama jenis
aerosol.

simpan bahan pencuci dan berus tandas di dalam kabinet yang berkunci. Jangan
letak di belakang tandas.

jangan biar anak bermain dengan air, baldi, singki dan lain-lain.

jangan biar anak bermain shampu, sabun, serbuk pencuci dan kertas tisu

Keselamatan semasa bermain alat mainan

Periksa setiap alat permainan supaya tidak mengandungi toksik. Walaupun terdapat
undang-undang tentang pengeluaran alat mainan yang selamat bagi kanak-kanak dan
kesedaran para pengeluar, ramai kanak-kanak masih tercedera atau terbunuh oleh alat
permainan. Pastikan alat permainan tidak mempunyai sisi yang tajam. Alat permainan perlu
sentiasa bersih supaya kanak-kanak tidak terjangkit penyakit tangan kaki dan mulut.
Pastikan alat permainan disimpan dengan baik di dalam kabinet selepas bermain supaya
ruang untuk berjalan lebih selamat.

Keselamatan semasa bersukan dan bermain di


taman permainan

Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar. Aktiviti luar ialah aktiviti yang paling diminati oleh kanakkanak prasekolah. Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa kanak-kanak
bersukan atau ketika bermain di taman permainan ialah:

pastikan kanak-kanak memakai kasut yang tapaknya tidak licin dan memakai seluar
sukan yang sesuai.

tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak
tidak cedera jika terjatuh.

alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.

jangan benarkan kanak-kanak membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir.


Ini kerana pasir boleh mencalarkan mata.

semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.

sumber: Dr Miriam Stoppard. (1998). Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala


Lumpur: Tropical Press Sdn Bhd.